Rabu, 13 November 2013

Addin

Addin


Khairy Dedah Rahsia Shabery Cheek

Posted: 13 Nov 2013 03:00 PM PST

Sekali lagi persoalan berkait bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop ketika sambutan Hari Belia 2012 dijawab untuk kali kedua.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini menjelaskan, sememangnya bayaran itu telah dibuat oleh pihak kementerian dan bukan oleh pihak syarikat swasta selaku penaja seperti asalnya.

"Memang benar konsert ini telah dibiayai oleh kementerian.

"Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja dibuat kerana ketika itu ada tawaran pihak swasta untuk menaja.

"Tetapi akhirnya tajaan tidak diberi dan kementerian terpaksa menanggung bayaran untuk konsert K-Pop di Hari Belia Negara 2012," katanya.

Penjelasan itu sebagai menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang menanyakan kepada kementerian apakah jumlah yang dibelanjakan untuk Hari Belia 2012 lalu dan mahukan penjelasan berhubung perbezaan jawapan terhadap pihak mana yang membuat bayaran kepada artis terlibat.

Sebelum ini lagi Khairy telah mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu.

Ketua setiausaha kementerian Mohd Mohamad dalam laporan Bernama tahun lalu menyatakan bahawa kos membawa masuk persembahan tersebut ditanggung penaja.

Tiga kumpulan K-Pop, U-Kiss, Teen-Top dan Dal shabet, dilapor ditampilkan untuk persembahan pada acara tersebut oleh syarikat Stadium First Sdn Bhd.

Untuk rekod, konsert itu dibuat ketika Menteri belia dan sukan waktu itu adalah Datuk Seri Shabery Cheek yang kini merupakan menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan. ~hrkh




Iklan C (ii)


Utusan Menuju Kehancuran.. Ini Buktinya

Posted: 13 Nov 2013 08:24 AM PST

Gesaan beberapa pimpinan Umno termasuk Perdana Menteri sendiri agar Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperbanyakkan iklan di dalam akhbar Utusan Malaysia menunjukkan kedangkalan dan ketumpulan daya fikir pimpinan Umno bukan sahaja dalam urusan mentadbir negara bahkan strategi perniagaan.

Setiap syarikat mementingkan keuntungan. Bagi menjana untung, syarikat perlu mempromosikan produk mereka. Promosi haruslah strategik dan berkesan; menggunakan medium yang popular dan disenangi pengguna.

Hakikat syarikat-syarikat (yang biasanya mempunyai pegawai eksekutif pemasaran) tidak menggunakan Utusan sebagai medium untuk meletakkan iklan mereka membuktikan bahawa akhbar itu tidak lagi diterima rakyat dan mempunyai nilai edaran rendah.

Ketidakpopularan Utusan adalah akibat sikap dan polisi mereka sendiri – secara konsisten melaporkan berita yang tidak benar, menyebar fitnah dan seringkali bertindak sebagai lidah rasmi Umno dan menjadi medium untuk menghentam dan mengecam mereka yang tidak sehaluan dengan pemerintah secara keterlaluan.

Tidak salah jika dikatakan, sejak dua dekad lepas, Utusan adalah akhbar yang telah bertanggungjawab membudayakan unsur fitnah, lucah dan biadap di dalam kehidupan masyarakat Malaysia.

Utusan yang telah bertanggungjawab mendedahkan generasi muda kepada unsur-unsur negatif. Utusan juga telah acap kali cuba dengan sengaja untuk meruntuhkan keharmonian di antara pelbagai kaum di Malaysia.

Polisi Utusan yang sanggup melaporkan berita palsu dan tipu, tidak melayakkan mereka untuk bergelar media yang berhemah dan gagal mematuhi etika kewartawanan.

Saya menyeru rakyat untuk terus berhenti membeli Utusan dan saya menggesa GLC untuk tidak mengendahkan gesaan pimpinan Umno – kerana hakikatnya, Utusan, akhbar milik Umno sedang menuju ke lembah kehancuran.


Dr Afif Bahardin
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang
Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya




Iklan C (ii)


Anwar Dedah Tembelang Panel Hakim Mahkamah Persekutuan

Posted: 13 Nov 2013 05:12 AM PST

Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) untuk mengeluarkan perenggan bersalah pada 2004 oleh Mahkamah Persekutuan, yang mengatakan beliau mempunyai kecenderungan homoseksual ditangguhkan selepas beliau membantah kehadiran Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebagai salah seorang hakim.

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin itu kemudian ditangguhkan pada 2 Disember.

Timbalan Pendaftar Mahkamah, Khainur Aleeza Ismail memaklumkan perkara itu kepada Zulkefli berikutan panel sedang mengendalikan kes lain.

Peguam, Datuk Sulaiman Abdullah, yang mewakili Anwar sebelum itu bertemu Khainur, tetapi enggan mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita.

Timbalan Pendakwaraya Awam, Manoj Kurup, berkata peguam Anwar membantah kehadiran Apandi sebagai hakim.

"Saya akan menolak permohonan mereka untuk mengeluarkan Apandi jika kes ini diteruskan," katanya.

Apandi, yang dipindahkan ke Mahkamah Persekutuan adalah bekas Bendahari Umno Kelantan dan calon dalam pilihan raya umum.

Selain Apandi, turut bersama sebagai panel adalah Datuk Paduka Zaleha Zahari, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ramly Ali. ~tmi



Nurul Izzah Bongkar Rahsia Polis

Posted: 12 Nov 2013 10:43 PM PST

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mempersoalkan tindakan Kerajaan BN menempatkan 30 anggota polis cawangan khas di London, England.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, kos menempatkan kontinjen tersebut di London dibiayai oleh dana awam sedangkan setahu beliau, tiada ancaman keselamatan dalaman pada Malaysia yang berasal dari negara Eropah itu.

"Bukankah lebih baik sekiranya anggota-anggota cawangan khas tersebut digunakan untuk membuat rondaan di kawasan perumahan di Malaysia," kata Nurul Izzah, dipetik The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian pada forum mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Bangsar, Kuala Lumpur malam tadi.

Katanya, beliau mendapat tahu tentang saiz kontinjen di London itu selepas meneliti laporan Rancangan Malaysia ke-10, laporan bajet tahunan dan jawapan soalan kepada Kementerian Dalam Negeri di dalam Dewan Rakyat.

Nurul Izzah berkata, kontijen London itu merupakan satu lagi contoh pentadbiran Barisan Nasional gagal menggunakan sumber manusia pasukan keselamatan secara efektif bagi menangani jenayah.

Ini kerana, katanya, tugas utama polis yang ditempatkan dalam cawangan khas adalah untuk melakukan intipan terhadap ahli politik Pakatan Rakyat.

"Pada 1954, untuk memerangi Komunis, kita ada 459 polis cawangan khas. Sekarang kita ada 8,200 anggota cawangan khas. Maksudnya kita ada lebih ramai polis cawangan khas sekarang berbanding zaman darurat.

"Jumlah anggota cawagan khas juga bertambah semasa Najib jadi Perdana Menteri. Pada 2008 kita mempunyai 5,000 anggota cawangan khas. Jumlah itu bertambah sebanyak 3,000 semasa pentadbiran Najib," kata Nurul Izzah.

Beliau berkata, kes jenayah yang bertambah dapat diselesaikan sekiranya anggota cawangan khas ditukarkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Katanya, tahun lalu, cawangan khas menghasilkan 830,000 laporan intipan dan kebanyakannya tentang ahli politik Pakatan, berbanding dengan CID yang menyelesaikan 60,000 kes jenayah.

"Mengapa mereka tidak boleh diletakkan ke dalam CID supaya kita boleh meningkatkan kadar siasatan jenayah," kata Nurul Izzah. ~kd




Penjawat Awam Bakal Dapat Durian Runtuh?

Posted: 12 Nov 2013 07:17 PM PST

Pengunjung dinasihatkan mencari info lain selepas membaca maklumat tidak dapat disahkan ini. Pelarasan 3 elaun bagi 1.1 juta pejawat awam bagi tahun 2014 – Selaras dengan pengumuman MAPPA Bil.1/2012

Lebih 1.1juta penjawat awam yang berada di skim perkhidmatan awam akan menerima pelarasan kenaikan 3 elaun yang ditambah baik di bawah rancangan transformasi Perkhidmatan Awam 2014 akan diumumkan pada 15 November 2013 ini.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, sudah sampai masanya 3 elaun utama diberikan kadar semasa sesuai dengan peningkatan kos sara hidup di malaysia.

Walaubagaimanapun, elaun kritikal Khas bagi PDRM & ATM akan diperkenalkan dengan kadar RM1200 bagi semua Gred, dan itu tidak termasuk dalam 3 pelarasan elaun utama.

Menurutnya perjumpaan bersama Cuepacs dan kementerian terlibat untuk memberi maklumat terperinci pelarasan kenaikan elaun penjawat awam itu akan diadakan bermula Januari 2014.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan Cuepacs mengenai pelarasan elaun itu di sini hari ini, Mohamad Zabidi berkata mereka yang berada di bandar dengan kadar elaun cola RM300 tidak terlibat dengan elaun perumahan yang akan diberikan kenaikan samarata iaitu RM600 dan bagi mereka yang berada di bandar akan menerima elaun kos tempat tinggal iaitu RM800, dan untuk kadar elaun Cola diselaraskan RM 500 samarata.

Selain itu, kerajaan msih mengekalkan elaun Itka, dan 1 elaun baru diperkenalkan iaitu elaun SBM (Subsidi Bahan Mentah) iaitu untuk Gred 11-16 RM250 , 17-41 RM 150.

Kenaikan elaun ini tidak terlibat bagi anggota keselamatan PDRM,ATM dengan mengambil kira kenaikan elaun khas.



Tiada ulasan: