Anak Sungai Derhaka |
- Akhirnya Khairy Akui Kerajaan yang bayar RM1.6 juta untuk K-Pop, bukannya Penaja..
- 210,000 Siswazah kini menganggur.. Nak salahkan siapa?
- Kerajaan bayar RM7.2 bilion untuk perunding?.. Apa, Kakitangan yang ada tu Kurang Cerdik ke?
- Habislah Rafizi.. Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO..
Akhirnya Khairy Akui Kerajaan yang bayar RM1.6 juta untuk K-Pop, bukannya Penaja.. Posted: 13 Nov 2013 08:30 AM PST Belit punya belit akhirnya diri sendiri yang terbelit... setelah terbelit terpaksa juga mengaku bahawa bayaran untuk artis K-Pop yang berjumlah RM1.6 juta itu dibayar oleh Kerajaan bukannya Penaja.. Bagaimanapun, Tahniah diucapkan buat Khairy kerana berani bercakap perkara yang sebenar meskipun ianya akan menimbulkan perspektif kurang baik buat Shabery Cheek yang dah berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia tentang isu bayaran itu.... Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar mempertahankan pembayaran RM1.6 juta kepada artis K-pop sempena sambutan Hari Belia Kebangsaan tahun lalu sebagai pengiktirafan kerajaan kepada golongan belia. Apa agaknya Shabery Cheek nak kata pula? |
210,000 Siswazah kini menganggur.. Nak salahkan siapa? Posted: 13 Nov 2013 04:59 AM PST Bila pendidikan ditransformasikan menjadi satu perniagaan, inilah hasilnya.. dalam perniagaan pengeluaran yang tinggi itu penting demi mengekalkan keuntungan.. Tapi bila pendidikan juga hanya mengejar keuntungan tanpa mempedulikan atau mengambil langkah menyerap pengeluaran itu dengan menyediakan peluang pekerjaan, maka negara kini dilambakkan dengan lebih dari 200,000 graduan yang tidak punya pekerjaan.. Yang pasti samaada graduan-graduan ini punya pekerjaan atau tidak, Kroni-kroni yang menguasai PTPTN dan yang menguasai IPTS. tetap mengaut keuntungan.. 56 peratus penganggur ialah siswazah Kerja tak ada tapi hutang PTPTN tetap kena bayar... Itulah bila PR buat tawaran untuk hapuskan PTPTN sebelum PRU dulu tak nak terima... sekarang? Lebih malang lagi meskipun terdapat 375,401 orang penggangur dalam negara, Kerajaan BN masih meneruskan pengambilan warga asing sebagai pekerja dinegara ini.. Pengambilan pekerja asing tetap diteruskan meskpun kini terdapat sekurang-kurangnya 4 Juta orang, kerana ianya menyumbang sekurang-kurangnya RM2Billion setahun menerusi levi atau cukai. Dimana pekerja asing perlu membayar cukai antara RM34.16 dan RM154.16 sebulan.. Pandai sebenarnya Kerajaan BN ni cari duit.. tapi tiris tu banyak sangat.. Nak salahkan kerajaan sepenuhnya dalam hal ini tak patutlah juga sebabnya dalam kajian pada 2011, syarikat pencarian kerja online Asia Tenggara Jobstreet mendapati 64 peratus majikan menolak graduan kerana mereka meminta gaji yang tidak munasabah ketika temuduga. Manakala 60 peratus lagi majikan berkata mereka menolak graduan kerana sikap buruk, disamping personaliti dan karekter.. Jadi.. buat para siswazah yang menganggur tu.. belajarlah dari bawah.. tak salah rasanya.. lagipun dalam dunia yang bergerak pantas ini pengalaman menjadi lebih berharga dari segulung Ijazah... Ni pengalaman aku untuk dikongsi bersama semua... Dulu aku pernah diarahkan oleh CEO tempat aku bekerja untuk menemuduga beberapa orang calon bagi jawatan Jurutera. Ada lebih kurang lapan calon semuanya, Anak Melayu, Anak Cina dan Anak India semuanya ada.. tapi aku tak pandangpun pada bangsa sebab kami berpegang pada 'Tak kira warna apa kucing itu.. asalkan boleh menangkap ikan kami terima... Habis saja temduga semua calon itu.. aku termenung.. sebabnya aku tertanya-tanya apa budak-budak ni belajar?.. asas engineering pun screw up! Semenjak hari itu.. bila diarahkan untuk menemuduga lagi... aku akan cipta berbagai alasan untuk mengelak, sebabnya aku tak tahu apa yang Siswazah sekarang belajar.. Itulah yang negara hasilkan bila Pendidikan dijadikan perniagaan... high output, less quality.. |
Kerajaan bayar RM7.2 bilion untuk perunding?.. Apa, Kakitangan yang ada tu Kurang Cerdik ke? Posted: 12 Nov 2013 10:55 PM PST Adalah mustahil untuk mengatakan semua Kakitangan Kerajaan terdiri dari mereka yang kurang bijak belaka sepertimana macai UMNO hinggakan Kerajaan terpaksa membayar lebih dari RM7Biilion kepada perunding. Mustahil kerana umum tahu boleh dikatakan hampir setiap Kakitangan Kerajaan dihantar menghadiri kursus yang berkaitan dengan perkhidmatan mereka setiap tahun. Apa guna dihantar menghadiri kursus,seminar, konvensyen dan entah apa lagi tah.. tapi tidak mendatangkan hasil hingga Kerajaan perlu mengharapkan perunding dalam menghadapi permasaalahan.. Lagipun rasanya Kerajaan juga tidak mengambil individu yang gagal SRP atau PMR ataupun bersekolah sehingga Darjah 6 sahaja sebagai Kakitangan. Kebanyakkannya yang ada sekarang memiliki sekurang-kurangnya Sijil, Diploma dan Ijazah ataupun Master.. Ditambah dengan pengalaman berbelas atau berpuluh tahun mereka dalam pentadbiran.. mustahil mereka tidak tahu apa yang baik dan perlu dilakukan untuk penambahbaikkan Jabatan mereka.. Kenapa Kerajaan BN memilih untuk membayar perunding yang hanya pandai bercakap berdasarkan teori dari mengambil pendapat Kakitangan Kerajaan sendiri yang jelas lebih berpengalaman? Lainlah kalau yang naik jadi Pengarah tu naik kerana bodek... Dalam masa yang sama tindakan Kerajaan ini juga merupakan satu penghinaan terhadap kebijaksanaan Kakitangannya sendiri... RM7.2 bilion bayar perunding Ahli Parlimen PKR hari ini mendesak Putrajaya memberi penjelasan berhubung jumlah bayaran sebanyak RM7.2 bilion kepada perunding swasta sejak 2009 lalu. Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen, berkata jawapan bertulis oleh Putrajaya semalam adalah mengejutkan dan mendesak segala butiran mengenai pembayaran tersebut didedahkan kepada umum. "Jumlah RM7.2 bilion ini sangat mengejutkan, ini adalah suatu yang serius," katanya pada sidang media di lobi Parlimen pagi ini. Dalam kertas jawapan bertulis, Putrajaya membayar perunding swasta sebanyak RM1.2 bilion pada 2009, RM1.6 bilion pada 2010, RM1.7 bilion pada 2011, RM1.8 bilion pada 2012 dan RM721 juta sehingga Oktober 2013. - 13 November 2013. Wong Chen berkata, jumlah perbelanjaan tersebut adalah tidak bertanggungjawab kerana ia melibatkan sebahagian hasil yang dijana daripada cukai pendapatan tahunan rakyat. "Jumlah ini boleh diurai sebagai RM125 juta sebulan, atau RM4 juta sehari. "Daripada angka ini, kita dapat lihat perbelanjaan ke atas syarikat perundingan swasta meningkat pada kadar purata 13.5%s setiap tahun, ini adalah dua kali ganda kadar pertumbuhan KDNK Malaysia," katanya. Beliau turut menggesa kerajaan mengambil sikap telus dalam perkara ini serta mendedahkan semua butiran daripada pembayaran kepada perunding swasta tersebut. "Lebih banyak ketelusan diperlukan. "Kami menyeru semua kementerian mendedahkan secara sepenuhnya jumlah yang dibelanjakan untuk syarikat perunding swasta dan nama syarikat perunding terbabit," katanya. Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung, berkata pendedahan itu menimbulkan persoalan mengenai peranan penjawat awam yang terdiri seramai 1.42 juta ketika kerajaan berbelanja besar membayar perunding swasta. "Isunya di sini ialah pengabaian peranan penjawat awam dalam kerajaan sedangkan kita mempunyai lebih sejuta penjawat awam. "Perkara ini sangat membimbangkan, kami desak kerajaan beri penjelasan. "Kami mahu butiran, nama perunding dan berapa banyak yang dibelanjakan," katanya pada sidang media sama. Isu perlantikan perunding luar bukan kali pertama dibangkitkan oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kerana DAP turut mempersoalkan tindakan Kementerian Pendidikan melantik tiga perunding luar negara berjumlah RM268.5 juta bagi tempoh tiga tahun untuk meningkatkan bilangan guru bahasa Inggeris tempatan sedangkan terdapat cara yang lebih murah untuk menangani masalah itu ~ The Malaysian Insider Kenapa??... Atau dihantar pergi kursus demi kroni yang menguasai syarikat Bas dan kroni yang menguasai Hotel? Atau saja-saja nak perhabis peruntukkan? Dan mentaliti ini maksud aku lebih percaya kepada orang luar dari orang tempatan rasanya menebal dalam jiwa kebanyakkan rakyat Malaysia.. Lebih percaya dan yakin kepada produk atau nasihat orang dari luar negara sendiri berbanding produk atau nasihat orang tempatan... (Proton tak kira.. sebab kualitinya ditangan Kroni bukan QC..) Siapa yang terlibat secara langsung dalam pemasaran tentu faham dan pernah lalui apa yang aku tulis kat atas tu.. ..... Buat semua sahabat Blogger, Facebooker dan apa sajalah.. ni peluang utk side income utk byr bill broadband, silalah klik disini .. #TheNewChurp2 http://my.sharings.cc/p/5jdBz |
Habislah Rafizi.. Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO.. Posted: 12 Nov 2013 07:32 PM PST Tercari-cari aku laporan yang menjadi bahan ketawa PKR Pandan ini semalam.. bagaimanapun setelah hampir dua jam cari dalam Google tengahmalam semalam tak jumpapun.. hari ini dah ada dalam satu portal yang dibiayai oleh UMNO/BN bagi menghadapi PRU14 nanti.. Ianya tentang bagaimana Noh Omar yang merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor dan juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Karang berjaya diperbodohkan oleh seorang Petugas PKR Pandan yang mendakwa dirinya ialah 'Orang Kanan' Rafizi. Tapi samada Noh berjaya diperbodohkan oleh pemuda itu atau beliau telah diperbodohkan dengan jayanya oleh ahli-ahli UMNO Pandan.. kurang pastilah aku.. Kemungkinan besar Noh telah diperbodohkan oleh ahli-ahli UMNO Pandan sendiri.. sebab Mahathir sendiri pernah berkata dalam UMNO yang bodoh biasanya akan melantik yang lebih bodoh dari mereka sebagai pemimpin.. Tujuannya ialah supaya mudah diperbodohkan untuk tujuan mengawal projek-projek... Dari gambar yang dipetik dari Facebook Noh Omar sendiri ini, kelihatannya yang hadir hanyalah mamat itu seorang, tapi dikatakan yang keluar PKR ialah 70 orang.. Tentang gambar kononnya Noh Omar memegang borang 70 ahli baru tu.. tak payah nak kelentong la.. aku pun pernah buat kerja macam tu.. Cuma susah sikit nak bohong Anwar Ibrahim.. sebab sebelum diberitahu jumlah yang akan sertai PKR dia nanti tanya "Mana depa?.." dia nak tengok dulu.. Tapi.. dalam berhati-hati Anwar Ibrahim tu.. kena tipu jugak dengan aku sekali sekala... ha..ha..ha.. Berbalik kepada perkara Noh Omar diperbodohkan itu.. Rafizi dah jelaskan bahawa lelaki yang bernama Aziz itu hanyalah seorang petugas PKR Pandan semasa PRU13 lalu.. silalah baca di SINI Sebab beliau menyertai UMNO juga telah dijelaskan di SINI Bagaimanapun ini kenyataan nak cover malu Noh Omar juga dipetik dari laman Facebook nya.. Tahniah kpd Ketua UMNO Pandan dan pimpinan bhgian yg brjaya bawa msk ahli2 hardcore PKR ke dlm UMNO. Sy menerima 70 borang keahlian mrk utk msk UMNO sebentar td dan penutupan bilik gerakan PKR Pandan. Bendera UMNO secara rasmi dikibarkan di depan bilik gerakan tersebut. Sy ditnya tentng knyataan YB Pandan dlm Sinar Harian. Sy berpendapat itu kenyataan org kecewa bila panglima dh tinggalkan mrk. Dah jadi adat PR, UMNO dituduh mcm2 utk menutup kelemahan mrk Kalau korang tengok gambar paling atas tu betul-betul.. pentas itu dipenuhi oleh macai-macai UMNO saja.. kalau benar ada 70 ahli PKR Pandan yang telah menyertai UMNO sekurang-kurangnya ada 20 atau 30 orang yang tak memakai baju BN atas pentas tu.. Kesian kat Noh Omar... terdesak nak kembalikan keyakinan ahli UMNO Pandan diperbodohkan oleh ahli UMNO Pandan sendiri.. Kos majlis berapa agaknya?? Ini laporan dari media yang dikatakan dibiayai oleh BN bagi menghadapi PR dalam ruang internet ini pada PRU14 nanti.. Bekas Ketua Cabang Pandan Antara 70 Ahli PKR Sertai UMNO PANDAN 13 Nov - Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sudah hilang kepercayaan terhadap pemimpin parti itu kerana terlalu memandang rendah terhadap ahli parti dari akar umbi. Bekas Ketua Cabang PKR Cabang Pandan Abdul Aziz Jusoh berkata, beliau kecewa dengan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli kerana telah mengaibkan beliau. "Saya kecewa sebab dia (Rafizi) mengaibkan saya. "Saya keluar parti, saya tidak puas hati dengan PKR dan saya hilang kepercayaan dengan pemimpin parti yang terlalu pandang rendah dengan orang bawahan," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Datuk Seri Noh Omar. Turut hadir menerima borang keahlian Ketua UMNO Bahgian Pandan Datuk Mohd Haniff Koslan dan ahli-ahli jawatan kuasa bahgian. Dalam ucapan Abdul Aziz kepada orang ramai, beliau menjelaskan dirinya telah diaibkan di dalam akhbar sinar seolah-olah beliau meminta sedekah. "Saya berkerja siang malam pagi petang langsung tidak berterima kasih. "Sejak tahun 1999 saya buka bilik gerakan di rumah saya, saya tidak pernah meminta satu sen pun. Tapi hari ini dia (Rafizi) keluar kenyataan menyatakan saya minta duit sewa bilik gerakan, macam inikah pemimpin?." katanya. Dalam pada itu, Abdul Aziz juga telah membawa 70 orang ahli PKR cabang beliau masuk menyertai UMNO dan bilik gerakan yang dibuka sejak tahun 1999 itu serta merta ditutup ~ Rakyat News Kesian dia.... kena kencing.. ..... Buat semua sahabat Blogger, Facebooker dan apa sajalah.. ni peluang utk side income utk byr bill broadband, silalah klik disini .. #TheNewChurp2 http://my.sharings.cc/p/5jdBz |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan