Khamis, 3 Oktober 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


LAGU ORIGINAL

Posted: 03 Oct 2013 07:02 AM PDT


PM SEWA JET UNTUK JIMAT

Posted: 03 Oct 2013 03:13 AM PDT





Ha..Ha..Ha...Macai pun kena tangung juga......

JANGAN TERKEJUT: PENYELEWENGAN BERLAKU SETIAP TAHUN

Posted: 03 Oct 2013 03:11 AM PDT





Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil

Posted: 03 Oct 2013 12:41 AM PDT

Ketirisan: Pakatan gesa sidang khas PAC, pastikan tindakan diambil

KUALA LUMPUR 3 OKTOBER: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mesti mengadakan persidangan khas bagi membincangkan penyelewengan dan ketirisan sepertimana didedah Laporan Ketua Audit Negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Pembangkang itu berkata, perkara ini amat penting dan perlu menjadi keutamaan agar mereka yang terlibat dikenakan tindakan dan tidak berulang lagi.
Anwar"Kita dikejutkan dengan Laporan Ketua Audit mengatakan berlaku ketirisan sehingga kehilangan wang rakyat berbilion ringgit. Ini bukan satu perkara baru dan apa yang kita tahu ia sentiasa berulang setiap tahun.
"Atas sebab itu, Pakatan Rakyat menggesa PAC mengadakan persidangan khas membincangkan perkara ini dan perlu pastikan satu tindakan diambil kepada mereka yang terlibat.
"Saya harap Ahli-ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat yang terlibat dalam PAC dapat mengesa agar persidangan diadakan segera," kata Anwar yang juga Ketua Umum KEADILAN pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau kesal ketirisan ini berlaku ketika rakyat dibelenggu kenaikan harga barang serta kesempitan hidup.
Anwar 2"Saat rakyat dibelenggu dengan kesempitan hidup akibat barang naik harga, mereka yang berkuasa begitu senang mengambil wang rakyat.
"Perkara ini bukan satu yang boleh dipandang mudah, setiap yang bersalah perlu dikenakan tindakan," tegasnya dipetik Harakah Daily.

Tiada ulasan: