RAKYAT MARHAEN |
- Laporan Audit Negara tidak jadi iktibar
- DAP: Kerajaan perlu berjimat, henti wujudkan agensi mahal
- PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden
- MP PAS Rantau Panjang Bahas (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014
- Sg Limau: Usaha BN robek kubu PAS
- Dewan Rakyat 29 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (2)
- Dewan Rakyat 29 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (1)
- MTUC gesa kerajaan BN batalkan GST
- NO WONDER 'DISHONEST' NAJIB DASHED OFF OVERSEAS: Budget 2014 BAD NEWS comes out
- ‘GST to bring in RM32 bil in 2016′
- Kerajaan BN abai janji mansuhkan Dasar Kabotaj, kini seksa rakyat dengan GST
- Muktamar: Berundur langkah bijak Nasarudin, Nik Abduh
- UNIVERSITI UTARA MALAYSIA .... AKHIRNYA KUMPULAN ASPIRASI KECUNDANG DI TANGAN PRO-MAHASISWA.
- Dr Mahathir marah Najib kerana dasar terbuka, Mukhriz kalah, kata penganalisis
- Kenaikan gula bakal menyusahkan rakyat
- Bermewah: PM, TPM disaran bayar sendiri bil elektrik, air kediaman rasmi
- Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lawan Mohd Amar?
- Malaysia Masih Aman: Remaja dipukul 20 pelajar di asrama
- Muktamar PAS dan pemimpin yang rendah diri
- 7 YRS ON, Altantuya's bigwig killers stay elusive to the law but we all know who they are!
- Sg Limau: Ustaz Azam terharu dengan sokongan masyarakat
- Anwar Ibrahim: Kamu Biarkan Rasuah, Kamu Biarkan Ketirisan, Kami Akan Lawan Habis-Habisan
- Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 28-10-2013
- MP PKR Wangsa Maju Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
- MP PAS Shah Alam tegur BN Legong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014
Laporan Audit Negara tidak jadi iktibar Posted: 28 Oct 2013 09:16 PM PDT KUALA LUMPUR: Isu ketirisan dan pemborosan dalam jabatan dan institusi kerajaan seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara turut disentuh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika bangun berucap membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, semalam. Read More / Baca Lagi >>Beliau kesal kerana pendedahan dan teguran yang dibuat Ketua Audit Negara terhadap budaya berbelanja jabatan kerajaan tidak dijadikan iktibar dan diperbaiki manakala individu yang terbabit dengan penyelewengan tidak didakwa. "Laporan Ketua Audit Negara dengan ikhlas mendedahkan segala yang berlaku. Sepatutnya, ia dijadikan iktibar dan pengajaran kepada kita semua, malangnya penyelewengan ini terus berulang dari tahun ke tahun. "Pesalah yang lalu tidak dihukum dan dilupakan seperti kes pesawat Skyhawk, Perwaja, KWSP, Tabung Haji dan bermacam lagi. Yang lama dilupakan, datang pula yang baru," ujarnya. Beliau mengumpamakan semua anggota Dewan Rakyat 'berada dalam bahtera yang sama' dan jika bahtera yang dinaiki tenggelam, semua yang berada dalam bahtera itu akan tenggelam. |
DAP: Kerajaan perlu berjimat, henti wujudkan agensi mahal Posted: 28 Oct 2013 09:15 PM PDT DAP hari ini menggesa kerajaan mengambil langkah berjimat supaya ia selaras dengan gesaannya kepada rakyat selepas pembentangan Bajet 2014 minggu lalu, serta mengkritik penubuhan agensi baru yang berkos mahal. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sepatutnya terlebih dahulu mengurangkan perbelanjaan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang diunjur meningkat 13% daripada RM14.6 bilion kepada RM16.5 bilion pada 2014 nanti. "Najib juga perlu turut sama berjimat dengan mengurangkan perbelanjaan di jabatannya," kata Ong dalam satu kenyataan hari ini. "Dalam jawapan Parlimen saya pada 1 Oktober, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia adalah RM830, 500, gaji bulanannya kira-kira sebanyak RM69, 000. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula dibayar gaji tahunan sebanyak RM480,000 (RM40, 000 sebulan). "Semua CEO ini dibayar bulanan lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara yang mempunyai gaji bulanan RM23, 577," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
PAS tolak GST kerana bebankan rakyat - Presiden Posted: 28 Oct 2013 09:14 PM PDT KUALA LUMPUR: PAS dan Pakatan Rakyat menolak pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kerana ia satu bentuk cukai yang tidak adil dan membebankan rakyat berpendapatan rendah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Read More / Baca Lagi >>Berucap membahaskan bajet 2013 di Dewan Rakyat semalam, Tuan Guru Abdul hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, walaupun Perdana Menteri mengumumkan barangan seperti budu, cencalok dan tempoyak tidak dikenakan GST, namun bahan makanan tradisional itu memerlukan ramuan seperti garam dan gula serta minyak (petrol dan diesel) untuk pengangkutan. Tuan Guru Abdul Hadi turut menjelaskan peri pentingnya pemimpin negara bersikap adil dalam proses mengenakan cukai kepada rakyat seperti Khalifah Umar Abdul Aziz yang menolak permintaan seorang gabenor untuk menaikkan cukai bagi menampung kewangan negara. |
MP PAS Rantau Panjang Bahas (D.R. 21/2013) Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Posted: 28 Oct 2013 09:07 PM PDT |
Sg Limau: Usaha BN robek kubu PAS Posted: 28 Oct 2013 08:54 PM PDT |
Dewan Rakyat 29 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (2) Posted: 28 Oct 2013 08:53 PM PDT |
Dewan Rakyat 29 Okt 2013: Sesi Pertanyaan jawab lisan (1) Posted: 28 Oct 2013 08:52 PM PDT |
MTUC gesa kerajaan BN batalkan GST Posted: 28 Oct 2013 08:20 PM PDT Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang terdiri daripada 800,000 ahli menentang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dilihat membebankan pekerja berpendapatan rendah dan rakyat terbeban dengan cukai berganda dikenakan kepada mereka. Presidennya, Mohd Khalid Atan, berkata golongan pekerja yang akan terkesan dengan pelaksanaan GST adalah mereka yang bergaji rendah dan pertengahan selain kerajaan tidak memberi jaminan kenaikan barang melampau tidak berlaku. "Apa bukti kerajaan GST tidak membebankan rakyat? Meskipun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendakwa barangan keperluan asas tidak dikenakan GST, namun barangan seperti sayur dan ikan sudah beberapa kali mencatatkan kenaikan harga. "Kita sendiri pun tahu siapa yang akan dikenakan GST. Ia bermula daripada pengilang, pemborong, peruncit dan akhir sekali kepada pengguna," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Mohd Khalid berkata, golongan pekerja semakin menderita apabila satu persatu harga barangan keperluan asas dinaikkan kerajaan sebelum pelaksanaan GST pada April 2015. Katanya, meskipun pembentangan Perdana Menteri menyebut tiada kenaikan harga barang apabila GST dilaksanakan namun subsidi gula dikurangkan sebanyak 34 sen dan subsidi petrol dikurangkan 20 sen. "Jika satu persatu kerajaan menaikkan harga barangan keperluan, apa yang akan terjadi kepada golongan pekerja? Pekerja yang mendapat gaji di bawah RM900 masih sekitar 40% daripada tenaga kerja negara. Read More / Baca Lagi >> |
NO WONDER 'DISHONEST' NAJIB DASHED OFF OVERSEAS: Budget 2014 BAD NEWS comes out Posted: 28 Oct 2013 08:16 PM PDT I refer to Budget 2014 delivered by the Prime Minister on 25th October 2013. This budget is shocking in its complete disregard of the most needy and deprived sections of our society. The BN government has unforgivably ignored the poor, the disabled and senior citizens. A total sum of RM 1.29 billion has been allocated for assistance to the poor, disabled and senior citizens. This is only about 0.5 % of the total budget amount of RM 264.15 billion! The PM in his speech grandly announced RM 441 million for the disabled community. But in fact the disabled are getting less than they did under Budget 2013! Under socioeconomic aid, the disabled are allotted RM 309,263,800 compared to RM 315,263,800 in Budget 2013. With increasing prices and the inflation factor, why reduce economic aid to the disabled? This fact was cleverly and dishonestly hidden by the Prime Minister when making his announcement on Friday. Further, no other initiatives whatsoever were announced by the PM to better the difficult lives of the disabled community in Malaysia. Similarly, the socioeconomic aid to the poor has been quietly reduced by the government. From 272,381,000 in Budget 2013, it has been reduced to RM 270,024,000 in Budget 2014. Meanwhile, aid to senior citizens was reduced from RM 489,000,000 in 2013 to RM 479,714,900 in Budget 2014. |
‘GST to bring in RM32 bil in 2016′ Posted: 28 Oct 2013 08:14 PM PDT In 2015, the govt expects to see a RM3.8 billion 'profit' from the introductions of the Goods and Services tax (GST) The GST as announced by Prime Minister Najib Tun Razak in the Budget 2014 last Friday, will be enforced on April 1, 2015. Mohd Irwan said if the government remained with the current sales and services tax (SST), it will only receive revenue of RM14.4 billion for the same period. The single tax GST which will replace the SST, has been pegged at 6%. He also said the GST is likely to bring in RM32 billion in revenue for the full year of 2016. "After the corporate tax (reduction), BR1M and refund of the sales tax under the GST, the net effect of the GST would be RM3.8 billion and RM9 billion for the government in 2015 and 2016 respectively," he told reporters after the Post-Budget 2014 Dialogue, organised by Malaysian Economic Association yesterday. |
Kerajaan BN abai janji mansuhkan Dasar Kabotaj, kini seksa rakyat dengan GST Posted: 28 Oct 2013 08:12 PM PDT Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tanpa penyelarasan itu, penduduk di Sabah dan Sarawak tentu akan menerima kesan besar susulan perbezaan berbanding harga di Semenanjung. "Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, pelbagai janji ditabur BN kepada rakyat Sabah antaranya mahu laksanakan '1Malaysia 1Harga' iaitu memansuhkan Dasar Kabotaj. "Dasar Kabotaj ini menyebabkan harga barangan di Sabah dan Sarawak lebih tinggi berbanding di Semenanjung. "Tapi sehingga kini kita lihat dalam Bajet 2014 baru-baru ini tidak ada sebarang pengumuman untuk memansuhkannya. Sudah lima bulan selepas PRU-13, mengapa dalam Bajet 2014 tidak disebut langsung mengenai janji mereka?," soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen DAP Bagan turut menyatakan bahawa kerajaan juga sehingga kini tidak mempunyai sebarang inisiatif untuk menambah royalti minyak kepada Sabah seperti yang dijanjikan. Dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat kepadanya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyatakan bahawa royalti minyak tidak dinaikkan daripada lima kepada 20 peratus seperti dijanjikan pada PRU-13 lalu adalah tidak tepat. Abdul Wahid berkata, satu daripada manifesto BN adalah meneruskan bayaran tunai khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi serta pembangunan sehingga melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas. Menurut Abdul Wahid lagi, jumlahnya kini telah melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas di Sabah. |
Muktamar: Berundur langkah bijak Nasarudin, Nik Abduh Posted: 28 Oct 2013 08:08 PM PDT Seperti sepakat pula ketua pemuda Pas Nasarudin Hassan dengan timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengambil keputusan meninggalkan kepimpinan pemuda. Semalam Nasarudin mengumumkan dia tidak akan mempertahankan jawatan itu atas alasan mahu memberi laluan kepada orang muda. Beliau kini sudah berusia 43 tahun dan memimpin dewan itu sudah dua penggal selepas mengambilnya dari Salahuddin Ayub. Beberapa hari sebelum ini Nik Abduh telah mengumumkan yang dia tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya. Nik Abduh baru sepenggal menjadi timbalan ketua pemuda. Dia tidak menjelaskan kenapa dia mengambil keputusan. Namun pemerhati politik dapat mengagak kenapa? Mungkin kerana soal prestasi... sebab untuk menduduki jawatan sepenting itu bukan gampang semudah membelek muka surat Quran dan baca atau sesemesik menulis catatan ilusi dalam facebook. Dari satu sudut tindakan kedua-dua pemimpin pemuda Pas ini boleh dipuji. Mereka berundur sendiri tanpa ada desakan. Ini menunjukkan mereka sedar diri dan insaf. Tindakan mereka berdua itu juga tidak menampakkan mereka gilakan jawatan atau sengaja menanti di jalan bersimpang dihadapan untuk dicabar atau didesak berhenti. Bagaimana pun ahli parlimen Temerloh dan Pasir Mas itu akan cuba mendapatkan tempat dalam jawatankuasa Pas pusat dengan bertanding merebut jawatan Ajk Pas pusat. Rasa pelek sedikit kenapa mereka meninggalkan pemuda dan ingin memasuki ke saf hirearki tertinggi Pas menerusi Ajk. Tidakkah sebagai penjawat jawatan itu; ketua pemuda, mereka sudah pun berada dalam jawatankuasa Pas Pusat? Read More / Baca Lagi >> |
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA .... AKHIRNYA KUMPULAN ASPIRASI KECUNDANG DI TANGAN PRO-MAHASISWA. Posted: 28 Oct 2013 08:04 PM PDT KUBU KUAT "ASPIRASI" SELAMA 22 TAHUN DI UUM TUMBANG DITANGAN "PRO-MAHASISWA", MALAM TADI ..... BERANI BERUBAH. LISTEN, LISTEN, LISTEN!!! Kejutan Berlaku Di PRK UUM Yang Terkenal Dengan Kubu Kuat "Aspirasinya" Apabila "Kalah Banyak Kerusi" Malam Tadi Setelah Tranformasi Mahasiswa Universiti Utara Malaysia (PRO-MAHASISWA) Memenangi 14 Kerusi (Termasuk 5 Kerusi Umum Dari 8 Kerusi,). Dan Yang Paling Menggembirakan, Tokoh Pelajar "LISTEN" Yang Pernah Menciptakan Fenomena Tempohari, Miss BAWANi Turut Memenangi Kerusi Umum Yang Dipertandingkan... Tahniah Buat Siswa UUM Yang Berani Membuat "Perubahan" BERIKUT KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA KAMPUS UNIVERSITI UTARA MALAYSIA SESI 2013/2014 KERUSI UMUM TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 5 KERUSI PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 2 KERUSI BEBAS : 1 KERUSI KERUSI PUSAT PENGAJIAN TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 7 KERUSI PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 3 KERUSI KESELURUHAN : TRANSFORMASI MAHASISWA (PRO-MAHASISWA) : MENANG 12 KERUSI PERUBAHAN UUM (ASPIRASI) : MENANG 5 KERUSI BEBAS : 1 KERUSI. |
Dr Mahathir marah Najib kerana dasar terbuka, Mukhriz kalah, kata penganalisis Posted: 28 Oct 2013 07:58 PM PDT Kritikan secara terbuka Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak mengejutkan penganalisis yang mengandaikan kekalahan Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu mungkin menjadi pemangkin kepada serangan itu. Bagaimanapun, penganalisis berpendapat, masyarakat Malaysia hari ini lebih terbuka terhadap kritikan berbanding zaman pemerintahan Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003 dahulu. "Saya melihat landskap politik di Malaysia sudah dapat menerima kritikan namun persoalannya sama ada dibenarkan atau tidak, Dr Mahathir tetap diberikan kebenaran untuk memberikan pandangan," kata Pensyarah Universiti Pengurusan Singapura, Profesor Bridget Welsh ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam. Welsh berkata, Najib sudah berdepan cabaran yang sangat getir daripada pembangkang dan kini beliau terpaksa berdepan tentangan daripada veteran Umno sendiri. "Tiba masa Najib mengorak langkah sendiri dengan keputusan pemilihan Umno yang diumumkan tempoh hari," katanya. Sementara itu, penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Profesor Dr Jayum A Jawan, berkata kritikan Dr Mahathir itu mahu menyumbang kepada pengukuhan kepimpinan Najib, tetapi tidak kena pada tempatnya. Katanya, jika teguran disampaikan dengan cara betul maka Najib pasti dapat menerimanya malah teguran seperti itu memberi kesan besar apabila seorang negarawan yang melakukannya. "Saranan Dr Mahathir itu mungkin berpunca daripada kekalahan Mukhriz dalam merebut jawatan naib presiden Umno namun kekalahan itu perlu dilihat kekurangan 10 undi bahagian sahaja berbanding Datuk Seri Hishammuddin Hussein. "Ada asasnya jika Dr Mahathir tidak berpuas hati terutama kepada sistem pemilihan Umno yang jelas tidak menggambarkan suara keseluruhan perwakilan. Memberi pemberat kepada semua bahagian sama iaitu satu bahagian dengan satu undi adalah perkara yang tidak wajar. Read More / Baca Lagi >> |
Kenaikan gula bakal menyusahkan rakyat Posted: 28 Oct 2013 04:37 PM PDT Persatuan Pengguna untuk mengekalkan harga makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. Dalam masa dua minggu sahaja, sebanyak 20% kenaikan harga kuih muih seperti roti, kek dan juga terdapat kemungkinan peningkatan sebanyak 20 sen kepada 30 sen untuk se cawan minuman. Ketua PKR Wanita Negeri, Voon Shiak Ni (gambar) menggesa Persatuan Pengguna untuk mengekalkan harga makanan dan minuman pada harga yang berpatutan. "Kita memahami bahawa kenaikan harga petrol dan gula tidak dapat dielakkan akan membawa kepada peningkatan harga makanan dan minuman," "Kita tidak boleh menyalahkan pengusaha kedai makanan untuk menaikkan harga makanan dan minuman kerana kenaikan kos pengeluaran dan kos operasi, "Ia akan menjadi sangat sukar bagi keluarga untuk memenuhi keperluan, apabila roti mentega akan berharga sekitar RM1.50 atau lebih," tegas beliau Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini menaikkan harga gula kepada RM2.85 untuk mengelak penularan diabetes. PM Najib Razak juga menambah bahawa penggunaan gula yang berlebihan tidak bagus untuk seks. |
Bermewah: PM, TPM disaran bayar sendiri bil elektrik, air kediaman rasmi Posted: 28 Oct 2013 04:25 PM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya,Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu menanggung sendiri bil elektrik dan air di kediaman rasmi mereka dengan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Read More / Baca Lagi >>Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke, berkata cadangan itu berikutan peningkatan bil elektrik di kediaman rasmi dua pemimpin berkenaan iaitu sebanyak RM8,500 sehari, berbanding RM6,000 dua tahun lalu, lapor Media Selangorku. Katanya, jumlah itu menjadikan perbelanjaan bil elektrik di Kompleks Seri Perdana lebih RM2.2 juta, manakala lebih RM300,000 dibelanjakan untuk bil air, pada tahun lalu. Bagi Kompleks Sri Satria pula lebih RM865,000 dibelanjakan untuk bil elektrik, manakala perbelanjaan bil air sebanyak RM99,264. "Najib minta rakyat supaya berjimat cermat tetapi ketika ini, beliau dan timbalannya yang boros mengurus perbelanjaan kos elektrik dan air di kediaman rasmi mereka," katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini. |
Timbalan Presiden PAS: Mat Sabu lawan Mohd Amar? Posted: 28 Oct 2013 04:21 PM PDT Pertandingan dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS mungkin berlaku pertembungan antara penyandangnya Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah walaupun Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendapat pencalonan terbanyak bagi jawatan itu. Pertembungan antara Mohamad dengan Mohd Amar akan menyaksikan perlawanan satu lawan satu antara kumpulan ulama dan bukan ulama. Mohamad sudah mengesahkan sejak dari awal lagi akan mempertahankan jawatannya itu dan kempen secara rasmi juga bermula melalui Facebook apabila satu akaun "Matsabu4tp" dibuka. Tuan Ibrahim sehingga kini masih belum membuat keputusan walaupun dikatakan lebih bersedia untuk bertanding jawatan naib presiden sahaja kerana belum bersedia menggalas jawatan nombor dua PAS itu buat masa ini. Beliau kini bertarung antara kehendak sendiri, pimpinan tertinggi parti atau pencalonan yang dibuat oleh pimpinan PAS kawasan di seluruh negara. Muktamar PAS ke-59 akan diadakan pada 22 hingga 24 November depan di Shah Alam dan pemilihan pucuk pimpinan utama parti akan diadakan. Datuk Seri Abdul Hadi Awang menang kerusi presiden tanpa bertanding baru-baru ini apabila tiada pencabar dan merupakan satu-satunya calon yang layak untuk jawatan itu. Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Masih Aman: Remaja dipukul 20 pelajar di asrama Posted: 28 Oct 2013 08:27 AM PDT |
Muktamar PAS dan pemimpin yang rendah diri Posted: 28 Oct 2013 08:21 AM PDT Yusuf ArifBukan sekadar itu, bahkan dunia juga memerhati perkembangan PAS secara dekat, apabila kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terlibat secara langsung dalam beberapa rundingan damai dalam menyelesaikan beberapa konflik di Asia Barat khusus di Yaman, Syria dan Mesir. Kejayaan beliau mempengaruhi gerakan Islam untuk mengambil jalan moderat khususnya mempromosikan kerjasama politik dan demokrasi di negara Islam, menjadi titik penting kepada pemerhatian dunia kepada PAS. Ramai tokoh PAS yang boleh dimajukan ke hadapan untuk memimpin, tetapi tersekat dek sikap merendah diri dan tidak mahu bertembung yang menguasai diri. Jika dahulu tokoh seperti Dr Harun Din yang menolak sebarang pencalonan melibatkan pertandingan, kini perkara itu menjalar kepada tokoh seperti Tuan Ibrahim Tuan Man, Suhaizan Kayat dan lain-lain. Kedua-duanya ada bakat , pengalaman tersendiri. Beberapa kali dicalonkan ke jawatan penting tertentu, tetapi kerap menolak. Berbeza Mohamad Sabu dan Mahfuz yang sejak awal bertanding Ketua Pemuda, Naib Presiden beberapa kali dan Timbalan Presiden. Ada masa kalah dan ada masa menang. Tetapi mereka tidak mengalah, berundur, merajuk atau berkonflik. Terus maju ke depan, walaupun dilihat seperti tegang sedikit di musim pemilihan. Parti tidak pecah disebabkan mereka berlawan tetapi terus maju ke depan. Suhaizan yang terlibat dalam PAS sejak tamat pengajian, bermula sebagai pemimpin cawangan, kawasan, negeri dan Pusat. Lulusan Sarjana Sains Komputer UTM ini pernah dipecat sebagai pensyarah UTM pada 2002 disebabkan aktif PAS ketika itu, sebelum terjun sepenuh masa dalam PAS. Read More / Baca Lagi >> |
7 YRS ON, Altantuya's bigwig killers stay elusive to the law but we all know who they are! Posted: 28 Oct 2013 08:17 AM PDT Despite a detailed confession of pre-meditated murder from Sirul Azhar bin Haji Umar (IC No: RF12559) recorded in Police Report No: 7380/06 on 9 November 2006 at 1635 hrs by Inspector Nom Phot a/l Prack Dit, the Court of Appeal on August 23rd this year decided to let both Sirul Azhar and his instigator Capt. Azilah Hadri walk free. It has been established that Capt. Azilah Hadri was from the elite UTK (Special Operations Unit of the Royal Malaysian Police) and had served as personal bodyguard to then defence minister and deputy prime minister Najib Razak. He was summoned by Najib's ADC and security chief, DSP Musa Safri, after Abdul Razak Baginda reported to his close friend and biggest client Najib Razak, that he was being harassed relentlessly by a very determined Mongolian woman demanding her share of a RM540 million kickback from a top secret French submarine deal. Sirul Azhar stated in his police statement that he was recruited by Azilah to assist in "taking care" of a nuisance named Aminah alias Altantuya Shaariibuu. He even added that a cash reward of RM50,000 –100,000 was involved. I doubt Sirul knew who had made the offer, and even if he did, whatever name he mentioned would have been deleted from his statement by police officers eager to protect the VVIPs in Umno Baru. 'Taken care' of at least 6 others! The third accused in the gruesome murder trial was Abdul Razak Baginda who submitted a sworn affidavit to the effect that he had briefed Capt. Azilah Hadri on the problem of Altantuya. Razak Baginda said Capt. Azilah had assured him he was quite up to the task, even boasting that he had previously "taken care" of at least six others. Nobody in their right mind would confess to cold-blooded murder - more so when the victim is unknown to them and happens to be a pretty woman given the brush-off by some well-heeled and politically connected casanova. Altantuya was obviously not a hardcore criminal. Who would have had the heart to shoot her twice in the head point blank even as she was pleading for her life – and that of her unborn child? Whatever crime she might have committed, blackmail for example, she deserved her day in court. Every policeman knows that – or should in any case. However, Capt. Azilah Hadri and Sirul Azhar weren't ordinary cops. They were commandos with the UTK, trained as crack sharpshooters and willing to carry out orders without question. Whose orders? Surely they would not obey Abdul Razak Baginda – a mere civilian, albeit one with political clout? The orders had to come from a superior police officer, in this instance Najib Razak's ADC, former DSP Musa Safri, who has since been promoted and transferred to a different state. Political masters must take the ultimate responsibility Why was Musa Safri never called as a witness during the trial, which ran a record 159 days? He was security chief and ADC to Najib Razak and Rosmah Mansor. Whatever action he took would have been at their behest, in the interest of their personal security. DSP Musa Safri was clearly a loyal servant to his political masters. They are ones who must accept ultimate responsibility for the actions of their loyal servants – particularly if these actions involved abduction and cold-blooded murder, topped by the use of military-grade plastic explosives to destroy evidence of a dead body carrying an unborn child. We must not forget that somebody in the Immigration Department deliberately deleted from the computer database all entry records of Altantuya Shaariibuu and her companions. Who would have the authority to order such a criminal act? In October 2006 when the drama unfolded the Ministry of Home Affairs (which controls the Immigration Department) had recently been restructured and, although Mohd Radzi Sheikh Ahmad was nominally in charge, it was a period of confusion without clear lines of command. There must be someone very high in the power hierarchy to accomplish these grievous misdeeds without a hitch (almost). Who does all the evidence point to? Who is the common denominator in this complex web of intrigue? |
Sg Limau: Ustaz Azam terharu dengan sokongan masyarakat Posted: 28 Oct 2013 07:57 AM PDT JERAI: Sebilangan besar penduduk Dun Sungai Limau mengakui calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau Ustaz Mohd Azam Abd Samat seorang yang tidak lekang dengan senyuman dan lemah lembut ketika berbicara. Membuka topik senyum dengan empunya diri, Ustaz Azam, 37, berkata sejak kecil ibunya sentiasa berpesan agar sentiasa senyum ketika bertemu atau berurusan dengan orang lain. "Saya diajar oleh emak supaya sentiasa senyum. Kita kena sentiasa baik sangka dengan orang Insya Allah orang pun tak ada masalah dengan kita. "Kalau tanya pelajar saya pun mereka tahu saya bagaimana, mereka kata saya sentiasa senyum," katanya sambil ketawa kecil ketika ditemui Harakahdaily sewaktu rehat tengah hari di Markaz Induk PAS PRK Sungai Limau, Batu 15 semalam. Bertanya mengenai rutin kempen sehari-hari, Azam berkata rutin harian tidak banyak berubah cuma ditambah dengan program-program bertemu masyarakat. "Tak banyak yang berubah sebab saya seorang guru, selalu bertemu denan palajar dan ibu bapa, solat berjemaah di masjid cuma dalam tempoh kempen ini apa yang dilakukan mesti mendekatkan kita dengan masyarakat. Read More / Baca Lagi >> |
Anwar Ibrahim: Kamu Biarkan Rasuah, Kamu Biarkan Ketirisan, Kami Akan Lawan Habis-Habisan Posted: 28 Oct 2013 07:29 AM PDT |
Sg Limau: Lensa Kempen Ustaz Azam - 28-10-2013 Posted: 28 Oct 2013 06:31 AM PDT |
MP PKR Wangsa Maju Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 28 Oct 2013 06:14 AM PDT |
MP PAS Shah Alam tegur BN Legong Bahas (D.R. 21/2013) RUU Perbekalan 2014 Posted: 28 Oct 2013 06:12 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan