Khamis, 7 November 2013

Addin

Addin


Presiden Morsi Diadili, Kemenangan Semakin Dekat - Prof. Yusuf Al-Qaradhwi

Posted: 07 Nov 2013 08:34 AM PST

Persatuan Ulama Muslimin Dunia, yang dipimpin oleh Syeikh Yusuf Qaradhawi, mengeluarkan satu kenyataan yang mengecam pengadilan Presiden Mursi, Isnin (4/11/2013) kemarin.

Dalam kenyataan ulama yang berjudul "Bergembiralah, Kemenangan Sudah Dekat" disebutkan:

"Untuk pertama kalinya terjadi di Mesir, seorang presiden sah yang dipilih oleh rakyatnya dalam pilihanraya yang bersih, diajukan ke pengadilan, setelah sebelumnya diculik dalam waktu yang cukup lama oleh penguasa kudeta. Selain itu, penguasa kudeta juga menculik dan membunuhi ribuan rakyat Mesir yang memperjuangkan kebebasan."

Pernyataan ulama yang disiar dalam lamanweb rasmi Syeikh Qaradhawi ini juga mengajak seluruh rakyat Mesir untuk memenuhi jalan-jalan dan tempat luas di Mesir, memprotes kejahatan-kejahatan penguasa kudeta, dengan tetap mempertahankan sikap damai dalam melaksanakannya.

Beberapa kejahatan penguasa kudeta yang dilakukan hari-hari terakhir ini di antaranya menginjak-injak kemuliaan Universiti Al-Azhar dan universiti-universiti yang lain, menangkap kaum wanita (baik mahasiswa ataupun warga biasa), dan yang terakhir adalah mengadili Muhammad Mursi, presiden sah Mesir yang dipilih rakyat secara demokrasi.

Para ulama juga menyatakan, "Ikatan Ulama Muslimin Dunia mengajak seluruh rakyat Mesir yang sedang berjuang untuk berbahagia kerana kemenangan dari Allah swt. akan segera datang."

Terakhir, para ulama mengajak orang-orang yang terlibat dalam kudeta (militer, orang awam dan media) agar kembali kepada kebenaran, mengembalikan pemerintahan yang sah dan lembaga-lembaga perlembagaan hasil proses demokrasi. Jangan sia-siakan pengorbanan yang diberikan pada Revolusi 25 Januari.




Iklan C (ii)


BN Bakal Buat Jualan Murah Di Tempat Lain?

Posted: 07 Nov 2013 06:39 AM PST

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengadakan jualan murah untuk gula dan beras di kawasan-kawasan berpenduduk miskin yang lain.

Mohamad ataupun lebih popular dengan panggilan Mat Sabu, apabila dihubungi oleh FMT hari ini ternyata berang dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom yang berkata jualan murah kedua-dua barangan asas itu dalam tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau sebagai kebetulan.

"Mana boleh kebetulan…Kalau kata kebetulan pi la buat (jualan murah) kat kawasan-kawasan lain sama," katanya dalam perbualan telefon.

Beliau menambah, terdapat lagi kawasan yang boleh mendapat manfaat dari jualan murah anjuran BN itu, bukan hanya di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sahaja.

"Pi buat kat kawasan-kawasan lain (juga), jangan buat kat kawasan ada PRK saja. Kat Baling sana pun ada orang susah, pi buat kat sana," cabarnya lagi, sambil menyifatkan kenyataan Jamil ini sebagai satu penafian yang boleh ditertawakan.

Jamil, yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Jerai berkata pembangkang menggunakan isu jualan murah barangan asas itu sebagai modal untuk memburukkan BN.

Dilaporkan, harga gula seberat satu kilogram yang biasanya berharga RM2.84 di pasaran dijual dengan harga RM1 dalam jualan murah tersebut manakala sekampit beras seberat lima kilogram pula dijual dengan harga RM5, jauh lebih murah dari harga pasaran iaitu RM13.

Pakatan Rakyat (PR) menyelar perbuatan BN ini dan menyamakannya sebagai satu bentuk rasuah kepada pengundi.

Bagaimanapun, pandangan itu ditolak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. ~fmt




Iklan C (ii)


Jamil Khir Baharom Dah Pandai Berbohong.. Saksikanlah

Posted: 07 Nov 2013 05:56 AM PST


Sebenarnya Jamil Khir nak berbohong dengan siapa ni? Tak akan lah program sebegini pelik adalah acara kebetulan. Banyak kebetulan dalam Umno ni, asal dekat pilihanraya ada pelbagai muncul bantuan seperti BR1M,KR1M, TR1M dan pelbagai lagi. 

Sekarang Jamil Khir pun dah pandai berbohong sejak masuk Umno. Sebelum bercakap tu, berfikirlah dulu.. Nanti orang ramai label menteri guna akal kepala lutut marah lah pulak..

Jualan murah Sungai Limau hanya kebetulan, kata Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom (gambar) menyifatkan jualan murah gula dan beras yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau baru-baru ini adalah satu kebetulan.
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Jerai berkata, jualan murah tersebut dijadikan modal pembangkang untuk memburukkan BN apabila ia kebetulan diadakan pada musim kempen PRK Sungai Limau.
"Jualan murah ini ada di mana-mana, pasar raya selalu buat jualan murah jadi apa yang dihairankan. Kebetulan ia diadakan semasa PRK namun hakikatnya ia bukan kerana PRK," katanya kepada media selepas merasmikan Konvesyen Pendakwah Negara 2013 di Kuala Lumpur.
Katanya, keadaannya sama seperti situasi pembangunan dan kempen jualan murah yang dilaksanakan kerajaan.
"Ia seperti pembangunan yang dilakukan secara berterusan tidak kira sebelum atau selepas musim pilihan raya, begitu juga jualan murah.
"Bajet dibuat sepanjang tahun dan kita tidak boleh melepasi apa yang diperuntukkan. Contohnya seperti pemberian dana sekolah atau jalan raya, ia bukan hanya kerana untuk meraih undi, tetapi ia sememangnya ada bajet, " katanya.
Beliau turut menafikan segala peruntukan yang diberikan oleh kerajaan untuk Sungai Limau adalah bajet bagi PRK.
Malah pengumuman BN dalam memberikan peruntukkan kepada Sungai Limau semasa PRK juga adalah perkara biasa.
"Jangan silap kata ia hanya untuk bajet PRK, bukan hanya peruntukan sekolah atau pembinaan jalan raya. Sebelum pilihan raya pun kita bina bukan saja jalan bahkan lebuh raya, jadi ini normal.
"Kalau kata beri rasuah bawalah ke mahkamah tapi ini semua cakap-cakap pihak pembangkang yang nak tuduh kita semasa PRK,"katanya.
Sebelum ini BN dilaporkan mengadakan karnival rakyat di Bukit Besar iaitu sebuah kawasan yang terletak kira-kira 19 kilometer dari bandaraya Alor Setar dengan menjual barangan keperluan harian pada harga murah.
Satu kilogram gula boleh dibeli pada harga RM1 berbanding harga pasaran RM2.84 dan sekampit beras 5 kilogram dijual RM5 berbanding harga pasaran sebanyak RM13.
Bagaimanapun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan dengan berkata jualan murah barangan asas seperti beras dan gula tidak mempunyai unsur rasuah.
Hal itu menyebabkan PAS dan PKR menyelar kenyataan SPRM itu kerana jelas tidak mencerminkan peranan badan Itu sebagai badan yang bertindak memantau pilihan raya untuk dijalankan dengan adil dan telus.
Selain jualan murah beras dan gula peruntukan sebanyak RM1.8 juta kepada tiga sekolah cina di Sungai Limau turut mencetuskan kontroversi. ~tmi




Adun BN Merlimau Meninggal Dunia?

Posted: 07 Nov 2013 12:04 AM PST


Adun Merlimau, Roslan Ahmad tidak mudah melatah dengan penyebaran khabar angin bahawa dirinya meninggal dunia dalam beberapa blog termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau menganggap dengan tersebarnya berita palsu itu orang ramai memang prihatin terhadap kesihatan dirinya.

"Saya hanya mengetahui penyebaran berita itu sejak semalam dan telah dihubungi beberapa orang untuk mendapatkan kepastian.

"Sebenarnya, berita kematian itu adalah Adun Merlimau sebelum ini, Allahyarham Datuk Hidhir Abu Hassan. Jika orang tak baca habis berita itu dan hanya baca tajuknya sahaja, itu yang timbul salah faham," katanya.

Roslan bagaimanapun berkata, dia tidak akan mengambil tindakan kepada pihak menyebarkan berita tersebut, sebaliknya mahu menumpukan aktiviti seharian sebagai Adun.

Allahyarham Mohamad Hidhir meninggal pada 20 Januari 2011 di Hospital Pakar Putra, akibat sakit jantung ketika berusia 54 tahun. ~sh



Akhirnya.. Punca Sebenar Kematian Presiden Palestin, Yasser Arafat Terbongkar

Posted: 06 Nov 2013 08:00 PM PST

Presiden Palestin, Yasser Arafat yang meninggal dunia pada 2004, dipercayai telah diracun menggunakan bahan polonium berdasarkan satu kajian makmal yang dilakukan di Switzerland.

Stesen televisyen Al-Jazeera yang memetik kenyataan Pengarah Institut Radiasi Fizik Universiti Lausanne, Francois Bochud berkata, ujian tersebut dibuat berdasarkan sampel biologi Arafat yang diperoleh daripada isterinya, Suha Arafat.

Sampel biologi Arafat itu diberikan kepada Suha oleh hospital tentera di Paris, tempat beliau meninggal dunia.

"Kesimpulan yang kami dapat adalah beberapa unsur racun polonium wujud dalam sampel tersebut," katanya.

Untuk mengesahkan perkara itu, Bochud berkata, satu kajian terperinci perlu dilakukan terhadap mayat Arafat.

"Jika isterinya, Suha ingin mengetahui apa yang berlaku terhadap suaminya, kami perlu menjalankan pemeriksaan terhadap mayat Arafat yang mungkin akan menunjukkan dengan lebih tepat mengenai kandungan polonium yang digunakan," katanya.

Racun polonium pernah digunakan untuk membunuh bekas perisik Rusia yang membelot Kremlin, Alexander Litvinenko pada 2006 selepas perisik itu meminum air teh yang dicampur dengan bahan radioaktif tersebut di sebuah hotel di London.

Arafat, pemenang Hadiah Nobel Keamanan yang memimpin kerajaan Palestin selama hampir 40 tahun, meninggal dunia pada 11 November 2004 selepas beberapa minggu dirawat.

Allahyarham turut diterbangkan ke Perancis daripada ibu pejabatnya yang dikepung oleh rejim Israel di Tebing Barat.

Pegawai kerajaan Perancis pada ketika itu enggan mendedahkan sebenar kematian atau keadaan Arafat, sekali gus mencetuskan pelbagai khabar angin dan teori berhubung kematian Presiden itu.

Arafat meninggal dunia pada usia 75 tahun dan pegawai Palestin mendakwa pemimpin mereka itu telah diracun oleh rejim Zionis.

Namun satu siasatan tidak rasmi yang dilaksanakan oleh Palestin pada 2005 mendapati tiada unsur penyakit kanser, AIDS atau racun yang menjadi punca kematian Arafat. ~AFP



Terjemahan : Anak Sungai Derhaka



Tiada ulasan: