Khamis, 28 November 2013

Addin

Addin


Motif Khalid Ibrahim Naikkan Gaji Tersebat

Posted: 28 Nov 2013 03:00 PM PST

Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 Adun Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.

Khalid dikirik.Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun Adun di Dewan Undangan Negeri Selangor. 

Ekoran kenaikan itu Adun Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250 Timbalan Speaker RM15,750, Speaker RM22,500, Exco RM20,250 dan MB RM29,250.

Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.Naib Presiden Umno Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. 

Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi. 

Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik dan memberi alasan munasbaah.Manakala Mohamed Azmin Ali meminta kenaikan itu ditangguhkan.

Khalid Ibrahim hari ini bagaimana pun bingkas mempertahankan kenaikan itu kerana ia munasabah kerana bebanan wakil rakyat banyak. Beliau sebaliknya menempelak Azmin sekiranya tidak bersetuju boleh diberikan gaji yang naik itu kepada badan kebajikan.

Menarik juga isu ini. Tetapi mungkin ada yang terfikir kenaikan itu adalah perkara biasa dan wajar. Tetapi bagi pemerhati kenaikan itu ada motif tertentu kalau tidak masakan ianya diteruskan. 

Khalid ketika respon kepada kritikan dan teguran itu menegaskan ia adalah muktamad.Mungkin apa yang dilihat di sebalik kenaikan gaji Adun ini tidak disetujui oleh pihak lain dan dinafikan Khalid sendiri. 

Namun bagi pandangan umum kenaikan ini ada sebab dan tujuan tersirat yang boleh mengejutkan.Umum tahu Khalid waktu ini sedang berhadapan dengan masalah, di mana corak pentadbirannya dipertikaikan. 

Cara beliau menguruskan negeri Selangor secara korporat menimbulkan kemarahan di kalangan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.Justeru itu berlaku beberapa protes terhadap Khalid termasuk cadangan agar menurunkan beliau dari kerusi MB dan diganti dengan orang lain. 

Walaupun beberapa isyarat diberikan agar beliau meninggalkan kerusi MB dengan baik, tetapi Khalid seakan tidak mempedulikannya. Sikap 'lembu kenyang' yang diamalkan Khalid menjadikan kemarahan kepadanya semakin menjadi-jadi. Teguran secara baik dilakukan Anwar juga tidak dipedulikan.

Di satu peringkat pihak BBC Selangor mengemukakan memorandum memprotes tindakan Khalid yang memotong peruntukan pembangunan atas alasan ianya tidak dibelanjakan. 

Tindakan benar-benar menimbulkan kemarahan. Peringkat pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat DAP dan PAS juga telah memaklumi keadaan ini.Sikap beliau tidak mesra politik dengan orang-orang parti juga menjadi masalah. 

Akibatnya banyak masalah mengenai pengurusan parti tidak berjalan lancar kerana Khalid tidak sedia membantu parti dengan kedudukannya sebagai MB. Khabarnya Khalid tidak mempeduli langsung mengenai kewangan parti menyebabkan ada sesetengah kaki tangan pejabat tidak bergaji.

Bertolak dari sikap dan stail itulah beliau terus dikritik sehingga sampai ke peringkat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya sekiranya beliau degil untuk tidak melepaskan jawatan. 

Ada sumber menyatakan beliau diberi masa selama tiga bulan.Apakah langkah Khalid menambahkan gaji Adun itu sebagai usaha beliau untuk mengambil hati para Adun Selangor agar tidak terpengaruh dengan suara-suara atau perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya kepadanya? Tunggu ulasan selanjut. ~mso



Iklan C (ii)





Azmin Ali Gesa Kenaikan Gaji Di Tangguhkan

Posted: 28 Nov 2013 06:55 AM PST

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menangguhkan kenaikan gaji yang diumumkan pada Rabu.

Katanya, keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain dan mencadangkan agar kajian semula mengenai perkara tersebut perlu dilakukan agar kenaikannya lebih munasabah.

"Saya cadangkan kenaikan elaun ini ditangguhkan dan dikaji semula agar lebih munasabah dan diterangkan kepada rakyat akan kenaikan ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak pada sidang media di lobi Parlimen petang tadi.

Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 ADUN berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan ADUN (RM6,000 kepada RM11,250).

Khalid, ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, mesyuarat exco pada 22 November bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima ADUN dan anggota pentadbiran Sarawak.

Ia juga, menurutnya, dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat.

Isu kenaikan gaji ADUN Selangor ini turut mendapat perhatian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan ia terlalu tinggi.

Kenaikan gaji ADUN Selangor juga turut dibantah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan ia boleh tersenarai dalam rekod dunia. ~astroawani





Iklan C (ii)



(Advertorial) Boss Venture Terbaik Tak Perlu Jual Barang

Posted: 28 Nov 2013 04:17 AM PST

Boss Venture Terbaik Tak perlu jual barang
Tak perlu cari orang
Insentive setiap hari 

Dah letih,dah penat bila buat biz MLM kena cari orang, kena jual barang kalau tak jangan mimpi nak dapat bonus atau dapat pangkat.

Saya sendiri pun dah fed up semua tu asyik2 kena tipu. Cuba biz saya, tak payah cari orang..tak payah sibuk nak jual produk...yang pasti walau pun lone ranger...tiap2 hari dapat "bonus" di bayar 1.5% DSI (keuntungan harian) . 

Keterangan lanjut klik je disini >> www.niagabossventure.com"







Anwar Bidas Tindakan Khalid Ibrahim

Posted: 28 Nov 2013 02:53 AM PST

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.

Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.

"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).

Anwar berkata, Khalid tidak harus menggunakan alasan kenaikan elaun bagi menyamai langkah yang dibuat Sarawak.

Katanya, Khalid perlu menjelaskan hal kenaikan tersebut kepada Pakatan Rakyat (PR).

"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," katanya.

Sementara itu, Khalid pada sidang medianya selepas sidang DUN Selangor berkata, kenaikan gaji berada pada paras yang munasabah kerana ia menggunakan sistem gaji yang diperolehi pemimpin peringkat negeri di Sarawak sebagai indikator.

Khalid berkata, kadar berkenaan juga sebenarnya masih rendah berbanding gaji mereka yang berada dalam syarikat swasta.

"Bagi sesetengah orang ini mungkin sudah banyak, tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi, ini munasabah," katanya. ~tmi



Iklan C (ii)



(Gambar) MB Kelantan Temui Najib Di Putrajaya

Posted: 27 Nov 2013 10:26 PM PST

Ahmad diiringi Ali Hamsa selepas jumpa Najib.
Setengah jam lalu saya menerima kiriman dua keping gambar Menteri Besar Ahmad Yaakub dengan diiringi Ketua Setiausaha Negara, Ali Hamsa yang baru turun dari pejabat Perdana Menteri di tingkat empat bangunan Perdana Putra, Putrajaya.

Tidak ada apa-apa keterangan berhubung gambar berkenaan, kecuali ditulis "Alhamdulilah pertemuan MB Kelantan dengan PM selesai".

Gambar kedua menunjukkan tidak kurang lima orang mengiringi Ahmad dan Ali Hasma yang berada di barisan hadapan. Apakah selain Ahmad Yaakub ada pimpinan kerajaan Pas dan pegawai lain Kelantan lain ikut sama dalam pertemuan bersejarah itu?

Pertemuan dijangka berlangsung jam 9:00 pagi tadi dan selesai tidak sampai dua jam. Hendaknya ada manfaat untuk rakyat dalam pertemuan yang boleh dianggap bersejarah itu.

Sebelum ini Ahmad Yaakub sebaik saja mengambil alih kepimpinan Kelantan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat mengambil pendekatan berbaik dan berlunak dengan kerajaan Pusat berdasarkan keperluan semantat federalimse. Istilah yang digunakan ialah pendekatan G to G.

Najib Razak dua tiga hari lepas menyebut yang Pas ingin menemuinya tanpa disebut bilakah tarikh. Disebabkan kerana ada berbangkit soal muzakarah Pas dengan Umno yang ditimbulkan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang semasa menggulung perbahasan di muktamar menyebabkan orang menanti-nanti akan pertemuaan atau muzakarah sebegitu.

Disebabkan begitu cepat Ahmad mengunjungi Najib di pejabatnya hari ini, saya mengira temujanji itu dibuat lebih awal sebelum muktamar lagi. Boleh jadi Abdul Hadi membangkitkan perkara itu dalam muktamar lalu agar ia tidak mengejutkan sesetengah ahli Pas dengan apa yang berlaku hari ini.

Semestinya Ahmad Yaakub telah merujuk kepada Presiden parti berhubung tindakannya itu. Mungkin Abdul Hadi sudah memberi pandangan dari berbagai sudut kepada Ahmad Yaakub sebagai panduan.

Hendaknya biarlah pertemuan hari ini berlangsung atas kepentingan bersama untuk rakyat dan ianya ikhlas. Jangan pula ada permainan politik di sebalik itu. Juga biarlah pertemuan Ahmad dengan Najib itu sama dengan kondisinya dengan pertemuan Mohd Asri ketika itu MB Kelantan dengan Tunku Abdul Rahman sebagai PM 44 tahun lampau.

Ahmad Yaakub sebaik pulang ke Kota Bharu hendaklah membuat sidang media sesegera mungkin menjelaskan hasil dan tujuan pertemuan itu. Sekiranya lambat ia boleh dispekulasikan dengan berbagai andaian dan tuduhan yang boleh menimbulkan sedikit kekeliruan. ~mso




Iklan C (ii)


Video Ridhuan Tee Dan Fathul Bari Teruk Di Belasah.. Saksikanlah

Posted: 27 Nov 2013 06:49 PM PST

Isu yang di debatkan ialah 'Kenapa UMNO/PAS tak bersatu, antara ahli panelnya ialah pejuang Melayu tulen Dr. Ridhuan Tee, Dr. Maza, Ustaz Fathul Bari dan juga YB Ustaz Dr Mohamed Fadzli Hassan.

Kalau di TV3 atau RTM, aku yakin pasti tiba-tiba akan terpapar 'Harap Maaf, Rancangan Tergendala Sebentar' kalau tak pun gambarnya ada suaranya tak ada.. Tapi ini bukan LIVE oleh TV3 atau RTM tapi TV AlHijrah..

Termanggu-manggu Ridhuan Tee bila mendengar hujah-hujah yang dibentangkan oleh Dr. Mohamed Fadzli mengenai mengapa PAS tidak mahu bersatu dengan UMNO..

Hujah yang cukup mantap bersandarkan fakta sejarah untuk difahamkan oleh macai-macai sekelian.. itupun kalau masih mampu untuk berfikirlah..

Tengoklah... Siapa sebenarnya pengkhianat kepada Melayu dan juga Islam di bumi Malaysia tercinta ini.. ~asd


Lihat video di SINI.



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: