Ahad, 3 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kantoi! Kerana Terdesak Menteri Agama 'Berani Hijrah' Dari Agamawan kepada Penipu!!

Posted: 03 Nov 2013 02:12 AM PST


Kerana terdesak untuk memenangkan Calon mereka dalam PRK Sungai Limau ini, Seorang pemimpin UMNO yang menerajui Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom membuktikan beliau 'Berani Hijrah' menjadi munafik dengan menipu orang ramai..

Sebelum ini Bernama telah melaporkan kononnya sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai UMNO..

YAN - Sejumlah 351 orang, termasuk anggota dan penyokong Pas dari lima cawangan dekat sini menyertai Umno kerana percaya parti itu mampu membawa perubahan kepada penduduk di kawasan Dun Sungai Limau.

Borang keanggotaan mereka diserahkan wakil setiap cawangan dari Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Umno bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, di Kampung Kabu 10, dekat sini, semalam.

Wakil Kampung Tok Rama, Siti Aishah Ismail, 31, berkata mereka membuat keputusan menyertai Umno kerana mahukan pembangunan dan perubahan selepas berada di bawah kepimpinan Pas sejak pilihan raya umum 1995.

Mohd Shabri Abdul Wahab, 50, pula berkata Umno merupakan parti yang banyak memberi bantuan dan sering mendengar masalah rakyat. Beliau yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas berkata masalah mereka tidak pernah diambil peduli oleh Pas sehinggalah Jamil Khir turun bertemu serta menanyakan masalah yang mereka hadapi.

"Lima tahun yang lepas saya cuba membawa perkara ini kepada Pas tetapi gagal. Saya terus cari tempat saya boleh mengadu," kata Mohd Shabri dalam nada sebak. Sementara itu, Jamil Khir berkata penyertaan mereka ke dalam Umno itu merupakan momentum baharu dan petanda baik kepada BN dalam PRK Dun Sungai Limau Isnin ini.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan penubuhan lima cawangan Umno baharu iaitu di Kampung Permatang Keramat, Kampung Klinik, Kampung Sungai Limau Dalam, Kampung Titi Simen dan Kampung Tok Rama ~ Bernama

Hakikatnya apa yang dinyatakan oleh Menteri Agama yang kemudiannya dilaporkan pula oleh Bernama itu adalah satu pembohongan semata-mata, kerana individu yang dimaksudkan oleh Jamil Khir telah menafikannya..


Menurutnya.. beliau telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100 

JERAI: Pengumuman yang mengatakan terdapat beberapa kumpulan ahli PAS yang menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan yang memalukan.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

"Saya telah diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

"Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno," katanya ketika hadir pada sidang media di Markaz Induk PAS hari ini.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

"Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada. Depa baru ingat kot.

"Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno," jelasnya ~ Harakahdaily

Apahal pulak terdesak sangat hingga menipu ni.. kan culaan pihak BN mengatakan BN akan menang dengan majoriti 300 hingga 600.. tak yakin ke dengan hasil culaan tu?

Tiada ulasan: