Rabu, 23 Oktober 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Sg Limau: Pendekatan damai Ustaz Azizan diteruskan

Posted: 23 Oct 2013 09:34 PM PDT


JERAI: Calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat bertekad meneruskan agenda dan perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan Razak jika diberi mandat oleh para pengundi.

"Di antara agenda Almarhum Ustaz Azizan semasa hayatnya adalah melaksanakan pendekatan damai di kalangan masyarakat pelbagai fahaman politik.

"Realiti yang tidak dapat dielakkan di kalangan masyarakat adalah terdapat pelbagai kelompok yang berpegang kepada pendirian atau keyakinan masing-masing.

"Perbezaan tidak boleh dijadikan alasan untuk masyarakat kita berpecah, pendekatan itulah yang dilakukan oleh Ustaz Azizan sehingga tiada di kalangan rakyat yang tersisih dari mendapat perhatian sewaktu beliau menjadi wakil rakyat," terang Ustaz Azam.

Sebagai tenaga pendidik, Ustaz Azam bercita-cita menyemarakkan lagi penghayatan Islam melalui pendidikan dan dakwah di kalangan masyarakat. Katanya, tugas sebagai wakil rakyat bukan penghalang untuk melaksanakan tuntutan tersebut, bahkan peranan tersebut mungkin dapat dibuat dengan lebih berkesan.

Bercakap kepada Harakahdaily, Ustaz Azam meletakkan beberapa visi penting sebagai calon mahupun seandainya menang nanti.
Read More / Baca Lagi >>

Dewan Rakyat 24 Oktober 2013: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 23 Oct 2013 09:31 PM PDT

KUMPULAN ASPIRASI KALAH TERUK DI TANGAN GABUNGAN MAHASISWA UKM (GMUKM)

Posted: 23 Oct 2013 09:29 PM PDT



Proses pembuangan undi bagi Pilihanraya kampus Universiti Kebangsaan Malaysia yang berlangsung semalam menyaksikan kemenangan menjadi milik GMUKM dengan majoriti yang besar.

Hasil tinjauan mendapati, sebanyak 22 kerusi calon berjaya dimenangi oleh GMUKM daripda 27 jumlah kerusi keseluruhannya. Kumpulan dari Aspirasi hanya berjaya memenangi 4 kerusi dan selebihnya satu kerusi dimenangi oleh calon bebas.

Kemenangan pada sesi kali ini menyaksikan GMUKM berjaya mengekalkan kemenangan 3 kali berturut-turut dengan mengalahkan Aspirasi UKM bermula pada sesi 2010/2011.

Perjalanan proses pilihanraya kampus UKM kali ini bermula dengan proses penamaan calon pada 18 Oktober lalu dan diberi tempoh berkempen selama 4 hari kepada semua calon yang bertanding sehinggalah jam 12 tengah malam sebelum proses pembuangan undi berlaku.

Makna kemenangan besar Pro-Mahasiswa di UKM

Posted: 23 Oct 2013 09:25 PM PDT

Tahniah buat rakan-rakan GMUKM (Pro-Mahasiswa di UKM) yang menang besar dalam PRK hari ini, khabarnya menguasai 22 daripada 27 kerusi yang dipertandingkan.

Tanggungjawab besar menanti anda, terutama untuk memberikan makna dan pengisian kepada gerakan pelajar yang matang, berwibawa dan berkesan.

Proses PRK yang bermula hujung Khamis lepas, dengan pelbagai karenah memalukan, khususnya komplot HEP ...(yang sewajarnya mengendalikan pilihan raya kampus dengan adil, bebas dan bersih), dan Kementerian Pendidikan, patut diambil iktibar.

Sesungguhnya tntutan agar PRK dikendalikan oleh badan bebas dan lebih berwibawa termasuk melibatkan mahasiswa sendiri -- dan bukan lagi HEP -- wajar diperjuangkan dengan lebih serius dan sistematik.

Ketempangan proses dan sistem PRK mesti didedahkan kepada masyarakat umum. Universiti yang sepatutnya menunjukkan teladan bagaimana demokrasi diamalkan, rupa-rupanya menunjukkan contoh buruk dan mengaibkan.
Read More / Baca Lagi >>

GMUKM menang bergaya Pilihan raya Kampus UKM

Posted: 23 Oct 2013 09:24 PM PDT

KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) menang besar pada pilihan raya kampus kali ini. Kerusi yang dimenangi adalah sebanyak 22 kerusi, manakala  4 Aspirasi dan 1 Bebas.

Pengumuman ini telah dibuat secara rasmi oleh TNC HEPA UKM, Prof Othman Karim selaku ketua jawatankuasa pemilihan pelajar di Pusat Teknologi Maklumat di UKM.

Walaubagaimanapun, peratus pelajar yang keluar mengundi pada pilihan raya kampus kali ini sedikit merudum, iaitu sebanyak 60% berbanding sebelum pada ini melebihi 80%.

"Hal ini mungkin disebabkan oleh kesediaan pelajar UKM dalam menghadapi suasana pilihanraya kampus dalam keadaan terkejut, kerana selepas cuti hari raya  Aidiladha," ujar Pengerusi GMUKM, Abdullah Sani Hashim.

Katanya, antara faktor kekuatan GMUKM adalah dengan kehadiran rakan baru seperjuangan Student Unity Front (SUF) yang mewakili kaum Chinese di UKM.
Read More / Baca Lagi >>

PRK pasca PRU-13: BN 1 – PR 0

Posted: 23 Oct 2013 09:13 PM PDT


KETIKA pilihan raya kecil Dun Manek Urai pada 14 Julai 2009, PAS hanya mampu meraih kelebihan 65 undi majoriti. Sedangkan sebelum itu pada pilihan raya umum 2008, calon PAS menang majoriti 1,352 undi.

Sebaliknya di Dun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak menang majoriti 2,774 undi. Kalau dicongak-congak situasi hampir antara Manek Urai dan Sungai Limau.

Cuma berbezanya pilihan raya kecil (PRK) di Kelantan PAS muncul sebagai kerajaan, sebaliknya Sungai Limau pula PAS di posisi pembangkang.

Majoriti di Sungai Limau jauh lebih besar berbanding Manek Urai. Berdasar statistik itu, mampukah kemenangan masih berkiblat kepada PAS.

Begitu juga kalau diambil kira petunjuk di Kuala Besut pada 24 Julai lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: PAS sedia angkut pengundi jika banjir – Mahfuz

Posted: 23 Oct 2013 09:12 PM PDT


JERAI: PAS akan menyediakan kelengkapan bagi membawa pengundi jika banjir berlaku sewaktu hari pengundian PRK Dun Sungai Limau pada 4 November nanti.

Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sunga Limau, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut akan dibincang bagi memastikan tindakan segera dapat diambil apabila berlaku banjir.

"Kita akan membincangkan tindakan yang perlu diambil jika berlakunya bencana alam seperti banjir, ini amat penting apabila kita melihat keadaan cuaca yang tidak menentu.

"Apa yang pasti kita akan menyedia bot kecil bagi tujuan mengangkut pengundi-pengundi yang tidak dapat keluar akibat banjir.

"Kita telah lihat apa yang berlaku pada PRK Tenang, Johor sebelum ini dan langkah segera perlu kita rencanakan bagi memastikan ia berjalan lancar tanpa sebarang masalah," kata beliau ketika ditemui di Markas Induk PRK Sungai Limau.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu juga berharap agar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menyediakan kemudahan seperti bot kecil, pelampung serta beberapa kemudahan lain bagi melancarkan proses pengundian jika berlaku banjir.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Ust Mohd Azam mampu kekalkan legasi

Posted: 23 Oct 2013 09:11 PM PDT

Calon Pas bagi PRK Dun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat diyakini mampu mengekalkan legasi Pas di kawasan itu yang sinonim dengan bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Mohd Nasir Zakaria berkata, walaupun BN berkempen dengan aura Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir yang dikaitkan dengan pengaruh bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, namun ia belum cukup kuat untuk merobek benteng Pas di Dun terbabit.

"Aura Azizan sudah lama bertapak di Dun Sungai Limau, bukan mudah untuk BN menceroboh benteng itu yang sudah lama bertahan sejak lima penggal lalu," katanya.

Bagaimanapun, Mohd Nasir tidak menafikan kedua-dua calon sama ada dari Pas mahupun BN menumpang populariti kedua-dua tokoh terbabit, iaitu Azizan dan Mukhriz.

"Mohd Azam dibayangi Azizan, manakala calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dibayangi Mukhriz.  Mereka bukan sahaja tokoh ilmuwan dan agamawan di kawasan ini, namun dikenali, siapa yang lebih menjadi favourite masih jadi tanda tanya," katanya.

Mohd Nasir berkata, Mohd Azam yang juga Ketua Pemuda Pas Jerai merupakan anak didik Azizan sejak beliau bergelumang dalam politik.

Read More / Baca Lagi >>

Impi urus Lynas, gagal selia empangan

Posted: 23 Oct 2013 09:08 PM PDT

tnb chang lih kangSHAH ALAM 24 OKT: Parti Keadilan Rakyat (PKR) kesal dengan kegagalan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menyediakan sistem amaran awal yang secukupnya sebelum membuka pintu empangan hingga mengakibatkan kejadian banjir kilat di Cameron Highland, awal pagi semalam.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Chang Lih Kang, berkata beberapa penduduk memaklumkan siren amaran yang dibunyikan TNB tidak berapa jelas kedengaran disebabkan bunyi hujan, pada awal pagi semalam.
Katanya, tambah memburukkan siren itu hanya dibunyikan kira-kira 10 hingga 15 minit sebelum pintu empangan hidroeletrik Sultan Abu Bakar dibuka menyebabkan ramai penduduk tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri.
"Penduduk yang saya temui menyalahkan TNB kerana tidak memberi notis, manakala siren yang dibunyikan pula terlalu singkat hingga mereka tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyelamatkan diri.
"Ada juga yang memberitahu saya, mereka tidak dengar siren yang dibunyikan pada awal pagi itu kerana hujan lebat malam tadi (kelmarin). Kerajaan harus serius dalam hal ini, jika empangan tidak boleh diurus, bagaimana isu seperti Lynas ingin diselia," katanya ketika dihubungi TV Selangor, di sini, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Selangor: Pendapatan isi rumah RM3,000 layak terima hadiah masuk universiti

Posted: 23 Oct 2013 09:07 PM PDT

hadiah anaka masuk uSHAH ALAM 24 OKT : Mesyuarat Exco Kerajaan Selangor meluluskan had kelayakan Hadiah Anak Masuk Universiti daripada pendapatan seisi rumah RM1,500 kepada RM3,000 sebulan.
Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Manusia, Dr Halimah Ali, berkata pelaksanaan skim itu dipersetujui memandangkan status kewangan negeri yang kukuh dan sudah berkuatkuasa, pada Mei lalu.
Dr Halimah berkata, kelulusan had kelayakan itu adalah pelaksanaan manifesto pertama kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
"Pada asalnya, kita mahu memasukkan pelaksanaan ini dalam rangka kerja 2014 tetapi dengan kebijaksanaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjaga kewangan Kerajaan Selangor, membolehkan usaha ini dilaksana lebih awal.
Read More / Baca Lagi >>

Perundangan Syariah adil untuk semua

Posted: 23 Oct 2013 09:04 PM PDT


Negara Brunei Darussalam adalah sebuah negara berdaulat yang terletak di pantai utara pulau Borneo, di Asia Tenggara.

Majoriti penduduknya beragama Islam dan sistem politik di negara ini ditadbir oleh perlembagaan dan tradisi kebangsaan Melayu Islam Beraja, konsep Melayu Islam Beraja (MIB).

Ketiga-tiga komponen MIB perlindungan budaya Melayu, agama Islam, dan rangka kerja politik di bawah pemerintahan beraja. Dua sistem perundangan diamalkan iaitu 'common law' dan juga perundangan Syariah.

Baru-baru ini, Sultan Brunei Darussalam, Hassanal Bolkiah, mengumumkan undang-undang Syariah akan dilaksanakan sebagai sebahagian daripada undang-undang jenayah Islam yang ketat, menjadikan Brunei negara pertama di Asia Tenggara untuk menguatkuasakan undang-undang Syariah di peringkat kebangsaan, Associated Press melaporkan.

Hassanal Bolkiah bertitah undang-undang itu perlu dianggap sebagai satu bentuk "bimbingan khas" dari Allah, dan bahawa ia akan menjadi "sebahagian daripada sejarah besar" Brunei, sebuah negara kecil di Pulau Borneo.

Undang-undang ini akan dikuatkuasakan dalam tempoh enam bulan dan ianya merangkumi hukuman seperti pemotongan untuk kecurian dan rejam bagi zina, Bolkiah berkata. Kanun Keseksaan Syariah hanya akan digunakan untuk umat Muslim.
Read More / Baca Lagi >>

Tragedi Cameron Highlands: Pihak bertanggungjawab wajib beri penjelasan

Posted: 23 Oct 2013 09:03 PM PDT

Cameron HighlandsBerita tragedi pembukaan empangan Sultan Abu Bakar di Ringlet yang mengakibatkan kematian tiga jiwa amat mengejutkan. Takziah buat keluarga dan waris mangsa kejadian.
Meskipun tidak ada sesiapa mempersoalkan keperluan untuk menghalang empangan tersebut daripada pecah dan mengakibatkan kesan yang amat buruk, kami amat runsing dengan prosedur yang digunapakai bagi melepaskan air empangan tersebut.
Adakah amaran sewajar dan secukupnya diberikan kepada mereka yang hampir pasti menerima kesan daripada pelepasan terbabit? Apakah langkah keselamatan lain yang diambil bagi memastikan mudarat daripada situasi demikian berada pada kadar minima?
Kami memuji usaha dan gerak kerja oleh pasukan bomba dan penyelamat.
Tetapi siapa yang sebenarnya mempunyai autoriti untuk mengarahkan pelepasan dan kenapa pihak yang berkuasa itu menanti sehingga tengah malam sebelum membunyikan isyarat amaran? Mereka yang bertanggungjawab mesti memberikan penjelasan kepada orang ramai.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

Utusan mohon maaf kerana memfitnah Syed Husin Ali

Posted: 23 Oct 2013 08:49 PM PDT


Akhbar Utusan Malaysia memohon maaf kepada Senator Syed Husin Ali hari ini dalam penyelesaian saman fitnah bekas timbalan presiden PKR itu terhadap akhbar milik Umno itu.

NONESyed Husin (kiri) berkata dalam twitter bahawa Utusan telah memohon maaf kepadanya dan akan menyiarkan permohonan maaf itu.

Menurutnya, Utusan dan (bekas ahli PKR dan kini pemimpin KITA), Zamil Ibrahim telah memfitnahnya dan menambah, Zamil akan dihukum berasingan.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam.

Zamil dan Utusan telah memfitnah Syed Husin dengan menuduh beliau menerima RM500,000 untuk membubarkan Parti Rakyat Malaysia dan menyertai PKR pada awal tahun 2000.

Syed Husin memfailkan saman RM10 juta terhadap artikel yang bertajuk ''RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis".

Syed Husin diwakili peguam L Bani Prakash.

Sg Limau: Umno dakwa konspirasi pembangkang punca harga barang naik

Posted: 23 Oct 2013 08:48 PM PDT

Kenaikan harga barang bukan berpunca daripada kerajaan tetapi sebaliknya adalah kerana tauke besar Cina yang membuat konspirasi dengan pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kata pemimpin Umno Pendang.
Dalam ceramah berkelompok di pusat daerah mengundi Ulu Sedaka pada hari pertama berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Pengerusi Tetap Umno Pendang, Fuzin Hamid menyalahkan masyarakat Cina kerana kenaikan harga barang yang berlaku.
"Harga barang naik ni, siapa tauke besar di belakang semua ini? Orang Cina kebanyakannya yang sokong pembangkang, jadi hendak jatuhkan kerajaan BN mereka buat rakyat marah. Bila rakyat marah, mereka nak tumbangkan kerajaan.
"Ini adalah satu konspirasi," katanya kepada kira-kira 30 penduduk setempat yang hadir ketika ceramah tersebut.
Fuzin juga mempersoalkan kejujuran PR yang menyalahkan kerajaan apabila berlaku barang naik, tetapi tidak pula membuat bising semasa harga rokok naik baru-baru ini.
"2 kupang (20 sen) kita marah sebab harga barang naik. Semasa pemerintahan PAS, harga air naik 100 peratus tak bising, harga rokok naik tak bising," katanya.
Beliau berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen baru-baru ini adalah bertujuan membantu rakyat khususnya luar bandar dengan menggantikannya menerusi pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Mat Sabu: 'Duit negara kita hilang berjuta-juta'

Posted: 23 Oct 2013 08:45 PM PDT

Ustaz Azam: Apa kata pengundi?

Posted: 23 Oct 2013 08:41 PM PDT

Agenda Ustaz Azam di Sg.Limau

Posted: 23 Oct 2013 08:41 PM PDT

Sg Limau: PAS tidak ambil mudah

Posted: 23 Oct 2013 08:40 PM PDT

'Allah' dalam premis teologi, prinsip & perundangan

Posted: 23 Oct 2013 07:41 PM PDT



Dari sudut teologi ataupun disiplin kajian tentang ketuhanan/aqaid maka kalimah Allah adalah perdebatan antara konsep ketuhanan yang dipakai oleh penganut masing-masing.

Secara asasnya perdebatan tentang ketuhanan dalam teologi Kristian ditegakkan atas konsep triniti.
Pelbagai mazhab muncul dalam konflik antara mazhab Kristian tentang lambang Nabi Isa atau Jesus sebagai tuhan atau manusia.

Namun mereka mempunyai kepercayaan yang sama tentang Jesus sebagai penebus dosa asal manusia dan bahawa Jesus ada unsur ketuhanan dan Jesus adalah penyelamat.
Konsep ketuhanan bagi mereka adalah dalam peribadi Jesus.

Mulai tahun 325, Konstantin, seorang Raja Rom telah menganut agama Kristian. Beliau Dalam sidang Nicea menyatukan doktrin Kristian atas triniti.

Maka tersebarlah ajaran Roman Katolik dengan gereja sebagai institusi yang mengawal doktrin itu sampai ke saat ini.

Islam tolak triniti

Sejak dari zaman Nabi Muhammad SAW lagi, iaitu jarak 600 atau 500 tahun dari kedatangan Nabi Isa AS, kefahaman triniti telah menular.

Dan al-Quran menyebut tentang kesesatan triniti yang dikaitkan dengan Allah dalam surah al- Kahfi:
"Dan memberi peringatan kepada mereka yang berkata: ambillah Allah sebagai anak, mereka tiada ilmu (yang benar) dan begitu juga dengan nenek moyang mereka, besarlah kemusnahan apa yang keluar dari mulut mereka, mereka hanya mengatakan kepalsuan." (Al Kahfi: 4,5)
Islam menegaskan Allah dalam nada ketauhidan mutlak sedangkan nabi Isa AS hanyalah rasul seperti Muhammad SAW.

Nabi Muhammad menegaskan tauhid berasaskan surah Ikhlas iaitu: "Katakanlah Allah itu itu Tunggal...."

Umat Islam diajar untuk senantiasa mensucikan Allah daripada apa yang menodai-Nya daripada unsur syirik dengan menyatakan:

"Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan...." (Al Hasyr: 23)

Rumusan premis teologi

Dari sudut teologi. premis perbahasan tentang "Allah" atas asas pertembungan antara ketauhidan mutlak melawan syirik dalam segala bentuknya.Read More / Baca Lagi >>

Dr Asri gesa ahli politik hindari isu agama

Posted: 23 Oct 2013 07:39 PM PDT


Malaysian akan jadi lebih aman jika isu agama tidak dipolitikkan, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2013.Malaysian akan jadi lebih aman jika isu agama tidak dipolitikkan, kata Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 24 Oktober, 2013.Malaysia boleh menjadi lebih aman jika ahli politik "berhenti mempolitikkan perkara berkaitan agama dan akademik" dan membiarkan pihak berkenaan kedua-dua isu itu membuat keputusan, kata bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
"Rakyat kini keliru. Jika mereka (ahli politik) dari awal lagi mengikut prinsip ini, maka Malaysia tidak akan berada dalam keadaan seperti sekarang," katanya kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada kritikan keras yang diterima negara susulan daripada keputusan isu kalimah Allah.
Minggu lalu, panel tiga hakim menukar keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2009 yang membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald.
Cendekiawan Islam dan pemimpin agama di seluruh dunia mengkritik larangan itu dan menyatakan bahawa kalimah itu wujud sebelum Islam dan ia adalah perkataan yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab.
Dr Asri, 42, professor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan dikenali oleh penyokongnya sebagai "suara hujah" dan kepada pengkritik sebagai "penganjur liberalism", adalah antara yang menghentam larangan penggunaan Allah kepada bukan Islam.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Sungai Limau penting, medan protes rakyat

Posted: 23 Oct 2013 07:37 PM PDT


JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mengajak para pengundi Dun Sungai Limau menjadikan pilihan raya kecil (PRK) ini sebagai medan protes rakyat.

Menurutnya, selepas PRU13 lalu, rakyat telah menghadapi pelbagai tekanan antaranya kenaikan harga minyak, harga barang, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya.

Kata beliau, walaupun dapat dilihat rasa tidak puas hati rakyat di seluruh negara, namun medan pilihanraya adalah ruang yang paling berautoriti untuk menzahirkan protes tersebut.

"Pengundi Dun Sungai Limau harus mengambil kesempatan ini mewakili rakyat Malaysia untuk menzahirkan protes rakyat kepada kerajaan dengan menolak BN pada 4 November ini.

"Jadikan undi ataupun mandat rakyat ini sebagai satu proses pendidikan politik yang boleh kita ajar kepada BN," katanya ketika ditemui di Markas Induk Petugas PAS Perak, Selengkoh, semalam.


Salahuddin berkata, BN cuba menggambarkan pilihanraya kecil kali ini bukanlah suatu perkara yang penting sebaliknya ianya adalah sekadar mempertahankan kemenangan PAS di situ.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Jentera Muslimat PAS susun ‘gelombang’ UPU

Posted: 23 Oct 2013 07:35 PM PDT


JERAI: Muslimat PAS Pusat telah memperkemaskan jentera kempen bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Jelas ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusoff selain memperkemaskan jentera, pihaknya turut menyusun gelombang PRK Sungai Limau yang akan dilaksanakan oleh muslimat dari negeri-negeri yang turun membantu di setiap Unit Peti Undi (UPU).

"Kita telah susun strategi serta memperkemaskan jentera dan telah mengatur beberapa program terutama peringkat negeri dan UPU," katanya.

Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang turut memberitahu dengan sambutan baik telah diberikan di semua peringkat, gabungan jentera peringkat pusat, negeri, kawasan dan UPU, PAS mampu mengekalkan kemenangan.

Katanya, Dun Sungai Limau mempunyai keistimewaannya sendiri apabila PAS telah menguasai lebih lima penggal dan ia merupakan kawasan yang dimenangi ulama.

"Kita yakin dengan masyarakat yang cintakan ilmu agama dan calon yang kita kemukakan, PAS akan terus kekal berada di sini," sambung beliau.
Read More / Baca Lagi >>

BN guna populariti Tan Sri Azizan raih sokongan di Sungai Limau

Posted: 23 Oct 2013 07:34 PM PDT

Jentera Barisan Nasional (BN) mengambil pendekatan menumpang populariti bekas Menteri Besar Kedah, allahyarham Tan Sri Azizan Razak untuk meraih sokongan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Sungai Limau yang dianggap sebagai kubu kuat PAS sejak 1995 menyebabkan parti pemerintah BN terpaksa menukar taktik "berlembut" pada pilihan raya kali ini.
Hari ini kempen di Sungai Limau secara rasminya membuka tirai selepas selesai penamaan calon pagi semalam.
Tinjauan hari pertama semasa ceramah berkelompok yang berlangsung di pusat daerah mengundi Sungai Limau mendapati penceramah BN memuji dan menghargai ketokohan allahyarham Azizan semasa mentadbir Kedah.
"Kita lihat kebijaksanaan arwah ustaz Azizan hendak tutup pusat hiburan di Alor Setar sebab menghormati bulan Ramadan tapi Karpal Singh dan DAP tentang.
"Ustaz tak melatah tapi cerdik, takpa, boleh on tapi malam sahaja siang tak boleh," kata Pengerusi Tetap Umno Bahagian Pendang, Fuzin Hamid ketika menyampaikan ceramahnya.
Pendekatan BN kali ini dilihat sebagai usaha untuk memancing masyarakat Sungai Limau yang kebanyakannya adalah sanak-saudara kepada bekas menteri besar tersebut.
Kedah semasa di bawah pentadbiran PAS mencetuskan kontroversi dan menerima kritikan hebat terutamanya dalam isu pusat hiburan serta larangan pakaian menjolok mata semasa persembahan sambutan Tahun Baru Cina di negeri tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Sg Limau: Mukhriz kalah pemilihan, kelebihan pada PAS

Posted: 23 Oct 2013 07:28 PM PDT

SPRM gagal banteras rasuah, Malaysia negara paling korup di dunia

Posted: 23 Oct 2013 06:03 PM PDT

KUALA LUMPUR, 24 OKTOBER: Ahli Parlimen DAP Kampar, Ko Chung Sen mengecam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang gagal menyiasat dan membanteras rasuah dalam negara walaupun diberi peruntukan berbilion ringgit.
Beliau berkata demikian berikutan jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low pada persidangan Parlimen, 21 Oktober lalu yang menyatakan jumlah rasuah dalam tempoh lima tahun lalu adalah sebanyak RM57.698 juta dan jumlah yang berjaya diperoleh semula hanya RM17.083 juta.
"Daripada angka yang diberi, ini menunjukkan kerajaan menghabiskan hampir RM1 bilion untuk membanteras rasuah sejak Datuk Seri Najib Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
"Daripada sejumlah 1,692 kes disiasat antara 2009 hingga Jun 2013, hanya 75 peratus kes atau sebanyak 1,274 kes yang disabitkan kesalahan.
"Walaupun didapati ada peningkatan peruntukan bajet dan kakitangan dalam tempoh tiga tahun, jumlah kes yang didakwa dan disabitkan sebenarnya menurun. Apakah SPRM tidak menjalankan tugas? Mengapa jumlah pengamal rasuah yang disabitkan kesalahan begitu sedikit sedangkan jumlah wang yang didapati begitu besar sekali?," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: