Jumaat, 18 Oktober 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


PAS jangan goyang (18/10/13)

Posted: 18 Oct 2013 02:21 AM PDT


PAS perlu berhati-hati dalam isu kalimah Allah.

Sesungguhnya PAS tidak pernah lari dari prinsip dan dasar perjuangannya, pemimpin datang dan pergi. Namun dalam isu ini jika tidak berhati-hati, PAS akan memberi persepsi seolah ia tidak lagi ke hadapan dalam perjuangan mendaulat dan memartabatkan Islam.
Musuh sentiasa mahu memberi persepsi demikian terhadap PAS, kebijaksanaan dan dalam hal tertentu keberanian pemimpin PAS lah yang akan menyelamatkan parti ini.

Hari ini kedua-dua portal berita alternatif iaitu Malaysiakini dan Malaysian Insider memparkan betapa Timbalan Mursyidul Am PAS Prof Dato Dr Harun Din menurut Utusan Malaysia mengeluarkan kenyataan dari Mekah bahawa berdasarkan keputusan Mahkamah Rayuan jelas kalimah Allah adalah eksklusif untuk penggunaan umat Islam sahaja dan ia perlu dipertahankan.
Kedua-dua portal berkenaan dengan senang hati meletakkan kenyataan Dr Harun sebagai bertentangan dengan pendirian Pakatan Rakyat (spin doctors setaraf Utusan Malaysia kedua-dua mereka, khasnya dalam bab Islam dan PAS). Kata Malaysian Insider kenyataan Dr Harun itu berbeza pandangan dengan PR. Manakala Malaysiakini pula memaparkan:

Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali semalam.
Bermulalah proses melagakan ulamak dalam PAS, kononnya ulamak sudah berbeza pendirian dengan PR.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa bagi saya pendrian dalam PR yang disuarakan oleh Presiden PAS (saya tak tahu pula apa kenyataan Setiausaha Agung PAS dalam hal ini) adalah jelas dan kalau difahami sedalam-dalamnya ia konsisten dengan pandangan Dr Harun pun.
Penegasan Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang bahawa:

Tiada salahnya masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ini (Allah) dengan syarat ia tidak disalahgunakan atau disalah tafsir
adalah jelas bermaksud bahawa kiranya ia yakni kalimah "Allah" digunakan untuk disamakan dengan Tuhan agama lain lalu dimaksudkan itulah "Allah" yang sama menurut pentafsiran Islam, maka ia  jelas salah, kerana disalah guna dan disalah tafsir.

Dr Harun Din, Ustaz Dato Harun Taib (Ketua Dewan Ulamak PAS), Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, kesemua mereka adalah ulamak Islam yang datang dari asas pengajian yang sama dan sealiran. Mustahil mereka boleh berbeza pandangan. "Authority" atau rujukan tertinggi dalam PAS adalah al Quran dan Hadis, dan para ulamak khasnya Majlis Syura Pas lah yang bertugas memberikan pentafsiran dalam satu-satu berhubung hukum.
Dalam hal ini pendirian mereka telah jelas iaitu:

 Kenyataan Rasmi Majlis Syura Ulamak
Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Rabiul Awwal 1434 bersamaan 13/1/2013 mengambil keputusan sebulat suara bersetuju untuk menyatakan perkara-perkara berikut:

1)    Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani oleh umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

2)    Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah seperti mana orang Arab Jahiliyah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

3)    Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini. Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah.

Oleh kerana itu, menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata. Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah.

Dari kenyataan di ataslah boleh diceduk kenyataan Presiden PAS apabila mengulas pendirian PR ternyata Presiden PAS merujuk kepada kenyataan:
"……menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata."

Pemimpin dan ahli-ahli PAS wala' pada pendirian ini (khasnya dalam pendrian yang melibatkan aqidah dan pegangan) kerana itulah pendrian PAS dalam hal ini.
Semoga PAS terus kuat walau berhadapan isu sesensitif ini insyallah.

 

Allah kami tidak sama dengan "Allah" kamu (18/10/13)

Posted: 17 Oct 2013 08:19 PM PDT


Allah kami tidak sama dengan "Allah" kamu.
Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang akhbar mingguan Katolik "The Herald" dari menggunakan perkataan "Allah" di dalam terbitannya sepatutnya dihormati dan dibiarkan begitu sahaja, tanpa banyak dipolitik dan dibahaskan lagi.

Salah seorang hakim dalam keputusan tersebut menyebut bahawa melarang penggunaan nama ini tidak menjejaskan kepercayaan masyarakat Kristian terhadap agama mereka pun, lalu apa lagi mahu kita panjang-panjangkan.
Presiden PAS dipetik sebagai berkata:

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had also maintained that there was nothing wrong with non-Muslims using the term in their faiths provided it was not misused or misinterpreted.
(Tiada salahnya masyarakat bukan Islam menggunakan istilah ini (Allah) dengan syarat ia tidak disalahgunakan atau disalah tafsir)

Intipati keputusan ini sesunggunya bagi saya secara tak langsung menjurus kepada kenyataan Presiden PAS, bahawa ia dibuat supaya kalimah Allah tidak disalahguna atau disalah tafsir. Lalu larangan dikeluarkan oleh Mahkamah atas semangat itu.
Kerana itu saya nyatakan di atas, Allah kami tidak sama dengan Allah kamu walaupun ada individu tertentu yang tidak puas hati dengan keputusan mahkamah ini memetik "authority" Islam dengan mahu menyatakan bahawa Allah Islam itu sama dengan "Allah" mereka.

Di dalam laman about.com.christianity disebut:
The word "Trinity" comes from the Latin noun "trinitas" meaning "three are one." The Trinity expresses the belief that God is one Being made up of three distinct Persons who exist in co-equal essence and co-eternal communion as the Father, Son and Holy Spirit. (about.com.christianity)

Saya perhatikan dalam Wikipedia (bahasa Indonesia) terjemahannya hampir sama:
Tritunggal atau Trinitas adalah doktrin Iman Kristen yang mengakui Satu Allah Yang Esa, namun hadir dalam Tiga Pribadi: Allah Bapa dan Putra dan Roh Kudus, di mana ketiganya adalah sama esensinya, sama kedudukannnya, sama kuasanya, dan sama kemuliaannya. Istilah Tritunggal (Inggris: trinity, Latin: trinitas) mengandung arti tiga Pribadi dalam satu kesatuan esensi Allah

Konsep inilah yang membezakan antara Allah kami dengan "Allah" mereka kerana Allah swt (Allah kami) berfriman di dalam Al Quran :
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya". (surah al Ikhlas ayat 1-4)

Allah Islam ternyata lain kerana Ia tidak boleh disamakan dengan sesiapa dan apa pun, "Dan tiada ada sesiapapun yang serupa denganNya", sedangkan dalam Kristian sebagaimana disebutkan di atas, doktrin "Tritunggal" atau "Trinity" bermaksud: "ketiganya (Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus) SAMA ESENSINYA, SAMA KEDUDUKANNYA, SAMA KUASANYA dan SAMA KEMULIAANNYA".
Kerana itu kalau kalimah "Allah" Islam mahu digunakan oleh agama lain di Malaysia ia mestilahlah merujuk kepada Allah yang Esa yakni yang satu. Allah yang tidak beranak atau diperanakkan. Jika maksudnya kepada Allah yang beranak, Allah yang berkongsi kuasa dengan yang lain maka ternyata ia telah disalah guna dan disalah tafsir, lantas penegasan Presiden PAS bermaksud, ia tidajlah boleh digunakan.

Saya faham begitu dan mendoakan agar umat Islam di Malaysia juga faham begitu. Yang kita bimbangkan apabila ia disalah guna dan disalah tafsir maka kebarangkalian ia diguna bagi maksud yang salah juga akan hadir. Kami kesal dan sedih apabila insiden Joshua Jamaluddin (Melyu yang murtad menjadi Paderi) ,Nor Aishah Bukhari dan Lina Joy terjadi dikalangan kami, dan kami tidak rela insiden seumpama ini dan banyak lagi yang tidak didedahkan terus terjadi.
Kami menghormati kebebasan beragama, dan Islam melarang umat Islam menghina atau menganggu penganut agama lain dalam keadaan damai.

Larangan ini diyakini dapat memantapkan lagi penghormatan itu khasnya di Malaysia.
Bagi umat Islam ALLAH kami mengajar sebagaimana termaktub di dalam al Quran:

"Aku (Muhammad) tidak akan menyembah apa yang kamu (orang-orang yang bukan Islam) sembah.  Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku". (surah al Kaafirun ayat 2-6)

Terjemahan Inggerisnya:
I do not worship that which you worship, nor do you worship the One whom I worship.  And neither I am going to worship that which you have worshipped, nor will you worship the One whom I worship.  For you is your faith, and for me, my faith

Kesimpulannya demi mengelakkan dari kalimah ini disalah guna atau disalah tafsir, sama-samalah kita hormati keputusan Mahkamah ini dan menghormati perpaduan agama dan kaum yang telah sekian lama wujud dalam Negara tercinta ini.

 

Tiada ulasan: