Ahad, 10 November 2013

Addin

Addin


Punca Ketua Penguatkuasa JAIP Mati Di Tembak?

Posted: 10 Nov 2013 08:45 AM PST

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang Ustaz Nazri Ahmad meminta pihak polis dan kerajaan mengambil langkah serius membendung jenayah pembunuhan dan tembakan.

Katanya, kes terbaru pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) Ahmad Raflie Ab Malik (gambar) yang mati selepas terkena tiga das tembakan hari ini, membuktikan jenayah tersebut kini bukan sahaja berkaitan dengan gangsterisme malah melarat ke bidang agama.

Sambil melahirkan rasa sedih, beliau mahu pihak berkuasa segera memberkas penjenayah tersebut bagi menghormati isntitusi agama.

Nazri mengulas kes tembakan maut Pegawai Penguatkuasa Jaip Raflie yang berlaku di hadapan rumah Allahyarham di Indera Mahkota 2, dekat sini, kira-kira pukul 2 petang hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie yang berasal dari Chenor, meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira jam 2 petang.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang SAC Mohd Zakaria Ahmad yang mengesahkan kejadian itu berkata, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian.


Ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menambak mangsa.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kejadian itu.


Sebelum ini Raflie dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. ~hrkh


Addin :

Al-fatihah.. moga roh Allahyarham di tempatkan di kalangan para syuhada.. amin..






Iklan C (ii)


Punca Utusan Sokong Mohd Amar Sebagai Timbalan Presiden PAS Tersebar

Posted: 10 Nov 2013 03:55 AM PST

Menjelang pemilihan PAS 22 November akan datang, akhbar milik Umno Utusan Malaysia menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (gambar) dalam perebutan jawatan timbalan presiden parti Islam itu.

Dalam rencana yang ditulis oleh salah seorang pengarangnya, Zulkiflee Bakar, beliau mengatakan kemenangan Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan penting demi memastikan pengaruh ulama dikembalikan semula dalam PAS.

"Mereka (PAS) mempunyai misi penting untuk dilunaskan iaitu pertama, mengembalikan kekuatan ulama dalam hierarki kepimpinan utama PAS dan kedua, mendesak supaya PAS tidak menjadi 'lebai malang' melalui kerjasama dalam pakatan pembangkang.

"Bagi misi pertama, sudah pastilah tumpuan akan diberikan kepada perebutan jawatan timbalan presiden yang kini disandang oleh Mohamad Sabu atau Mat Sabu," kata beliau dalam tulisannya dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.

Zulkiflee turut menjangkakan penyandang Mohamad atau "Mat Sabu" walaupun dianggap sebagai ayam sabung PAS bakal berdepan cabaran sengit terutama selepas popularitinya semakin menurun akibat kekalahan dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

"Kali ini, Mat Sabu dilihat memasuki gelanggang dalam keadaan 'badan penuh kecederaan' dan paling ketara beliau sudah tewas dua kali dalam pilihan raya umum.

"Ini belum lagi mengambil kira bagaimana populariti beliau dikatakan semakin menurun," katanya.Selain itu, Zulkiflee juga menegaskan golongan ulama dalam PAS sudah bersatu berbanding dalam pemilihan lalu.

"Kali ini seolah-olah sudah ada kesepakatan oleh golongan ulama untuk meletakkan seorang calon sahaja.

"Keadaan itu berbeza dengan pemilihan 2011, apabila dua calon ulama bertanding iaitu penyandang Nasharudin Mat Isa dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kesudahannya ia menyebabkan undi ulama berpecah dan Mat Sabu 'ditabal' menjadi Timbalan Presiden dengan majoriti 21 undi," katanya.

Di samping itu, Mohd Amar pada pandangan Zulkiflee adalah individu paling layak untuk mengisi kekosongan jawatan penting itu kerana pengalaman politiknya dalam membantu PAS mempertahankan Kelantan serta mempunyai latar belakang agama sesuai dengan imej Islam parti tersebut.

"Biarpun tewas dalam pemilihan lalu bagi jawatan naib presiden namun kejayaannya membantu PAS mempertahankan pemerintahan di Kelantan banyak meningkatkan popularitinya.

"Apatah lagi, beliau dilihat pengganti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan sentiasa tegas apabila berhadapan dengan sesuatu isu biarpun ia dicetuskan oleh sekutu PAS sendiri iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya lagi.

Selepas tarikh penamaan calon ditutup 8 November baru-baru ini, jawatan timbalan presiden PAS bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara penyandangnya Mohamad dengan Mohd Amar.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden PAS apabila beliau tidak dicabar yang menjadikan perebutan jawatan timbalan presiden hangat selain naib presiden parti Islam itu. ~tmi


Addin:

Bila media musuh tiba-tiba menjadi penyokong PAS maka perlulah berhati-hati, pasti ada muslihat.. Bila utusan sokong Mohd Amar sudah tentu nak lihat PAS rebah..




Pembunuh Pegawai Ambank Berjaya Di Tangkap

Posted: 10 Nov 2013 12:20 AM PST


Pengawal keselamatan yang menembak mati pegawai Ambank Norazita Abu Talib, 37, dalam kejadian rompakan di Ambank cawangan Subang Jaya pada 23 Okt lepas, telah berjaya ditangkap polis pagi ini.

Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya apabila beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas Bukit Aman yang dikatakan telah berjaya menangkap suspek di Johor Baharu.


Dalam kejadian pada pukul 6.18 petang itu, Norazita, maut ditembak oleh suspek ketika beliau membuka peti besi di dalam bilik kebal bank berkenaan, bersama-sama seorang lagi pegawai wanita. 

Mangsa yang sudah berkerja selama 16 tahun di bank itu meninggal dunia di tempat kejadian susulan kecederaan parah pada bahagian kepala akibat ditembak dengan 'pump gun' oleh suspek. 

Suspek kemudian melarikan sejumlah RM450,000 dari bilik kebal itu. Rakaman video selama 32 saat, yang dipercayai sedutan CCTV memaparkan insiden itu, telah tersebar dengan meluas di laman sosial ekoran kejadian tersebut. ~astroawani 




Penganalisis Dedah Punca Pakatan Rakyat Tak Menang Pilihanraya

Posted: 09 Nov 2013 07:24 PM PST

Muhamad Hisomuddin menggesa Pakatan Rakyat didik pengundi tentang keburukan politik wang jika mahu perintah Malaysia dalam pilihan raya akan datang. 

Badan penyelidik Ilham Centre menyarankan kepada pembangkang Pakatan Rakyat (PR) supaya mendidik pengundi menolak politik wang sekiranya mahu memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14  akan datang.

Berdasarkan penemuan kajian terkini semasa pilihan raya kecil (PRK) di Sungai Limau baru-baru ini, Ilham Centre mendapati pengundi tidak kisah mengenai politik wang ataupun habuan gula-gula yang diberikan semasa proses demokrasi sedang berjalan.


"Di Sungai Limau, kita tanya mengenai kewajaran pengundi menerima habuan politik dan 63% kata wajar dan boleh diterima," kata Pengerusi Ilham Center Muhamad Hisommudin Bakar kepada The Malaysian Insider.

Muhamad Hisommudin berkata, sikap sedemikian adalah sesuatu yang membimbangkan kerana menunjukkan satu corak demokrasi yang tidak sihat di kalangan pengundi.

"Ini maksudnya mentaliti orang kita ini yang menerima rasuah politik, perkara ini termasuklah pembangkang. Sepatutnya mereka gagaskan menolak politik wang ini.

"Tapi mereka ini beritahu pengundi apabila diberi duit, ambil tetapi jangan pangkah," katanya.Beliau menggesa PR sekiranya mahu memainkan peranan sebagai pembangkang yang berkesan perlu mendidik pengundi tentang politik wang ini.

"Sebenarnya dalam iklim demokrasi sebenar, jika kita nak mendidik rakyat menolak rasuah politik politik, kita kena mula sejak awal."Kalau dengan peratusan ini, sampai bila-bila pun pembangkang tidak boleh menang," katanya.

Sebelum PRU13 yang berakhir 5 Mei lalu, parti pemerintah Barisan Nasional (BN) berbelanja besar dengan pelbagai pemberian yang dianggap oleh pengkritik sebagai "gula-gula politik".

Pengkritik dan pemerhati tidak menolak berbilion ringgit dihabiskan oleh BN sepanjang tempoh berkempen, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan berbelanja lebih besar semasa berkempen berbanding perdana menteri sebelumnya.

Bagaimanapun, Najib masih gagal untuk merampas kembali majoriti dua pertiga di Parlimen malah kehilangan undi popular buat kali pertama dalam sejarah kepada PR semasa PRU13 lalu. ~tmi



Tiada ulasan: