. |
- Ada isu besar negara bakal meletup?
- Siapa akan cabar Moahmad Sabu belum jelas
- Suhaimi Said kembali ke Rahmatullah
Ada isu besar negara bakal meletup? Posted: 06 Nov 2013 12:18 AM PST TERKINI Mengejutkan! Perkembangan terbaru mengenai satu isu membabitkan negara ini agak menarik dan mungkin boleh mengejutkan banyak pihak. Seperti mana dilaporkan oleh sebuah protal berita, kononnya Dr Mahathir Mohamad kini sedang memberi tekanan ke atas salah laku Pegaum Negara Abdul Ghani Petail yang disyaki terlibat dengan dua orang pegawai CIA menjadi bekerja di pejabat Peguam Negara. Isu ini adalah serius. Lapor portal berita itu juga keraguan Mahathir terhadap tingkah laku Ghani Petail itu telah sampai ke pengetahuan Menteri Dalam Negeri, Zahid Ibrahim. Dakwah portal itu Mahathir ada memanggil Zahid dan bertanya hal itu. Zahid pula memberi jaminan akan menyiasat. Apabila Mahathir sedia untuk memanggil Zahid ini bermakna tindakan Mahathir itu bukan bersifat peribadi tetapi demi negara. Walaupun begitu perkembangan ini dilihat satu perancangan yang cukup rapi oleh pihak tertentu dalam mencorakkan politik negara ini. Isu serius itu memberi peluang terbaik kepada Mahathir untuk terus menyerang Najib Razak demi kepuasan naluri politiknya. Kalau ia kebetulan isu ini merupakan rezeki buat Mahathir. Kebelakangan ini Mahathir telah menyerang kepimpinan Najib secara senyap dan lantang dalam isu-isu tertentu seperti mengkritik polisi politik Najib dalam memastikan kemenangan UBN semasa pilihanraya umum lalu di mana Najib menggunakan wang negara begitu banyak untuk menarik undi. Boleh jadi apa dibangkitkan Mahahir ini serius dan membimbangkan. Beliau katanya sedia berjumpa semula dengan beberapa pegawai tinggi kerajaan yang selama ini agak 'renggang' dengannya. Hasil perjumpaan itulah terbongkar mengenai salah laku Ghai Petail ini. Kita percaya beberapa hari lagi isu ini akan meletup. [wm.kl.4:13 pm 06/11/13] | ||
Siapa akan cabar Moahmad Sabu belum jelas Posted: 05 Nov 2013 10:05 PM PST RENUNG-RENUNGAN Semua mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden Pas yang akan diadakan dua minggu lagi masih belum membuat keputusan, kecuali penyandangnya Mohamad Sabu. Mohamad Sabu awal-awal telah menyatakan kesediaanya untuk mempertahankan jawatan itu. Mohamad seakan telah mengunci kedudukan dan hasratnya itu apabila beliau dipetik sebagai berkata dia sanggup 'kalah' dalam gelanggang apabila diajukan cadangan agar beliau berkompromi dan tidak bertanding. Pernyatan Mohamad itu menjelaskan pendiriannya. Ia tidak mungkin lagi di'ogeh' untuk merubah kedudukan itu seterus merubah senario perebutan jawatan nombor dua itu. Walaupun ada suara dan pandangan mengenai Mohamad Sabu, mengenai kemunasabahannya menjadi orang nombor dua dalam Pas bergandingan dengan Abdul Hadi Awang, tetapi selama lebih dua tahun beliau menjawat jawatan itu beliau telah menunjukkan keupayaanya. Gandingan beliau dengan Abdul Hadi yang dilihat tidak begitu agresif dalam menggerakkan politik Pas sebagai sebuah 'gerakan politik-sosial', memjawab persoalan negatif terhadap timbalan presiden parti Islam itu. Setakat ini tiada peranan Mohamad untuk menjadikan Pas sebagai sebuah gerakan politik, dan tidak hanya gerakan Islam dan dakwah semata-mata agak memuaskan. Kedudukan atau pencapaian Mohamad itu menjadikan tidak ada sebab untuk merihatkan beliau. Lainlah kalau Pas sudah mahu menjadikan Pas sebagai sebuah gerakan Islam haraki mungkin kedudukan Mohamad di situ tidak diperlukan. Mohama dilihat sebagai 'mesen' atau pun nadi polilihan raya Pas. Namun hakikat yang berlaku dalam Pas hari ini termasuk juga pencapainnya bersama Pakatan Rakyat, Pas memerlukan tenaga penggerak seperti Mohamad. Beliau mungkin tidak dominan sebagai pemikir Islam, bukan penghafal hadith atau dalam istilah digunakan Dewan Ulamak tidak 'fakeh' agama, atau juara menganjurkan itjimak atau apa, tetapi beliau masih mampan sebagai aktvis parti dan pejuang rakyat. Oleh kerana Pas juga menceduk sistem demokrasi barat, maka perebutan jawatan boleh dilakukan dan sesiapa saja yang merasakan dirinya mampu membawa idea-idea baru, pemikiran agresif demi memajukan Pas, boleh bertanding. Rekod perkhidmatan yang dimiliki oleh Mohmad itu boleh dicabar dengan keyakinan idea yang bakal dibawa oleh pencabarnya lebih canggih dan impaktif. Justeru mereka yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu boleh mencuba kerana mereka tidak terikat dengan apa-apa halangan. Ada empat orang yang dicalonkan untuk mencabar kedudukan Mohamad. Mereka ialah Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa, Mohd Amar Nik Abdullah dan Salahuddin Ayub. Bagaimana pun Salahuddin telah membuat kenyataan yang beliau tidak bersedia untuk merebut jawatan itu dan memilih untuk mengekalkan jawatan yang disandangnya kini, naib presiden. Kalau hendak dikira Salahuddin lebih relevan untuk mencabar Mohamad memandangkan beliau adalah naib presiden yang mendapat undi terbanyak semasa pemilihan jawatan naib presiden 2011 dahulu. Namun ketidaksediaan bekas ahli Parlimen Kubang Kerian dua penggal itu menganjakkan dirinya ke atas menunjukkan beliau seorang yang sangat mementingkan kesejahtraan parti dari mengejar kedudukan. Seperti sedia maklum Tuan Ibrahim Tuan Man, Husam Musa dan Mohd Amar masih menanti dan menunggu masa untuk membuat penegasan apakah mereka akan menerima pencalonan atau pun tidak. Masing-masing sedang membuat percaturan atau istikharah. Husam tokoh yang dilihat ada minat untuk merebut jawatan itu sebagai mengulangi percubaanya sebelum ini masih menanti masa dan melihat keadaan. Husam menjadikan Tuan Ibrahim Tuan Man untuk dijadikan pertimbangannya membuat pendirian. Katanya beliau menunggu sikap dan pendirian Tuan Ibrahim. Kenapa? Apakah yang sedang diperhati oleh Husam? Dalam tilikan saya Husam tidak akan ikut merebut jawatan itu sekiranya Tuan Ibrahim yang secara tunggal mencabar Mohamad Sabu. Beliau tidak mahu mengambil risiko. Tetapi kalau Mohd Amar yang mencabar Mohamad setelah diberi laluan oleh Tuan Ibrahim saya menjangkan Husam juga akan turut sama bertanding. Maka pertandingan tiga penjuru akan berlaku. Apa lagi kalau kedua-dua mereka bertanding Husam sudah pasti akan ikut sama mencabar Mohamad Sabu bagi memeriahkan demokrasi di dalam Pas. Apakah sejarah akan tercatat di dalam Pas bahawa muktamar ini merupakan muktamar akan menyaksikan lebih daripada tiga mencabar jawatan nombor dua? Kesimpulan awal yang dapat dibuat di sini kedudukan Mohamad Sabu setakat ini besar kemungkinan hanya akan dicabar oleh Tuan Ibrahim. Nik Amar walaupun ada desakan kecil terhadapnya agar menjadi pencabar Mohamad tetapi timbalan menteri besar itu dikira tidak berani untuk berbuat demikian walaupun ada sokongan padu dari Tuan Ibrahim. Diharap Nik Amar mengukur badan sendiri dan jangan membeli baju bersaiz free. Nik Amar sendiri mungkin menyedari kekuatan dan pengaruhnya. Kedudukannya sebagai TMB memang sudah ada gah dan aura tetapi status itu tidak menjamin kekuatan sokongan kepadanya. Jawatan TMB itu lagipun baru sahaja dijabatinya belum sampai setahun. Beliau yang dilihat low profile selama ini bukan mudah untuk mendapat sokongan perwakilan luar Kelantan, malahan di Kelantan juga beliau tidak solid seperti mana juga sokongan untuk Husam. Sebab itu dalam maslahat politik Pas Kelantan apa yang lebih baik Husam memberi sokongan kepada Nik Amar untuk jawatan naib presiden, sementara Nik Amar pula memberi sokongan kepada Husam untuk jawatan timbalan presiden. Kedua mereka harus melihat potensi dan risiko Pas Kelantan pada pilihan raya ke-14 kelak. Tidak dapat dinafikan mereka berdualah yang akan menjadi nahkoda kepadas Pas Kelantan. Kewujudan Ahmad Yaakub kini tidak lebih dari menjadi tuan atau saudagar kapal sahaja. Namun apa yang diharapkan ini adalah imiginasi dan ilusi orang-orang luar diluar Pas nyang sayang dan seronok melihat Pas, tetapi tidak dari kalangan pemain Pas sendiri. Formula kecil yang disebut itu tidak akan diterima sama sekali, apa lagi prinsip politik orang Kelantan itu sendiri kalau bergaduh biar sampai menjadi arang kalaupun tidak sampai menjadi debu. Satu perkara lagi jika salah seorang dari Tuan Ibrahim atau Nik Amar yang mencabar Mohamad Sabu pemerhati akan melihat ada berlaku kepuakan di dalam Pas. Melainkan mereka bertanding dan Husam juga turut bertanding. Dengan berlakunya pertandingan ke empat-empat calon itulah baru demokratik dalam konteks ini boleh dianggap sebagai syura. Sebaik-baik untuk mengelakkan persepsi demikian elok kalau dilepaskan Husam yang mencabar Mohamad Sabu? Biarlah mereka bertarung menunjukkan kekuatan masing. Kalah menang mereka tidak akan cuba menidak ada mana-mana puak mensebotaj di anatara mereka kerana sudah pasti penyokong teras Tuan Ibrahim sekitar 30% dalam Pas dan penyokong teras Nik Amar sekitar 10% akan membuat pilihan terbuka. Atau pun semolek-molek lagi kalau Pas ingin lendik dianggap berjurs jawatan timbalan presiden biarkan dipegang oleh Mohamad Sabu. Jangan ada sesiapa mencabarnya baik oleh Husam atau calon kompromi antara Tuan Ibrahim dan Nik Amar. Jika ini menjadi kenyataan maka Pas pun akan menyerupai Umno di mana presiden dan timbalan preiden tidak dipertadingkan, dan perebutan hanya berlaku di jawatan naib presiden sahaja. Namun gensi orang-orang Pas tidak akan sedia menerima pandangan ini kerana Pas ingin membuktikan di dalam partinya ada demokrasi yang demokratik dan mahu membuktikan pertandingan tidak akan membawa perpecahan walaupun jaminan itu tidak menjadi realiti. Apa yang pernah berlaku terhadap bekas timbalan presiden sebelum ini mengiyakan perkara ini. [wm.kl.2:04 pm 06/11/13] **** | ||
Suhaimi Said kembali ke Rahmatullah Posted: 05 Nov 2013 04:01 AM PST BELASUNGKAWA
Allayarham yang telah lama berada di hospital meninggal di Hospital Temerloh kira-kira jam 6:00 petang ini dalam usia 69 tahun. Mulanya beliau mendapat rawatan di hospital Temerloh akibat dipercayai mengamai barah otak kemudian dipindah kepada Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM) di Cheras untuk beberapa ketika sebelum dibawa semua ke hospital Temerloh. Saya agak terkilan juga kerana tidak berkesempatan untuk menjenguknya dan hanya berkirim salam saja menerusi seorang rakan yang berkebetulan kerap menziarahinya. Suhaimi seorang peguam dikenali sebagai tokoh pejuang rakyat marhain (reformas) yang ulit khasnya dalam membela para peneroka Felda mendapat hak atau pun dari dimanipulasikan oleh oleh majikan mereka. Banyak isu-isu melibatkan peneroka dibelanya termasuk pengambilan tanah milik peneroka. Beliau juga beberapa kali turut bertanding dalam pilihan raya, tetapi tewas. Jawatan beliau terakhir dalam politik sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Pahang. Sebelum ini beliau pernah bergiat cergas dalam Pas dan Parti Rakyat Malaysia (PRSM). Allahyarham juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Suhaimi juga dikenali di kalangan penulis politik sebagai seorang penulis yang rajin membangkitkan isu-isu mengenai rakyat. Kerajinan dan ketabahan beliau berjuang terbukti bila mana pantang ada himpunan atau demonstrasi membela rakyat beliau akan ikut sama. Kurang ingat saya bila kali terakhir saya berjumpa dengan beliau. Kalau tidak silap kira-kira dua tahun lepas pada satu majlis Pakatan Rakyat di Kedah. Dalam dua himpunan Bersih 0:1 dan Bersih 0. 2 beliau hadir sama dan kami sempat berjalan seiringan dan berbual-bual. Suhaimi seorang yang baik dan mudah mesra tidak tahu membezakan dirinya sebagai seorang profesional dengan rakyat marhain. Ada kalanya bila setiap berjumpa beliau dahulu yang menyapa saya dan menghulurkan tangan bersalam. Dalam pada itu menurut maklumat dari seorang Facebooker, jenazah Allahyarahm dibawa ke rumahnya di Batu 8 Jalan Temerloh dan akan dikebumikan selepas Zohor esok. Takziah untuk keluarga Allahyarham dan Al Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat. [wm.kl.7:55 pm 05/11/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan