RAKYAT MARHAEN |
- PENYOKONG JDT YANG NAK UPAH SAMSENG BUNUH INDRA PUTRA MINTA NYAWA!! .... DENGAN LIPAS PUN DIA TAKUT!!
- Bil 6 Ribu: Kak Yah nafi caj harga mahal
- Menjelang Aidil Adha, Politik Wang Pun Turut Bermula!
- Zahid Hamidi, Cengkadak Buruk dan Pol Pot
- Forum: Ketua Audit Negara berdepan orang ramai hari ini
- Tekun untuk Umno, kenapa komponen BN senyap?
- Balak 3,500 ekar: MB Kelantan sahkan terima permohonan tapi belum diluluskan
- Nak tanya Zahid, penjenayah rasuah boleh tak tembak dulu baru disoal?
- Kes Ahmad Zahid belasah orang diungkit ketika beliau semakin popular
- Audit: Anwar gesa SPRM tidak hanya heret “kambing hitam” ke muka pengadilan
- Pro-M dedah Umno campur tangan pilihan raya kampus
- Dr Agus ulas Husam bahas Belanjawan Kelantan 2014
- HANGAT!! Video Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000
- Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | Ust Ahmad Yakob | 8 Okt 2013
- BIL RM6K : 400 MACAI UMNO MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG...!!!
- Zahid: 'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?'
- Memikirkan Laporan Ketua Audit Negara
- Audit: DAP gesa Zahid, Shabery mohon maaf kerana tipu rakyat
- Sen Tn Saifiul Izham Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013
- Sen. Tn Syed Shahir Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013
- Selangor: Kumpulan "bumper cha cha" diburu
- Sanon Kogyo issue; Memo to Japan embassy
- Audit: Rakyat semakin sedar keperluan untuk SPRM mulakan siasatan
- Anti-army protests staged at Egyptian universities
- U.S. to halt military aid to Egypt after coup, turmoil
Posted: 09 Oct 2013 08:55 PM PDT Pergh!!!! ingatkan hebat dan berani sangat... Apabila kisah ugutannya sampai nak upah samseng bunuh pemain bolasepak Kelantan TRW Sdr Indra Putra Mahayuddin dan pengadil perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia TRW lwn JDT dimana pasukan JDT dikalahkan dengan teruknya 6-1, sudah tersebar luas di alam maya termasuk dikutip oleh Harian Metro untuk dijadikan bahan berita hangat, mamat yang berlagak hebat berani siot itu akhirnya menggelupur minta nyawa. Mohon maaf dan sampai buat laporan polis. Antara intipati dalam laporan polisnya ialah .. "DENGAN LIPAS PUN SAYA TAKUT". Laaaa.. Rosmah takut dengan cicak .. mamat ni takut dengan lipas .. para pemimpin UMNO takut berdebat. | ||
Bil 6 Ribu: Kak Yah nafi caj harga mahal Posted: 09 Oct 2013 08:45 PM PDT Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi. "Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar. "Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan," katanya kepada pemberita. Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam. "Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang. | ||
Menjelang Aidil Adha, Politik Wang Pun Turut Bermula! Posted: 09 Oct 2013 08:31 PM PDT
Tahun ini umat Islam akan merayakan sambutan Aidil Adha pada 15 Oktober manakala pemilihan UMNO pula akan berlangsung pada 19 Oktober. Pemilihan bagi jawatan dalam Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pula akan diadakan pada 12 Oktober. Ini bermakna, Hari Raya Aidil Adha atau Raya Haji tahun ini berada di tengah-tengah di antara pemilihan UMNO dengan pemilihan jawatan dalam sayap-sayapnya. Oleh itu, bagi yang menjadi perwakilan UMNO dan mempunyai undi dalam menentukan kepimpinan parti itu, perbezan berbanding tahun-tahun sebelumnya pasti akan dapat dirasakan. Malah tidak mustahil sudah ada yang dapat merasai nikmat perbezaan itu. Selain mereka dijemput ke pelbagai acara bertemu dengan calon-calon yang menawarkan diri bertanding pelbagai jawatan serta dijamu dengan hidangan yang enak-enak, duit raya juga turut diterima daripada calon-calon yang bertanding. Selain pemberian itu diterima daripada calon yang bertanding di peringkat bahagian, pemberian daripada calon yang bertanding di peringkat Pusat juga turut diterima. Read More / Baca Lagi >> | ||
Zahid Hamidi, Cengkadak Buruk dan Pol Pot Posted: 09 Oct 2013 08:29 PM PDT 'CENGKADAK Buruk' adalah satu perkataan yang disebut dengan penuh bergaya dan angkuh sekali oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, di Melaka, Sabtu lalu untuk menyerang Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy kerana mengkritik pasukan polis susulan insiden tembakan lima suspek penjenayah di Pulau Pinang, baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>'Cengkadak Buruk' ini ternyata amat menarik perhatian dan mengganggu hidup saya sekitar dua, tiga hari ini, kerana pada saya ia adalah perkataan yang cukup 'rare' dan 'cult' untuk diguna malah diungkap dalam perbualan seharian atau pada acara keraian. Oleh kerana keseksian serta kelunakan bunyinya, saya memaksa diri dengan bersungguh-sungguh mencari makna perkataan itu di Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) walaupun amat menggelikan untuk berhubung dengan satu entiti bernama DBP. Keberahian saya untuk mengejar makna perkataan ini berpusat pada rasa ghairah mungkin lahirnya satu lagi laungan seperti 'sapere aude' yang berlaku pada akhir abad ke-17 dan 18 iaitu petanda bermulanya zaman Enlightment di Eropah. Apakah ia akan membawa reformasi pemikiran dan intelektualiti? Menghapus dogma, taklid dan hegemoni lapuk? Saya juga tertanya-tanya apakah 'cengkadak' ini serumit persoalan mengapa King Kong memanjat World Trade Center (WTC) demi cinta tidak masuk akalnya pada seorang wanita? Atau serumit mengapa pagar menjadi elemen seni bina yang begitu penting untuk warga Asia? Walhal pagar ini adalah cerminan masyarakat paranoid. | ||
Forum: Ketua Audit Negara berdepan orang ramai hari ini Posted: 09 Oct 2013 08:26 PM PDT Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang akan berdepan dengan orang ramai hari ini untuk memberi penjelasan mengenai laporan pihaknya selepas ia hangat diperkatakan. Beliau akan bersama Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysian (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam forum bertajuk "Laporan Audit: Pendedahan atau Kesilapan". Majlis yang akan berlangsung selama tiga jam itu akan bermula jam 2.30 petang ini di Auditorium Kompleks Media Karangkraf Seksyen 15, Shah Alam. Read More / Baca Lagi >> | ||
Tekun untuk Umno, kenapa komponen BN senyap? Posted: 09 Oct 2013 08:24 PM PDT KUALA LUMPUR: Selepas mendakwa pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) hanya untuk ahli Umno sahaja, selepas ini mengaku sebagai apa pula? Persoalan itu dibangkitkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub apabila Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) Tekun, Datuk Abdul Rahim Hassan berkata agensi bantuan itu memang ditubuhkan bagi membantu ahli Umno. "Dakwaan tidak bertanggungjawab itu adalah satu lagi kemuncak manifestasi keangkuhan Umno. "Mungkin selepas ini, seperti Firaun, mereka akan mengisytiharkan diri mereka sebagai tuhan pula di negara ini," kata beliau. Salahuddin menyifatkan Umno begitu bongkak dan angkuh sekali dalam mentadbir negara hinggakan wang rakyat diperuntukkan kepada ahli-ahli mereka sahaja. Beliau membidas parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC, Gerakan, PBB, PBS dan lain-lain yang takut untuk berkata walau sepatahpun membantah kenyataan itu. "Mengapa PBB, PRS, SUPP, SDAP dari Sarawak dan PBS, UPKO dan PBRS dari Sabah diam dan langsung tidak berani bersuara terhadap keangkuhan Firaun Malaysia itu? "Adakah ahli-ahli mereka sudah kaya dan tidak memerlukan bantuan Tekun?" beliau mempersoalkan. Salahuddin mencabar parti-parti komponen BN membantah kenyataan biadab itu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Balak 3,500 ekar: MB Kelantan sahkan terima permohonan tapi belum diluluskan Posted: 09 Oct 2013 08:20 PM PDT Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub (gambar) mengesahkan ada menerima permohonan untuk pembalakan di tanah hutan simpan seluas 3,500 ekar di Ulu Sat, Machang, tetapi ia belum diluluskan. Ahmad dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam berkata demikian ketika menjawab pendedahan bekas Exco Kelantan, Datuk Husam Musa yang meminta supaya ia tidak diluluskan. "Sememangnya ada permohonan, tetapi belum diluluskan," kata Ahmad Yakub dalam jawapannya itu. Tindakan meminitkan penyataan "sila urus" ditafsir oleh pihak yang melihat dokumen ini sebagai permohonan itu diluluskan. Ahmad menjelaskan perkara itu dalam DUN dengan berkata "sila urus" itu bermaksud "sila mendapat maklumat apakah (status) kawasan ini, sebab kawasan ini kawasan kerja." Read More / Baca Lagi >> | ||
Nak tanya Zahid, penjenayah rasuah boleh tak tembak dulu baru disoal? Posted: 09 Oct 2013 08:16 PM PDT Aspan Alias Saya sambung lagi tentang isu kelemahan bangsa Melayu yang mentadbir dan memerintah negara. Sesungguhnya kepimpinan Melayu sememangnya sudah begitu menirus dan seolah-olah sudah tidak wujud lagi kepimpinan dalam bangsa Melayu itu. Yang dimaksudkan berkepimpinan ialah pemimpin yang mengambil tahu dan mengiktiraf perjuangan sesuatu bangsa. Melalui parti-parti siasah mesti mempunyai roh yang jati untuk meneruskan apa yang disebut sebagai perjuangan. Apa yang ada sekarang ini adalah mereka yang menjadi ketua kepada parti politik tanpa mempunyai roh perjuangan sebenarnya. Dalam Umno yang ada hanyalah ketua dan pembantu kepada ketua itu, tetapi seluruh barisan ketua ini tiada berkepimpinan. Mereka ini menjadi ketua kerana permainan politik yang tidak boleh membantu untuk menyuburkan perjuangan parti itu, mengikut asas dan tujuan parti itu ditubuhkan dahulu. Yang ada pada hari ini hanyalah mereka yang hendak mendapatkan atau mempertahan jawatan. Mereka tidak dapat dan tidak mempunyai kemampuan untuk menyesuaikan jawatan dengan kewajipan mereka mengikut kehendak jawatan yang mereka pegang itu. Itulah sebabnya Naib-Naib Presiden Umno itu contohnya tidak mempunyai semangat perjuangan yang betul. Jika mereka mempunyai semangat itu masakan ada yang sedang mempertahankan jawatan dan yang ingin merebut jawatan itu bercakap dan berkempen mengikut rasa hati yang tidak tenteram sehinggakan menggunakan isu rasis sebagai isu kempen mereka. Jika benar mereka mempunyai semangat perjuangan seperti yang terkandung di dalam Bab 3 perlembagaan parti itu masakan mereka memainkan isu keselamatan seperti bermain getah dan bermain guli sahaja. Kalau tuduhan saya ini tidak benar masakan ada slogan baru dalam kempen pemilihan ini yang kita dengar seperti, 'tembak dahulu' sesiapa yang disyaki merbahaya kepada negara tanpa usul periksa. Rasa tidak percaya kata-kata seperti ini boleh keluar daripada seorang pemimpin kanan yang sangat saya kenali sejak lebih 30 tahun dahulu. Read More / Baca Lagi >> | ||
Kes Ahmad Zahid belasah orang diungkit ketika beliau semakin popular Posted: 09 Oct 2013 08:13 PM PDT Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) yang popular menjelang pemilihan Umno bakal berhadapan ranjau berduri untuk mempertahankan jawatan naib presiden yang disandangnya susulan kes belasah melibatkan seorang ahli perniagaan diungkit semula. Peguam Karpal Singh menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu. Karpal memberitahu The Malaysian Insider, pihaknya tidak berpuas hati kerana perkara sebenar disembunyikan daripadanya selepas anak guamnya dan Ahmad Zahid bersetuju untuk menyelesaikan kes tersebut di luar mahkamah pada Julai lalu. Hanya plaintif iaitu Amir dan Ahmad Zahid berjumpa Rohani yang kemudiaannya mengarahkan terma dan syarat penyelesaian tersebut dirahsiakan, kata salah seorang peguam mewakili defendan, Datuk Shamsul Baharain. Read More / Baca Lagi >> | ||
Audit: Anwar gesa SPRM tidak hanya heret “kambing hitam” ke muka pengadilan Posted: 09 Oct 2013 08:57 AM PDT Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak hanya mengheret "kambing hitam" ke muka pengadilan, susulan ketirisan yang didedahkan dalam laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini. Anwar berkata, SPRM perlu menjalankan siasatan menyeluruh kerana pembaziran dan penyelewengan yang sentiasa berulang setiap kali laporan tersebut dibentangkan. "PKR menggesa SPRM menjalankan siasatan menyeluruh ke atas semua kes penyelewengan dan pembaziran ini, dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan. Anwar membidas Putrajaya yang disifatkannya sebagai tidak mempunyai kesungguhan untuk memastikan masalah ketirisan dan pembaziran ini daripada berulang. "PKR mengamati satu perkembangan yang cukup jelas dan membimbangkan, iaitu sikap tidak kisah yang berterusan dalam membelanjakan dana kerajaan oleh kementerian dengan sebegini rupa, dan tiada langsung kesungguhan politik untuk menghukum pesalah berulang," katanya. Beliau berkata, kedegilan kerajaan untuk menangani pembaziran dalam pentadbiran adalah sesuatu yang membimbangkan ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Razak diberi amaran oleh badan antarabangsa. Read More / Baca Lagi >> | ||
Pro-M dedah Umno campur tangan pilihan raya kampus Posted: 09 Oct 2013 08:56 AM PDT KUALA LUMPUR: Pro Mahasiswa (Pro M) Universiti Malaya (UM) mendedahkan wujud campur tangan Hal Ehwal Pelajar UM dan Umno dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) UM. Read More / Baca Lagi >>Pro M UM mengesan Timbalan Naib Cancelor (TNC) HEP memberikan surat perlepasan kuliah kepada 43 mahasiswa dan mahasiswi untuk menghadiri kursus Transformasi Minda pada 18 hingga 20 September di Negeri Sembilan. Menurut Pengerusi Pro M UM, Abdul Muqit Muhammad, selang beberapa hari selepas kursus tersebut, sumber dalaman HEP mendedahkan beberapa dokumen penting dalam program transformasi minda. Katanya, ternyata dalam tentatif program tersebut bukanlah program transformasi yang dijangka tetapi hanya kursus pemantapan jentera dan calon PRK UM. "Persoalan yang timbul mengapa program tersebut tidak ada hebahan umum kepada mahasiswa yang lain? "Selain itu, mengapa hanya 43 orang yang terlibat dan ini seolah-olah signifikan dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus. | ||
Dr Agus ulas Husam bahas Belanjawan Kelantan 2014 Posted: 09 Oct 2013 08:54 AM PDT Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusof PEMBENTANGAN bajet negeri Kelantan bagi tahun 2014 baru-baru ini menarik sekali. Dato Husam Musa, Adun Salor yang sebelum ini adalah Exco Kelantan bangun berucap memohon penjelasan kerajaan negeri mengenai pemberian kawasan balak seluas 3500 ekar di hutan simpan Chabang Tongkat Hulu Sat Machang. Menariknya, apabila beliau menimbulkan cerita ini pelbagai persoalan muncul. Antaranya mengapa beliau bangun untuk melawan kerajaan dari partinya sendiri? Mengapa tidak beliau atasi kelemahan kerajaan negeri semasa beliau berkuasa dahulu? Mengapa hanya sekarang beliau memberikan pelbagai cadangan untuk membangunkan negeri? Adakah ini sabotaj beliau kepada kerajaan negeri selepas tidak lagi dilantik menjadi Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri yang baru? Saya tidak hendak mempertahankan sesiapa dalam hal ini. Saya tidak boleh kata apa yang Adun Salor timbulkan itu benar atau salah. Tapi yang saya yakin ialah Adun Salor membuat 'kerja rumahnya' sebelum berucap di Dun. Maka sekarang ini bagi melihat kekuatan hujah masing-masing, saya menunggu jawapan MB dalam penggulungan nanti. Bukan saya sahaja yang menunggu, rakyat juga ternanti-nanti jawapan MB. Ini kerana dalam beberapa hal, bajet tadi tidak menjawab banyak persoalan yang dinantikan rakyat tentang peruntukan pembinaan lebuh raya dan stadium serta peruntukan untuk menjayakan projek kambing jamnapari dan padi organik -perkara yang sebelum ini juga saya timbulkan. | ||
HANGAT!! Video Pendedahan Caj Sarapan VVIP RM 6000 Posted: 09 Oct 2013 07:12 AM PDT KANTOI MACAI UMNO 400 ORANG MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG SIAPA YANG KENA NAYA DALAM KES INI.....??? | ||
Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 | Ust Ahmad Yakob | 8 Okt 2013 Posted: 09 Oct 2013 07:11 AM PDT | ||
BIL RM6K : 400 MACAI UMNO MAKAN MAKANAN UNTUK 600 ORANG...!!! Posted: 09 Oct 2013 04:45 AM PDT Ini perkara biasa ni.. kalau korang tengok macai-macai UMNO ni kalau boleh mentekedarah free depa kalau boleh nak makan dalam talam.. maksud aku sorang setalam bukan sepinggan. Dikenakan bayaran RM5,500 tapi macam biasalah macai UMNO ni mark-up tu dah jadi SOP depa.. resit ditulis RM6,000.. makan dapat untung lagi RM500. RM5,500 bahagi 400 orang... seorang baru dikenakan RM13.75... alahai yang tu pun nak bising? Mari Tonton Video Pendedahan Kak Yah | ||
Zahid: 'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?' Posted: 09 Oct 2013 04:38 AM PDT Selepas menjadi sasaran kecaman berhubung kenyataannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa pengkritik beliau tidak mempertahankan hak mereka yang menjadi mangsa penjenayah. "Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya. Tweet tersebut nampaknya tidak merujuk kepada apa-apa yang khusus, tetapi dibuat ekoran kecaman hebat terhadapnya selepas laporan Malaysiakini yang berdasarkan rakaman ucapannya yang bocor. Zahid berdiam diri sejak laporan-laporan tersebut disiarkan pada pada hari Isnin. Beliau didedahkan sebagai membiarkan amalan menembak penjenayah yang disyaki, daripada menangkap mereka. Read More / Baca Lagi >> | ||
Memikirkan Laporan Ketua Audit Negara Posted: 09 Oct 2013 04:37 AM PDT Amin Ahmad Untuk sekian kalinya orang ramai dikejutkan dengan apa yang boleh disifatkan sebagai penyelewengan dan kelemahan urus tadbir kerajaan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2012. Pengulangan isu yang sama menunjukkan tidak ada teladan diambil daripada laporan-laporan sebelum ini. Kempen kebitaraan urus tadbir (good governance), ketelusan (transparency) dan pertanggungjawaban (accountability) jelas kelihatan tidak memberikan kesan. Kesannya tidak kecil. Daripada apa yang dibentang dalam Laporan untuk tahun 2012 sahaja, jumlahnya mencecah berbillion ringgit! Mungkin bagi sesetengah pihak, jumlah antara RM2-4 billion itu masih kecil, hanya antara 1-2% belanjawan negara. Apa yang tidak disebut ialah apa yang boleh dilakukan secara lebih bermanfaat dengan jumlah wang yang sama. Tambahan pula, Laporan Ketua Audit Negara ini hanya melibatkan agensi terpilih sahaja, bukan semua agensi kerajaan. Tidak mustahil jika nilai yang terbabit menjangkau sehingga 20-30% memandangkan saban tahun kita mendengar masalah yang sama dalam agensi yang berbeza. Bayangkan jumlah yang sama diseleweng atau disalah urus setiap tahun sejak sekian lama? Mendekati masalah Lazimnya, apabila masalah seperti ini berlaku, timbul persoalan "siapa yang bersalah?". Setelah sekian lama isu ini dibicarakan, adalah wajar kita bertanya sama ada penyelewengan atau kelemahan urus tadbir ini telah menjadi budaya dan terinstitusi dalam perkhidmatan awam. Terlepas apa juga jawapan yang diberi, tindakan lebih tepat, tegas dan drastik perlu diambil untuk memastikan isu ini ditangani dengan lebih berkesan. Read More / Baca Lagi >> | ||
Audit: DAP gesa Zahid, Shabery mohon maaf kerana tipu rakyat Posted: 09 Oct 2013 04:34 AM PDT DAP menggesa agar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memohon maaf kepada rakyat Malaysia kerana didakwa berbohong berhubung pendedahan Laporan Ketua Audit Negara 2012. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar) berkata kenyataan kedua-dua pemimpin berkenaan bercanggah dengan kenyataan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung pembayaran artis-artis K-Pop dan juga isu kehilangan aset polis bernilai RM1.3 juta. "Kedua-dua menteri mesti segera meminta maaf, jika tidak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mestilah bertindak sekiranya beliau mahu mengekalkan sebarang sisa keyakinan awam terhadap kejujuran, kemahiran dan profesionalisme menteri-menterinya," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini. Menurut Lim, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno berbohong apabila mengatakan pihak polis telah memberi penjelasan kepada Jabatan Audit tentang kehilangan alatan termasuk senjata api bernilai RM1.3 juta. Read More / Baca Lagi >> | ||
Sen Tn Saifiul Izham Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 Posted: 09 Oct 2013 04:28 AM PDT | ||
Sen. Tn Syed Shahir Bahas RUU Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemeluasan) 2013 Posted: 09 Oct 2013 04:27 AM PDT | ||
Selangor: Kumpulan "bumper cha cha" diburu Posted: 09 Oct 2013 04:26 AM PDT | ||
Sanon Kogyo issue; Memo to Japan embassy Posted: 09 Oct 2013 04:24 AM PDT | ||
Audit: Rakyat semakin sedar keperluan untuk SPRM mulakan siasatan Posted: 09 Oct 2013 04:24 AM PDT | ||
Anti-army protests staged at Egyptian universities Posted: 09 Oct 2013 04:22 AM PDT | ||
U.S. to halt military aid to Egypt after coup, turmoil Posted: 09 Oct 2013 04:21 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan