Sabtu, 23 November 2013

Addin

Addin


Punca Najib Berdiam Diri Isu Intipan Amerika Tersebar

Posted: 23 Nov 2013 08:00 AM PST

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut merasa malu terhadap presiden Indonesia yang tegas mempertahan maruah negara itu sebaik mendapat tahu diintip pihak asing, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Chua Jui Meng.

"Tindakan tegas Indonesia mengkaji semula hubungan dengan Australia selepas mendapat maklumat mereka diintip negara itu membuktikan ketegasan pemimpin mereka.

"Najib patut malu kerana terus membisu dan tiada keupayaan politik sebagai seorang pemimpin dalam berdepan cabaran sama. Najib patut respon sama ada akan menuruti langkah Indonesia atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Pada 19 November lalu, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berkata negaranya sedang mengkaji semula kerjasama dengan Australia ekoran intipan negara jirannya itu terhadap pemimpin mereka.

Dua hari kemudian, Australia menghentikan tindakan itu ekoran bantahan Indonesia.

Pada 31 Oktober lalu, akhbar Der Spiegel dan Sydney Morning Herald melaporkan pendedahan 'whistleblower' Edward Snowden bahawa risikan turut dibuat ke atas Malaysia oleh kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan Suruhanjaya Tinggi Australia bagi memintas maklumat radio, telekomunikasi dan internet.

Ekoran itu, Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan Pakatan Rakyat menyelar perbuatan itu, dan menggesa pentadbiran Najib menyuarakan bantahan.

Mengulas lanjut, Chua berkata beliau bimbang sikap berdiam diri Najib menunjukkan kerajaan tunduk terhadap kemahuan asing, khususnya Amerika Syarikat dalam isu Perjanjian Kerjasama Trans-Pacifik (TPPA).

"Najib mungkin sudah berjanji dengan Amerika dalam perkara tertentu dan sebab itu dia banyak diam. 

Kita juga tahu Najib sangat bersetuju menandatangani TPPA dengan AS walaupun majoriti rakyat membantahnya."Semua ini mungkin ada kaitan," kata bekas menteri kabinet dan tokoh politik hampir 30 tahun ini. ~kd




Iklan C (ii)

NGO India Dedah Shahidan Kassim Bercakap Bohong

Posted: 23 Nov 2013 04:03 AM PST

Hujah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berhubung pencapaian masyarakat India berdasarkan jumlah doktor dan peguam yang ramai daripada masyarakat itu ditolak oleh NGO India.

Mereka berkata, dakwaan Shahidan bahawa masyarakat India meliputi 30 peratus daripada pekerjaan di Malaysia sebenarnya "bohong" semata-masa.Presiden Persatuan Perniagaan India Johor (Jiba) P Sivakumar memberitahu Malaysiakini, sebenarnya bilangan masyarakat India dalam kedua-dua bidang itu merosot dari masa ke semasa.

Katanya, pada tahun 2000, doktor daripada kaum India berjumlah 29 peratus, kemudian merosot kepada 26 peratus (2005) dan kini dianggarkan hanya 18 peratus.

Jumlah peguam India pula menurutnya merosot daripada 26 peratus pada tahun 2000 kepada 24 peratus pada 2005 dan kini dipercayai 16 peratus sahaja.

"Tindakan anggota Parlimen yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan angka untuk mengambil hati tuan-tuan mereka dan mengelirukan awam bahawa prestasi msyarakat India memberangsangkan, melukakan hati masyarakat India," katanya. ~mk





Iklan C (ii)

Anwar Di 'Pecat' Dari Ketua Umum PKR

Posted: 23 Nov 2013 02:36 AM PST

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

PKR akan mengadakan satu kongres khas esok yang mungkin akan menentukan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kekal sebagai Ketua Umum tidak dipilih, atau mengambil alih jawatan presiden parti, satu isu yang menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin utama, kata sumber dalaman parti itu.

Mereka berkata, pada ketika ini jawatan Ketua Umum tidak berada dalam perlembagaan dan PKR tidak akan memasukkannya dalam perlembagaan parti itu untuk Anwar.

"Jika jawatan Ketua Umum diperlembagakan dalam parti, PKR akan berhadapan dengan RoS yang 'kejam' dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR)," kata seorang pemimpin PKR kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur merujuk kepada Pendaftar Pertubuhan.

"Ini akan memaksa Anwar untuk mengambil alih jawatan Presiden PKR daripada isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.

Peranan Anwar menjadi topik perdebatan di antara dua kumpulan dalam PKR, dengan ramai berkata beliau perlu membuat keputusan untuk mengelakkan pertembungan lebih besar dalam parti itu.

Sumber itu memberitahu, satu kumpulan mahu Anwar terus kekal sebagai Ketua Umum dan jawatan itu dijadikan sebagai jawatan rasmi dalam pindaan perlembagaan kali ini.

Ini akan menyebabkan Dr Wan Azizah terus kekal sebagai presiden.Sementara kumpulan kedua mahu Anwar menjadi presiden parti itu dan Dr Wan Azizah direhatkan selepas sekian lama memegang pucuk pimpinan sejak Ketua Pembangkang itu dipenjarakan pada 1998.

Bagaimanapun, sesetengah pemimpin parti percaya, mengambil alih jawatan presiden PKR akan menimbulkan kerumitan kepada Anwar dalam struktur kepimpinan PR.

"Sesetengah pihak percaya, kedudukannya akan tergugat sebaik sahaja mengambil alih jawatan presiden kerana pada ketika ini, kedudukannya di atas semua pihak. 

Jika beliau menjadi presiden PKR, kedudukan Anwar akan menjadi sama taraf dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng," kata sumber itu lagi.

Sementara kumpulan kedua percaya Anwar sebagai presiden PKR tidak akan menimbulkan masalah kerana PAS dan DAP sudah menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PR berjaya menawan Putrajaya.

Seorang wakil rakyat PKR memberitahu, kebanyakan ahli parti mahu melihat Anwar menjadi presiden supaya parti itu lebih mantap dan kukuh kerana jawatan Ketua Umum tidak jelas dan terikut-ikut dengan struktur parti politik di Indonesia.

"Jawatan Ketua Umum dulu diwujudkan kerana selepas dibebaskan daripada penjara, Anwar mempunyai halangan undang-undang daripada memegang jawatan politik, kini halangan sudah tiada.

"Jadi tiada sebab lagi untuk Anwar tidak memimpin PKR sekarang," kata wakil rakyat PKR itu dan menambah Dr Wan Azizah pernah memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 2008.

Kongres khas PKR yang akan diadakan di Selangor esok antara lainnya akan melakukan perubahan yang akan memudahkan ahli untuk bertanding jawatan dalam parti itu.

"Selepas kongres khas ini, seseorang yang ingin bertanding jawatan tertinggi PKR tidak lagi memerlukan pencalonan daripada cabang.

"Cukup dengan seorang penyokong dan pencadang, mereka sudah boleh menjadi calon," kata Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang yang lebih terkenal dengan nama Tian Chua.

PKR menang 30 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu, kurang satu kerusi berbanding pencapaian mereka pada 2008.Sementara DAP mempunyai 38 kerusi dan PAS mendapat 21 kerusi di Dewan Rakyat. ~tmi




Iklan C (ii)



Kerajaan PR Selangor 'Kejam' Terhadap Rakyat

Posted: 22 Nov 2013 07:03 PM PST


Tak habis-habis kerajaan Pakatan Rakyat Selangor nak menindas dan menzalimi rakyat Selangor ... kini giliran nak beri bas awam percuma pula... Tirulah macam kerajaan UMNO/BN .. semua perlu di bayar .. tiada istilah percuma dalam kamus kerajaan UMNO/BN.

Kegagalan Kerajaan Pusat menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang berkesan mendorong Kerajaan Negeri memikul tanggungjawab itu demi kepentingan dan kemudahan rakyat.

Exco Kerajaan Tempatan, Datuk Teng Chang Khim, berkata walaupun tidak mendapat sebarang peruntukan daripada Kerajaan Pusat atau mana-mana pihak dan dengan kekangan sumber kewangan yang terhad, Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif perkhidmatan pengangkutan bas awam percuma.

Menurut Chang Khim (DAP-Sungai Pinang), Kerajaan Negeri juga sentiasa bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) bagi memastikan sistem pengangkutan awam di Selangor selari dengan pembangunan pesat dan peningkatan penduduk.

"Untuk tujuan itu, Jawatankuasa Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat yang di selaras oleh pihak SPAD dan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) akan membincangkan pelaksanaan inisiatif ini secara bersepadu.

"Antara faktor yang harus diambil kira ialah perkhidmatan 'FeederBus' yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan bagi perhubungan kawasan kejiranan dengan stesen pengangkutan rel (MRT/LRT) tidak bertindih," kata Chang Kim.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan daripada Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz (BN) berhubung perkembangan perkhidmatan pengangkutan awam yang terkandung di dalam Manifesto Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) Pakatan Rakyat.

Ujar Chang Khim, setiap kertas cadangan rangka kerja perkhidmatan bas awam percuma yang disediakan kesemua lapan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) juga akan diperhalusi mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan berkesan.

Lapan PBT yang terlibat ialah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSP).

"Secara dasarnya perkhidmatan ini diberikan kepada semua pihak tidak kira sama ada warga emas, miskin dan lain-lain.

"Terdapat juga cadangan yang masih dalam pertimbangan seperti permintaan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) yang mahu mengenakan bayaran RM 0.50 dan cadangan untuk tidak membenarkan mereka yang bukan warganegara menikmati perkhidmatan percuma ini dan sebagainya."Kesemua cadangan ini kita akan bincangkan," kata Chang Kim.

Beliau juga berkata, perlaksanaan perkhidmatan ini akan diperluaskan ke kawasan luar bandar dan pinggiran bandar jikapermintaan meningkat di kawasan-kawasan berkenaan.

Buat masa ini, MBPJ mendahului perkhidmatan bas komuniti percuma sejak tahun 2008 yang meliputi laluan mengikut zon iaitu Zon Petaling Jaya Selatan (PJS) dan Zon Petaling Jaya Utara (PJU).




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: