Rabu, 27 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Ridhuan Tee mati kutu dibelasah Dr Fadzli Hassan LIVE di TV Al Hijrah tersebar!!.. Saksikan!

Posted: 27 Nov 2013 08:48 AM PST

Isu yang di debatkan ialah 'Kenapa UMNO/PAS tak bersatu, antara ahli panelnya ialah pejuang Melayu tulen Dr. Ridhuan Tee, Dr. Maza, Ustaz Fathul Bari dan juga YB Ustaz Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Kalau di TV3 atau RTM, aku yakin pasti tiba-tiba akan terpapar 'Harap Maaf, Rancangan Tergendala Sebentar' kalau tak pun gambarnya ada suaranya tak ada..

Tapi ini bukan LIVE oleh TV3 atau RTM tapi TV AlHijrah..

Termanggu-manggu Ridhuan Tee bila mendengar hujah-hujah yang dibentangkan oleh Dr. Mohamed Fadzli mengenai mengapa PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO..

Hujah yang cukup mantap bersandarkan fakta sejarah untuk difahamkan oleh macai-macai sekelian.. itupun kalau masih mampu untuk berfikirlah..

Tengoklah... Siapa sebenarnya pengkhianat kepada Melayu dan juga Islam di bumi Malaysia tercinta ini..


Versi Facebook sila lihat di SINI

KANTOI!! Najib Kena Kencing.. Hanya 3 Ketua Cabang, bukannya 11 Keluar PKR..

Posted: 27 Nov 2013 05:50 AM PST


Dipercayai kerana mahu mengalih perhatian rakyat dari ekonomi yang semakin kurang baik.. semalam dalam satu sidang media dengan bangganya Najib mengumumkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

"Hari ini adalah satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

 "Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

"Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," ujarnya... laporan penuh di SINI

Rupa-rupanya.. seperti juga Noh Omar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang berjaya diperbodohkan oleh seorang Petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya ialah 'Orang Kanan' Rafizi.. baca di ( SINI ), Najib juga telah berjaya diperbodohkan..

Jika dalam isu Noh Omar yang diperbodohkan oleh petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya adalah orang kanan Rafizi sehingga Noh mengadakan satu majlis yang agak besar untuk menyambut petugas itu..

Dalam hal Najib pula.. entah siapalah yang perbodohkannya mengatakan kesemua 11 individu itu adalah Ketua-ketua Cabang PKR Sabah kerana hakikatnya hanya 3 dari mereka adalah Ketua Cabang yang lain-lain pula adalah pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa...

Lajim: Hanya lapan pemimpin PKR Sabah keluar parti
KOTA KINABALU - Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu.
Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.
"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.
Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.
Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.
Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.
Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. - Bernama

Kah... kah.. kah.. kena kencing rupanya Perdana Menteri aku ni.. best jugak jadi ahli PKR ni.. tinggi nilainya dimata Najib rupanya...

Cadangan aku buat Najib.. jangan sibuklah dengan hal macam ni, perbaiki ekonomi jangan terlalu menyusahkan rakyat...

Macam aku kata semalam.. Anwar Ibrahim tak pernah serik.. memang Anwar tak pernah serik...

Mahkamah perintah waran tangkap dikeluar terhadap Papa Gomo

Posted: 26 Nov 2013 10:57 PM PST


Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini memerintahkan waran tangkap dikeluarkan terhadap pengendali blog Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili bekas isterinya, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya satu waran tangkap dikeluarkan berikutan kegagalan responden untuk hadir ke mahkamah berhubung pelanggaran perintah hak jagaan sementara dan penyerahan dua anak perempuannya.

Sebelum itu, mahkamah pada 2 September lalu memerintahkan Wan Muhammad Azri menyerahkan dua anak mereka, Wan Cassandra yang berusia empat tahun dan Wan Camillea, dua tahun kepada bekas isterinya namun, dia ingkar untuk berbuat demikian.

~ Berita Harian

PAS takkan berjaya tawan Johor, kata Puad Zarkashi... takburnya dia...

Posted: 26 Nov 2013 08:22 PM PST


Umno yakin bahawa usaha PAS untuk menawan Johor pada pilihan raya akan datang tidak akan berhasil kerana sokongan masyarakat Melayu johor masih utuh bersama mereka.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Dr Mohd Puad Zarkashi berkata usaha itu tidak akan berjaya kerana Pakatan Rakyat (PR) banyak bergantung kepada sokongan orang Cina untuk mendapatkan kerusi di Johor.

"PAS sendiri banyak bergantung kepada sokongan orang Cina. Sebab itu yang dapat kerusi lebih di Johor dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ialah DAP, bukannya PAS. PAS gagal mendapatkan sokongan orang Melayu," katanya apabila dihubungi oleh FMT semalam, mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengatakan PAS akan musnahkan Umno apabila menawan Johor kelak.

Beliau turut mempersoalkan keutuhan kerjasama parti-parti komponen PR yang disifatkannya sebagai rapuh.

"Saya juga yakin kerjasama dalam PR tak sekukuh mana. Kita boleh nampak dalam muktamar PAS baru-baru ini banyak pihak yang mempersoalkan tahaluf siyasi (kerjasama politik) mereka dalam PR," katanya lagi.

Beliau berkata, terdapat perpecahan dalam PAS terutamanya dari golongan ulama yang tidak menyenangi tahaluf siyasi bersama PR diteruskan.

"Saya nampak ini akan memecahkan PAS sendiri sebab pimpinan PAS dikuasai oleh golongan Anwarinas dan perpecahan ini akan terus membesar," jelas Puad tanpa menamakan mana-mana individu.

Tambahnya lagi, hubungan PAS dengan PR hanya menguntungkan DAP, seperti yang berlaku dalam PRU yang lalu.

"Dalam PRU yang lepas, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Nusa Jaya namun tumpas di kedua-dua kerusi walaupun Penasihat DAP Lim Kit Siang berjaya memenangi kerusi Parlimen Gelang Patah," katanya.

Puad turut melontarkan keyakinan beliau kepada Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Nordin untuk mengekalkan penguasaan Umno di negeri itu.

"Saya yakin dengan kepimpinan Khalid dan agenda beliau seperti pembinaan rumah mampu milik akan memastikan sokongan orang Melayu semakin meningkat," jelas beliau ~ Free Malaysia Today

Tiada ulasan: