Khamis, 21 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


Pilihlah yang 'amanah' kerana kepimpinan itu adalah amanah

Posted: 21 Nov 2013 02:08 PM PST

Adalah tidak adil kalau saya asyik mempromo Mohamad Sabu sahaja dalam setiap entri al-Husseyn. Kali ini aku ajak korang mengimbas semula rencara terbitan  Harakah mengenai Nik Amar. Aku kopipes dan sertakan sedikit komen untuk korang fikir-fikirkan.


KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk 'memilih'.

 Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.

 Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim, tengahari tadi.

 Amar berkata demikian sebagai reaksi awalnya berhubung hasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden bagi menentang penyandang, Mohamad Sabu pada Muktamar Tahunan PAS Pusat ke-59, November ini.

 "Kebetulan Datuk Tuan Ibrahim menarik diri daripada bertanding timbalan presiden, jadi saya bersedia menawarkan diri.

 "Andainya Tuan Ibrahim masih bertanding, saya tidak akan bertanding jawatan itu," ujarnya.

 Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, keputusannya untuk bertanding juga bertujuan menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.

 Beliau juga berhasrat untuk membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.

 Menurutnya, berdasarkan keputusan pilihan raya umum (PRU) lalu, PAS adalah parti gabungan Pakatan Rakyat yang mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.

 "Kita kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu sendiri tentu ada sebab kenapa yang perlu kita cari penyelesaiannya.

 "Pada pandangan saya, kita tidak boleh mengambil alih kedudukan Umno dalam negara sekiranya kita tidak menarik sokongan orang Melayu Islam dalam negara ini terlebih dahulu," ujarnya.

 Menurutnya lagi, isu-isu yang berlaku perlu dinilai semula untuk persiapan pada masa akan datang sebagaimana yang diputuskan dalam Multaqa Ulama' baru-baru ini.

 Bagaimanapun jelasnya, ramai yang tidak memahami keputusan yang dicapai dalam Multaqa Ulama' sehingga beranggapan PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat.

 "Tetapi kita melihat dari sudut keberkesanan kita bila berada dalam Pakatan Rakyat, kenapa undi orang Melayu kepada PAS merosot walaupun kita memerlukan juga undi kaum lain untuk menang," ujarnya.

 Menurutnya, undi asas orang Melayu tidak boleh dipandang ringan dalam membentuk kerajaan di negara ini.

Komen al-Husseyn - Berdasarkan kenyataan diatas, sebab-sebab Nik Amar bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden adalah:

1. Kerana Tuan Ibrahim menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.
2. Bertujuan untuk menyuburkan amalan demokrasi dalam parti.
3. Untuk membantu Presiden dan parti bagi menghadapi cabaran besar pada masa akan datang.
4. PAS mendapat kerusi paling sedikit berbanding PKR dan DAP.
5. PAS kehilangan sokongan dari masyarakat Melayu.

 Nak tanya Nik Amar : Apakah perkara 4 dan 5 itu kerana Mat Sabu jadi Timbalan Presiden , maka ia perlu disingkirkan dari jawatannya itu? Kenapa tidak salahkan Presiden....tak berani kerana Presiden seorang ulamak?

 Satu sebab paling utama yang Nik Amar buat-buat terlupa nak nyatakan ialah, Mat Sabu tidak faqeh dan dia (Nik Amar) menganggap dirinya adalah lebih layak daripada Mat Sabu sebab dia adalah Ulamak.Sila rujuk  di sini

  Menyuburkan amalan demokrasi dalam PAS bukanlah dengan melabelkan orang ini 'faqeh' atau 'bukan faqeh' tetapi ianya perlu bersandarkan kepada integriti seseorang; iaitu berkait rapat dengan pembentukan dan pengukuhan etika yang baik.

 'Amanah' dalam pengurusan, adalah sebahagian daripada etika yang baik.Saya menyeru para perwakilan supaya memilih manusia  yang amanah kerana kepimpinan itu adalah amanah.

Apakah peranan Nik Amar dalam isu di sini?

Harap Isu kekalutan Kota Damansara dapat diselesaikan

Posted: 21 Nov 2013 06:23 AM PST

Dewan Ulama PAS menyifatkan gesaan bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali supaya parti Islam itu meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) sebagai cubaan memecahbelahkan parti Islam itu. 

 Setiausaha Dewan Ulama Dr Mohd Khairudin Aman Razali menegaskan kenyataan Hasan tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS yang bakal menghadapi pemilihan parti minggu ini. 

"Beliau bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di kalangan PAS dan Pakatan. Hasan Ali tidak wajar dijadikan rujukan oleh ahli PAS. Baca lagi di sini 

Saya perhatikan ada dua perkara yang pelik dalam kenyataan Dr Khairudin itu.

1) Kenapa beliau beriya-iya benar menempelak Hasan Ali seorang sahaja dalam isu tersebut? (menggesa parti Islam itu mengkaji semula kedudukan parti itu dalam PR).


 Waima, sepanjang perbahasan Multaqa tempohari itu berhubung Tahaluf Siya si dan PR bernada sangat negatif dan diikuti pula dengan resolusi untuk mengkaji balik atas sebab ianya merugikan. 

 Maka ramai yang mempunyai persepsi resolusi Multaqa itu lebih kearah untuk membawa PAS keluar PR! 

 Tambah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nasarudin Hasan Tantawi dan Azli Musa  di sini




 Adapun Hasan Ali hanya sekadar bersuara dari luar sahaja. Dia sekadar menari ikut gendang yang dipalu oleh Multaqa.


 Akan tetapi Nasarudin Hasan Tantawi dan Azli Musa adalah orang dalaman parti dan ada kedudukan.Mereka ada peranan bersama kumpulan ulama yang bermultaqa itu.

  Tidak ada bezanya nada kenyataan Hasan Ali dengan mantan Ketua Pemuda PAS, Nasarudin Hasan Tantawi dan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Azli Musa.

  2) Beliau memberikan contoh kekalutan mengenai isu pembahagian kerusi semasa PRU13 lalu, khususnya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara. 

  Saya mengharapkan agar isu kekalutan kerusi Kota Damansara ini diputuskan dengan perbincangan yang tuntas dalam muktamar nanti memandangkan kita ada dua versi yang berlawanan mengenainya. 

    Satu ialah versi dari anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad,atau lebih dikenali sebagai 'Din Ayam'  yang juga menantu Presiden PAS sendiri dan satu lagi versi dari Khalid Samad.

 Perkara ini penting diputuskan supaya tiada lagi kekalutan sebegini berulang kembali dimasa hadapan nanti.Tambahan pula apa yang didakwa oleh Din Ayam itu telah pun diadukan kepada Jawatankuasa Disiplin parti untuk disiasat.Lihat di sini 


Tiada ulasan: