Jumaat, 15 November 2013

Addin

Addin


Calon BN Dedah FAMA Beri Berdozen Anak Ayam Semasa Kempen PRK Sg. Limsu

Posted: 15 Nov 2013 08:09 AM PST

Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen. 

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri. 

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan. 

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu. "Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. 

Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya dipetik TMI. 

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu. 

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja. 

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu. 

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya. ~hrkh



Iklan C (ii)


JAKIM Buat Onar Lagi?

Posted: 15 Nov 2013 06:14 AM PST

Dulu Umno tak dapat jangkakan dengan ledakan maklumat melalui internet ini. Setelah pengaruh dan kuasa Umno semakin berkurangan perlulah melakukan sekatan internet bagi menyekat suara rakyat. Itu sifar mudahnya.. jadi Umno gunalah segala jentera kerajaan bagi menghalalkan tindakan mereka.

Umno.. rakyat makin pandai, jangan cuba memperbodohkan kami.  JAKIM.. hang bekerja untuk agama atau Umno ni?


Jakim sokong sekatan internet, elak kehancuran masyarakat

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah Jumaat hari ini menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan cadangan penapisan dan kawalan kandungan internet supaya media baru itu tidak memporak-perandakan masyarakat dan negara.

Jakim berkata, dalam konteks cabaran anti-Islam melalui teknologi maklumat yang hebat, menjadi tanggungjawab umat Islam untuk menggunakan apa sahaja strategi munasabah termasuklah media sosial bagi melawan, menjawab dan menangkis serangan propaganda tipu muslihat musuh Islam serta gerakan menggugat kedudukan umat Islam khususnya.

"Umat Islam mesti sentiasa mengikuti perkembangan semasa agar maklumat yang diperolehi adalah benar, tepat dan tidak mudah terpengaruh dengan propaganda musuh.

"Sidang hadirin juga boleh menjadikan media baru seperti Youtube, Twitter dan blog sebagai medium dakwah untuk menyampaikan mesej yang betul dalam ajaran Islam secara meluas.

"Sedarlah, di kala umat Islam sedang berjuang untuk mengukuhkan ekonomi dan memperkasakan bangsa, musuh pula tidak pernah leka walaupun sedetik untuk menjalankan misi menghancurkan Islam menggunakan apa sahaja strategi termasuk melalui pasukan siber yang terancang," katanya melalui khutbah hari ini bertajuk "Kewajipan Da'ie".

Jakim berkata, sebagai umat Islam adalah dituntut untuk mengenali agenda penghakis kedaulatan agama Islam dengan mengenali unsur yang cuba menghakis kesucian Islam.

Katanya, aliran antarabangsa seperti liberalism dan pluralisme kelihatan semakin aktif melakukan penyebaran terutamanya melalui internet yang amat pantas lagi berkesan kepada golongan muda.

"Mereka melancarkan serangan secara halus lagi tersusun dengan penyebaran berita yang menghina Islam dan umatnya sama ada melalui simbol, laman sesawang atau pun blog serta laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

"Berdasarkan pemerhatian mimbar, puluhan simbol dan ratusan laman sesawang digunakan bagi mengeliru dan melemahkan pegangan umat Islam yang berada di alam internet.

"Mimbar ingin menyatakan bahawa penyalahgunaan teknologi internet dan telekomunikasi adalah bertentangan dengan tuntutan agama, undang-undang serta tatasusila masyarakat," katanya.

Jakim turut mengingatkan penggunaan laman sosial untuk melemahkan pegangan umat Islam adalah strategi licik musuh Islam yang berjaya digunakan untuk menjatuhkan beberapa negara Islam di Timur Tengah.

Hujung minggu lalu, Bernama melaporkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat sudah tiba masanya untuk isi kandungan internet ditapis memandangkan ramai yang menyalahgunakan kemudahan itu.

Dr Mahathir berkata, melalui internet penyebaran fitnah, berita palsu dan bahan lucah tersebar dengan pantas tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

Katanya, jika dahulu penyebaran gambar lucah hanya boleh dilihat melalui akhbar dan majalah dari luar negara yang boleh disekat kemasukannya namun menerusi internet kini, ia digunakan secara berleluasa.

Beliau berkata, penyebaran bahan lucah juga menyebabkan keruntuhan moral dalam kalangan golongan muda dan kanak-kanak serta meningkatnya kes rogol dan jenayah lain.

Dr Mahathir juga tidak menafikan terdapat segelintir individu yang menggunakan internet untuk belajar melakukan jenayah berat seperti membunuh serta merompak.

Beliau berkata, faktor ini juga boleh menyebabkan kestabilan dan keselamatan negara terancam, dengan memberikan contoh terdapat negara maju yang sistem keselamatan diceroboh akibat kebebasan berinternet.

Menurutnya, walaupun semasa di peringkat awal penggunaan internet kerajaan berjanji tidak akan menyekat penggunaannya, namun kini keadaan berubah dan penggunaan internet berkembang dengan meluas. ~tmi





Iklan C (ii)


Restoran Nasi Ganja Guna Najis Manusia?

Posted: 15 Nov 2013 03:56 AM PST

Pengurus Restoran Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di Ipoh, hari ini menyangkal keras dakwaan restorannya ditutup susulan penemuan najis manusia di dalam peti simpanan makanan di premis itu.

Mohd Nihmatullah Syed Mustaffah berkata, perkara itu yang disebar menerusi laman sosial sejurus selepas notis penutupan dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan petang semalam, merupakan fitnah yang bertujuan menjejaskan perniagaannya.

"Adakah najis orang kita boleh masak? Kenapa cemburu selepas 55 tahun saya berniaga di sini," katanya.

Sambil menegaskan penutupan selama dua minggu sehingga 28 November itu atas faktor kebersihan, beliau berkata, pihak yang tidak bertanggungjawab mendakwa najis terbabit untuk disalut di sekeliling periuk.

"Kalau ada bukti (saya berbuat demikian) keluarkanlah," katanya dan menambah perbuatan tersebut turut menjejaskan imej Perak yang sinonim dengan nasi kandar restorannya yang dikenali sebagai 'nasi ganja'.

Katanya, ramai orang kenamaan termasuk menteri dari luar negara datang menjamu selera di restoran itu dan bayangkan apa perasaan mereka jika terbaca dakwaan berkenaan.

Mohd Nihmatullah, 59, berkata, hanya restorannya ditutup manakala Restoran Vanggey di Greentown yang turut menjual nasi kandar beroperasi seperti biasa.

"Restoran Vanggey juga milik keluarga saya," katanya.

Beliau berkata, restorannya dijangka beroperasi semula Ahad atau Isnin ini selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan susulan.

Restoran terbabit diarah tutup selama dua minggu bermula semalam kerana gagal mematuhi tahap kebersihan yang ditetapkan.

Notis perintah tutup premis yang dikeluarkan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Abdul Rahman Ismail, dibuat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983. ~bernama




Iklan C (ii)


Calon BN Dedah Punca Beliau Kalah Di Sg. Limau

Posted: 15 Nov 2013 12:25 AM PST

Calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang hadir di analisis pasca PRK Sungai Limau di Universiti Malaya hari ini berkata BN tidak akan mampu memenangi hati pengundi melalui pemberian yang diberikan semasa tempoh berkempen kerana pengundi mempunyai calon pilihan sendiri.

"Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

"Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak," katanya.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

"Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

"Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN.

Inilah yang menjejaskan sokongan pengundi Cina selain peratus keluar mengundi Cina yang tidak begitu ramai," katanya yang mengundang gelak tawa hadirin atas ucapannya. ~tmi




Iklan C (ii)


Khutbah Jumaat Berunsur Politik, A. Samad Said Rela Solat Di Masjid India

Posted: 14 Nov 2013 05:02 PM PST

Tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan teks khutbah Jumaat yang berunsur politik tidak menyenangkan Datuk A Samad Said sehingga menyebabkan beliau mendirikan solat Jumaat di Masjid India sejak dua minggu lalu.

Sasterawan Negara itu yang mesra dipanggil Pak Samad berkata, beliau selesa mendengar khutbah di Masjid India kerana tidak perlu memahami kandungan khutbah tersebut yang dibacakan menggunakan bahasa Tamil.

"Saya biasa mendirikan solat Jumaat di Masjid Negara tetapi dua minggu lalu saya solat di Masjid India kerana saya tidak suka khutbah di Masjid Negara apabila khatibnya membaca khutbah bukan berkhutbah.

"Perpindahan itu sengaja saya lakukan supaya saya tidak tahu isi kandungan khutbahnya. Senang hati saya. Khutbah sekarang dijadikan medan politik.

"Dahulu saya bersolat Jumaat di Masjid As-Syakirin KLCC yang menyeru supaya jangan berdemonstrasi tetapi selepas solat, jemaah berdemonstrasi," katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider.

Pak Samad berkata, situasi itu tidak disenanginya dan membuatnya berpindah ke Masjid Negara tetapi khatib membangkitkan pula isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ketika khutbah.

Beliau berkata, tindakan Jakim itu "gasak sampai tumpul" yang membuatkannya lebih senang untuk tidak memahami isu yang dibacakan dalam khutbah Jumaat.

"Aktiviti saya dua hari dalam seminggu pasti dihabiskan di Masjid Negara tetapi apabila khutbah Jumaat saya pindah di tempat lain. Khutbah sekarang terlalu sendat dengan politik.

"Saya lihat khutbah perlu diisi dengan hal ehwal semasa, menoleh belakang dan merenung ke masa depan tentang apa yang akan berlaku," katanya yang berpuasa hari Asyura semasa ditemubual semalam.

Sasterawan Negara yang pernah ditahan polis pada tengah malam dan disoal siasat berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam ambang kemerdekaan lalu, melihat khutbah boleh menyampaikan mesej positif dan perlu mengelak daripada berkempen kerana ia terkeluar daripada prinsip khutbah.

Katanya, kesempatan itu sebaliknya perlu digunakan untuk memberi kesedaran kepada kerajaan atas segala salah laku yang merugikan negara.

"Antara yang boleh dihuraikan mengapa secara tiba-tiba, banyak pistol dalam negara. Ini boleh dijelaskan. Kita juga mempunyai pendatang yang banyak dan tidak terganggu.

"Pesanan yang boleh disampaikan dengan menyeru untuk membetulkan dasar imigresen negara. Malah khutbah sifatnya tidak harus menyalahkan tetapi melihat dasar undang-undang sama ada ia terlepas pandang," katanya yang berpakaian serba putih dengan janggut yang panjang mengurai.

Awal November lalu, khutbah Jumaat terbitan Jakim meyakinkan hadirin GST tidak akan membebankan rakyat dan menyifatkannya sebagai kaedah penyusunan semula sistem percukaian negara.

Dalam khutbah bertajuk "Memperteguh Ekonomi Ummah," Jakim berkata, dengan pelaksanaan GST, sistem percukaian negara juga akan dapat diurus tadbir dengan lebih berkesan, saksama dan efisien selain dapat mengelak berlakunya cukai yang terselindung dan bertindih.

Jakim turut menyeru semua pihak bersama-sama berusaha dalam menjayakan Bajet 2014 dengan memberi kerjasama serius dan teratur.

Katanya, usaha itu dapat dilakukan dengan memastikan urus tadbir terbaik dalam perkhidmatan serta mengelak berlakunya ketirisan dan penyelewengan.

Jakim turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di atas pembentangan bajet yang disifatkan mendahulukan kepentingan rakyat.

Pertengahan bulan lalu, Jakim turut mempersoalkan tuntutan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Malaysia (Comango) di dalam proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) yang membuat aduan terhadap kerajaan Malaysia di Geneva atas nama hak asasi manusia.

Dalam khutbah itu, Jakim mengingatkan hadirin Malaysia akan dinilai dalam UPR di Majlis Hak Asasi Manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jakim berkata, tingkah laku badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi manusia berkenaan bertujuan mengambil kesempatan untuk terus mengelirukan dan menggugat kedudukan istimewa agama Islam seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, desakan NGO tersebut bertujuan menghalalkan kebebasan hak asasi manusia secara mutlak yang nyata bertentangan dengan prinsip ajaran Islam, nilai tradisi masyarakat serta undang-undang negara.

Dalam khutbah sebelumnya, Jakim mempersoalkan mengapa kalimah Allah hendak digunakan dalam Bible, kerana apabila kalimah Allah digunakan secara langsung di dalam kitab itu akan membatalkan konsep Triniti yang diamalkan mereka.

Katanya, penggunaan tersebut jelas menjadikan umat Islam keliru, ragu-ragu dan tersilap mengenal identiti Allah serta meruntuhkan akidah umat Islam.

Manakala pada September, program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Najib turut mendapat liputan khutbah Jumaat.

Khutbah yang bertajuk "Memperkasa Ekonomi Ummah" itu menggambarkan kaum Bumiputera masih ketinggalan dalam bidang ekonomi meskipun umat Islam merupakan kaum majoriti negara.

Dalam khutbah itu, Jakim menggariskan lima teras program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang diumum Perdana Menteri sambil mengajak hadirin melihat keikhlasan pemimpin itu untuk membela umat Islam.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata Umno digesa menghormati badan keagamaan seperti Jakim yang diwujudkan sebagai sebuah agensi utama pengurusan hal ehwal Islam di peringkat persekutuan.

Katanya, Umno menggunakan khutbah Jumaat untuk membela pelaksanaan cukai baru kerajaan iaitu GST.

Beliau turut mengecam Umno meskipun sudah berusia setengah abad, tetapi tidak bersikap matang dalam berpolitik dan beliau menggesa Umno berhenti daripada menggunakan institusi keagamaan demi survival politik sempit. ~tmi





Tiada ulasan: