Anak Sungai Derhaka |
- Najib kata sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat.. tapi baca apa Macai kata ni..
- Oooo... patutpun BN kalah...
- Agong bagi peringatan kepada UMNO dan PERKASA ke ni?
- Najib kata dia tegas pertahan kalimah Allah
Najib kata sokongan pengundi Cina kepada BN meningkat.. tapi baca apa Macai kata ni.. Posted: 05 Nov 2013 08:30 AM PST Berikutan dengan tewasnya calon BN kepada calon PAS/PR dalam PRK Sungai Limau semalam biarpun BN telah mengerahkan hampir kesemua jabatan yang ada baik di peringkat negeri mahupun peringkat Pusat.. Berkatalah Najib untuk memujuk hatinya yang lara.. Keputusan PRK Dun Sungai Limau, Kedah semalam secara sepintas lalu menunjukkan terdapat peningkatan sokongan kaum Cina terhadap BN, katanya.. Beliau berkata keputusan dua peti undi yang bilangan pengundi dari kaum Cina didapati lebih ramai menunjukkan bahawa sokongan mereka kini memihak kepada calon BN. "Kalau kita lihat sepintas lalu, memang ada peningkatan, tapi kita perlu membuat kajian lebih mendalam mengenainya," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di PICC di sini hari ini lapor Sinar Harian di SINI Hakikatnya kenyataan Najib itu bolehlah dianggap sebagai kenyataan 'Syok Sendiri' dengan mengatakan sokongan Kaum Cina kepada BN telah meningkat. Sebabnya korang bacalah apa yang diluahkan oleh Blogger Pro UMNO tentang pengundi Cina di Sungai Limau ini..
Yang ni paling racist..
Kesian kat Najib.. siapalah yang menyampaikan info bercanggah dengan hakikat tu kat dia.. | ||||||
Posted: 05 Nov 2013 05:53 AM PST Kegagalan untuk menjelaskan isu-isu setempat dan kurangnya tokoh agama dikenal pasti antara tiga punca utama kekalahan Barisan Nasional (BN) di Kelantan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) Mei lepas. Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed (gambar) berkata turut menyumbang kepada perkara itu ialah kelemahan jentera penerangan yang disifatkan kurang berkesan memainkan peranan mereka. "Dalam post mortem kita baru-baru ini, ini tiga perkara utama yang menjadi punca BN tewas di Kelantan dan ini semua akan diperbaiki dalam persediaan menghadapi PRU14. "Umno Kelantan akan mengadakan persiapan lebih awal bagi menghadapi PRU14 dan ini memerlukan semangat yang tinggi di kalangan pemimpin dan anggota Umno semua," katanya selepas berucap pada Perhimpunan Barisan Kepimpinan Baharu Umno Bahagian dan forum bertajuk 'Amanah Diberi, Tanggungjawab Digalas Menghadapi PRU14'. Pada PRU13, BN berjaya memenangi 12 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima daripada 14 kerusi Parlimen di Kelantan. Sebelum PRU13, BN hanya menyandang tujuh kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu juga yakin sekiranya isu-isu setempat berjaya disampaikan dengan sempurna, rakyat akan dapat memahami kedudukan perkara itu dengan lebih jelas, seterusnya membuat pilihan lebih tepat apabila tiba masanya. "Antaranya isu air bersih dan isu pembalakan, jika dapat diterangkan dengan baik sudah tentu rakyat akan memahaminya...sebab itu kita memerlukan jentera penerangan yang benar-benar mantap," katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Mustapa berharap Umno Kelantan mampu mengubah keadaan pada PRU14 dan kembali memerintah Kelantan. "Banyak faktor lain juga kenapa kita gagal untuk menewaskan PAS, antaranya perbalahan sesama sendiri yang tiada noktah," katanya sambil mengharapkan kepimpinan baharu Umno mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN. - Bernama | ||||||
Agong bagi peringatan kepada UMNO dan PERKASA ke ni? Posted: 04 Nov 2013 11:59 PM PST Assabiyyah merupakan ikatan yang mengikat bangsa Arab Jahiliyyah sebelum kedatangan Islam. Mereka sering bergaduh serta berperang antara satu sama lain semata-mata kerana ingin mempertahan puak masing-masing. Setelah Rasulullah diutus, baginda terus menghapuskan ikatan ini dan menyatukan manusia di bawah satu ikatan baru yang bukan sahaja dapat mengikat bangsa Arab, malah seluruh umat manusia. Siapa sahaja yang menyahut seruan Rasulullah, maka terburailah semua ikatan bangsa atau keturunan, walau antara bapa dengan anak sekalipun dan mereka hanya bersatu di bawah ikatan yang baru ini, yakni ikatan La ilaha illallah Muhammad Rasulullah. Di negara kita ini yang kononnya memperjuangkan bangsa Melayu dari semua segi adalah UMNO dan juga PERKASA.. Padahal cuba korang tengok sekeliling ada tak pemimpin UMNO yang susah hidupnya?.. Ada tak Ketua Bahagian UMNO yang tinggal dirumah murah?.. Ada tak pemimpin UMNO yang hanya menaiki Proton Saga?.. Diharap tidak ada Ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang buat laporan Polis tentang ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk ini.. Jangan bawa budaya assabiyyah PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah mengingatkan rakyat supaya tidak membawa budaya assabiyyah dalam kehidupan masyarakat majmuk. Seri Paduka bertitah, rakyat sebaliknya perlu memahami konsep "penerimaan dan kebersamaan" yang menunjangi kesejahteraan hidup. "Pelbagai isu sensitif dan slogan cuba dicanangkan, sedangkan semua pihak tahu dan perlu memahami bahawa kita semua bertanggungjawab menjaga kepentingan perpaduan dan keamanan negara. "Kesemua tindak-tanduk kita juga haruslah mencerminkan bahawa kita adalah masyarakat yang memegang amanah untuk menjaga keharmonian negara dan bukan sebaliknya," titah Seri Paduka. Firman Allah SWT bermaksud: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu). (al-Hujurat: 13) Sabda Rasulullah SAW: "Bukan daripada kalangan kami orang yang menyeru kepada Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang berperang atas dasar Assabiyah, dan bukan daripada kalangan kami orang yang mati kerana Assabiyah" (Riwayat Abu Daud). Hakikatnya, Islam tidak menetapkan lambang kemuliaan pada bangsa, akan tetapi dinilai dari sudut takwa kepada Allah SWT.... Baca lagi ulasan mengenai Assabiyah di ( SINI ) | ||||||
Najib kata dia tegas pertahan kalimah Allah Posted: 04 Nov 2013 08:09 PM PST Kalau nak terangkan kepada anak-anak akan maksud tegas yang Najib maksudkan dalam hal ini.. aku tak tahu nak terangkan macam mana.. Di Sabah dan Sarawak, beliau benarkan orang bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.. tapi di Semenanjung pula tidak dibenarkan.. Apa punya tegas ni? Najib tegas pertahan kalimah Allah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) bertegas akan tetap mempertahankan kalimah Allah demi bangsa, agama, dan negara. Dalam perutusan sempena sambutan Maal Hijrahnya, Najib berkata, ketegasan itu bagaimanapun dibuat secara berhemah melalui konsep Wasatiyyah yang menjadi asas kemakmuran Malaysia. "Menghayati pengertian hijrah yang lebih luas, kita tetap memartabatkan agama dan mempertahankan kalimah Allah demi agama, bangsa dan negara tercinta. "Malaysia yang menjunjung tinggi perlembagaan dan Islam sebagai agama bagi negara, tetap istiqamah mendaulatkan kedudukan Islam di negara ini berlandaskan Maqasid Syariah dan pendekatan berhemah berkonsepkan Wasatiyyah," katanya dalam perutusan berkenaan yang boleh didapati di laman web www.1malaysia.com.my. Isu berkaitan penggunaan kalimah Allah tercetus sejak 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri melarang penerbitan Herald menggunakan kalimah berkenaan dalam penerbitan mingguan berbahasa Melayu mereka bagi kegunaan penganut Kristian Katolik. Mahkamah Rayuan memutuskan Herald dilarang menggunakan perkataan berkenaan. "Hakikatnya Malaysia terus berkembang melalui pelaksanaan program transformasi ekonomi yang kita lancarkan," katanya. Beliau turut memetik Laporan Mudah Menjalankan Perniagaan Bank Dunia 2014 yang meletakkan Malaysia pada kedudukan keenam berbanding ke-12 tahun lalu. "Ini mencerminkan kejayaan agenda penghijrahan yang dilakukan. Kejayaan ini juga mengukuhkan lagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh apabila muncul satu-satunya negara Islam yang berada dalam kedudukan 10 negara terbaik," katanya ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan