WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
Ringkasan Belanjawan 2014: Pakatan fokus pertahan hak rakyat Posted: 22 Oct 2013 07:13 AM PDT Ringkasan Belanjawan 2014: Pakatan fokus pertahan hak rakyatKUALA LUMPUR 22 OKT: Ringkasan Belanjawan Pakatan Rakyat 2014 yang diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen semalam memberi fokus kepada tiga teras utama.Tiga teras itu adalah pengukuhan kedudukan fiskal dan pemerkasaan kewangan awam, pembangunan ekonomi seimbang, inklusif dan mampan serta peningkatan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat. Menurut Anwar, belanjawan alternatif itu menumpukan kepada usaha reformasi fiskal untuk memastikan defisit berada pada kadar 3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2015 dan seterusnya mencapai lebihan belanjawan pada 2018. Berikut ringkasan belanjawan tersebut: Ramalan ekonomi - Ekonomi global 2014 diramalkan meningkat berbanding 2013. Ramalan IMF (4.0% vs 3.3%), Bank Dunia (3.0% vs 2.2%) dan OECD (4.0% vs 3.1%). Namun realiti ekonomi global agak tidak menentu i. Ketidaktentuan permasalahan hutang Negara Amerika Syarikat ii. Kemelesetan ekonomi di Eropah disebabkan langkah-langkah penjimatan iii. Prestasi ekonomi China kurang memberangsangkan dan kelembapan ekonomi India Anggaran pertumbuhan - Pertumbuhan ekonomi Malaysia untuk tahun 2014 pada kadar 5.2% (berbanding 2013 pada kadar 4.5% hingga 5%), berdasarkan kepada ramalan peningkatan ekonomi global. Anggaran Defisit - Defisit negara untuk 2014 pada RM 34 bilion bersamaan kadar 3.2% Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pendapatan/perbelanjaan negara i. Anggaran pendapatan negara RM 228 bilion ii. Anggaran perbelanjaan negara RM 262 bilion iii. Anggaran KDNK RM 1,055 bilion |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan