Isnin, 25 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Siapa Pesuruh Jaya PAS Perak Sesi 2013-2015 ?

Posted: 25 Nov 2013 08:00 AM PST


Muktamar Pas ke-59, kita telah menyaksikan seramai 8 nama dari Perak telah dicalonkan untuk jawatan AJK PAS Pusat. Nama-nama mereka adalah : 

1. Ust Abu Bakar Hussain 
2. DS Mohd Nizar 
3. Dr Mujahid Yusof Rawa 
4. Drs Idham Lim 
5. Ust Misbahul Munir 
6. Ust Nor Azli Musa 
7. Raja Ahmad Iskandar al-his 
8. Idris Ahmad 

Daripada nama-nama tersebut, hanya tiga orang sahaja yang telah layak dan terpilih untuk menganggotai AJK PAS Pusat.

Nama-nama mereka yang bertuah mendapat kepercayaan dan penghormatan perwakilan untuk memikul tanggung jawab sebagai AJK Pusat ini adalah :

1. DS Mohd Nizar 
2. Idris Ahmad 
3. Dr Mujahid Yusof Rawa 

Mereka ini telah dipilih oleh perwakilan dari seluruh pelusuk negara melalui sistem pemilihan demokrasi melalui muktamar dan kita harus menghormati sistem tersebut yang kita amalkan selama ini.

Maka adalah lebih wajar sekiranya Pesuruhjaya negeri dipilih hanya daripada tiga nama yang telah terbukti mendapat kepercayaan dan penghormatan daripada perwakilan muktamar ke 59 yang baru lalu.

Sungguh pun perlantikan PJ adalah hak istimewa Presiden, kepercayaan dan penghormatan perwakilan mestilah diambil kira dan wajar diraikan bersama oleh Tuan Guru Presiden, supaya tindakan beliau dilihat telus dan tidak dituduh pula memihak kepada kroni semata-mata tetapi mengambil kira suara ramai.

Antara tiga nama tersebut, siapakah yang paling layak untuk jadi Pesuruhjaya Perak bagi sesi 2013-2015? Tentu ramai yang teruja dan ingin tahu. Jom Lai-lai li Tamplong ….!

Tiada ulasan: