RAKYAT MARHAEN |
- Suburkah demokrasi dalam UMNO?
- Bahas@Debat Bukan Budaya: Mukhriz sambut baik cadangan calon naib presiden berbahas
- TG Nik Aziz redakan isu ulama dan bukan ulama dalam PAS
- Audit: Sampai bila mahu begini?
- Wang punca penentangan terhadap Ahmad Said di Kemaman
- Mat Sabu memang seorang pemimpin yang hebat
- Dari Ketua Polis Negara ke NGO, Musa tidak minat sertai politik
- Tahaluf siyasi: PAS tidak pernah rugi..!! Yang rugi UMNO@BN....
- Lagi rusuhan kaum jika Melayu kekal miskin, kata Perkasa..!!! Melayu UMNO..???
- Audit: Pengurusan belanja kerajaan BN makin lemah
- Children under fire in Syria
- Egypt tightens security, warns Muslim Brotherhood
- Obama calls impact of government shutdown 'heartbreaking'
- AP Interview: Obama Talks Budget, Iran, Redskins
- AP Interview: Obama on the Budget Battle
- Andrew Simmons updates on naming of Nairobi mall attackers
- Al-Shabab pins Somalia raid on Turkey and UK
- Kenapa tidak difikirkan sebab apa pengundi lari daripada PAS walaupun hakikatnya meluat pada UMNO..!!
- Israel dumps on Palestinian rubbish depot
- Iran: Diplomatic charm or harm?
- Army prepares as marches planned in Egypt
- Adakah rakyat terlalu pemaaf atau diperbodohkan oleh pemerintah BN...?
- Audit: Tak gerun undang-undang akhirat
- Bual Bicara Bersama Facebookers | 15 September 2013 (FULL HD)
- Syiah & Liberal PAS Wajib Bersihkan demi Kesucian Jemaah -YB Senator alSheikh Dato' Dr Johari Mat
Suburkah demokrasi dalam UMNO? Posted: 05 Oct 2013 08:04 PM PDT Oleh Mohammad Agus Yusoff Suburkah demokrasi dalam UMNO? Soalan ini sukar dijawab, tetapi merujuk kepada kenyataan MB Negeri Sembilan DS Mohamad Hasan, UMNO masih bertatih dalam melaksanakan demokrasinya. Ini kerana peraturan dalam pemilihan UMNO ketat sekali sehingga calon tidak boleh berkempen secara bersendirian bagi bertemu dengan ahli UMNO. Beliau berkata, jawatan ketua kelas pun kena kempen inikan pula bertanding untuk merebut jawatan tertinggi parti? Kaburnya demokrasi dalam UMNO boleh diperkukuhkan lagi dengan sekatan yang dikenakan ke atas ahlinya yang ingin bertanding. Semalam saya bercerita panjang dengan Dr Najmil Faiz Mohamed Aris, seorang anak muda yang berhasrat untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu, tetapi disekat atas alasan pencalonan beliau tidak layak kerana bertentangan dengan Fasal 15.5 Perlembagaan UMNO, iaitu: "Calon-calon yang ingin bertanding untuk mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnyua tiga (3) tahun." Read More / Baca Lagi >> |
Bahas@Debat Bukan Budaya: Mukhriz sambut baik cadangan calon naib presiden berbahas Posted: 05 Oct 2013 07:46 PM PDT Calon naib presiden Umno, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir menyambut baik cadangan bekas Timbalan Presiden Umno, Tun Musa Hitam supaya semua calon naib presiden ditampilkan serentak menerusi televisyen untuk membahaskan idea mereka. Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata sekiranya ibu pejabat Umno bersetuju forum seumpama itu diadakan, beliau sedia menyertainya. Beliau berkata ia boleh memberi ruang kepada calon untuk berkongsi fikiran masing-masing dalam memberi sumbangan kepada parti serta memberi peluang kepada perwakilan untuk membuat pilihan yang tepat. Read More / Baca Lagi >> |
TG Nik Aziz redakan isu ulama dan bukan ulama dalam PAS Posted: 05 Oct 2013 07:42 PM PDT Selepas Presiden, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) pula bersuara untuk menghentikan kerengganan dalam PAS antara ulama dan profesional dalam PAS. Ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat PAS Kelantan, Nik Aziz berkata, sejak zaman Khulafah Ar Rashidin lagi ulama dan profesional berganding erat memacu pentadbiran kerajaan Islam bagi meneruskan kesinambungan pemerintahan diasaskan baginda Rasululllah SAW, lapor media rasmi parti itu, Harakahdaily. "Islam sejak awal lagi satukan ulama dan profesional dalam sebuah pentadbiran. Cuma sekarang ada pihak yang cuba hendak pisahkan ulama dan profesional dengan mewujudkan entiti yang berasingan," kata Nik Aziz. Sumber memberitahu The Malaysian Insider, Presiden PAS itu berjaya meredakan sebahagian ketegangan itu dalam Liqa' Fikri (pertemuan pemikiran) Sabtu minggu lalu dengan menasihati perwakilan yang akan bertanding supaya menjauhkan sebarang kempen yang boleh menjejaskan perpaduan parti Islam itu. "Semasa mesyuarat minggu lepas itu, Presiden menasihati pemimpin dan mereka yang bertanding supaya tiada unsur luaran mengganggu-gugat parti dalam pemilihan kali ini," kata sumber selepas menghadiri pertemuan tersebut. Read More / Baca Lagi >> |
Audit: Sampai bila mahu begini? Posted: 05 Oct 2013 07:35 PM PDT Kalau pendedahan kajian Ernst and Young minggu lalu tidak lagi menjadikan kita geram, marah dan berang, Laporan Ketua Audit Negara yang dibentang minggu ini mungkin juga tidak lagi menimbulkan apa-apa reaksi keras dari rakyat. Read More / Baca Lagi >>Ya, mungkin saja sebahagian besar rakyat sudah mangli atau bosan dengan paparan seperti ini. Mungkin ada juga yang mula merasakan khasnya yang nekad memilih Umno-BN juga kerana takut kepada pemerintahan baru yang mengkesampingkan Melayudan Islam, telah mula berasa tertipu. Propaganda menakut-nakutkan rakyat reda tak dimainkan sehebat ketika berkempen.Tampak jelas adalah dari hal janji-janji sebelum pilhanraya semakin menyerlahkan belang sebenarnya. Satu persatu semacam dirungkaikan. Antaranya; isu subsidi petrol dan diesel yang janjinya tak mahu membebankan rakyat, Akta Pencegahan Jenayah atau Preventive Crime Act PCA jelmaan baru ISA yang dulunya mahu dihapuskan, cukai GST yang tidak akan dilaksanakan disebut-sebut akan dimasukkan dalam Budget 2014, perbekalan tambahan sebanyak RM14 bilion yang memburukkan lagi deficit fiskal meskipun yang dijanji adalah perbelanjaan berhermat kerajaan untuk mengurangkan defisit belanjawaan. Janji PM Najib untuk memerangi rasuah sudah sedia dimaklumi rakyat. Ia adalah semacam sumpahnya dalam pelancaran NKRAnya dan Pemandu bertanggungjawab mempastikan janji dan sumpahnya ditunaikan. Najib nyata gagal! |
Wang punca penentangan terhadap Ahmad Said di Kemaman Posted: 05 Oct 2013 07:30 PM PDT Sebaliknya bekas ADUN Air Putih, Datuk Haji Harun Hassan yang membangkitkannya dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian. Wang ehsan yang diberi kepada rakyat Terengganu menjelang hari raya Aidilfitri tidak diberi di tiga DUN di Kemaman (Kemasik, Air Putih dan Cukai) tahun ini kecuali di DUN Kijal yang diterajui Ahmad Said. Ini yang menimbulkan kemarahan ahli Umno kepada Ahmad Said dan ia juga menjadi punca kenapa Mat Dalam mencabar Ahmad Said bagi jawatan tersebut. Ahmad Said dikatakan marah kerana BN tewas di DUN Cukai kepada calon PAS, Hanafiah Mat dengan majoriti 2,446 undi. Hanafiah mendapat 12,457 undi manakala calon BN yang juga Setiausaha Politik Menteri Besr, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid mendapat 10,001 undi. Walaupun calon Naib Ketua Bahagian, Wan Hakim Wan Mokhtar yang menentang Wan Ahmad Nizam mendakwa beliau yang membangkitkan kenapa wang ehsan tidak diberi kepada tiga DUN dalam mesuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kemaman, tetapi menurut sumber, Wan Hakim tidak pernah menyuarakan soal tersebut. Sebaliknya bekas ADUN Air Putih, Datuk Haji Harun Hassan yang membangkitkannya dalam mesyuarat jawatankuasa bahagian. Membela |
Mat Sabu memang seorang pemimpin yang hebat Posted: 05 Oct 2013 07:28 PM PDT Timmy SayDi zaman mudanya, Abang Mat keluar masuk penjara memperjuangkan apa yang dipercayainya sebagai benar. Ramai orang takut pada ISA, tetapi tidak pada Abang Mat. PAS adalah wadah perjuangannya, dan tiada apa yang boleh menyebabkan Abang Mat keluar daripada PAS. Nama Mat Sabu sudah sinonim dengan PAS. Abang Mat adalah simbol toleransi dan friendliness (mudah bersahabat) bagi PAS. "Cubalah kamu ikut saya seminggu. Tengoklah kamu boleh tahan tak?" begitulah cabaran Abang Mat pada saya selalu. Memang sukar untuk mengikut jadual Abang Mat. Hanya manusia yang kental seperti beliau boleh menunaikan semua temujanji itu. Namun, sehebat-hebat Abang Mat, beliau cumalah seorang manusia biasa yang ada kekurangannya. Seperti para peminat artis pujaan, menyebut mengenai kekurangan Abang Mat akan menyinggung perasaan orang yang amat menyayanginya. Membandingkan Abang Mat dengan sesuatu yang lebih baik juga akan menimbulkan pelbagai reaksi daripada para peminatnya, lebih-lebih lagi apabila Abang Mat adalah Timbalan Presiden PAS. Namun, itu lumrah manusia kerana sememangnya ada perkara yang lebih disukai dan ada perkara yang tidak berapa disukai. Semalam timbul kontroversi seperti yang tertera di atas apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Dr Mohd Khairudin Aman Razali dalam satu laporan The Malaysian Insider bertajuk "Timbalan presiden: Mat Sabu jangan kecil hati, kata ulama PAS" menyebut "Timbalan presiden PAS sekarang, Mohamad Sabu adalah seorang pemimpin yang hebat. Cuma barangkali yang kurang adalah fakih (mendalam) soal agama." Read More / Baca Lagi >> |
Dari Ketua Polis Negara ke NGO, Musa tidak minat sertai politik Posted: 05 Oct 2013 07:27 PM PDT HASBULLAH AWANG CHIK Penantian saya terhenti apabila bunyi deruan enjin sebuah motosikal memasuki ruang parkir sebuah hotel. Tepat jam 5 petang, orang yang dinanti tiba seperti dijanjikan dengan mengenakan kemeja lengan pendek biru muda dan berseluar hitam namun motosikalnya diletakkan jauh tidak seperti orang kenamaan lain yang mahu mendapat ruang utama. Setelah memesan minuman, personaliti ini Tan Sri Musa Hassan (gambar) selesa menceritakan penambahbaikan yang dilakukannya semasa menjawat jawatan Ketua Polis Negara. "Mereka menggunakan keganasan dan mewujudkan kumpulan kongsi gelap untuk menjaga kegiatan mereka supaya kawasan mereka tidak diganggu oleh pihak lawan. "Masalah jenayah dalam negara boleh dikurangkan sekiranya setiap agensi kerajaan memainkan peranan mereka seperti memastikan pelajar asing yang datang ke negara ini belajar dan perkara ini di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan," katanya kepada The Malaysian Insider dengan nada tenang dan kata yang tersusun. Beliau turut melahirkan kekesalan apabila aktiviti penjenayah mendapat sokongan orang yang berkepentingan dalam negara kerana menurutnya hal ini menyukarkan pihak polis kerana tidak dapat mengambil tindakan tegas disebabkan sokongan tersebut. Katanya, semasa memimpin pasukan polis, beliau amat menitik-beratkan integriti dan cuba memperbaiki pasukan polis setelah laporan Suruhanjaya Aduan dan Penambahbaikan Pasukan Polis (IPCMC) mendapati polis banyak terlibat dengan rasuah. Read More / Baca Lagi >> |
Tahaluf siyasi: PAS tidak pernah rugi..!! Yang rugi UMNO@BN.... Posted: 05 Oct 2013 07:25 PM PDT PAGOH: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan bahawa tahaluf siyasi yang diamalkan parti itu tidak pernah merugikan PAS, malah dalam banyak segi ia menguntungkan. "PAS pernah beri kerusi pada Datuk Onn Jaafar untuk bertanding dalam pilihan raya," katanya ketika berucap pada Ijtimak Tarbawi 3.0 di Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Muhammadi Kundang Ulu Ledang, dekat sini, semalam Tegasnya lagi, PAS pernah bekerjasama dengan Semangat 46 dan DAP sehingga berjaya mengembalikan Kelantan ke pangkuan PAS. Kemudian pada tahun 1999, PAS bekerjasama pula dengan PKR dan hasilnya berjaya menang di Terengganu pula serta menguatkan pengaruh di Kedah. Malah PAS mula melebarkan pengaruh ke beberapa negeri lain. Sehingga PRU12 sokongan terhadap PAS terus meningkat sehingga menguasai Kedah pula di samping mula bertapak di Johor dan menguatkan penguasaan di Selangor dan Perak. Oleh hal yang demikian sepanjang sejarah PAS bekerjasama dgn lain-lain parti politik, PAS terus berkembang dan semakin kuat. |
Lagi rusuhan kaum jika Melayu kekal miskin, kata Perkasa..!!! Melayu UMNO..??? Posted: 05 Oct 2013 07:24 PM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) tidak menolak kemungkinan satu lagi rusuhan kaum akan tercetus sekiranya kaum Melayu masih kekal miskin di negara ini sambil mahu pembelaan segera daripada kerajaan selain program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata kebajikan orang Melayu yang merupakan 60% daripada 28 juta populasi rakyat Malaysia perlu diberi perhatian dengan menjamin keselamatan dan kestabilan politik mereka. "Apa jaminan yang dapat kerajaan berikan tiada rusuhan kaum seperti 13 Mei 1969 sekiranya orang Melayu kekal tidak mendapat pembelaan? Read More / Baca Lagi >> |
Audit: Pengurusan belanja kerajaan BN makin lemah Posted: 05 Oct 2013 07:22 PM PDT Pengurusan perbelanjaan kerajaan dilihat semakin hari semakin lemah berdasarkan laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan berlakunya perbelanjaan dan pembelian tidak masuk akal. Pensyarah Fakulti Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Amir Baharuddin berkata, akibatnya rakyat terpaksa menanggung kerugian berikutan ketidakcekapan menguruskan kewangan sektor awam berkenaan. "Perbelanjaan perlu cekap dan berhemat kerana kerajaan bekerja untuk rakyat. Rakyat yang miskin tetap miskin. Apa yang berlaku disebabkan kita tidak menjaga amanah negara dengan baik. "Sejak dua tahun lalu, (ketidakcekapan) nampak serius. Kalau dilihat daripada Laporan Audit itu ada perbelanjaan dan pembelian yang tidak masuk akal," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 05 Oct 2013 07:18 PM PDT |
Egypt tightens security, warns Muslim Brotherhood Posted: 05 Oct 2013 07:16 PM PDT |
Obama calls impact of government shutdown 'heartbreaking' Posted: 05 Oct 2013 10:14 AM PDT |
AP Interview: Obama Talks Budget, Iran, Redskins Posted: 05 Oct 2013 09:21 AM PDT |
AP Interview: Obama on the Budget Battle Posted: 05 Oct 2013 09:20 AM PDT |
Andrew Simmons updates on naming of Nairobi mall attackers Posted: 05 Oct 2013 09:19 AM PDT |
Al-Shabab pins Somalia raid on Turkey and UK Posted: 05 Oct 2013 09:17 AM PDT |
Posted: 05 Oct 2013 08:47 AM PDT Mat Saman Kati Dalam PRU 13 yang lalu, penceramah-penceramah, calon-calon, pemimpin dan tukang kempen PAS menggunakan taktik memburukkan lawan. Maki hamun lawan. Tak cukup dengan tenaga yang ada, dipanggil mereka yang murtad Umno untuk berceramah menceritakan keburukan Umno. Dalam masa yang sama, tukang-tukang kempen ini tidak menceritakan apa sistem alternatif yang hendak dibawa. Dan diakhir ceramah..masing-masing meminta pengundi mengundi depa. Pengundi bukan bodoh. Hangpa cakap pung-pang...pengundi tahu hangpa cuma nak jadi YB. Diakhirnya...pengundi tak mau undi PAS sebab hangpa cuma tau menceritakan keburukan orang lain. Akhirnya PAS bukan saja kehilangan satu negeri..malah menjadi parti minoriti dalam PR dari jumlah kerusi. Bukan depa suka sangat kat Umno..tapi pasai depa meluat dengan orang yang hanya tahu tentang keburukan orang lain. Strategi yang gagal dalam PRU lalu sekarang dibawa dalam Pemilihan AJK PAS pulak. Read More / Baca Lagi >> |
Israel dumps on Palestinian rubbish depot Posted: 05 Oct 2013 07:58 AM PDT |
Iran: Diplomatic charm or harm? Posted: 05 Oct 2013 07:57 AM PDT |
Army prepares as marches planned in Egypt Posted: 05 Oct 2013 07:55 AM PDT |
Adakah rakyat terlalu pemaaf atau diperbodohkan oleh pemerintah BN...? Posted: 05 Oct 2013 07:54 AM PDT Oleh: hishamahmad "Sejak begitu lama kita didedahkan dengan salah laku, penyelewengan, pecah amanah, rasuah hinggalah kepada ketidakcekapan dalam melakukan kerja dan dalam menjaga amanah pada jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan melibatkan wang rakyat yang banyak. Tapi kita hanya pejamkan mata, atau buat tidak kisah, bahkan kita salahkan orang yang mendakwa begini ..... ah, ini mesti kerja pembangkang yang dengki! Namun kemudian kita dikemukakan dengan bukti daripada jabatan audit negara sendiri. maka terconganglah kita! namun rakyat yang baik ... telah bersifat memaafkan... Kini keluar lagi ... Laporan Audit yang terbaru. apa nak hairan! laporan ini sekadar mengesahkan dan mengulang-sahkan segala bentuk penyelewengan dan ketirisan yang pelbagai yang berterusan berlaku. Persoalannya, adakah rakyat akan sekali bersikap ... pemaaf? Marilah kita saksikan kronologi sebahagian bukti ini:- (1) Sejak Skandal kes Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion[1] yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim[2] dan skandal kes kerugian Bank Rakyat yang membiayai pertandingan antara petinju agung Muhammad Ali dan Joe Bugner yang menyaksikan tokoh politik melayu, Dato Harun Idris ke penjara[3], negara kita masih terus dirundingi dari masa ke semasa dengan kes-kes pecah amanah yang besar sehinggalah ke hari ini (2) Tragedi Highland Towers[4] (keruntuhan kondominium) di Taman Hillview, Ulu Klang pada 11 Disember 1993. (3) kes keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong, Terengganu pada 2 Jun 2009 yang baru setahun dibina dengan kos RM270 juta,[5] (4) Skandal kes makmal komputer zon Pantai Timur bernilai RM140 juta[6], skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang[7] bernilai berbilion ringgit dan pelbagai lagi kes. (5) kes projek-projek perumahan terbengkalai di mana menurut statistik kementerian perumahan dan kajian tempatan, terdapat 111 pemaju perumahan yang terlibat dengan projek perumahan terbengkalai setakat tarikh 30/11/2012[8]. Read More / Baca Lagi >> |
Audit: Tak gerun undang-undang akhirat Posted: 05 Oct 2013 06:52 AM PDT KOTA BHARU – Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ketidaksempurnaan dalam pentadbiran sesebuah kerajaan berlaku berikutan tidak ada rasa gerun kepada undangundang ALLAH sebaliknya lebih takut kepada peraturan yang diwujudkan manusia. Read More / Baca Lagi >>"Apa sahaja salah laku yang dibuat oleh manusia, tidak kira di Kelantan ataupun di mana sekalipun berpunca daripada orang hormat pada undang-undang yang orang buat dan orang tersebut tidak hormat pada undang-undang ALLAH. "Kalau kita letak tumpuan kita kepada undang-undang ALLAH, kita akan rasa bahawa ALLAH lebih berkuasa, lebih bijak dan pandai, maka automatik orang tak berani nak melawan, selagi kita didik orang hormat pada orang undang-undang yang kerajaan buat, selama itu lah kegerunan itu tiada," katanya kepada media semalam. |
Bual Bicara Bersama Facebookers | 15 September 2013 (FULL HD) Posted: 05 Oct 2013 06:41 AM PDT |
Syiah & Liberal PAS Wajib Bersihkan demi Kesucian Jemaah -YB Senator alSheikh Dato' Dr Johari Mat Posted: 05 Oct 2013 06:38 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan