Sabtu, 9 November 2013

Addin

Addin


Jeneral As-Sisi Kini Terlantar Di Hospital, Lapor Stesen TV Mesir

Posted: 09 Nov 2013 09:32 AM PST

Stesyen television AlFarain yang mendukung kerajaan kudeta mengumumkan Jumaat (8/11/2013) kelmarin, bahawa As-Sisi kini terlantar di hospital.

Dalam akaun facebooknya, wartawan Hamdi Syafiq berkomentar, "Akhirnya mereka akui, As-Sisi di hospital."

Namun, Syafiq membuat beberapa kemungkinan berkaitan dengan pengakuan television tersebut:

Kemungkinan pertama, pengumuman tersebut untuk menutupi berita tentang banyaknya pembantaian yang dilakukan As-Sisi. Ketika dia sakit, akan ada simpati rakyat kepadanya, dia akan kembali meraih populariti.

Kemungkinan kedua, seperti yang disampaikan Amru Farrag, pengarah pejabat berita Rassd, bahwa As-Sisi menghilang kerana nasihat dari badan perhubungan awam Amerika yang dikontrak Mesir untuk mengangkat imejnya. As-Sisi setelah ini akan kembali muncul dengan performa dan pengaruh yang baru.

Kemungkinan ketiga, As-Sisi menghilang dengan tujuan atas perintah Amerika agar Adli Mansur dan Bablawi (presiden dan perdana menteri kudeta) muncul ke ruang awam dan seakan mempunyai peranan memerintah, bukan sekadar boneka yang dipertontonkan.

Kemungkinan keempat, menurut Syafiq, pengumuman sakitnya ini adalah untuk menjadi mukaddimah pengumuman berikutnya tentang dirinya telah meninggal.

Ini membenarkan dugaan yang sering muncul beberapa hari ini bahawa As-Sisi terkena tembakan di pangkalan laut di Iskandariah, dua minggu yang lalu.

Atau kerana keracunan makanan dan ubat-ubatan seperti yang dikatakan sumber Aljazeera, sejarawan Muhammad Jawadi.

Saat ini, kemungkinan As-Sisi dalam keadaan kritikal kerana television Al-Farain sampai meminta rakyat Mesir mendoakan untuk kesembuhannya. ~gb




Iklan C (ii)


Adun BN Perak Lompat Parti?

Posted: 09 Nov 2013 06:32 AM PST


Rupanya kabar angin je.., jangan dibuat. yeop nanti ada yang tak tido malam... Tak pernah dibuat Adun BN lompat masuk pembangkang. Kot ada pun kejap je lepas tu pusing balik kepangkal jalan ,macam adun Bota dulu. Tapi kalau betui cerita ini baguih sangat la ,
Adun BN Perak lompat parti hanya khabar angin 
KAMPAR - "Tak perlu kita layan benda-benda ini, kita mahu terus bekerja untuk rakyat Perak," demikian reaksi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika mengulas satu komen di Twitter yang mendakwa terdapat dua wakil rakyat BN negeri itu mengadakan pertemuan sulit bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Beliau berkata, perkara sedemikian bukanlah satu isu baru kerana pernah ditimbulkan sejak 2009 lalu. 
Menurut Zambry lagi, BN Perak mempunyai misi lebih penting daripada memikirkan perkara seumpama itu dan lebih mengutamakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat. 
"Bagi kita, itu perkara biasa. Ada juga ura-ura yang mengatakan ada Adun daripada pembangkang pula yang menemui saya. 
"Apa pun bagi saya, yang penting, kurangkanlah politik dan mula 'bekerja' bagi membangunkan negeri," katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet di Universiti Tuanku Abdul Rahman (UTAR) Kampar, hari ini. 
Semalam, akaun Twitter milik @rumahghuntoh memaparkan kenyataan berbunyi 'Prtmuan (pertemuan) sulit 2 YB BN Perak untk (untuk) melmpat (melompat) prti (parti) di Pmtg (Permatang) Pauh berlaku kelmarin...'. 
Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan usaha lompat parti, sepertimana pernah berlaku kepada kerajaan PR 2008 lalu yang menyaksikan empat wakil rakyat pembangkang mengisytiharkan diri sebagai Adun bebas. 
Mengulas lanjut, Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, jika dirinya terus 'melayan' isu-isu sedemikian sampai bila-bila pun mereka tidak dapat melaksanakan tugas yang telah diamanahkan dengan baik.
"Kita akan teruskan tugas-tugas ini dalam usaha untuk sentiasa berada dekat dengan rakyat dan seterusnya melaksanakan agenda pembangunan negeri," katanya. ~sh



Iklan C (ii)


Kenaikan Harga Pakej Astro.. Ini Penjelasan Dari Astro

Posted: 09 Nov 2013 05:58 AM PST

Peneraju perkhidmatan televisyen berbayar, Astro mempertahankan keputusan mereka untuk menaikkan kadar caj bulanan kerana ia adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Salah satu punca utamanya adalah kerana sebahagian besar program siaran langsung sukan yang dibawa oleh Astro melibatkan kos yang sangat tinggi.

Ia kata Astro adalah satu fenomena global yang terpaksa ditanggung oleh para pembayar dan Malaysia tidak terlepas daripada dikenakan caj yang sama.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, kos untuk membawa siaran langsung Liga Perdana Inggeris telah meningkat sehingga 2000 peratus sejak ia mula ditayangkan pada tahun 1997.

Malah katanya, apabila kos tersebut telah capai ke satu tahap yang tidak boleh lagi ditanggung oleh penyedia perkhidmatan, ia terpaksa dikongsi bersama oleh para pelanggan.

Misalnya, Astro terpaksa mengenakan caj tambahan sebanyak RM6 lagi ke atas pakej saluran sukannya dan RM2 lagi ke atas pakej familinya. Ia kata Tan tidak dapat dielakkan lagi.

Ini bermakna bermula 24 November ini, Pakej Famili Astro akan dicaj pada kadar RM39.95 daripada harga sekarang sebanyak RM37.95 manakala Pakej Sukan Astro akan dinaikkan menjadi RM82.95 berbanding RM74.95 sekarang.

Tambah beliau, persaingan untuk memperolehi hak eksklusif penyiaran turut menambah kepada tambahan kos tersebut kerana permintaan ke atas siaran langsung Liga Perdana Inggeris misalnya sangat tinggi di negara Asia khususnya di Malaysia, Thailand, Hong Kong dan Singapura.

Rantau ini sahaja merangkumi 43 peratus daripada kos hak penyiaran di luar Britain.

Bagaimanapun Tan menegaskan yang Astro adalah rangkaian penyiaran yang memberikan pakej liputan terbaik untuk saluran sukan berbanding dengan negara-negara Asia yang lain.

Astro perlu melabur berbilion ringgit untuk membawa pelbagai siaran langsung acara sukan khususnya bolasepak ke kaca televisyen dan kepada para pelanggannya. ~mStar



Berita Gempar Buat Ahli PAS..

Posted: 09 Nov 2013 12:48 AM PST

Pihak paling rugi apabila berlaku pertembungan antara Mohamad Sabu dengan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah untuk jawatan timbalan presiden PAS adalah ahli PAS keseluruhannya.

Ini kerana, pilihan utama mereka Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa tidak menyertai pertandingan itu. Mereka hanya dapat memilih di kalangan kurang popular sahaja padahal mereka perlu menentukan orang nombor dua dalam parti Islam itu.

Tuan Ibrahim dan Husam semalam, menjelang tarikh tutup pengesahan pertandingan parti pada jam 5 petang 8 November,  mengumumkan mereka hanya akan bertanding jawatan naib presiden dan menolak untuk bertanding timbalan presiden.


Semasa pencalonan diterima, Tuan Ibrahim dilaporkan mendapat pencalonan terbanyak iaitu lebih 50% daripada 103 pencalonan yang sah daripada kawasan di seluruh negara.

Husam pula dikatakan mendapat pencalonan kedua terbanyak. Namun sehingga kini ia tidak didedahkan kepada umum. 

Pihak jawatankuasa pemilihan PAS yang diketuai Asmuni Awi hanya memaklumkan jumlah pencalonan yang diterima kepada calon berkenaan sahaja.Poll yang dibuat oleh Tranungkite pada 30 Oktober lalu.

Dalam poll yang dibuat sebuah laman pro PAS, Tranungkite.net, Tuan Ibrahim menjadi calon paling popular di kalangan ahli PAS manakala Husam ditempat kedua. Keputusan ini selari dengan peratusan pencalonan yang mereka terima.

Menurut poll itu, Mohamad berada di tempat ketiga manakala Nik Amar tempat keempat selepas seorang lagi calon Salahudin Ayub yang sejak awal mengumumkan hanya bertanding bagi jawatan naib presiden sahaja.

Tuan Ibrahim ketika mengumumkan hanya menerima pencalonan untuk naib presiden berkata, berasa tidak mampu untuk memikul jawatan yang lebih tinggi daripada itu.

Husam pula dalam kenyataannya berkata, pencalonan paling banyak yang beliau terima adalah untuk jawatan naib presiden."Saya anggap ia adalah isi hati, pedoman dan pilihan akar umbi PAS jawatan mana yang mereka ingin saya tempatkan diri saya," kata Husam dalam kenyataannya.

Dengan penolakan kedua-duanya, pemilihan yang sukar bagi perwakilan PAS dalam Muktamar PAS ke-59 pada 22 hingga 24 November ini adalah untuk jawatan naib presiden.

Bagi kerusi naib presiden, calon-calon kini adalah Salahudin Ayub, Datuk Abu Bakar Chik, Tuan Ibrahim dan Husam manakala Datuk Mahfuz Omar belum membuat sebarang pengumuman.

"Saya telah memberitahu wartawan sebelum ini, saya mahu Pengerusi Jawatankuasa Pemilih yang memaklumkan keputusan saya," kata Mahfuz kepada The Malaysian Insider.

Semalam, Idris Ahmad dan Datuk Mujahid Yusof mengumumkan akan bertanding jawatan AJK PAS Pusat sahaja manakala seorang lagi calon yang layak, Nasrudin Hassan mengumumkannya sejak awal lagi akan bertanding AJK PAS Pusat sahaja.

Perwakilan sekarang terpaksa membuat pilihan antara empat calon utama iaitu tiga penyandang Salahudin Ayub, Husam dan Mahfuz serta dengan kedatangan calon popular, Tuan Ibrahim.

Abu Bakar Chik yang turut bertanding dikatakan calon 'underdog' untuk pertandingan naib presiden ini kerana beliau agak tertinggal daripada pucuk pimpinan utama parti selepas berhenti daripada jawatan Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

Salahudin dikatakan mendapat sokongan kedua-dua pihak, ulama dan bukan ulama serta paling popular daripada semua calon yang ada.

Tuan Ibrahim pula dilihat bakal mewarisi pucuk pimpinan utama PAS di masa depan, sudah tentu dia juga bakal menang.Kini persaingan antara Husam dan Mahfuz. 

Husam dikatakan mempunyai penyokong tersendiri manakala Mahfuz pula baru membuktikan kemampuannya selepas calon PAS berjaya di pilihan raya kecil Sungai Limau.

Justeru, sudah tentu tugas sukar bagi perwakilan membuat pilihan di samping dilema yang mana calon terbaik sebagai naib presiden PAS musim ini. ~tmi


Kerja Gila Najib, Muhyiddin Terdedah

Posted: 08 Nov 2013 09:16 PM PST

Pakatan Rakyat menegur tindakan pimpinan tertinggi kerajaan yang sering menggunakan pesawat eksekutif untuk penerbangan dalam negara dan luar negara.

Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke berkata, kos bahan api bagi enam pesawat yang digunakan sepanjang tahun 2012 sebanyak RM14,951,448.04 dan RM167,079,541.80 bagi kos penyelenggaraan adalah sangat tinggi dan merupakan pembaziran.

pesawat"Ini satu contoh pembaziran perbelanjaan kerajaan terutama pemimpin tertinggi kerajaan. Pesawat eksekutif sering digunakan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan pegawai tinggi kerajaan," katanya dipetik Harakah Daily pada sidang media di lobi Parlimen semalam.

Beliau juga mempersoal keperluan Datuk Seri Najib Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menaiki pesawat eksekutif walaupun dalam negara sedangkan pesawat biasa sentiasa beroperasi.

"Persoalanya mengapa perlu setiap kali Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menter nak pergi ke mana-mana penerbangan domestik perlu mengambil pesawat eksekutif setiap kali penerbangan?

"Ini melibatkan perbelanjaan tinggi tapi kalau mengambil pesawat komersil kalau kelas ekonomi tak guna perbelanjaan tinggi.

"Kerajaan minta rakyat jimat cermat tapi setiap kali itu menunjukkan kerajaan tak kurangkan kos perbelanjaan mereka," katanya yang juga Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP.

MPSementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyarankan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menggunakan pesawat biasa bagi menjimatkan perbelanjaan negara.

"Saya cadang untuk tahun 2014 Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri lebih banyak guna pesawat komersil walaupun ke luar negara. Ada pemimpn besar negara maju tak guna pesawat pun. Pesawat eksekutif biarlan digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong.

"Sangat mengejutkan tantang perbelanjaan bahan api dan penyelenggaraan pesawat ini. Baru-baru ini pun Timbalan Perdana Menteri ulang alik ke Sungai Limau guna pesawat eksekutif.

"Ini tak betul sebab ini kempen parti bukan program kerajaan dan kalau program kerajaan pun kerajaan perlu menunjukkan sikap bertanggungjawab dengan guna pesawat komersil kerana pemimpin harus menunjukkan teladan yang baik," katanya.

Anthony semalam meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah pesawat yang dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, model pesawat-pesawat tersebut, kos bahan api dan penyelenggaraan untuk tahun 2012 dan jumlah penerbangan serta destinasinya sepanjang tahun 2012.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim dalam jawapannnya memberitahu, kerajaan pada masa ini memiliki tujuh pesawat yang diistilahkan sebagai Pesawat Eksekutif (VVIP) Kerajaan iatu satu unit Pesawat Falcon, satu unit Global Express, satu unit Boeing Business Jet (BBJ), satu unit Blackhawk, dua unit pesawat Agusta dan satu unit Fokker F28 yang telah dilupuskan dan dihadiahkan kepada Muzium Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM). ~kd




Tiada ulasan: