Selasa, 26 November 2013

Addin

Addin


Keluarga Siti Aishah Yang Menjadi Hamba Di London Dedahkan Kisahnya

Posted: 26 Nov 2013 09:00 AM PST

Kamar Mautum yakin wanita Malaysia yang diselamatkan itu adalah adiknya,
Siti Aishah yang telah lama menghilangkan diri di kota London
Sebuah keluarga dari Jelebu, Negeri Sembilan telah mengesahkan bahawa wanita yang didakwa menjadi hamba selama 30 tahun di London adalah ahli keluarga mereka yang hilang sejak 30 tahun lalu selepas menyertai kumpulan Maoist di sana.

Guru pencen Kamar Mautum Abdul Wahab berkata, beliau yakin adiknya yang kini berumur 69 tahun, Siti Aishah Abdul Wahab adalah wanita Malaysia yang ditahan oleh pemimpin kumpulan Komunis Mao sejak 30 tahun lalu.

Katanya, kehilangan Aishah telah menyebabkan kesedihan kepada keluarganya.

Kamar berkata, ibunya memberikan wasiat agar menjejaki apa yang berlaku kepada anak perempuannya yang tidak pernah pulang itu, lapor The Daily Telegraph.

"Saya sangat sedih tanpa dia di sini tahun demi tahun. Dia sangat berbakat, dia juga menjadi buah hati pada emak saya. Emak menyebut namanya sebelum menutup matanya.

"Bila emak saya meninggal, dia (Aishah) tidak mahu bercakap dengan kami dan saya tidak boleh berbuat apa-apa," katanya kepada akhbar British itu.

Aishah belajar di sekolah yang paling elit di Malaysia dan mendapat anugerah biasiswa Komanwell untuk belajar dalam bidang Juruukur Bahan di London.

Dia berlepas ke Britain pada tahun 1968 bersama tunangnya dan berhasrat untuk mencapai cita-cita untuk keluarga tetapi kemudiannya terlibat dengan kegiatan politik melampau yang menyebabkan dia melupakan segala-galanya untuk mengikut ajaran Maoist.

Dia terpengaruh dengan Aravindan Balakrishnan dan rakannya, Chanda, yang telah ditangkap minggu lalu atas dakwaan menahan tiga wanita tanpa kerelaannya melebihi tiga dekad di London.

The Malaysian Insider awal hari ini mendedahkan wanita misteri warga Malaysia berumur 69 tahun yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London berkemungkinan adalah Siti Aishah.

Dia adalah salah seorang daripada tiga wanita yang dibebaskan pada 25 Oktober di London selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian berumur 30 tahun.

Aktivis, Hishamuddin Rais yang hidup dalam buangan di London pada lewat 1970-an berkata kepada The Malaysian Insider, Siti Aishah aktif dengan kumpulan mahasiswa Malaysia berhaluan kiri yang menggelarkan diri mereka "New Malayan Youth" di ibu kota Britian pada ketika itu.

"Abang dia ada cari saya pada 1991 minta tolong carikan Aishah yang dikatakan hilang kerana kami berasal dari daerah sama," katanya ketika ditemui awal pagi ini.

"Saya juga menetap di Brixton, London, di mana lokasi wanita itu ditemui," kata bekas aktivis mahasiswa yang menggendalikan blog "TukarTiub" itu.

Hishamuddin berkata, Siti Aishah adalah pengikut kepada fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran bekas pemimpin besar China Mao Tse Tung.

Difahamkan, "New Malayan Youth" adalah pertubuhan mahasiswa yang menggabungkan pelajar berhaluan kiri dari Malaysia dan Singapura pada 1970-an.

Hishamuddin yang pulang ke Malaysia pada 1994 selepas bertahun hidup dalam buangan berkata, Siti Aishah adalah bekas penuntut Kolej Tunku Kursiah (TKC), Seremban dan kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang Juruukur Bahan (QS) di London di bawah biasiswa "Colombo Plan".

Bekas aktivis mahasiswa itu mendakwa, beliau berasal dari daerah yang sama dengan Siti Aishah iaitu di Jelebu, Negeri Sembilan dan kakak kepada wanita itu adalah gurunya di sekolah menengah.

Hishamuddin menetap di London selama 15 tahun dan menuntut ilmu Asas Seni di Brixton College sebelum melanjutkan pelajaran Ijazah Sarjana Muda Kajian Filem dan Video di University of Westminster, London. Alamat terakhir beliau di London adalah di Coldhabour Lane, Brixton.

Akhbar Britian melaporkan pasangan yang ditahan ialah Aravindan Balakrishnan, juga dikenali sebagai "Comrade Bala" dan isterinya Chanda dari Tanzania, tetapi Hishamuddin berkata, lelaki itu turut dikenali sebagai "Chairman Ara" dan berasal dari Singapura.

Polis Britian mengesahkan pasangan itu pernah ditahan pada 1970-an tetapi tidak menyatakan sebabnya.

Polis juga enggan mengesahkan identiti pasangan itu yang dibebaskan dengan ikat jamin sehingga tarikh perbicaraan pada Januari depan tetapi mengatakan ketiga-tiga wanita itu tidak kelihatan seperti didera secara seksual.

Polis tidak menolak dakwaan wanita itu dipukul.

Papan tanda selamat datang ke Lambeth, London lokasi kediaman di mana Siti Aishah ditahan.
Turut difahamkan, wanita Malaysia itu berada dalam keadaan yang 'sangat trauma' dan ditempatkan di satu lokasi selamat tetapi alamat rumah lokasi di mana jenayah tersebut berlaku tidak didedahkan.

Menurut kenyataan polis, kedua-dua suspek bukan warganegara Britain.

Ketiga-tiga mangsa bebas daripada "perhambaan" selepas salah seorang daripada mereka menghubungi badan kebajikan Freedom Charity pada 18 Oktober.

Menurut laporan media Britain, Pengasas Freedom Charity, Aneeta Prem bertemu dengan ketiga-tiga wanita berkenaan Khamis lalu.

Laporan media juga menyebut mangsa didera secara fizikal dan dikawal emosi dalam kes perhambaan yang disifatkan sebagai "rumit dan menyayat hati".

Polis dipetik sebagai berkata, mereka masih menyiasat apakah "gari tidak nampak" yang digunakan untuk memanipulasi ketiga-tiga mangsa. ~tmi




Iklan C (ii)


PKR Sabah Hampir Lumpuh, 11 Ketua Cabang PKR Umum Keluar Parti

Posted: 26 Nov 2013 07:49 AM PST


KUALA LUMPUR, 26 Nov – Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini menyifatkan kedudukan PKR di Sabah hampir lumpuh apabila 11 Ketua Cabang PKR di negeri itu mengumumkan keluar parti.

Pada masa yang sama, beliau turut berkata apa yang berlaku hari ini adalah gelombang pertama kerana selepas ini akan ada gelombang kedua yang turut akan membabitkan Ketua Cabang PKR di negeri itu.

"Hari ini adalah satu hari yang amat bermakna khususnya dalam konteks politik di negeri Sabah dan negara kita amnya, kerana kumpulan Ketua Cabang PKR ini yang keluar parti PKR akibat hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan PKR seterusnya memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat nasional dan di peringkat negeri.

"Mereka ini terdiri daripada 11 Ketua Cabang PKR termasuk dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad.

"Saya juga ingin maklumkan akan berlaku gelombang kedua selepas ini di mana lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin PKR Sabah akan keluar dan menyokong BN. Apa yang sudah berlaku dan yang akan berlaku, bahawa parti PKR di Sabah hampir lumpuh dan sebaliknya BN akan menjadi semakin kuat dan semakin mendapat kepercayaan daripada rakyat Sabah," ujarnya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar parti ialah ialah Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna. ~astroawani





Iklan C (ii)



Berita Yang Amat Menggembirakan Macai-Macai.. Saksikanlah

Posted: 26 Nov 2013 04:45 AM PST


Kan dah cakap berkali-kali.. BN menang barang akan naik. Dan ini bukti terbaru, bil elektrik RM70 ke atas akan di kenakan GST.

Macai-macai tegar BN pasti gembira dengan kenaikan tersebut. 




Iklan C (ii)

Najib Hina Rakyat Miskin

Posted: 25 Nov 2013 08:36 PM PST

Kenyataan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan bil elektrik di kediaman rasminya berjumlah RM2.2 juta setahun, disifatkan menghina rakyat miskin, tegas Rafizi Ramli.

"Najib lupa masih ada rakyat negara ini tidak menerima bekalan elektrik terutama di pedalaman. Kalaupun ada, mereka masih menggunakan lilin setiap kali bekalan elektrik terganggu waktu malam.

"Kenyataan ini sangat angkuh, tidak wajar dan satu penghinaan kepada rakyat miskin," kata Pengarah Strategi KEADILAN itu ketika dihubungi.

Najib hari ini dilapor menyelar pihak yang mempertikaikan bil elektrik di kediaman rasminya di Seri Perdana dengan mengatakan "Bila presiden China datang, takkan nak makan dengan diterangi cahaya lilin".

Sebelum ini KEADILAN mempersoalkan bil elektrik dan air kediaman rasmi PM dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin RM10 juta setahun.

Manakala kos penyelenggaraan bagi tempoh sama kedua-dua kediaman rasmi mereka RM49 juta setahun.

Sementara itu, Rafizi turut menyelar kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan di Parlimen kononnya kerajaan menjadikan pemotongan subsidi secara berperingkat sebagai kaedah menangani hutang negara yang kian melonjak.

Katanya, tanpa pemotongan subsidi, negara mampu menangani hutang dengan memotong perbelanjaan termasuk bayaran jutaan ringgit kepada perunding swasta, seperti didedah baru-baru ini.

"Jika perbelanjaan kerajaan berhemah, tidak rasuah, kita yakin subsidi bukan sahaja tidak perlu dipotong, malah boleh ditambah sekaligus harga barang boleh diturunkan khasnya harga minyak," katanya lagi. ~kd





Iklan C (ii)

Siapa Sebenar Pengkhianat Negara.. Ini Jawapannya

Posted: 25 Nov 2013 05:42 PM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu berfikir sebelum  menuduh individu yang tidak mahu membayar cukai sebagai pengkhianat negara, tegas Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ini kerana sikap boros berbelanja dan ketirisan kerajaan sendiri menjadi punca rakyat membantah pelaksanaan cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Najib terdesak mahu tambah pendapatan negara yang semakin teruk menangung hutang kini salahkan rakyat pula.

"Rakyat tak mahu bayar cukai kalau akhirnya wang tersebut dibelanjakan untuk perkara lain yang tidak sepatutnya seperti membiarkan isteri menteri guna pesawat peribadi," tegas Shamsul lagi.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu juga mengingatkan bahawa sebenarnya pengkhianat paling besar dalam negara ialah mereka yang boros menggunakan wang rakyat seolah-olah harta negara ini milik mereka.

Najib hari ini dilapor berkata mereka yang mengelak daripada membayar cukai boleh dianggap melakukan pengkhianatan kepada negara.Ini kerana, katanya kewajipan membayar cukai merupakan satu daripada semangat patriotisme terhadap negara.

"Definisi patriotisme dalam negara kita ialah apabila kita melunaskan tanggungjawab kepada negara untuk kebaikan negara dan rakyat," katanya dipetik. ~kd



Iklan C (ii)

Dewan Rakyat Gamat Kerana Jalan Berlubang

Posted: 25 Nov 2013 04:10 PM PST

Sidang Dewan Rakyat yang agak suram petang ini bertukar gamat seketika apabila Menteri Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof menyelar pihak yang jarang berterima kasih dengan jalan raya yang dibina oleh kerajaan BN.

Menurutnya, kerajaan telah banyak membina jalan raya selama ini namun, rakyat hanya memandang kepada lubang-lubang kecil yang muncul pada jalan-jalan itu.

"Dari dahulu sampai sekarang 50 tahun dulu, jarang kita bercakap dan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan BN."Begitu banyak jalan dilakukan, kita jarang ucap terima kasih.

Sebab kita hanya bercakap 100 kilometer jalan cantik yang kita jalan, kita akan mengutuk jalan yang satu lubang yang kita lalui."Jadi saya harap kita kena praktikal, banyak sudah yang dilakukan kerajaan BN," katanya dalam Dewan Rakyat petang tadi.

Kenyataan itu mendorong MP Shah Alam, Khalid Samad untuk bangun mencelah dan membantah."Menteri jangan membutakan mata, banyak negara lain bina jalan tapi tak ada tol."Berapa banyak negara lain bina lebuh raya tetapi tiada penswastaan.

"Cukai pendapatan kita, mana pergi semua itu?" tegas Khalid Samad.Yang Dipertua Dewan, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang hanya diam sepanjang pertengkaran kecil itu kemudiannya mengusik Khalid Samad apabila beliau duduk.

"Saya menanti-nanti satu hari nanti Shah Alam (Khalid Samad) jadi menteri kerja raya, tengok macam mana dia hendak menjawab," usik Pandikar Amin.

Usikan tersebut mendorong G Manivanan (PKR-Kapar) untuk bangun dan mengaminkan usikan tersebut."Amin, amin," kata Manivanan sambil Khalid Samad tersenyum-senyum dengan kenyataan itu.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Stephen Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) dan Datuk Wilfred Madius Tangau (BN-Tuaran) tentang status Lebuh Raya Pan Borneo di dua negeri itu.

Beliau sebelum itu menyebut tentang hasrat kerajaan untuk mencari pelabur yang sanggup melabur untuk membina lebuh raya bertol di negeri-negeri itu. ~mk



Iklan C (ii)




Tiada ulasan: