RAKYAT MARHAEN |
- PAS mahu Dr Mahathir dedahkan siapa masuk Umno untuk kaya
- KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya?
- Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar Idrus
- Korban melampaui daging & darah
- Relevankah lagi Umno-BN tadbir negara?
- Zahid Hamidi, King Ghaz Jr?
- Orang muda, masa depan Pas
- Scores killed following carbomb explosion in town held by Syrian rebels near Turkish border
- Firing Line: Syrian locals take up arms to fight extremists
- LIVE BLAST: Twin Damascus explosions caught on Syrian TV
- KAN DAH KENA: PERWAKILAN UMNO BERTARAF HANTU MENGUNDI SEMASA PEMILIHAN PEMUDA UMNO!!
- 'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM'
- Zionis Al-Sisi hadapi tekanan jiwa, ambil pil penenang
- Bagi UMNO, rasuah,salahguna kuasa bukanlah satu dosa tapi satu hak pemimpin depa...
- Ezam akan ambil tindakan terhadap macai yang pukul macai..ha..ha..ha...dimanapun Sd Johari duduk tetap kena belasah...!!
- Perutusan Aidiladha Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim
- Silap Mata PAU: Sistem ‘electoral college’ menguntungkan penyandang?
- Kalimah Allah : Bukan alasan wujudkan ketegangan agama
- Kaum ibu pula bantah Lynas
- Politik penaungan punca Umno terus berkuasa
- Malaysia perlu laksana GST untuk kurangkan defisit bajet, kata pakar ekonomi
- Part 2 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013
- Part 1 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013
- Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (tariff air dan AKSB) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013
- Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (lebuhraya rakyat) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013
PAS mahu Dr Mahathir dedahkan siapa masuk Umno untuk kaya Posted: 14 Oct 2013 04:48 PM PDT PAS menuntut bekas Presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyatakan secara spesifik individu yang dimaksudkannya "menyertai Umno nak kaya". Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menegaskan, perkara itu perlu bagi membolehkan perwakilan Umno untuk mengenalpasti calon yang akan dipilih mereka pada 19 Oktober depan. "Saya kata macam ini bukan sebab saya sayang Umno. Tapi bila mereka itu dipilih dari kalangan perasuah, kerajaan tidak akan bebas," katanya kepada The Malaysian Insider semalam. "Apabila perasuah menjadi pemimpin, ekonomi negara sudah pasti hancur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi. Dr Mahathir sebelum ini menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti kerana ramai yang menyertai parti itu dakwanya semata-mata mahu menjadi kaya. Anak beliau, Datuk Mukhriz Mahathir, merupakan salah seorang calon naib presiden yang akan dipilih oleh perwakilan Umno seluruh negara hujung minggu ini. Dr Mahathir yang merupakan bekas perdana menteri paling lama berkidmat itu turut menggesa supaya pemimpin baru dan muda diberikan peluang kerana langkah tersebut akan mampu membersihkan Umno. Read More / Baca Lagi >> |
KJ tolak undi popular kerana mahu Khairul Azwan jadi naibnya? Posted: 14 Oct 2013 04:45 PM PDT Keputusan muktamad siapa pemenang yang sebenar bagi jawatan Naib Ketua Pemuda Umno bakal ditentukan melalui undi popular. Ini berikutan dua calonnya iaitu Khairul Azwan Harun dan Jamawi Jaafar masing-masing memperolehi 73 undi daripada bahagian-bahagian yang membuat pilihan pada Sabtu lalu. Berikutan itu, Jawatankuasa Pemilihan yang dipengerusikan oleh Tajol Rosli memutuskan bahawa undi popular daripada 73 bahagian yang diperolehi oleh kedua-dua calon itu akan dikira bagi memutuskan siapa pemenang bagi jawatan kedua tertinggi dalam Pergerakan Pemuda Umno itu. Oleh kerana ia melibatkan pengiraan jumlah undi yang banyak, maka proses penjumlahan itu hanya akan dibuat selepas Hari Raya Haji. Namun belum pun lama pengumuman itu dibuat, Khairy Jamaluddin (KJ) yang sudah pun ditabalkan sebagai Ketua Pemuda Umno bagi penggal kedua dengan memperolehi 189 undi seakan tidak bersetuju dengan penentuan melalui undi popular itu, sebaliknya mahu penentuannya dibuat melalui undi daripada Pemuda Umno Gelang Patah yang tidak bermesyuarat pada 12 Oktober lalu berikutan wujudnya pertikaian dalaman sehingga menyebabkan ianya ditangguhkan. Tarikh mesyuarat perwakilan Pemuda Umno Gelang Patah akan dijalankan dalam masa yang terdekat ini, tetapi belum ditentukan tarikhnya. Kenapa KJ menolak sistem undi popular dan mahukan penentuan dibuat melalui undi Gelang Patah? Sejak keputusan pilihan raya lalu yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) kalah undi popular kepada Pakatan Rakyat, undi popular seperti hantu yang menakutkan bagi pemimpin-pemimpin Umno. Walaupun Umno melaksanakan sistem pemilihan daripada undi akar umbi tetapi sistem undi popular tidak digunakan, sebaliknya kaedah electoral college atau 1 bahagian 1 undi yang dipilih. Tidak disangka pula KJ yang kelihatan gagah dan berani pun rupa-rupanya fobia juga dengan sistem undi popular ini. Seharusnya apabila Jawatankuasa Pemilihan sudah memutuskan mahu menentukan pemenang antara Khairul Azwan dan Jamawi melalui kaedah undi popular, KJ tidak perlu campurtangan lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Hukum Nikah Dua Kali - Ustaz Azhar Idrus Posted: 14 Oct 2013 04:32 PM PDT |
Korban melampaui daging & darah Posted: 14 Oct 2013 08:29 AM PDT Insya-Allah esok kita akan menyambut Aidiladha Al-Mubarak. Apa yang signifikan dalam sambutan hari kebesaran ini, acara korban dilakukan semata-mata untuk mendapat pahala daripada Allah taala. Umat Islam seluruh dunia akan melakukan aktiviti korban sebagai manifestasi pembuktian ikhlas kita dengan Allah melalui penyembelihan. Seluruh dunia bakal menyaksikan tumbangnya ribuan haiwan yang bakal dikorban kerana Allah. Kita mulakan korban dengan kalimah Allahu akbar dan kasih sayang kerana Allah. Semua kita mengetahui bahawa dalam majlis korban, bukanlah daging dan darah yang diinginkan Allah, tetapi keikhlasan dan ketaatan yang tidak berbelah bagi hubungan hamba dan Pencipta. Bagaimana ikhlas mampu menjadi asas pembinaan takwa? Pertama, korban ditandai dengan kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Read More / Baca Lagi >> |
Relevankah lagi Umno-BN tadbir negara? Posted: 14 Oct 2013 07:55 AM PDT Oleh RAYUSA PARTI Umno tentu bermatimatian untuk memenangi pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, 4 November depan demi menjaga "air muka" Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang baharu berkuasa. Namun, meskipun sedang "berusaha," antaranya dengan tidak menaikkan sekali lagi harga petrol RON95 (meskipun telah bercadang begitu), diharap Laporan Ketua Audit Negara 2012, 1 Oktober lalu mampu membunuh impian tersebut. Walaupun laporan tersebut menyesakkan nafas, bagi Pakatan Rakyat dan penyokong, ia tambah memperkuat alasan dan kemunasabahan bahawa Umno-BN tidak layak terus mentadbir negara. Empat hari kemudian, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas bagi meneliti dan mengkaji laporan berkenaan. Meskipun baik, diharap penubuhan jawatankuasa itu yang Dr Ali sendiri menjadi pengerusinya, serta dianggotai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Peguam Negara, pegawai SPRM, Kementerian Kewangan Malaysia dan PDRM bukan kerana tidak percaya atau menolak kenyataan. Difahamkan jawatankuasa itu akan mengambil tindakan susulan, termasuk tindakan tegas ke atas mereka yang didapati terlibat dalam sebarang salah laku serta penyelewengan dalam sistem tadbir urus kewangan pelbagai kementerian dan agensi berkaitan. Diharap jawatankuasa tersebut tidak "memilih bulu." Dalam masa sama, rakyat juga perlu berfikir sedalam-dalamnya adakah Umno-BN masih relevan menjadi kerajaan! Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Oct 2013 07:54 AM PDT Oleh ALI BUKHARI AMIR "DEMI sesungguhnya! Aku akan menyeksanya dengan seksa yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata." (maksud Surah An- Naml, ayat 21) Tabiat marah-marah penguasa ke atas wartawan ini bukan tiada asasnya di dalam al-Quran. Seorang raja teragung bertaraf nabi pada zaman nan silam, Raja Sulaiman a.s pernah mengugut akan menyembelih 'seekor wartawan'; burung Hud Hud jika burung itu gagal menyatakan alasan yang jelas berhubung ketidakhadirannya dalam sebuah perbarisan pada suatu pagi. Dalil tentang wujudnya darjat 'kepemberitaan' burung Hud Hud ini dirujuk pada ayat selepasnya, "Burung belatuk itu tidak lama ghaibnya selepas itu, lalu datang sambil berkata: 'Aku dapat mengetahui secara meliputi akan perkara yang engkau tidak cukup mengetahuinya, dan aku datang kepadamu dari negeri Saba' dengan membawa khabar berita yang diyakini kebenarannya. (Surah An- Naml, ayat 22) Jelas, Hud Hud adalah 'wartawan' pembawa khabar berita yang benar, 'naba'in yaqiinin' (khabar berita yang diyakini kebenarannya) dan kebenaran berita itu yang menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban sembelihan oleh penguasa negara. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Oct 2013 07:53 AM PDT Jawatan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat antara yang dijangka akan mencuri tumpuan ramai pada Muktamar Pas ke-59, bulan hadapan. Ini kerana siapa yang mendudukinya, dianggap mampu menjadi bayangan akan kepimpinan parti itu pada masa akan datang. Dalam situasi semasa Pas, ada pihak meramalkan proses peralihan kepimpinan dalam parti itu. Banyak pihak mengintai peluang merebut jawatan itu. Penyandang jawatan itu kelak akan menentukan sama ada kesinambungan corak kepimpinan Pas pada hari ini akan diteruskan atau menggunakan pendekatan berbeza. Sejarah lalu memperlihatkan, individu yang pernah menyandang jawatan ini bukan calang-calang orang antaranya Datuk Mustafa Ali, Datuk Abu Bakar Chik, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub. Penyandangnya, Nasrudin Hassan pula menerajui Pemuda Pas sejak 2009 dan beliau antara individu yang disebut-sebut antara bakat yang dijangka mampu mewarisi kepimpinan Pas suatu hari nanti. Wartawan SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN dan NURULFATIHA MUAH mendapatkan pandangan Nasrudin mengenai kedudukannya dalam Pas dan hala tuju parti itu dalam agenda memperjuangkan Islam. Pada muktamar nanti, adakah YB mahu mempertahankan jawatan atau bertanding di peringkat lebih tinggi? Sehingga hari ini, saya belum buat keputusan. Saya tunggu semua mesyuarat agung Pemuda Pas kawasan dan negeri selesai kerana tidak mahu mengganggu konsentrasi fokus Pemuda bermesyuarat yang akan berakhir pada 10 November ini. Selepas tarikh itu, baru saya nyatakan pendirian. Peguam, Zulhazmi Shariff paling awal menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Pas. Apa pandangan YB? Read More / Baca Lagi >> |
Scores killed following carbomb explosion in town held by Syrian rebels near Turkish border Posted: 14 Oct 2013 07:37 AM PDT |
Firing Line: Syrian locals take up arms to fight extremists Posted: 14 Oct 2013 07:35 AM PDT |
LIVE BLAST: Twin Damascus explosions caught on Syrian TV Posted: 14 Oct 2013 07:35 AM PDT |
KAN DAH KENA: PERWAKILAN UMNO BERTARAF HANTU MENGUNDI SEMASA PEMILIHAN PEMUDA UMNO!! Posted: 14 Oct 2013 07:22 AM PDT Ingatkan hantu berkeliaran semasa PRU dan PRK ... rupa-rupanya hantu juga turut bangkit untuk menjadi perwakilan UMNO. Dulu semasa Pakatan Rakyat bangkitkan isu pengundi UMNO .. bukan main lagi riuh rendah gegak gempita bising satu dunia kononnya para pemimpin Pakatan Rakyat mereka cipta isu .... Nah!!!! sekarang orang UMNO sendiri dedahkan kepada dunia betapa ada perwakilan hantu di UMNO Bahagian Gelang Patah, negeri tempat kelahiran UMNO. JOHOR NEGERI KELAHIRAN UMNO MAKA MUNGKIN DISITU JUGA LAHIR MEMBIAKNYA HANTU-HANTU. UMNO DENGAN HANTU TIDAK DAPAT DIPISAHKAN. ... DARI PERANGAI HANTU SAMPAILAH MENJADI PERWAKILAN HANTU. |
'Umno lingkup jika MT hanya cium tangan PM' Posted: 14 Oct 2013 07:19 AM PDT |
Zionis Al-Sisi hadapi tekanan jiwa, ambil pil penenang Posted: 14 Oct 2013 06:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Jeneral Abdel Fattah Al Sisi, ketua tentera yang menggulingkan Presiden Dr Mohamed Morsi dilaporkan mengalami tekanan jiwa dan terpaksa mengambil penenang. Read More / Baca Lagi >>Memetik daripada facebook #prihatinmesir Al-Sisi dikatakan tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam. Perkara itu ditulis oleh Kolenal Omar Afifi, bekas pegawai keselamatan Mesir yang tinggal di Amerika di dalam facebooknya, semalam. Berikut petikan itu. Kolenal Omar Afifi bekas pegawai keselamatan Mesir yg tinggal di Amerika menulis dlm facebooknya, menegaskan bhw Sisi menghadapi tekanan jiwa, hidup dlm ketakutan, mengambil pil penenang, tidak tidur di rumahnya, tidak menaiki kenderaannya, tidak menggunakan handphone dan memakai baju kalis peluru 24 jam. Penting: Dua hari lepas Sisi menukar majoriti bodyguardnya dengan bodyguard baru dari kalangan ahli keluarganya dengan memberikan harta, keistimewaan, rumah, kereta dan pelbagai lagi. Sisi juga menukarkan tempat tidurnya setiap hari di banglo khas pasukan keselamatan dan perisikan perang dan banglo rahsia di kawasan tentera. Siapapun di kalangan bodyguardnya tidak mengetahui di mana tempat beliau akan tidur kecuali setelah sampai di tempat tersebut. |
Bagi UMNO, rasuah,salahguna kuasa bukanlah satu dosa tapi satu hak pemimpin depa... Posted: 14 Oct 2013 06:46 AM PDT Kemenangan pemimpin terpalit skandal petanda UMNO hidapi sindrom beku,jumud... Kemenangan pemimpin terpalit skandal dana awam dan politik wang dalam Pemilihan Umno 2013 menunjukkan ahli parti itu tidak menganggap perbuatan salahguna kuasa dan rasuah sebagai satu dosa, sebaliknya menganggapnya sebagai hak pemimpin mereka. Menurut pengananalis politik, Dr Maszlee Malik, kemenangan pemimpin dari golongan itu sekaligus membuktikan Umno bukan sahaja masih takut hendak berubah, malah turut dilanda sindrom beku dan jumud. "Masalahnya mereka tak anggap rasuah itu sebagai rasuah tetapi anggap sebagai hak pemimpin Umno dan mana-mana Menteri dan ini menyebabkan pemimpin terus bertindak sewenang-wenangnya. "Mereka sudah selesa dalam keadaan ini, jadi mengapa mereka perlu berubah?" Soal pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu ketika dihubungi TV Selangor. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Oct 2013 06:45 AM PDT Timbalan Ketua Umno Bahagian Kota Raja, Ezam Mohd Nor tidak menolak kemungkinan ahli Umno yang terlibat dalam pergaduhan dan mencederakan perwakilan lain boleh dipecat serta merta sebagai ahli kerana ia menjejaskan imej parti itu. Read More / Baca Lagi >>Beliau menegaskan, tindakan tegas akan diambil tanpa mengira status dalam parti kerana Umno tidak boleh menerima budaya dalam perjuangan parti. "Kita akan ambil keputusan yang tegas dan mungkin memecat mana-mana ahli yang terlibat dalam kes sebegini, siapa pun, kita tidak kira siapa. "Sesiapa pun yang masuk parti dan perjuangan ini, kena letakkan nama baik perjuangan mengatasi segala-galanya. "Kalau kita emosi dan sanggup mencemarkan imej parti seperti ini, kita tidak boleh kompromi," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, lewat malam tadi. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut insiden seorang perwakilan Pemuda Umno Bahagian Kota Raja yang dicederakan oleh bekas calon Ketua Pemuda Umno bahagian itu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan tersebut. |
Perutusan Aidiladha Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim Posted: 14 Oct 2013 06:42 AM PDT Assalamualikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh Muslimin dan Muslimat yang Dikasihi Allah; Saban tahun, bermula dari tergelincirnya matahari pada 9 Zulhijah hingga terbit fajar 10 Zulhijah, jutaan tetamu Allah sedang berkumpul di Padang Arafah untuk berwukuf dan melakukan amal-amal makruf sebagai pelengkap mengerjakan rukun Islam yang kelima, iaitu menunaikan haji di Makkah Al-Mukarramah. Setiap tetamu Allah pada musim haji, tidak mengira bangsa atau keturunan, tidak mengira kedudukan, tidak mengira jantina; yang miskin, yang kaya, yang cacat anggota tubuh, yang cacat penglihatan, semuanya terikat dengan rukun, syarat dan tertib mengerjakan rukun Islam yang kelima itu agar mendapat haji mabrur. Pada tahun 2013 ini, kita di Malaysia menyambut Hari Raya Haji atau Aidiladha pada Selasa, 15 Oktober. Umat Islam di seluruh dunia, dan kita di Malaysia dituntut supaya berkorban ternakan seperti lembu, kambing, bebiri atau unta, menurut kemampuan. Ibadah korban hendaklah dilakukan pada tarikh berwukuf di Padang Arafah, atau terakhir pada hari keempatnya. Marilah kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah Subhanahuwataala yang memberi kita kesempatan untuk bersama meraikan hari mulia ini. Kita maklum, ibadah korban mempunyai maksud yang mulia dan berkait secara langsung dengan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihissalam dalam menjalankan perintah Allah dan kesabaran yang tinggi, Nabi Ismail Alaihissalam. Read More / Baca Lagi >> |
Silap Mata PAU: Sistem ‘electoral college’ menguntungkan penyandang? Posted: 14 Oct 2013 06:39 AM PDT Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara. Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan meraih 99 peratus undi (189 undi) apabila keputusan Pasir Gudang ditangguhkan manakala Pensiangan membuat keputusan tidak mahu mengundi sesiapa. Khairy mengalahkan lima pencabar Akramsyah Sanusi, Syed Rosli Syed Harman, Abd Karim Ali dan Irwan Ambak. Mereka berempat tidak mendapat sebarang undi. Mengulas kekalahan ini, Syed Rosli mencadangkan supaya pada pemilihan tahun 2016, sistem "electoral college" tidak digunakan lagi. Katanya, sistem ini menguntungkan penyandang jawatan. Tempoh kempen yang terhad membuatkan pencabar jawatan tidak ada masa untuk menjelajah ke seluruh negara. Untuk menang, setiap calon memerlukan 96 undi.Maknanya mereka perlu menemui 96 ketua pemuda bahagian. Sebaliknya penyandang jawatan seperti Khairy bebeas menjelajah ke seluruh negara berselindung di sebalik program kementerian. Pada mulanya jawatankuasa pemilih kata calon-calon tidak boleh berkempen menemui setiap perwakilan tetapi di saat-saat akhir calon-calon dibolehkan berkempen pula tetapi ia sudah terlambat bagi calon-calon untuk bergerak menemui perwakilan di seluruh negara. |
Kalimah Allah : Bukan alasan wujudkan ketegangan agama Posted: 14 Oct 2013 06:37 AM PDT SHAH ALAM 14 OKT : Keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Gereja Katolik daripada menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald bukan alasan mana-mana pihak mewujudkan ketegangan agama, permusuhan dan kebencian. Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty, berkata ketegangan yang berlaku berhubung isu kalimah Allah yang menggunakan pendekatan rasis dan ekstrem dihentikan segara agar suasana tidak bertambah tegang. Katanya, perlu diadakan pertemuan lebih kerap antara pimpinan agama, politik dan badan bukan kerajaan bagi mempertingkatkan toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai agama di negara ini. "Sebelum ini kurang berlaku pertemuan yang untuk mengurangkan rasa kecurigaan antara satu sama lain. "Jika banyak pertemuan diadakan sudah pasti suasana agak tegang ini dapat dikurangkan," kata Dr Manuty ketika dihubungi TVSelangor. Kata Dr Manuty, dialog antara agama perlu diperbanyakkan bertujuan untuk memperbaiki ruang toleransi yang dibenarkan agar lebih memahami antara satu sama lain. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 14 Oct 2013 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Satu lagi badan bukan kerajaan (NGO) muncul bagi menyatakan bantahan terhadap operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan. Read More / Baca Lagi >>NGO diberi nama Kaum Ibu Kuantan dan Balok itu menentang keras tindakan kerajaan mengeluarkan lesen import kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Australia Barat yang dijadual tiba di Pelabuhan Kuantan pada 16 Oktober ini. "Kami, kaum ibu dari Kuantan dan Balok , ingin menyuarakan rasa sedih dan marah kami di atas kegagalan kerajaan Malaysia untuk menutup kilang Lynas daripada beroperasi dengan mengeluarkan Lesen Operasi Sementara (TOL) pada bulan Januari 2012; dan sekarang mengeluarkan lesen mengimport kepada Lynas untuk membawa masuk nadir bumi dari Western Australia yang dijangka tiba di Pelabuhan Kuantan pada awal pagi 16 Oktober 2013," kata jurucakap kumpulan terbabit, Rahimah Abdul Majid dan Nurhaniza Ali. Dalam satu kenyataan media, mereka berkata, risiko dan bahaya dari hasil pemprosesan nadir bumi adalah terbukti serius terhadap kesihatan, alam sekitar, kesejahteraan dan industri tempatan terutamanya industri perikanan dan pelancongan. |
Politik penaungan punca Umno terus berkuasa Posted: 14 Oct 2013 06:34 AM PDT KOTA BHARU: Amalan politik penaungan yang menjadi pegangan Umno membolehkan parti itu terus menguasai pentadbiran negara sejak merdeka sehingga sekarang. Read More / Baca Lagi >>Penganalisis politik dari UKM, Prof Madya Datuk Dr Muhamad Agus Yusof berkata, politik penaungan menggunakan sepenuhnya kuasa wang bagi menguasai rakyat. "Kerana amalan penaungan menyebabkan Umno terus boleh berkuasa di negara ini," katanya pada program Sembang Politik anjuran sebuah NGO di sini malam tadi. Turut bertindak sebagai penalis Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari UMK, manakala anggota parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak sebagai moderator. Program itu merupakan penampilan pertama Dr Abu Hassan sejak bertugas sebagai dekan di UMK Kampus Bachok. Sebelum itu seorang peserta memberitahu beliau bimbang budaya mengumpankan rakyat dengan pelbagai bantuan termasuk BR1M bagi membolehkan parti terbabit kekal di tampuk kuasa. |
Malaysia perlu laksana GST untuk kurangkan defisit bajet, kata pakar ekonomi Posted: 14 Oct 2013 06:32 AM PDT Malaysia perlu melaksanakan sekatan perbelanjaan dan meningkatkan perolehan cukai sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengurangkan defisit bajet, kata Dr Shane Oliver, Ketua Strategi Pelaburan dan Ketua Pakar Ekonomi di AMP Capital Investors. "Secara idealnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak patut menyasarkan untuk mengurangkan defisit bajet secara berperingkat, bukan secara tiba-tiba untuk mengelakkan pertumbuhan ekonomi terjejas, tetapi mencukupi untuk memberi keyakinan kepada pelabur. "Ini patut dilaksanakan dengan satu campuran sekatan perbelanjaan dan peningkatan perolehan cukai," katanya kepada Bernama. Mengenai sekatan perbelanjaan, Oliver berkata kerajaan patut menumpukan kepada perbelanjaan sebanyak mungkin kepada meningkatkan prasarana kerana ini akan mendorong pertumbuhan ekonomi jangka panjang. Read More / Baca Lagi >> |
Part 2 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013 Posted: 14 Oct 2013 06:26 AM PDT |
Part 1 | Perbahasan Belanjawan Kelantan 2014 | YB Hj Zulkifli | 8 Okt 2013 Posted: 14 Oct 2013 06:26 AM PDT |
Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (tariff air dan AKSB) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013 Posted: 14 Oct 2013 06:22 AM PDT |
Penggulungan Belanjawan Kelantan 2014 (lebuhraya rakyat) | YB Hj Hanifa Ahmad | 9 Okt 2013 Posted: 14 Oct 2013 06:21 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan