Rabu, 27 November 2013

Addin

Addin


Menteri Besar, Adun Selangor Dapat Kenaikan Gaji Mulai 1 Januari 2014

Posted: 27 Nov 2013 09:07 AM PST

Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa Januari 1 depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada November 22 bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75% daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya.

Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini. Persidangan DUN bersambung esok. ~tmi





Iklan C (ii)


Rupanya Najib Di Tipu, Bukan 11 Tapi Hanya 3 Ketua Cabang Keluar PKR

Posted: 27 Nov 2013 07:22 AM PST


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah Datuk Seri Lajim Ukin mendakwa hanya lapan pemimpin PKR yang keluar daripada parti itu. Beliau berkata tiga daripada mereka adalah ketua cabang dari Kinabatangan, Kota Marudu dan Silam.

"Sementara selebihnya adalah terdiri daripada pemangku, naib ketua dan ahli-ahli biasa manakala Cabang Beluran masih belum mendapat kepastian," katanya pada sidang media di Bangunan PKR di sini, hari ini.

Lajim memaklumkan pihaknya belum menerima surat peletakan jawatan mereka yang keluar dan menyokong Barisan Nasional (BN) sehingga petang ini.

Beliau berkata parti di peringkat negeri akan mengesyorkan kepada presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat keahlian mereka.

Semalam, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 pemimpin cabang PKR Sabah keluar parti dan menyatakan sokongan terhadap BN.

Mereka terdiri daripada ketua cabang, timbalan ketua cabang dan ketua penerangan cabang parti itu dari Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, Sepanggar, Pensiangan, Beluran, Kinabatangan, Batu Sapi, Silam, Kalabakan dan Semporna. ~bernama




Iklan C (ii)


Mahkamah Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Blogger Papagomo

Posted: 27 Nov 2013 04:54 AM PST

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog kontroversi Papagomo.

Hakim Mohammad Adib Husain membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan yang difailkan oleh bekas isteri Wan Muhammad, Bellina Omar Sharifuddin Chin supaya dikeluarkan waran tangkap berikutan kegagalan plaintif hadir di mahkamah.

Wan Muhammad terbabit dalam kes mahkamah dengan bekas isterinya kerana didakwa melanggar hal berkaitan penjagaan dua anak perempuan pasangan tersebut.

Pada 2 September, mahkamah memerintahkan penulis blog itu supaya mengembalikan kedua-dua kanak-kanak yang berusia empat dan dua tahun itu, kepada bekas isterinya, tetapi Wan Muhammad tidak berbuat demikian.




Iklan C (ii)


Pemimpin UMNO Tiada Harga Di Mata Najib.. Ini Buktinya

Posted: 27 Nov 2013 01:31 AM PST

Apabila bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad mengkritik Najib dengan mengatakan kepimpinannya semakin lemah dan sering tunduk kepada tuntutan kumpulan ekstremis pembangkang, beberapa pemimpin UMNO segera tampil menyanggah pandangan itu.

Menurut mereka, keterbukaan Najib tidak seharusnya ditafsirkan sebagai tunduk dan lebih mendengar tuntutan pembangkang.

Namun demikian, dua hari lalu Najib mengumumkan penubuhan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara atau MKPN sebagai usaha mengukuhkan perpaduan pelbagai kaum di negara. MKPN ini diberi tempoh selama enam bulan untuk memberi cadangan kepada kerajaan bagi tujuan itu.

Cuba lihat ahli-ahli MKPN ini:-

Pengerusi - Samsudin Osman
Timbalan Pengerusi - Lee Lam Thye

Ahli majlis:

Ramon Navaratnam
Pheng Yin Huah
Napsiah Omar
Dr Michael Yeoh Oon Kheng
Johan Jaafar
Senator Boon Soom a/l Inong
Dr Mujahid Yusof Rawa
Clarence Bongkos Malakun
John Sikayun
Lim Kok Cheong
Saifuddin Abdullah
Zainal Abidin Abdul Kadir
Rugayah Abdul Majid
Dr Kantayya Mariapan
Prof Madya Dr Madeline Berma
Prof Dr Suresh Kumar a/l Govind
Dr Bilson Kurus
Tan Yew Sing
Lim Chee Wee
Lim Lam Thye
Sadar Jagir Singh
Marina Mahathir
Mohamed Maliki Mohamed Rafiee
Mohamad Anas Omar @ Anas Zubedy
Wardina Safiyyah
Ariff Irwani Azahari
Audrey Goh

Di mana pemimpin dan Ahli Parlimen UMNO dalam majlis itu? Kalau PAS diwakili oleh Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusathya, Dr Mujahid Yusof Rawa, apakah menjadi suatu kesalahan dan dosa bagi Najib untuk melantik Ahli Parlimen UMNO atau dari kalangan Ahli Majlis Tertinggi UMNO menganggotai majlis itu?

Kenapa dalam soal mahu mewujudkan perpaduan dan memberi idea serta cadangan ke arah mewujudkan perpaduan, UMNO sebagai parti teras dalam kerajaan dipinggirkan?

Kenapa juga pemimpin daripada Perkasa atau Jati tidak dijemput sama?

Dalam MKPN ini, kalau ada pun wajah UMNO didalamnya hanyalah melalui Saifuddin Abdullah, Napsiah Omar dan Zainal Abidin Abdul Kadir tetapi Saifuddin telah kalah dalam pilihanraya dan pemilihan UMNO yang lalu. Pengamal politik baru ini sudah boleh dianggap pemimpin yang berada di luar lingkungan. Napsiah dan Zainal Abidin pula adalah bekas wakil rakyat dan sudah menjadi "orang pencen" dalam UMNO.

Apakah Marina Mahathir yang pernah terlibat dengan Bersih, Sister In Islam dan turut dikaitkan dengan tuntutan Comango mahu diharapkan mewakili UMNO dalam memberi cadangan yang mewakili UMNO dan kepentingan Melayu dalam soal perpaduan ini?

Komposisi ahli-ahli majlis MKPN ini juga seperti tidak menggambarkan realiti kedudukan kaum yang sebenar di mana sepatutnya ahli daripada kalangan Melayu jauh lebih ramai berbanding ahli daripada kaum lain. Melayu dan UMNO sebenarnya sama-sama dipinggirkan dalam MKPN ini.

Ramai juga yang keliru mengapa Najib melantik artis Wardina menganggotai majlis ini kerana beliau diketahui memang mempunyai pandangan yang lebih mirip kepada pembangkang serta kerapkali mengkritik kerajaan dalam tulisannya di twitter. Kenapa tidak dilantik daripada kalangan pemimpin persatuan artis atau daripada kalangan penggiat seni yang
lebih senior?

Selain Melayu dan UMNO diketepikan dalam usaha membentuk perpaduan, Najib yang juga Presiden UMNO nampaknya lebih menghargai dan memanding tinggi kewibawaan Ahli Parlimen dan AJK Pas Pusat berbanding parti di mana beliau sendiri menjadi ketuanya.

Barangkali ini merupakan satu lagi idea cemerlang daripada Pemandu, kalangan penasihat (punah-sihat?) atau perunding luar (dipanggil juga con-sultan atau con-setan) yang telah menelan belanja RM7.2 bilion sejak lima tahun lalu.

Dan tanpa sedar, Najib telah mengesahkan pandangan Mahathir terhadapnya. ~shahbudin






Iklan C (ii)


Faktor Pemimpin 11 Cabang PKR Keluar Parti Tersebar?

Posted: 26 Nov 2013 10:21 PM PST

Terlalu banyak campur tangan kepimpinan di peringkat pusat dalam urusan parti di Sabah merupakan antara faktor pemimpin daripada 11 cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar parti.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Matunggong Datuk Jelani Hamdan berkata soal autonomi yang dicanangkan pemimpin PKR di peringkat pusat sebenarnya tidak langsung dipraktikkan, termasuk dalam urusan melantik ketua pembangkang negeri dan Majlis Pimpinan Negeri parti itu.

"Bukan soal pembangunan semata-mata. Tapi kita hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR khususnya di peringkat pusat dan negeri. Soal autonomi...beri kuasa kepada Sabah pilih pemimpin tapi authority datang dari seorang individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keluar parti pemimpin cabang PKR Sabah dan menyokong Barisan Nasional (BN) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato' Onn di sini, hari ini.

Jelani dan Adun Kadamaian Jeremy Malajad, kedua-duanya, telah terlebih dahulu keluar parti pada 4 November, turut hadir pada sidang media itu.

Jelani yang mewakili pemimpin daripada 11 cabang parti itu turut mendedahkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan individu yang terlibat campur tangan dalam urusan pentadbiran parti di Sabah.

Mengulas mengenai gelombang kedua pemimpin cabang PKR negeri yang akan keluar parti selepas ini, Jelani mendakwa jumlah keseluruhan yang terlibat tidak kurang 20 cabang.

Di Sabah terdapat 25 cabang (bahagian) PKR, katanya sambil menambah keputusan mereka meninggalkan parti telah dibuat sejak selepas pilihan raya umum ke-13 lepas.

Beliau turut menafikan bekas pemimpin cabang PKR yang keluar parti itu telah "dibeli" oleh BN memandangkan parti itu (BN) telah menguasai dua pertiga kerusi DUN.

Mengenai maklum balas Anwar berhubung tindakan keluar parti, Jelani berkata:

"Dalam SMS, memang kecewa...memang normallah dia (Anwar) kata kami dapat tawaran lebih baik daripada pihak lain."

Dalam pada itu, Jelani turut menyatakan komitmen kesemua mereka untuk memberi sokongan 100% kepada BN, tetapi masih belum membuat keputusan sama ada mahu menyertai komponen parti itu atau membentuk satu kumpulan baharu.

Ditanya pindaan perlembagaan PKR pada konvensyen parti itu Ahad lepas yang akan melantik seorang wakil negeri Sabah dan Sarawak mengisi jawatan naib presiden, Jelani berkata: "Anda boleh pinda apa juga artikel, tapi dari segi pelaksanaan, sama ada ikut atau tidak. Mungkin hanya atas kertas sahaja.

"Ini terjadi dalam keputusan-keputusan yang dibuat di peringkat negeri."

Bekas ketua cabang Kota Marudu Anthony Mandiau pula berkata kegagalan pucuk pimpinan parti mendengar suara rakyat di Sabah adalah punca mereka hilang kepercayaan dan beralih menyokong BN.

Beliau mendakwa presiden dan timbalan presiden parti itu turut mencampuri urusan parti di Sabah. ~bernama




Iklan C (ii)


Menteri Dedah Punca Kenaikan Mendadak Cukai Pintu KL

Posted: 26 Nov 2013 06:20 PM PST

Dalam memberikan justifikasi terbarunya kepada pengumuman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menaikkan kadar cukai pintu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) hari ini berkata kenaikan itu perlu untuk menanggung kos pengurusan sampah yang tinggi.

Tengku Adnan berkata DBKL kini menanggung kos RM14 juta sebulan bagi tujuan itu.

"Kami membayar RM14 juta sebulan untuk menguruskan sampah yang dibayar kepada Alam Flora. Media seharusnya mendidik rakyat memupuk semangat kitar semula bukannya mencetuskan pergaduhan di antara pemimpin.

"Jumlah sampah yang dipungut ribuan tan sehari. Sebab itu rakyat perlu dididik bagaimana mengurangkan sampah. Makan ikut kemampuan. Jangan makan macam tiada hari esok. Ramai lagi yang tidak dapat makan. Tapi kita pula membuang makanan," katanya ketika ditemui pemberita di Menara DBKL hari ini.

Menurutnya, jenis sampah paling banyak dibuang oleh warga kota adalah sisa makanan.

Tengku Adnan berkata Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan bersama DBKL bagi mendapat penerangan berhubung kemelut kenaikan cukai pintu yang akan berkuatkuasa bermula Januari 2014.

Beliau mengakui kenaikan cukai pintu adalah pada kadar 100%, tetapi berkata warga kota hanya perlu bayar 6% daripada taksiran yang dibuat.

"Memang betul peningkatan cukai sebanyak 100% tetapi pembayar cukai hanya membayar 6% daripada cukai tersebut. Katakan jika sebelum ini mereka membayar cukai pintu RM60 sebelum ini, maka cukai pintu yang baru adalah RM120 pada tahun hadapan," katanya.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, kenaikan itu berlaku setelah 21 tahun DBKL tidak meningkatkan cukai pintu dan ia bagi memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada warga kota.

Sementara itu, Datuk Bandar Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata kenaikan cukai pintu tetap akan berlaku bermula Januari 2014 namun kadarnya masih dalam perbincangan.

"Panel akan kita bentuk bukan sahaja daripada DBKL tetapi badan profesional yang boleh memberi nasihat bagaimana kita menimbang untuk melaksanakan proses itu nanti," katanya.

Ketika ditanya bagaimana DBKL dapat mengendalikan ribuan bantahan yang diterima oleh warga kota dalam masa singkat sebelum penguatkuasaan kadar baru Januari ini, beliau berkata: "17 Disember adalah tarikh tutup. Bantahan akan kita proses sehingga Mac."

Ahad lalu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata DBKL akan mengeluarkan saman kepada warga kota yang enggan melunaskan cukai pintu mereka pada kadar baru iaitu sebanyak 6% bermula tahun hadapan.

Katanya, kajian DBKL untuk menaikkan cukai pintu telah mengundang kemarahan warga kota apabila mereka tidak dimaklumkan bahawa DBKL ada perancangan menaikkan kadar cukai pintu.

"Saya tidak tahu cara terperinci DBKL melakukan penyelidikan tetapi saya marah mereka melakukan penyelidikan secara diam-diam, serang hendap dan tanpa memaklumkan kepada warga kota.

"21 tahun Menteri Wilayah Persekutuan dan DBKL gagal menjalankan tugas tetapi kini mahu dimuatkan sekaligus," katanya kepada The Malaysian Insider. ~tmi





Iklan C (ii)


Kakak Siti Aishah Berangkat Ke London Bertemu Adiknya Mangsa 'Hamba Psikologi'

Posted: 26 Nov 2013 06:20 PM PST


Keluarga kepada Siti Aishah Abdul Wahab yang dipercayai menjadi "hamba psikologi" selama 30 tahun di Britian berangkat ke ibu kota negara itu malam ini untuk bertemu kembali sesudah berpuluh tahun terpisah.

Menurut Kamar Mautum Abdul Wahab yang merupakan kakak kepada Siti Aishah, pertemuan ini memang sudah lama ditunggu-tunggu oleh keluarga semenjak ibunya masih hidup lagi.

"Saya tidak pasti sama ada dia masih ingat pada saya, akan tetapi saya percaya dia pasti kenal saya" kata Kamar kepada The Malaysian Insider apabila ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi.

"Saya berharap dia berada dalam keadaan baik, terjaga, kesihatannya baik dan mendapat pertolongan dan perhatian diperlukan," katanya sambil air mata berlinangan di pipi.

"Saya berharap dia masih mengingati saya..." kata Kamar Mautum kepada The Malaysian Insider sambil menunjukkan gambar Siti Aishah yang masih tersimpan baik dalam buku nota peribadinya. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 26 November, 2013.Kamar yang merupakan bekas guru itu percaya pihak Kedutaan Malaysia akan memberi khidmat sepenuhnya kepada Siti Aishah dan keluarganya di atas semua urusan berkaitan dengan kes ini sehingga beliau pulang ke tanah air.

Turut bersama mengiringi Kamar ke London adalah bekas anak muridnya, Hishamudin Rais dan wartawan The Telegraph, Dean Nelson.

Pagi ini Hishamuddin memecahkan kebuntuan kepada The Malaysian Insider berhubung identiti Siti Aishah yang baru dibebaskan selepas 30 tahun terkurung.

Wanita itu merupakan salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Polis Britian masih belum mendedahkan identiti ketiga-tiga wanita tersebut tetapi memaklumkan bahawa sepasang suami isteri ditahan berkait dengan kes itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah merupakan pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun-tahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah merupakan bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan". ~tmi




Iklan C (ii)


Tiada ulasan: