Selasa, 12 November 2013

ALHUSSEYN

ALHUSSEYN


TMB Datuk Nik Amar PERLU FOKUS KEPADA JAGA KELANTAN -Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.......

Posted: 12 Nov 2013 02:31 PM PST

PENILAIAN DARI SEORANG PEMBACA - Mazhar Yusof II

TMB Datuk Nik Amar PERLU FOKUS KEPADA JAGA KELANTAN, dan ini Hujah saya;

 ■ FAKTOR DALAMAN

 1. Pas Kelantan KALAH 12 Kerusi DUN, Maka PERLULAH memperkasakan semula DUN2 yang KALAH utk merampas kembali pada PRU14  
12 DUN;

1. Pengkalan Kubor 
2. Selising 
3. Air Lanas 
4. Bukit Bunga 
5. Kuala Balah 
6. Dabong 
7. Galas 
8. Nengiri 
9. Paloh 
10. Semerak 
11. Kok Lanas 
12. Gual Ipoh 
 * Ini belum dikira lagi dgn Undi Dun Marginal (menang dan kalah TIPIS)

 2. PAS KALAH 5 PARLIMEN, maka perlu fokus merampas kembali Parlimen terbabit jika ingin memerintah Malaysia pd 2017 nanti.

1. Ketereh 
2. Machang 
3. Jeli 
4. Gua Musang 
5. Tanah Merah 
* Untuk memerintah Negara, pertambahan kerusi Parlimen perlu diberi fokus yg besar oleh PAS Pusat. 

 3. Jawatan Timbalan Menteri Besar Negeri Kelantan adalah Amanat Berat pasca selepas Tuan Guru Nik Aziz(TGNA) berundur.

 a. Amanat berat yg dipikul oleh Kabinet Baru saf MB, TMB & Exco Kelantan amat berat waktu ini. Terutama ketika ini waktu TGNA sudah pun berundur dari Kerajaan Negeri.

 b.Amanat yg berat antaranya;

 i Pulihkan reputasi Kerajaan Negeri Kelantan yg ada sekarang 
ii. Siapkan projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai 
iii. Tuntut Royalti RM12 billion untuk rakyat Kelantan 
iv. Siapkan projek Stadium Negeri 
 * Andaikata Lebuhraya dan Stadium tidak berjaya disiapkan, impak yg besar kpd Keputusan PRU14 nanti.

 4. PAS kena bina IKON baru.

a. Pada PRU13 2013 yang lalu Umno telah merperlagakan imej "TGNA vs DATUK MUSTAFA" (Face to Face Competition)9 Alhamdulillah aura TGNA jauh menengelamkan imej Dato Pa dan memberi kesan positif kpd keputusan Pas Kelantan, walaupun dlm keadaan kehilangan 12 kerusi Dun dan 5 kerusi Parlimen.

 b. Pada PRU14, sama2 kita Doakan TGNA sihat DAN pada waktu itu tentunya keadaan tidak sama lagi dengan situasinya pd PRU13. Kerana pada PRU13 lalu TGNA adalah Menteri Besar dan Persuruhjaya PAS Kelantan.

 Dalam situasi ini, PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan perlu bersedia lebih  kuat berbanding PRU13 lalu. 

 ■ FAKTOR LUARAN

 a. UMNO Kelantan sudah mulakan POST MORTEM dan Catur STARTEGI utk "Tawan Kelantan" jika mengikut kenyataan Datuk Pa di dada akhbar yg lalu. Beliau amat yakin akan menawan Kelantan kerana ketiadaan TGNA. Menghadapi PRU14 tanpa TGNA lebih mudah pada tanggapan Datuk Pa kerana populariti TGNA melebihi populariti Parti.

 * UMNO Kelantan menggaris 4 strategi Tawan Kelantan pada PRU14 akan datang.

 b. UMNO Kelantan dan Kerajaan Pusat sudah memulakan langkah kehadapan dalam isu Lebuhraya apabila menjanjikan benda yg sama dengan Kerajaan Negeri iaitu Lebuhraya.

 c. Malah tender untuk buat Lebuhraya dari Kota Bharu-Kadoj juga sudah dikeluarkan oleh ECER.

 d. Begitu juga dengan STADIUM apabila Tan Sri Annuar Musa, yg juga Ahli Parlimen Ketereh dan Presiden KAFA sudah menyebut dgn jelas ingin membina "Stadium Team Red Warrior" di Kelantan.

 e. UMNO nampak isu ini cukup dekat dihati Rakyat Kelantan. Jadi kempen mereka sudah bermula dari sekarang.

 *************************************************************

 Dalam soal ini adakah PAS Kelantan sudah membuat Post Mortem? 

 a. Kekalahan 12 Kerusi DUN & 5 Kerusi Parlimen pada PRU13 lalu perlu di baiki serta merta andaikata PAS komited utk terus memerintah Kelantan pada PRU14 nanti. Justeru itu, saya dgn niat baik, bermohon dan mencadangkan agar YB Datuk Nik Mohd Amar bin Abdullah, Timbalan Menteri Besar Kelantan lebih fokus kepada menjaga Negeri Kelantan yg kini menjadi fokus utama utk ditawan UMNO pada masa depan.

 Saya sudah nyatakan pendapat saya, saya Sayang KELANTAN dibawah kerajaan Islam sekarang dan tidak mahu tragedi Terengganu dan Kedah berulang.

 Buat perwakilan Pusat, saya bukan perwakilan, tetapi saya seorang rakyat yg sayangkan Negeri Kelantan di bawah "MEMBANGUN BERSAMA ISLAM". 

 Dan ini adalah pendapat saya. Andaikata anda sayangkan Kelantan, mohon Datuk TMB diberi peluang sepenuhnya untuk bantu dan kekalkan Kubu Terakhir PAS di Malaysia pada Muktamar nanti. — with Tulang Besi Malaysiawaves and 49 others.

Tiada ulasan: