Selasa, 5 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Kemenangan PASmenandakan kerjasama kalangan jemaah kmbali puleh

Posted: 05 Nov 2013 03:47 AM PST



Tahniah kepada PAS kerana berjaya mengekalkan Dun Sungai Limau untuk terus berada dibawahnya.

 Mahfuz Omar selaku PJ dan Pengarah PRK ini telah meramalkan kemenangan PAS dengan majoriti yang lebih kecil iaitu 500 sahaja.

 Namun, keputusan resmi yang diumumkan malam tadi jelas telah memalukan Umno/BN kerana walaupun segala jentera kerajaan telah digunakan dalam PRK tersebut, rakyat tetap memilih PAS.

 Kemenangan PAS ini menandakan kerjasama kalangan jemaah kembali puleh walaupun sebelum ini PAS dikhabarkan ada sedikit masalah dalaman.

 Isu gambar calon PAS yang disuperimpos supaya kelihatan ada bersama Allahyarham Ust Azizan Razak . Saya melihat ianya adalah suatu usaha dipihak PAS untuk memulihkan hubungan masalah dalaman PAS itu sendiri.Ia bukan bertujuan untuk mengelirukan rakyat sebagaimana dakwaan Umno.Menipu sunnatlah tu!

 Tetapi Umno cuba mengeksploitasikan isu tersebut, namun ternyata gagal lalu beraleh pula kepada tektik jahat dan kotor dengan menggantung 'kaki patong'! Alahai, tak mahu mengaku pula!

 Tanpa segan silu, para pemimpin Umno mendakwa "Kita menang dalam kalah". Heboh bagi tau seluruh negara mereka telah berjaya mengurangkan majoriti pengundi PAS di PRK Sungai Limau. 

Dengan dakwaan kemenangan begitu, saya mahu mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan syabas dan harap Umno akan terus menang dalam keadaan begitu pada PRU 14 kelak – 'Menang dalam kalah'

 Entah berapa juta wang rakyat dihamburkan kerananya. Ada yang mengatakan Umno telah menghabiskan sampai RM15 juta untuk menawan Sungai Limau. 

Umno jadikan kemiskinan Melayu untuk menampakan 
diri mereka pemurah...padahalnya Umnolah yang 
menyebabkan mereka miskin dan merempat 
di tanah tumpah darah mereka sendiri

 Seorang teman memaklumkan saya, anaknya yang kesana telah menceritakan, " Orang kampong mewah dapat semua dihajati dari Mukhriz yang baik hati. Bukan sahaja cermin mata, tapi sabun mandi, colgate, syampoo, barang dapur, anak ayam itek, benih, baja padi, rokok yang mahal-mahal, minyak motor, kain pelikat, batek, sejadah, surah Yaasin dan 1001 dihajati semua ditunaikan termasuk janji pi umrah!"


Di saat akhir masih sempat buat projek jalan walaupun 
dah jam 4,30 ptg!Terdesak betul Umno mahu menang!

 Walau apa pun, selain Haji , calon PAS Sungai Limau menjadi manusia yang paling gembira ketika ini, Mahfuz Omar juga suka tidak kepalang.

 Ini adalah kerana bekas Setiausaha Politiknya ketika beliau menjadi Ketua Pemuda Pas Pusat dulu, Raja Ahmad Iskandar al Hiss turut berjaya dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Perak bagi sessi 2013-2015, Ahad lalu. 

 Saya harap, nasib Mahfuz yang akan mempertahankan jawatannya selaku salah seorang Naib Presiden PAS dalam Muktamar PAS pada 22 November nanti, akan berterusan baik.

 Tidak kira apa pun majoriti yang dimenangi di PRK Sungai Limau, dalam sistem demokrasi macam kita amalkan ini, kelebihan satu undi pun sudah cukup!

Tiada ulasan: