Khamis, 28 November 2013

.

.


Akhirnya Ahmad Yaakub menemui Najib di Putrajaya

Posted: 27 Nov 2013 07:47 PM PST

BERITA TERKINI                                                                                

Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Ahmad diiringi Ali H Hamsa selepas jumpa Najib.
Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.


Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang Pas ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah Pas dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.

Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli Pas dengan apa yang berlaku hari ini.

Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan dari berbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.

Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ianya ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.

Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan.  [wm.kl. 11:47 am 28/11/13] 

Perjuangan Nurul Izzah tangguh kenaikan cukai pintu berjaya

Posted: 27 Nov 2013 05:56 PM PST

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Nurul Izzah Anwar
Warga Kuala Lumpur yang terlibat dengan penotisan taksiran cukai pintu oleh DBKL boleh menarik nafas lega seketika apabila cadangan kenaikan taksiran sepatut bermula 1 Januari 2014 ditangguhkan.

Perkara ini diumumkan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan di perlimen semalam semama menggulung perbahasan perbekalan untuk kementerian berkenaan.

Penangguhan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan peka kepada sunggutan dan desakan rakyat berhubung perkara itu yang dirasakan membebankan. DBKL telah menghantarkan notis bertarikh 18 November lalu untuk mengenakan kasar cukai baru.

Kenaikan itu sehingga mencecah 300% hingga 500% menimbulkan kemarahan. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mula-mula membangkitkan perkara itu di parlimen. Beliau kemudian membentuk sebuah komiti bagi menguruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula.

Apa yang diusahakan Nurul Izzah mendapat perhatian ahli parlimen Kuala Lumpur yang sependapat mengenai notis kenaikan itu sebagai tidak relevan dan tepat pada masanya. Semasa perbahasan perbekalan untuk kementerian Wilayah Persekutuan hampir  semua ahli parlimen Kuala Lumpur ikut menyuarakan hal yang sama.

Loga Bala Mohan semasa mengumumkan penangguhan itu menjelaskan ia dibuat agar membolehkan warga Kuala Lumpur terlibat membuat rayuan dan bantahan sehingga Januari hingga Mac tahun depan.

Tiada tarikh perlaksanaan ditetapkan. Sewajarnya diucapkan seklaung terima kasih dan syabas kepada Nurul Izzah dan juga ahli parlimen yang ikut sama menimbulkan hal itu. [wm.kl.9:54 am 28/11/13]

Kerajaan Kelantan tolak proposal Ecobound untuk bina lebuh raya

Posted: 27 Nov 2013 04:12 AM PST

SUSUPAN MALAM                                                                              

Kerajaan Kelantan akhirnya menyedari akan sejauh mana kemampuan konsortium Ecobound Sdn Bhd untuk melaksanakan projek lebuh raya Kelantan sepanjang 30km dari Kota Bharu ke Kuala Krai bila mana akhirnya cadangan konsortium berkenaan ditolak.

Hanifa Ahmad
Jurucakap kerajaan negeri menjelaskan, pihak kerajaan menolak kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat (terms and references) dikemukakan oleh konsortium berkenaan untuk membina lebuh raya berkenaan ikut kaedah wakaf yang dipersetujukan.

Bagaimana pun projek yang sangat diperlukan rakyat Kelantan itu diteruskan juga dengan membuka tander terbuka kepada mana-mana syarikat berwibawa untuk membinanya.


Dalam pada itu menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utilitis dan IT, Hanifa Ahmad dokumen tander dijangka siap Januari depan dan pembinaan bermula pertengahan 2014 sebaik kontrektor dikenali pasti.

Lebuh raya itu dianggarkan bernilai RM550 juta dan pembinaan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Mengenai kaedah pembayarannya kerajaan akan membayar secara tunai tetapi dilewatkan setahun selepas ianya siap. Tempoh jangka siap ialah empat tahun.

Sebelum ini timbalan menteri besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah ketika di satu majlis di Pahang menjelaskan kos pembinaanya sebanyak RM669 juta dan dijangka siap pada pertengahan tahun 2016.

Pembinaan projek lebuh raya berkenaan menjadi isu dan pertikaikan di antara pihak tertentu dalam kerajaan Kelantan. Pada mulanya ia diuruskan oleh sebuah badan ditubuhkan kerajaan yang telah pun menanda tangani dengan kontrektor dari Korea, bagaimana pun setelah berlaku pertukaran MB dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub badan berkenaan diketepikan dan kaedah baru dikemukakan.

Bagi meneruskan projek berkenaan kerajaan menerima cadangan dari konsortium Ecobound Sdn Bhd yang dikatakan mendapat kemudahan kewangan dari Islamic Development Bank (IDB) yang beribu pejabat di Dubai.

Penolakan atau tidak meneruskan rundingan dengan konsortium berkenaan menempati apa yang diramalkan sebelum ini. Allahuakbar. [wm.kl.7:56 pm 27/11/13]

Tiada ulasan: