. |
- Mohamad Sabu tewaskan Nik Amar
- Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung
- Kesilapan 'teknik' kedua dalam PAS
Mohamad Sabu tewaskan Nik Amar Posted: 23 Nov 2013 03:31 AM PST Mohamad Sabu telah diumumkan sebagai timbalan presiden Pas untuk periode 2013-2015 apabila berjaya menewaskan pencabarnya Mohd Amar Nik Abullah dengan majoriti tipis 98 undi saja. Mat Sabu mengutip 558 undi manakala Nik Amar 490. Bagaimana untuk kerusi naib presiden Pas masih belum diumumkan kerana pengiraan semula undi terpaksa dilakukan. | ||
Pengundian selesai, pengiraan sedang berlangsung Posted: 22 Nov 2013 06:58 PM PST TERKINI Para pemerhati politik dan peminat Pas kini sedang menanti-nanti keputusan pemilihan dalam Pas yang dijangka diumumkan menjelang tengah hari ini sebelum muktamar berhenti rehat. Proses pengundian semula untuk jawatan AJK Pas pusat baru selesai dijalankan.
Pengiraan undi dijangka akan bermula sejurus semua peti-peti undi dibawa ke dewan pengiraan. Persoalan yang sedang menggaru-garu kepala orang ramai ialah apakah keputusan itu nanti. Apakah berlaku kejutan atau sebaliknya. Untuk jawatan timbalan presiden sekiranya pencabar Mohd Amar Nik Abdullah diityharkan menang ia dikira satu kejutan bakal merupakan suasana dalam Pas setidak-tidaknya untuk setahun dua. Sukar untuk menentukan siapakah di antara mereka akan mengiringi Abdul Hadi Awang ke kerusi hiarerki tertinggi Pas bagi mambawa tanggungjawab dan amanah alhi Pas khasnya umat Islam amnya memperjuangkan Islam di negara ini. Sejak semalam dan hingga ke saat ini berbagai ramalan, andaian dan spekulasi dibuat berhubung pemilihan kali ini. Iya berbagai-bagai andaian namun semuanya tidak berani mengakui untuk mengatakan siapa menang dan siapa kalah kerana keadaanya sama rata. Bagi jawatan timbalan presiden Pas, setengah kaum mengatakan Mohamad Sabu akan berjaya mengekalkan kedudukannya, manakala kaum lain berpendapat Nik Amar akan mampu merobek kedudukan Mohamad Sabu. Padangan penulis sekiranya siapa diantara mereka menang, majoritinya tidak kecil saja tetapi kalau melebihi 100 undi ia merupakan menang mewah. Mengenai kedudukan naib presiden Pas, berbagai pandangan dilemparkan. Ada mengatakan Husam Musa, Mahfuz akan terkeluar dari barisan naib presiden di mana mereka akan diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abu Bakar Chik. Tidak kurang juga berpendapat Tuan Ibrahim akan mendapat undi terbanyak diikuti Husam dan Mahfuz Omar manakala Sallahuddin Ayub dan Abu Bakar Chik gagal untuk mencuri satu kerusi. Dalam pada itu ada juga mengira keadaan kekal, di mana Husam, Salahudin dan Mahfuz akan mengekalkan kedudukan. Namun hati kecil saya membisikkan ada perubahan kecil dalam saf kepimpinan Pas kali ini. Sama-sama kita tunggu pengumuman rasmi hari ini juga. [shah 10:57 am 23/11/13] | ||
Kesilapan 'teknik' kedua dalam PAS Posted: 22 Nov 2013 04:32 PM PST SUSUPAN PAGI Kesilapan teknikal dalam kertas undi untuk jawatan Ajk PAS yang menyebabkan pengundian untuk jawatan berkenaan yang berlangsung selama sejam dihentikan semalam dan disambung pagi ini sesuatu yang memalukan dan membuang masa. Ia juga satu sejarah baru kepada Pas.
Apakah kelainan yang disebut itu ianya bersangkutan dengan penangguhan pengundian jawatan AJK semalam disebabkan kesilapan teknikal di kertas undi? Muktamar kali ini bukan saja cacat kerana kesilapan teknikal itu tetapi menyebabkan ia akan ditanggapi dengan berbagai tanggapan negatif. Pihak luar khasnya SPR yang sebelum ini dikecam pembangkang termasuk Pas kerana gagal berfungsi dengan baik sudah pasti akan mentertawakan Pas (ha ha ha) kerana untuk menghandle pengundian seramai tidak sampai 2,000 pun menjadi kalut. Kesilapan itu juga menyebabkan ia boleh ditafsirkan ianya disengajakan atas tujuan dan motif tertentu. Memang ada beberapa perwakilan mempertikai dan mengkritik apa yang berlaku itu. Bekas Adun Melor Wan Ismail Wan Jusoh memberi tahu seorang perwakilan secara sinis mempersendakan pihak yang menguruskan proses pemilihan itu dengan menyebut; "macam mana boleh berlaku kesilapan teknikal, pakai orang profesional pun boleh melakukan kesilapan teknik jugakah? Kalau ulama tak hairan sebab dia tak pandai." Beritahunya kepada saya malam tadi. Kesilapan teknik berlaku apabila nama bekas ketua pemuda Nasarudin Hassan dan seorang yang lain tidak terdapat dalam kertas pencalonan. Kehilangan namanya itu disedari oleh perwakilan yang ingin mengundinya. Selain itu juga ada kesilapan dari segi nombor calon di mana seorang calon ditandai dengan dua nombor. Macam mana ini boleh berlaku? Kesilapan seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana ia boleh menimbulkan implikasi negatif. Dengan berlakunya kesilapan ini juga menunjukkan kelemahan dan 'ketidakcakudhan' pihak yang bertanggungjawab terhadapnya. Atas apa yang berlaku itu jabatan Setiausaha Agung terutamanya Pengarah Muktamar Takiyuddin Hassan harus membuat penjelasan sebelum pengundian pagi ini dijalankan. Beliau bersama Pengerusi Jawatankuasa pemilih Asmuni Alwi harus bertanggungjawab. Jika perlu mereka wajar meletak jawatan sebagai mengambil risiko atas kejadian yang sungguh tidak profesional itu. Tanpa berbuat demikian mereka juga akan disamakan dengan perangai menteri Umno yang tidak bersedia mengambil resposibiliti apabila berlaku sesuatu yang boleh menjejaskan imej negara. Ekoran penangguhan pengundian untuk jawatan AJK itu mengheret kepada masalah lain apabila pengiraan untuk untuk jawatan timbalan presiden dan naib presiden ditangguhkan sama. Sepatutnya pengiraan dibuat sebaik sahaja selesai pengundian seperti mana diputuskan jawatankuasa Pas. Apabila ianya ditangguh untuk dikira bersama kertas undi untuk jawatan Ajk menyebabkan kecacatan kecil di kertas undi itu merebak kepada kecacatan lebih besar lagi. Sepatutnya pengiraan kertas undi jawatan timbalan dan naib presiden dilakukan malam tadi bagi mengelak persepsi negatif mencemarkan parti. "Apakah ada permainan buruk dalam pemilihan kali ini?" Persoalan seperti itu tidak boleh dielakkan. Dan mengingati kepada kesilapan teknik itu menyebabkan ingatan kita terus berpaling kepada kejadian 35 tahun lalu di mana kesilapan teknik pernah berlaku semasa Jawatankuasa Pas mengundi untuk memecat Mohamad Nsir daripada Pas ekoran ulahnya dalam krisis politik di Kelantan. Gara-gara kesilapan teknik itu Mohamad Nasir tidak terpecat dari Pas sehinggalah ianya dilakukan pengundian sekali lagi. Pemecatan Mohamad Nasir telah meninggalkan kesan dan sejarah hitam buat Pas apabila kerajaan Kelantan yang berada dalam tangan Pas terlepas. Hendaknya jangan disebabkan kesilapan teknik ini ia boleh menjadi punca untuk mengulangi sejarah hitam di Kelantan itu, di mana kerajaan Kelantan berusia 23 tahun akan juga terlepas? [wm.kl.8:31 am 23/11/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan