Isnin, 11 November 2013

Addin

Addin


Wajah Rakan Penembak Pegawai Bank Yang Di Buru Polis Tersebar?

Posted: 11 Nov 2013 08:02 AM PST


Mengikut kenyataan yang di keluarkan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia .. polis kini sedang memburu rakan sejenayah pengawal keselamatan yang membunuh pegawai operasi AmBank dan membawa lari RM450,000 yang telah pun berjaya di berkas di Kota Tinggi semalam dan kini di reman selama 7 hari atas perintah Majistret Petaling Jaya.

Difahamkan sebahagian besar wang samun itu berada di tangan rakan sejenayahnya bernama Joemar.

Jika diambil dari semakan dan risikan keatas akaun Facebook Pengawal Keselamatan tersebut maka dipercayai wajah Joemar itu adalah apa yang di hebahkan di atas.


Jika benar maka marilah kita sama-sama membantu pihak polis untuk mengesan sehingga tertangkap dalang rompakan dan pembunuhan ini sampai dapat.




Iklan C (ii)


Polis Tidak Bertanggungjawab Siasat Pertuduhan Salah Laku Peguam Negara Kata Ketua Polis Negara

Posted: 11 Nov 2013 03:47 AM PST

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata bukan tanggungjawab polis mengendalikan pertuduhan salah laku Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Katanya, pertuduhan berhubung penyalahgunaan kuasa mesti dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.

"Ini bukan tanggungjawab polis. Anda harus bertanya kepada SPRM," katanya sebelum menyampaikan syarahan bertajuk "Polisi Masa Hadapan" di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.

Apabila ditanya pertuduhan yang dilakukan oleh Abdul Gani, Khalid berkata dakwaan tersebut berkait dengan beberapa kes yang telah lama selesai termasuk pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shariibuu.

"Ia telah diulang lagi dan lagi. Apa lagi yang mereka mahu?

"Segalanya pasti mempunyai had. Anda tidak boleh mempolitikkan semua perkara dan membuat orang ramai keliru," katanya.

Minggu lalu, bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman berkata Abdul Gani patut disiasat atas pertuduhan salah lakunya sementara Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Abdul Gani akan mengalu-alukan siasatan tersebut bagi membersihkan namanya.

Ia berikutan laporan bekas Pengarah Ketua Cawangan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang menemui mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ogos bagi membincangkan pertuduhan salah laku Abdul Gani.

Turut hadir dalam pertemuan itu bekas setiausaha politik kepada Dr Mahathir, Matthias Chang, dan bekas Pengarah Cawangan Siasatan Jenayah Perdagangan Datuk Ramli Yusof.

Ramli berkata perjumpaan itu menyentuh berhubung tuduhan salah laku Abdul Gani seperti pemalsuan bukti kes melibatkan mata lebam Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berhubung dakwaan Abdul Gani mengupah dua agen risikan CIA di pejabatnya dan sama ada polis melakukan siasatan, Khalid berkata "beliau tidak tahu tentang hal itu".

Katanya Abdul Gani yang perlu menjawab dakwaan tersebut.

Dalam pertuduhan baru-baru ini di mana syarikat perladangan dan pembalakan dari Melikin, Serian, Sarawak mengupah gengster bagi mengancam tuan tanah dan polis tidak mengambil tindakan, Khalid menafikan polis tidak mengambil tindakan.

Beliau mengesahkan ada pertelingkahan dan dua orang telah ditahan berhubung insiden itu.

"Kami telah menyiasat kes itu dan mendapati tiada unsur gangsterisme. Namun kami masih memantau mereka. Polis akan mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak," katanya.

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing memberitahu The Malaysian Insider bahawa ancaman kepada pemilik tanah Hak Adat Orang Asal (NCR) di Serian menjadikannya mahu membawa perkara itu kepada Bukit Aman dan SPRM bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Masing mendakwa tiada tindakan daripada pihak polis dan itu membimbangkan beliau.

Pemilik tanah NCR mendakwa dua syarikat yang beroperasi di sana telah menceroboh tanah mereka.

Portal berita Sarawak Report mendakwa dua syarikat itu adalah United Teamtrade Sdn Bhd dan Memaju Jaya Sdn Bhd yang telah mendapat lesen di kawasan NCR.

Portal itu turut mendakwa syarikat tersebut mempunyai pertalian kuat dengan ahli politik Barisan Nasional di Sarawak. ~tmi




Iklan C (ii)


Berita Gembira Dari Penang Yang Tidak Di Siarkan Oleh Media Pro Umno BN

Posted: 11 Nov 2013 01:37 AM PST


Seramai 2,462 pelajar ke IPTA menerima bantuan RM1,000 dari Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Majlis penyerahan sumbangan bantuan pendaftaran pelajar ke IPTA diadakan di beberapa daerah pagi semalam.

Kawasan Barat Daya (BD) mempunyai 297 permohonan tahun ini. Dua ratus tiga puluh dua orang pelajar peringat ijazah sarjana muda dari kawasan BD terima cek dari pemimpin negeri pagi semalam manakala 65 orang pelajar diploma telah terima cek mereka pada majlis yang lalu.

Upacara untuk Kawasan Barat Daya di adakan di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Kalau macam ini punya gaya dan cara YAB Lim Guan Eng mentadbir dan mengurus dana negeri .. alamatnya sudah pasti juak-juak UMNO terutamanya yang menjadi ahli PERKASA frust... dah puas macam-macam tuduh dan fitnah kerajaan PR Pulau Pinang tapi rakyat Pulau Pinang masih juga memberikan sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

Bukan sedikit bilangan penerima dari golongan Melayu/Bumiputera.











~omakkau


Tiada ulasan: