Selasa, 26 November 2013

.

.


Inchek Ibrahim dilantik sebagai ahli lembaga pengarah UITM?

Posted: 25 Nov 2013 11:31 PM PST

MAKLUMAT                                                                                     

Seorang penjengok blog Merah Tinta memaklumkan Ibrahim Ali dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah UITM yang baru dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan. Perkara ini disedari apabila ketika konvokesyen baru-baru ini di mana ada nama Ibrahim tercatat didalam buku cendera mata.

"Beberapa ibubapa yang hadir ke majlis konvokesyen terkejut melihat nama Ibrahim itu," jelasnya penjengok berkenaan.

Menurutnya ada juga ibu bapa kehairanan dan bertanya apakah tidak ada nama lain untuk dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.

Penjengok itu bimbang dan ingin tahu apakah hal ini disedari oleh pihak kementerian atau pun tidak?

Dalam pemeriksaan sekejap tadi terhadap web UITM [http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah] memang nama Ibrahim Ali ada tercatat sebagai ahli lembaga pengarah di bahagian paling bawah.

Lain-lain ahli lembaga pengarah ialah, Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (Pengerusi), Ir Dr Sahol Abdul Hamid Abu Bakar, Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Aishah Sheikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Dr Roziah Omar, Inchek Ibrahim Ali dan Zahrah Mokhtar selaku setiausaha.

Tidak lama dahulu IPTA berkenaan juga berhajat untuk menganugerahkan 'bintang' kepada ahli politik 'lompot-lompatan' itu tetapi ia ditarik balik apabila timbul kontroversi. Sahul Hamid terpaksa membuat pengumuman yang kononnya ia diperingkat cadangan.

Sebagai rekod minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukum penjara sehari dan denda RM20,000 ke atas Ibrahim kerana didapati menghina mahkamah berhubung ke saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia. Beliau kini dalam proses mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan. [wm.kl.3:26 pm 26/11/13]

Zahid dan Anwar sama-sama pembohong?

Posted: 25 Nov 2013 04:39 PM PST

SULUH PAGI                                                                                      

Naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Anwar Ibrahim cuba mengalih tumpuan daripada membicarakan soal kemasukan 40,000 orang Bangladesh ke negara ini untuk memberi undi kepada UBN dalam pilihan raya dulu. Zahid menyifat Anwar berdolak dalih mengenai perkara itu kerana menyembunyikan pembohongannya tentang kemasukan Bangladesh itu.

Rasanya bukan saja saya yang menyampah dengan isu kemasukan 40,000 Bangladesh ini, tetapi mereka yang bijak dan sedar politik juga bosan. Budak kecil pun tahu sejauh manah logik dan bohongnya. Isu itu adalah psywar politik saja. Kita percaya Zahid dan Najib Razak yang kononnya sanggup ke Bangladesh untuk mencari bukti kemasukan itu juga tahu mengenai 40,000 Bangladesh ini.

Najib juga ikut sama mandi dalam lumpur dengan isu ini.


Sebagai orang Umno, mereka bertiga Najib Razak, Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim tahu isu 40,000 Bangladesh ini. Bahawa ianya isu rekaan semata-mata yang dibuat dengan penuh menyakinkan. Mereka yang sihat akal tidak memepercayai akan dakwaan itu, melainkan ia satu perang saraf bagi menganggu konsentrek UBN dan dalam masa sama membangkitkan kemarahan rakyat kepada UBN. Itu sahaja.

Jadi isu 40,000 Bangladesh ini tidak perlu dibangkitkan lagi sehingga menampak kebodohan politik orang Melayu. Kenapa suka sangat mendebat sesuatu perkara yang dangkal dan tidak ada kualiti?

Berbalik kepada Zahid tadi tidak payah beliau perpanjangkan isu ini kerana hendak membela dan membodek Najib. Cukuplah. Hidup dengan membodek boleh menyebabkan perut kita sengkak. Martabat Anwar tidak akan jatuh dengan isu itu. Sebelum menuduh Anwar terjempit atau terdesak sehinggakan mengubah tumpuan untuk melindungi pembohongan dari rakyat, Zahid perlu menilik dirinya sendiri. Apakah Zahid juga ikhlas dan jujur dalam politiknya? Apakah isu-isu yang beliau tabur itu semuanya mutlak dan Zahid sendiri seorang tulus dan jujur?

Sebelum ini semua orang dengar Zahid membuat berbagai janji. Salah satu ialah janji untuk mendakwa tokoh pembangkang yang dikatakan terlibat dengan serangan pengganas di Lahad Datu. Ke mana menghilangnya janji itu sampai kini orang yang dikatakan itu masih belum diheret ke mahkamah.

Tidakkah kenyataan (janji) Zahid itu merupakan psywar untuk mengelirukan rakyat agar menolak Pakatan Rakyat?

Kalau kita juga membaca kitab yang sama, janganlah bila rakan kita berhujah menggunakan kitab itu kita mengatakan dia salah pulak. Sebenarnya baik Zahid, Najib dan Anwar menggunakan kitab politik yang sama, cap Machiavellisme. Sama-sama belajar membuat spin, provokasi dan mengelirukan rakyat demi kuasa. Jika sama-sama memakan sireh dengan pinang pasti akan rasa pahit, kelat dan pedas yang sama.

Isu 40,000 Bangladesh ini cukuplah tidak payah disebut-sebut lagi. Makin disebut akan menampakkan makin bodoh politik bangsa yang mengaku menjadi raja di tanah air ini. Sekeji-keji Mahathir pun rasanya dia tidak perbesarkan isu 40,000 Bangladesh ini kena dia juga hafal kitab Machivelisme itu. [wm.kl.8:30 am 26/11/13]

Kedudukan golongan ulamak dan profesional sama gagah dalam PAS

Posted: 25 Nov 2013 05:26 AM PST

ULASAN MUKTAMAR                                                                         
[Bhg Kedua]

Seramai 1,086 orang perwakilan yang mengambil bahagian dalam memilih pucuk pimpinan Pas untuk sessi 2013 - 2015 menampkan keresionalan mereka. Kalau kita menerima ada dua aliran pemikiran atau kumpulan di dalam Pas, dua golongan ulamak dan bukan ulamak (profesional) menjelaskan kedudukan mereka sama gagah.

Jika diambil kepada jumlah undi diperolehi calon Timbalan Presiden, Mohamad Sabu dan Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) yang disifatkan digolongkan profesional manakala Nik Amar golongan ulamak sebagai perbandingnya (contoh) menjelaskan kedudukan itu.

Mohamad Sabu mendapat 588 undi atau kira-kira 54.5% undi manakala Nik Amar mendapat 490 undi atau kira-kira 45.5%. Ini menunjukkan kedudukan mereka atau golongan di dalam Pas sama gagah.

Kedudukan ini juga tercermin di dalam pemilihan tiga naib presiden dan 18 orang Ahli jawatankuasa. Mereka yang boleh disifatkan mewakil ulamak ada seramai lapan orang di dalam AJK. Mereka ialah Idris Ahmad, Nasarudin Hassan, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Nik Zawawi Nik Salleh, Ridhuan Mohd Noor, Mahfodz Mohamad dan Nuridah Salleh. Jika dicampur dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abdul Hadi Awang menjadikan 10 orang.

Manakala mereka yang boleh digolongkan sebagai profesional seramai 11 orang. Mereka ialah Mazlan Aliman, Nizar Jamaluddin, Amiruddin Hamzah, Mohd Hatta Ramli, Mujahid Yusuf Rawa, Drzulkifly Ahmad, Hanifa Maidin, Kamaruddin Jaafar, Khalid Samad, Syed Azman Syed Mohamad Nawawi, dan Siti Mariah Mahmud.

Jika dicempur dengan dua orang naib presiden Sallahuddin dan Husam menjadi 13 orang.

Jelas angka-angka itu menunjukkan kapasiti dua golongan itu sama rata dan sama banyak. Strength mereka sama kuat. Justeru saya katakan pemilihan kali ini menunjukkan para perwakilan bijak membuat pembahagian dan masih mengelakan kombinasi saf kepimpinan dua tahun lepas. Dengan kedudukan ini tidak perlulah ada mana-mana pihak mendabit dada mendakwa golongan mereka kuat atau mendapat kepercayaan lantas berhak untuk menguasai parti.

Justeru hasil pemilihan itu kena diterima akan hakikatnya. Kesimpulannya kedua pihak tidak boleh menafikan di antara satu sama lain. Golongan ulamak tidak boleh mengatakan mereka berhak ke atas Pas, maka mereka perlu mendapat keistimewaan-kesitimewaan tertentu termasuk dalam membuat apa-apa ijtihad siasah. Begitu juga dengan profesional tidak boleh mendakwa mereka harus diberikan keutamaan termasuk dalam merangka tektik dan strategi politik dengan pihak Pakatan Rakyat.

Eloklah kalau AJK Pas sessi ini berkerja sama baik di antara satu lain. Sedia sama-sama memberi dan menerima pendapat berlandaskan perkara yang asas. Apa yang mereka kena fikirkan pengukuhan parti bukannya untuk memenangkan mana-mana puak atau pun menjual idealisme dan aliran pemikiran masing-masing. Tetapi kerjasama itu untuk memenangkan perjuangan (Pas).

Pengaruh Nik Amar dan Husam

Sehubungan itu kedudukan atau hakikat yang sama juga berlaku terhadap Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam Musa di Kelantan. Kalau diambil kira kepada undi yang mereka perolehi dalam muktamar lalu menjelaskan kekuatan mereka hampir sama.

Husam mendapat undi sebanyak 520 yang diberikan perwakilan untuk jawatan naib presiden, manakala Nik Amar mendapat undi sebanyak 490 dimanaka bezanya kelebihan kepada Husam sebanyak 30 undi sahaja.

Kalau diambil undi itu ia diberikan oleh perwakilan Kelantan, bahawa penyokong Husam dengan Nik Amar sama banyak. Jadi jangan hendaknya ada pihak-piohak tidak 'masan kepala' atau segar, mendakwa yang Nik Amar lebih berkuasa atau Husam lebih berkuasa. Dari segi kedudukan dalam kerajaan iya, Nik Amar ke depan tetapi itu tidak menjadi ukuran yang tepat.

Makanya berdasar kepada jumlah undi dan sokongan itu elok kedua-dua berkongsi memerintah Kelantan. Mungkin untuk berlaku adil Husam boleh dibiarkan mengurus parti manakala diberikan tugas mengurus kerajaan. Kombinasi pengurusan ini harus sekata untuk memperkuatkan Pas. Satu kaedah perlu dicari bagi mewujudkan keadaan ini.

Jika ada niat untuk mengenpikan Husam atas kedudukan dalam kerajaan itu, ia satu tindakan kurang bijak dan sengaja meletakkan Pas Kelantan bakal terjerlus dalam kancah masalah.

Rasanya situasi ini disedari semua pihak di Kelantan, baik di pihak Husam atau Nik Amar. Kesan daripada apa yang berlaku menyebabkan mereka mendapat undi kurang dari sepatutnya. Kalau mereka beruda mengakan maufakat seperti diosyorkan kemungkinan Husam akan dapat tambah undinya lima hingga 10 persen lagi. Begitu juga dengan Nik Amar akan mendapat laba yang sama.

Apabila mereka mendapat pertambahan undi mungkin kedudukan Husam sebagai naib presiden tidak corot manakala Nik Amar pula mungkin sudah menjadi timbalan presiden Pas kini. Kegagalan mereka berdua, khasnya Nik Amar boleh diletakkan atas sebab tidak adanya persefahaman kedua mereka, khasnya tindakan-tindakan melampau dilakukan penyokong masing-masing.

Husam dan Nik Amar khususnya dan semua orang Pas Kelantan perlu sedar dan insaf perenggangan mereka berdua, atau perlumbaan bagi mendapat pengaruh dan kuasa tidak memberi keuntungan kepada Pas. "Perbalahan' Husam dengan Nik Amar akan membuka lowong lurus untuk Umno menguasai Kelantan di masa akan datang.

Dengan selesainya muktamar dan peraduan untuk menguatkan kekuatan sebaiknya Pas Kelantan juga memulakan langkah-langkah positif ke arah pemantapan dan penyatuan ahli. Dan jika ini terjadi ia menyenangkan Ahmad Yaakub sebagai MB untuk mentadbir Kelantan. Kekuatan Ahmad Yaakub, ketahanan jiwanya terletak kepada penyatuan pengaruh peribadi Husam dengan pengaruh peribadi (kuasa) Nik Amar. [wm.kl.9:25 pm 25/11/13]

Tiada ulasan: