Anak Sungai Derhaka |
- Subsidi untuk rakyat yang berada antara hidup dan mati pun Kerajaan potong?
- Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan?.. Siapa Jamil Khir nak perbodohkan ni?
- Punca sebenar kematian Yasser Arafat terdedah!
Subsidi untuk rakyat yang berada antara hidup dan mati pun Kerajaan potong? Posted: 07 Nov 2013 04:04 AM PST Beribu-ribu pesakit buah pinggang sedang menghadapi masa yang sukar kerana Kementerian Kesihatan, setakat ini tidak meluluskan subsidi bagi rawatan hemodialisis bagi tahun ini. Ada yang dilaporkan telah menunggu kelulusan ini selama tiga tahun. Bilangan kelulusan bagi subsidi bulanan sebanyak RM600 mula berkurangan pada tahun 2011, dan menjadi minimum pada pertengahan 2012. Pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (BGO) berkata mereka diberitahu oleh Kementerian Kesihatan supaya mencari dana di tempat lain kerana mahu memberi tumpuan kepada pesakit baharu. Mereka juga berkata sesetengah pesakit telah menunggu kelulusan subsidi selama tiga tahun, bukannya tempoh seperti biasa, satu hingga tiga bulan. Di Malaysia, ramai golongan miskin bergantung kepada subsidi rawatan dialisis, tetapi kerana kekurangan pusat-pusat yang dikendalikan oleh kerajaan, ramai yang beralih kepada pusat-pusat yang dikelolakan oleh NGO, yang bukan berasaskan keuntungan. Melalui pusat-pusat hemodialisis yang dikendalikan NGO ini, mereka boleh memohon untuk subsidi dialisis sebanyak RM600 (RM50 bagi setiap dialisis) setiap bulan dan suntikan percuma. Satu pemeriksaan secara rawak mendedahkan bahawa Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan masih mempunyai 200 pesakit yang masih menunggu untuk subsidi, 50 pesakit di St John's Pt Selangor di Klang, 40 pesakit di pusat-pusat dialisis yang dikendalikan oleh pertubuhan agama yang enggan namanya disiarkan, 22 di Pusat Hemodialisis Rotary Pontian dan lima pesakit di Pusat Lions Renal KL. – mStar ..... Kenapa tidak dikurangkan sedikit perjalanan pemimpin-pemimpin negara dengan menggunakan jet rasmi yang menelan hampir RM500,000 setiap penerbangan dan salurkan hasil penjimatan itu untuk mereka yang benar-benar memerlukan ini? RM470,000 untuk setiap penerbangan jet eksekutif Satu jawapan bertulis oleh kerajaan di Parlimen hari ini mendedahkan bahawa perjalanan menggunakan tujuh pesawat kapal terbang dan helikopter persendirian kerajaan pada 2012 melibatkan kos purata hampir setengah juta ringgit untuk setiap penerbangan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannya kepada Anthony Loke (DAP-Seremban) berkata ia termasuk kos RM14.95 juta untuk bahan api dan RM160.08 juta untuk penyelenggaraan. Shahidan berkata kos tersebut bagi 372 perjalanan ke 339 destinasi untuk urusan rasmi. Ia memberi jumlah purata lebih 470,000 untuk setiap penerbangan. Pesawat tersebut yang dikhaskan untuk kegunaan orang kenamaan termasuk perdana menteri dan Yang di-Pertuan Agong, melibatkan satu pesawat Falcon, Global Express, Business Jet, Blackhawk, dua Augusta dan sebuah Fokker F28. Loke berkata ia tidak termasuk kos yang ditanggung pada 2013, ketika mana perdana menteri mengunjungi banyak destinasi dalam negeri menjelang pilihan raya umum ke-13. Kita tahu pesawat tersebut tidak boleh digunakan untuk urusan parti namun BN nampaknya tidak malu menggunakan dana kerajaan untuk kerja parti," katanya kepada pemberita di bangunan parlimen hari ini ~ Malaysiakini Inilah contoh apa yang dikatakan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan..' |
Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan?.. Siapa Jamil Khir nak perbodohkan ni? Posted: 06 Nov 2013 10:57 PM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menyifatkan jualan murah gula dan beras yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini adalah satu kebetulan. Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, jualan murah tersebut dijadikan modal pembangkang untuk memburukkan BN apabila ia kebetulan diadakan pada musim kempen PRK Sungai Limau. "Jualan murah ini ada di mana-mana, pasar raya selalu buat jualan murah jadi apa yang dihairankan. Kebetulan ia diadakan semasa PRK namun hakikatnya ia bukan kerana PRK," katanya kepada media selepas merasmikan Konvesyen Pendakwah Negara 2013 di Kuala Lumpur. Katanya, keadaannya sama seperti situasi pembangunan dan kempen jualan murah yang dilaksanakan kerajaan. "Ia seperti pembangunan yang dilakukan secara berterusan tidak kira sebelum atau selepas musim pilihan raya, begitu juga jualan murah. "Bajet dibuat sepanjang tahun dan kita tidak boleh melepasi apa yang diperuntukkan. Contohnya seperti pemberian dana sekolah atau jalan raya, ia bukan hanya kerana untuk meraih undi, tetapi ia sememangnya ada bajet, " katanya ~ The Malaysian Insider ..... Siapalah yang Jamil Khir cuba nak perbodohkan ni.. jika ianya satu kebetulan, kenapa hanya diadakan di SUngai Limau tidak dilain-lain tempat? |
Punca sebenar kematian Yasser Arafat terdedah! Posted: 06 Nov 2013 05:12 PM PST Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland. Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat. Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia. "Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya. Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat. "Jika isterinya, Suha ingin mengetahui apa yang berlaku terhadap suaminya, kami perlu menjalankan pemeriksaan terhadap mayat Arafat yang mungkin akan menunjukkan dengan lebih tepat mengenai kandungan polonium yang digunakan," katanya. Racun polonium pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia yang membelot Kremlin, Alexander Litvinenko pada 2006 selepas perisik itu meminum air teh yang dicampur dengan bahan radioaktif tersebut di sebuah hotel di London. Arafat, pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang memimpin kerajaan Palestin selama hampir 40 tahun, meninggal dunia pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat. Allahyarham turut diterbangkan ke Perancis daripada ibu pejabatnya yang dikepung oleh rejim Israel di Tebing Barat. Pegawai kerajaan Perancis pada ketika itu enggan mendedahkan sebenar kematian atau keadaan Arafat, sekali gus mencetuskan pelbagai khabar angin dan teori berhubung kematian Presiden itu. Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun dan pegawai Palestin mendakwa pemimpin mereka itu telah diracun oleh rejim Zionis. Namun satu siasatan tidak rasmi yang dilaksanakan oleh Palestin pada 2005 mendapati tiada unsur penyakit kanser, AIDS atau racun yang menjadi punca kematian Arafat. - AFP Palestinian leader Arafat was murdered with polonium - widow Swiss forensic report on Arafat's death downloads HERE |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan