Anak Sungai Derhaka |
Lawatan Rosmah ke Qatar adalah demi kepentingan negara kata Shahidan Kassim.. Posted: 18 Nov 2013 07:23 AM PST Sekali dengar dah macam macai-macai UMNO Menteri di Jabatan Perdana Menteri ni.. Dah tahu perkara yang dilakukan oleh Rosmah itu adalah menyalahi etika beliau tetap bersungguh-sungguh untuk menegakkan benang yang basah... Akhirnya keluarlah jawapan yang hanya boleh diterima akal macai-macai sahaja.. Siapa Rosmah Mansor ini hingga dikatakan oleh Shahidan lawatannya ke Qatar adalah demi kepentingan negara? Sekeras-keras Mahathir semasa jadi Perdana Menteri dulu tak adalah pulak didengar Siti Hasmah perkuda harta kerajaan ikut suka dia macam si Rosmah ni... Datuk Seri Shahidan Kassim mempertahankan isteri perdana menteri, Rosmah Mansor dalam isu pembiayaan kerajaan terhadap jet eksekutif swasta dalam lawatannya ke Qatar awal bulan ini. |
UMNO guna isu perkauman untuk lindung rasuah? Posted: 17 Nov 2013 09:19 PM PST Isu perkauman digunakan oleh sesetengah ahli politik di Malaysia bagi melindungi kegiatan rasuah yang dilakukan pemimpin terbabit, kata bekas Naib Canselor Universiti Malaya Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. Beliau berkata isu perkauman juga dimainkan bagi melindungi salah laku selain mengelak mereka yang terlibat daripada dituduh atas aktiviti tidak bermoral itu. "Jika negara dipenuhi dengan pemimpin rasuah, mereka akan menggunakan isu perkauman untuk melindungi kesalahan bagi menarik perhatian. "Adalah penting kita memisahkan manusia dengan politik. Di Malaysia, kita selalu diingatkan oleh ahli politik tentang masalah perkauman malah terdapat juga kumpulan tertentu yang menyokong isu tersebut," katanya semasa ucaptama Persidangan Asia Barat dan Afrika 2013 di Kuala Lumpur hari ini. ~ The Malaysian Insider |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan