Isnin, 25 November 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bagaimana Kerajaan boleh jadikan harga gula lebih murah.. oleh Haji Rafizi Ramli..

Posted: 25 Nov 2013 07:17 AM PST


PKR mencadangkan supaya permit import (AP) untuk membeli gula mentah pada harga lebih rendah dibuka sekali gus dapat menurunkan harga gula tapis di pasaran.

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, apabila monopoli AP membeli gula mentah dimansuhkan, ia akan memberi peluang kepada banyak syarikat untuk membawa masuk gula mentah dan gula bertapis pada harga yang lebih murah.

"Dalam keadaan harga gula mentah pasaran dunia adalah lebih rendah, dengan lebih banyak syarikat diberi peluang untuk membawa gula mentah dan gula bertapis sudah tentu ia lebih murah dari harga yang ditentukan oleh syarikat monopoli.

"Keengganan BN melunturkan monopoli gula yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary mengesahkan mereka lebih mementingkan beberapa kroni berbanding rakyat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah yang mengesahkan dalam sidang Dewan Rakyat Khamis lalu bahawa kerajaan telah memeterai kontrak jangka panjang untuk membeli gula mentah pada harga yang kini lebih tinggi dari harga pasaran.

Dalam pada itu, Rafizi turut mempertikaikan tindakan kerajaan yang memasuki kontrak pembelian gula mentah jangka panjang bagi pihak swasta sedangkan keuntungan adalah milik swasta.

"Kenapa dalam keadaan harga bekalan gula mentah tidak menguntungkan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary akibat rundingan kontrak jangka panjang yang tidak sempurna, kerajaan juga dilibatkan kerana kontrak itu dimeterai oleh kerajaan.

"Risiko untung rugi pembelian gula mentah perlulah ditanggung oleh syarikat pemegang AP gula mentah yang dikuasai oleh Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary kerana mereka diberikan monopoli industri gula di Malaysia," katanya ~ Sinar Harian

 

Selepas gelar pekerja MPPP 'Kucing Kurap', Jeff Ooi gelar Mansor Othman 'Tokong' pulakdah...

Posted: 25 Nov 2013 01:55 AM PST


Ahli Parlimen Nibong Tebal Mansor Othman hari ini menegur rakan sejawatnya daripada DAP ekoran kenyataan kontroversi "kucing kurapnya" yang merendah-rendahkan pegawai berpangkat rendah.

Mansor yang juga pengerusi PKR negeri itu menggesa Ooi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kerana ia bertentangan dengan semangat dalam Pakatan Rakyat.

"Jika mahu menegur penjawat awam, beliau perlu melakukannya melalui saluran yang betul. "Gangguan sedemikian tidak mencerminkan profesionalisme sebagai seorang anggota Parlimen," kata Mansor. 

Tambahnya lagi, komen Ooi itu tidak sesuai dan tidak sepatutnya kerana istilah yang digunakan itu bersifat keji dan tercela.

Ooi bagaimanapun mempertahankan ucapannya dan menyindir kembali Mansor:

"Kita hampir terlupa beliau di Pulau Pinang. Adakah dia 'tokong' di sini? Jangan cuba jadi tokong."

Ogos tahun lalu, Mansor terpalit kontroverso ekoran bocornya minit mesyaurat PKR yang mendedahkan beliau melabelkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai tokong.

Bernama semalam melaporkan, lawatan Ooi di Pasar Jelutong di George Town bertukar 'kecoh' apabila seorang pekerja Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) menggesanya menggugurkan label 'kucing kurap' yang ditujukan kepada kakitangan bawahan MPPP, Sabtu lepas.

Ketika ditanya, Ooi mengaku memberi label 'kucing kurap' kepada kepada beberapa pegawai MPPP kerana mereka tidak membawa perangkaan terkini mengenai kedudukan penjaja di Jelutong selain tidak berpuas hati apabila pegawai kanan yang sepatutnya hadir tiada dalam sesi lawatan itu.

"You are insulting me by sending a lower officer itu 'kucing kurap' (anda menghina saya dengan menghantar pegawai pangkat rendah itu 'kucing kurap')...

"Kita nak selesaikan masalah tetapi pegawai kanan itu serah kepada seorang yang lebih junior dan mereka tidak boleh buat keputusan," beliau dipetik sebagai berkata oleh Bernama lapor Malaysiakini.

Sementara itu mantan Ketua AMK Pulau Pinang, Saudara Amir Ghazali melalui laman Facebooknya juga turut menasihati Jeff Ooi agar memohon maaf kerana tindakannya itu.

Menurutnya langkah memohon maaf ahli politik DAP itu dapat menghentikan pertikaman lidah sesama semua pihak berwajib dalam media, selain, menjernihkan muafakat kedua-dua parti dalam Pakatan Rakyat negeri.

"Sebaiknya, demi perpaduan erat yang telah diikatsimpulkan DAP dan PKR, kewajaran untuk pemohonan maaf diberi perhatian oleh Jeff Oii adalah keutamaan," ujar Amir..

Tahniah Najib dan Barisan Nasional!!.. Hutang negara meningkat lagi..

Posted: 24 Nov 2013 09:11 PM PST


Pada tahun 2012 hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat itu iaitu pada paras 55%.

Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan ketika itu (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang.

Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk "mengenyangkan" suku-sakat dan kroni.

Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen dan di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Pada tahun itu juga laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan "peringatan dan amaran awal kepada Malaysia".

Antaranya ialah seperti:

1.Standards and Poors
2.Moody's Investors Service

Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa "RATINGS" bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada : "Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )"

Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang pada masa itu sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar).

Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?

Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :

■Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk

■Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan "KECAIRAN" dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga

■Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain

Tapi segala perkara itu seolah-olah dipandang sepi oleh Najib dan juga Barisan Nasional dan ianya telah menyebabkan hutang negara meningkat lagi...

Hutang meningkat pada 53.6% berbanding KDNK 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan hari ini mengumumkan kadar hutang negara meningkat kepada 53.6 peratus berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga akhir Oktober tahun ini. 
Menurutnya, hutang negara kini berjumlah RM529.6 bilion, satu angka yang disifatkannya sebagai masih lagi dalam keadaan terkawal. 
Jun lalu, hutang negara adalah sebanyak RM519 bilion, satu jumlah yang mewakili nisbah sebanyak 53 peratus daripada KDNK, umum kerajaan di Parlimen pada masa itu ~ Malaysiakini

Tahniah buat Najib dan Barisan Nasional!!.. sebab bijak menguruskan ekonomi negara...

Tiada ulasan: