TANAH JAJAHAN DAN MODAL
Imperialisma ialah tahap tertinggi pencapaian sistem ekonomi kapitalis. Kapitalisma ialah sistem ekonomi yang menggantikan sistem feudal mutlak. Sistem feudal dimana Raja menjadi wakil Tuhan dibumi justeru Raja ialah undang-undang yang bercakap untuk Tuhan.
Pada awal perkembangan sistem ekonomi kapitalis - +500 tahun dahulu - kaum pemodal yang berkiblatkan keuntungan maksima hanya mendapat untung dari jual beli dalam negara sendiri. Modal yang terkumpul wajib terus berkembang. Justeru, meluaskan kawasan menjadi akidah. Tanah jajahan, hasil bumi, buruh dan pasaran wajib diperluas untuk memastikan keuntungan terus berlipat ganda.
Maka negara-negara penjajah – semuanya begara feudal saperti Sepanyol, Belanda, Peranchis, Britain, Itali dan German – mula berligar mencari tanah jajahan. Sepanyol menjarah Amerika Latin. Belanda datang ke Tenggara Asia. Peranchis , German dan Itali menaklok Afrika dan Timur Tengah. Malah Peranchis merayau-rayau hingga ke Indo China. Britain membuka tanah jajahan baru – Amerika Utara, Canada , New Zealand dan Australia.
Britain kuasa imperial paling akhir telah berjaya menakluk 53 buah negara – yang kini menjadi anggota Negara Commonwealth. Hampir tiga suku dari wilayah dunia telah dimiliki oleh Baginda Queen. Tanah jajahan berselirat dari Kepulauan Caribbean, ke Afrika, ke India hingga ke Tanah Melayu. Britain negara miskin yang hanya ada lembu, kambing dan buah apple akhirmya menjadi kaya raya.
England yang pada awalnya telah menjajah Wales, Scotland dan Ireland akhirnya menjadi sebuah Empire – The Empire of Great Britain. Perkembangan menjadi Empire inilah yang ditakrif sebagai imperialisma - dimana sistem kapitalis berkembang ke puncak mencari tanah jajahan ke seluruh pelusuk dunia untuk merampok daan menjarah demi keuntungan maksima.
Sejarah kapitalisma berterusan. Perang dunia pertama ialah perang merebut wilayah di Eropah. German yang kalah dalam Perang Dunia Pertama dipaksa membayar ufti kepada Britain dan Peranchis. Kaum pemodal Itali tidak dapat berkembang. Jepun dipinggir dan dikepong. Fakta sejarah menunjukkan bagaimana British, yang menjajah Tanah Melayu telah menghalang getah dari Tanah Melayu dari dapat dibeli oleh Jepun. Semua ini membawa perang Dunia Kedua.
Perang Dunia Kedua mengubah semua ini. Punca Perang Dunia Kedua ialah perebutan wilayah tanah-tanah jajahan. Kuasa kolonial Barat pada ketika itu sedang rebut merebut tanah jajahan. Kaum pemodal membantu kerajaan feudal yang berkuasa untuk mendapatkan wilayah baru, konsesi hasil bumi dan pasaran. Dunia dipecah dan diagih-agih macam membelah buah tembikai.
Sesudah Perang Dunia Kedua – The Empire of Great Britain runtuh. Great Britan tidak lagi GREAT. Satu demi satu negara tanah jajahan menuntut merdeka. India penyumbang besar ke saku Baginda Queen mula bangun melawan. Bhagat Singh telah mengangkat senjata melawan Baginda Queen. Di Kenya penjajah British telah dibedil oleh gerakan Mau Mau. Di Tanah Melayu sejarah telah membuktikan bagaimana Britain terpaksa mengundur diri kerana pejuangan bersenjata Parti Komunis Malaya.
United States of Amerika yang masuk ke kancah Perang Dunia Kedua di tahun-tahun akhir perang hampir dalam keadaan selamat. Pukulan hebat menentang kaum fasis dan Nazi Hitler telah dilakukan oleh Russia. Hasilnya 20 juta rakyat Russia gugur. Dalam suasana inilah Amerika Syarikat muncul untuk mengambil alih kuasa imperial dari Britain. Sesudah Perang Dunia Kedua – Amerika muncul sebagai kuasa imperialis terkuat.
Bentuk penjajahan yang dibawa oleh Amerika Syarikat ini tidak sama saperti yang telah dilakukan oleh kuasa kolonial lama – Sepanyol, Belanda atau Inggeris. Jangan kita lupa bahawa Amerika Syarikat juga memiliki tradisi menentang penjajah. Rakyat Amerika ada sejarah mengangkat senjata melawan Old Mother England. Justeru sesudah Perang Dunia Kedua dunia mula mendengar Amerika melaungkan nada 'anti-penjajah' dan 'anti-kolonial'.
Tetapi awas! Kesampaian kuasa imperialis baru ini jelas lebih ganas dan brutal. Negara yang mula dijajah oleh Amerika ialah wilayah jiran tetangga –wilayah dibelakang rumah. Mexico jatuh ke tangan Amerika. Ini diikuti oleh semua negara di Amerika Latin yang terus menjadi koloni Amerika – kecuali Cuba yang membebaskan diri pada tahun 1959.
Dengan nada anti-penjajah dan anti kolonial – imperialis Amerika menjaja apa yang mereka panggil DEMOKRASI. Ke hulu ke hilir – dari Amerika Latin ke Afrika dan ke Asia - imperialis Amerika memukull gendang menjual demokrasi.
Apa dia DEMOKRASI yang dijaja oleh Amerika ini? Demokrasi dalam erti sebenarnya ialah membuat keputusan mengikut suara ramai - suara majoriti. Segala keputusan dibuat dengan merujuk kepada suara ramai. Suara ramai ini diperlukan kerana suara majoriti dilihat berkeupayaan untuk mewakili kepentingan ramai. Inilah asas demokrasi.
Disini para pembaca jangan silap faham. Demokrasi yang dijaja ke hulu ke hilir oleh Amerika itu sebenarnya ialah sistem ekonomi kapitalis. Demokrasi dari Amerika tidak ada sangkut paut dengan suara majoriti. Demokrasi yang dijaja oleh Amerika hanya topeng untuk menjaja sistem ekonomi kapitalis.
Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis TIDAK berani dan tidak pernah mengakui bahawa negara itu menggunakan sistem ekonomi kapitalis. Pemimpian negara kapitalis berselindung dibelakang demokrasi, dibelakang dagangan bebas atau dibelakang free market. Negara pengamal sistem kapitalis ini tahu bahawa sistem ekonomi kapitalis ini adalah satu sistem ekonomi yang menindas.
Sistem ekonomi kapitalis ini terbukti jahat dan ganas. Sistem ini berkiblatkan keuntungan maksima. Keuntuangan yang diraih oleh sistem kapitalis adalah hasil perahan tenaga buruh paksa – abdi - atau buruh murah. Justeru negara kapitalis ini menyamar, bertopeng dan memakai jubah demokrasi.
Kuasa imperialis Amerika amat brutal. Di Vietnam perang dilancarkan atas nama mengembang demokrasi. Sebenarnya menghalang keinginan rakyat Indo-China bebas merdeka dari penjajah Peranchis. Perang Vietnam 1955-1975 meragut nyanya lebih dari 3 juta rakyat Vietnam. Dan 59,209 soldadu Amerika gugur.
Di Amerika Latin ramai jeneral dan kolonel dari junta tentera telah dinobatkan sebagai Presiden. Rampasan kuasa diatur oleh CIA untuk memastikan rejim-rejim ini semuanya berkiblat ke Rumah Puteh dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis.
Contoh terbaik berlaku di Chile apabila Presiden Allende telah menang dalam pilihan raya umum. Presiden Allende yang pro rakyat ini telah digulingkan pada 9/11 1975. Pekara yang sama juga telah dilakukan kepada nasionalis Bung Karno pada tahun 1965. Di Chile General Pinochet telah menjadi barua Amerika manakala di Indonesia General Suharto telah dinobatkan melalui rampasan kuasa yang dirancangan oleh CIA.
Rejim-rejim militer dan junta tentera yang dinaikkan keatas tahtha akan menjadi budak suruhan setia kepada kuasa imperialis Amerika. Rejim-rejim ini akan memastikan kaum pemodal Amerika dari syarikat perlombong logam, syarikat cari gali minyak dan gas, bank, syarikat tembakau malah syarikat buah pisang Amerika juga akan dapat konsesi wilayah. Pelaburan ekonomi kapitalis Amerika akan dipastikan mendapat keuntungan maksima.
Untuk menjaga Empire dan tanah jajahan ini – kuasa imperialis Amerika memerlukan bala tentera yang besar. Sama saperti Kerajaan Rom Kuno – tentera adalah alat terkuat untuk memastikan emas, perak dan harta kekayaan sampai ke Rom.
Hari ini angka resmi menunjukkan ada lebih dari 1000 buah pengkalan tentera Amerika di 63 buah negara dalam dunia ini. Pegawai tentera Amerika juga ada beroperasi secara terangan di 156 buah negara. Data tahun 2002 menunjukkan ada 255,065 soldadu Amerika sedang bertugas dipengkalan tentera Amerika ini diseluruh dunia.
Lalu timbul persoalan – jika kuasa imperialis Amerika bagitu kuat kenapa perlu Barack Hussein Obama datang ke Kuala Kumpur pada 10 Oktober ini?"
Sebelum menjawab soalan itu marilah kita memahami bahawa sebelum Obama datang ke Kuala Lumpur, Najib Razak telah pergi lebih awal ke Amerika. Bukan kah Najib pergi ke Amerika itu untuk berucapa di PBB? Betul. Najib berucap di PBB itu hanyalah wayang. Di PBB Najib cuba melamar agar Malaysia menjadi anggota Majlis Keselamatan. Ini angan-angan Najib.
Kita lupakan angan-angan Najib ini. Kita lupakan juga bagaimana dunia ketawa apabila Najib salah masuk ke Pejabat Tweeter atau tersilap pejabat. Bukan suwey Najib yang perlu kita bincangkan disini. Apa yang penting ialah Najib telah berucap di hadapan ahli CFR. Jangan silap, Najib bukan berucap dihadapan KFC tetapi di CFR. Apa dia CFR ini?
CFR ialah Council on Foreign Relations – sebuah badan pemikir yang menerbitkan majalah bulanan bernama Foreign Affairs. Badan ini beribu pejabat di New York. Sekali pandang CFR ini sama saperti beratus-ratus 'think-tank' dan kumpulan Ngo pelobi yang bergerak di Washington DC atau di New York.
Tetapi dalam hal CFR ini jangan sesekali silap baca. Jangan sesekali salah anggap tentang apa sebenarnya badan ini. CFR adalah badan pemikir yang ulung. Memikir dan berfikir untuk kepentingan kaum pemodal Amerika. CFR ini juga berfikir dan berstrateji untuk kepentingan kaum zionis antarabangsa. Badan inilah yang memikir dasar dan arah tuju kuasa Empire Amerika. Ahli-ahli dari CFR ini jugalah yang memunculkan apa yang kini dikenali sebagai PNAC – Projek for The Newa American Century atau Projek Alaf Baru untuk Amerika.
Tetapi Najib bukan seorang ahli fikir. Justeru apa sumbangan idea yang boleh di berikan oleh Najib kepada para pemikir di CFR? Persoalan akan dijawab minggu hadapan. (TT)
NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa yang ingin melanggan
akhbar mingguan ini sila pukul talipon:
03-92-21-10-45
------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan