RAKYAT MARHAEN |
- Pantun Lembu...!!!
- PENCABAR KJ ENGGAN TERIMA HAKIKAT YANG BELIAU TIDAK MENDAPAT SOKONGAN LANGSUNG?
- Yuran klinik naik lagi?
- ‘Phantom delegates’ in Gelang Patah, claims Khaled
- Tak Tipu Bukan Umno Ler: Along akan lapor kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini
- Mahkamah Rayuan putuskan “Allah” hanya milik Islam
- Insiden baling mikrofon wanita Umno kes terpencil..ha.,ha..ha...kena kat dia dah..!!!
- Pendedahan Eksklusif mengenai Lebuhraya Rakyat & Hasil Bumi Kelantan - Dato Husam Musa
- Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib…
- Keputusan pemilihan sayap Umno tidak beri kelebihan pada PRU14
- PR Perlu Belajar Cara Demokrasi Umno - Khairy
- Kalah Pemilihan Pemuda Umno Kota Raja Sd Johari Kena Belasah ...!!!
- BOLEH TAK KATA BODO - USTAZ AZHAR IDRUS
- Tok Imam Rempit - Ustaz Azhar Idrus
- 'RASUAH' DOKTOR TAKUT MATI -USTAZ AZHAR IDRUS.
- JKKK ugut POK MAT "LAWAK" - USTAZ AZHAR IDRUS
- Ustaz Azhar Idrus : Penyakit Umat Sekarang
- Ustaz Azhar Idrus - Seksa Alam Barzakh
- Ustaz Azhar Idrus - Dendam Iblis
- Seri : Keputusan Naib Ketua Pemuda Umno diumum lepas Aidiladha - Undi Popular..??
- Pemuda Pas: Nik Abduh sah berundur
- Perjalanan rohani Pak Samad Said ...
- Kehangatan pemilihan beralih kepada PAS
- Kenapa Dato Husam tidak tegur kerajaan semasa menjadi Exco?
- Forum Audit Negara 2012: Apa Hubungkait Ahli Politik Dan Pemodal?
Posted: 13 Oct 2013 07:45 PM PDT |
PENCABAR KJ ENGGAN TERIMA HAKIKAT YANG BELIAU TIDAK MENDAPAT SOKONGAN LANGSUNG? Posted: 13 Oct 2013 07:43 PM PDT Inilah akibatnya apabila masuk terjun bertanding merebut jawatan langsung tidak mau mencermin diri terlebih dulu .. enggan ukur baju badan sendiri ... hajat tinggi nak pakai topi besar sedangkan kepala bersaiz kecil. Tidak pernah dalam sejarah pertandingan merebut jawatan, bahagian sendiri tidak berikan sokongan dan undi. Mustahil dia tidak tahu tahu dan dapat menghidu sama ada bahagian sendiri tidak sokong atau tidak. Jadi amat jelas kemasukkan beliau bertanding mencabar KJ merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia seolah-olah didorong atas kononnya mendapat sokongan dan restu Tun Mahathir dan anak kepada bekas Setiausaha Agung UMNO yang terkenal satu dunia sebagai penyokong paling setia dan totok Tun M. Lagi cukup menghairankan apabila beliau diberi sokongan padu dari kalangan ahli-ahli PERKASA. Nampaknya suara PERKASA dalam Pemuda UMNO lebih teruk dari tong kosong .. bunyi berdentum dentam bukan main kuat lagi tapi habut pun tarak. |
Posted: 13 Oct 2013 07:36 PM PDT PADA Ogos tahun ini, golongan doktor klinik swasta dan hospital yang diwakili Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Datuk Dr N K S Tharmaseelan meminta yuran khidmat rundingan dinaikkan sebanyak 30 peratus. Langkah rayuan MMA ini berikutan langkah kerajaan yang hanya mencadangkan peningkatan 14 peratus pada tahun lepas. Read More / Baca Lagi >>Beliau tidak berpuas hati kerana orang ramai sanggup membayar khidmat menggunting rambut atau makan yang lebih tinggi daripada kos rawatan perubatan. Beliau juga membandingkan kos pemeriksaan tukang paip yang mengenakan caj antara RM50 hingga RM100 untuk setiap pemeriksaan yang didakwa melebihi caj pemeriksaan doktor ke atas pesakit. Pada pandangan penulis, bukan semua orang pergi ke salon semata-mata untuk membayar kos menggunting rambut yang mahal. Jadi, menyatakan caj menggunting rambut adalah lebih mahal daripada yuran perkhidmatan perundingan (termasuk kos ubat-ubatan) pengamal perubatan am (general practitioner) adalah perbandingan yang tidak sesuai kerana ia adalah bentuk generalisasi (mengumumkan semua perkara). Realiti tidak begitu. Nasib gulung tikar Begitu juga apabila presiden MMA menyatakan caj harga makanan yang lebih mahal daripada caj perkhidmatan perundingan pegamal perubatan umum. Seperti pembaca sedia maklum, bukan semua orang mampu membayar lebih RM50 untuk seorang sekali makan. Penulis tiada kena mengena dengan MMA. Namun penulis adalah antara pengguna yang peka dengan perkembangan ekonomi semasa. Penulis bersetuju dengan kenyataan Naib Presiden Persatuan Pentadbir Tuntutan Perubatan Pihak Ketiga Malaysia (TPA), Paul Cheok iaitu jumlah pesakit semakin bertambah. Beliau menjelaskan realiti tersebut atas dasar ketidaksetujuannya terhadap permintaan presiden MMA untuk menaikkan caj pembedahan. Pertambahan bilangan pesakit berkunjung sama ada ke hospital/klinik awam atau swasta dipercayai bertambah secara berkadar terus dengan pertambahan bilangan penduduk negara. Jadi, pada hemat penulis kenaikan caj perkhidmatan perundingan dicadangkan Kementerian Kesihatan sebanyak 14.5 peratus adalah wajar. |
‘Phantom delegates’ in Gelang Patah, claims Khaled Posted: 13 Oct 2013 07:33 PM PDT MERSING: The Johor Umno liaison committee has handed over a report on claims of 'phantom delegates' at the Gelang Patah Youth division delegates meeting and elections to the Central Election Committee, said its chairman Mohamed Khaled Nordin today. "We've sent a report to the Umno headquarters and I'm sure Umno Youth chief Khairy Jamaluddin will decide on the matter. It's up to the headquarters to decide on the validity of the meeting," he said when met after the launch of the East Coast Economic Region (ECER) empowerment programme, here. Commenting on the trouble which had caused the Gelang Patah Umno Youth division meeting to be postponed, he said the 'phantom delegates' issue came up when the number of delegates announced by Permanent Chairman Sahid Amun did not tally with the number of votes. "I was given to understand that after his announcement there were more delegates registered. He made the announcement early in order to start the meeting," he said. The problem started when it was found that there were 194 delegates present but 205 ballot papers received. The former division chief Noorisham Ismail was also punched in the face by a candidate's supporter. Read More / Baca Lagi >> |
Tak Tipu Bukan Umno Ler: Along akan lapor kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini Posted: 13 Oct 2013 07:32 PM PDT Beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan. Katanya, beliau hairan bagaimana pengiraan undi dibuat di dua tempat yang berasingan. "Saya rasa ada unsur-unsur penipuan," katanya kepada FMT mengulas kekalahannya di tangan Setiausaha Kerja Umno Bahagian Kemaman, Bulat Sabtu lalu. Bulat mendapat 302 undi manakala Along mendapat 67 undi. Bulat menang dengan majoriti 235 undi. Mohd Fauzi Mat Adam menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua Pemuda. Manakala 15 orang ahli jawatankuasa yang menang ialah Amizu Mohd Noor ( 286 undi), Che Ku Mohd Sufian Che Ku Long (285 undi), Zaidi Mat (277 undi),Zulkefli Abu Bakar- (277 undi), Muhammad Faiz Idris (270 undi). |
Mahkamah Rayuan putuskan “Allah” hanya milik Islam Posted: 13 Oct 2013 07:29 PM PDT Gereja Katolik dihalang Mahkamah Rayuan dari menggunakan kalimah Allah dalam akhbar mingguan berbahasa Melayu Herald sebagai rujukan kepada tuhan bagi agama Kristian. Keputusan diumumkan oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dalam keadaan mahkamah yang penuh padat. Pihak gereja boleh mengemukakan rayuan ke Mahkamah Persekutuan sekiranya keputusan itu bercanggah dengan kepentingan umum. Suzana memberi contoh selepas Mahkamah Tinggi membuat keputusan, terdapat beberapa insiden serangan ke atas beberapa rumah ibadat. Katanya, kalimah Allah mengundang pelbagai kekeliruan kepada penganut agama Islam dan Kristian kerana kedua-dua agama mempunyai tafsiran berbeza mengenai kalimah itu. Read More / Baca Lagi >> |
Insiden baling mikrofon wanita Umno kes terpencil..ha.,ha..ha...kena kat dia dah..!!! Posted: 13 Oct 2013 07:25 PM PDT |
Pendedahan Eksklusif mengenai Lebuhraya Rakyat & Hasil Bumi Kelantan - Dato Husam Musa Posted: 13 Oct 2013 04:48 PM PDT |
Nasib baik Ku Li tak jadi lawan Najib… Posted: 13 Oct 2013 04:47 PM PDT Keputusan pemilihan bagi jawatan ketua sayap UMNO Sabtu lepas, yang menyaksikan Shahrizat Jalil, Khairy Jamaluddin dan Mas Ermieyati memenangi jawatan Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri, bukanlah suatu keputusan yang memeranjatkan. Ia boleh dikatakan keputusan yang sudah diduga oleh kebanyakan orang dan bukan lagi suatu berita besar. Sebab itu, kemenangan mereka tidak diraikan dengan meriah sebagaimana selayaknya. Berbanding kemenangan melalui sistem lama, ia lebih jauh nampak gahnya. Kemenangan mereka adalah umpama kita mengetahui berita seekor anjing yang didapati menggigit tuannya. Kemenangan mereka hanya dilaporkan sebagai berita biasa saja. Ia tidak seperti kita mendapat berita mengenai seorang pemilik anjing yang didapati mengggit anjing peliharaannya. Kemenangan mereka bukanlah kerana mereka cukup bagus, terutama bagi Shahrizat yang begitu dipertikaikan dan merupakan beban bagi UMNO dan BN menghadapi pilihanraya akan datang. Kemenangan mereka adalah kerana sistem pemilihan "electoral college" dipilih kerana ia mampu memberi kelebihan kepada penyandang dan sesiapa yang ada jawatan. Dalam sistem ini, walaupun lebih ramai yang diberi hak mengundi tetapi akhirnya undi hanya dikira berdasarkan 1 bahagian 1 undi. Ia tidak mengguna pakai undi popular dan ini memang memberi kelebihan kepada calon yang ada jawatan, terutama dalam persaingan jawatan yang memerlukan seorang saja pemenang seperti Presiden, Timbalan Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda atau Ketua Puteri. Dengan 1 bahagian dikira 1 undi, tidak banyak bahagian yang bersedia menunjukkan sikap penentangan secara terbuka, lebih-lebih lagi kepada calon yang ada jawatan. Mereka tidak mahu dicop sebagai penentang kepada kepimpinan kerajaan, lalu ia menyebabkan pimpinan bahagian akan turut berusaha memainkan peranan agar keadaan itu tidak berlaku. Dengannya juga menyebabkan calon yang ada jawatan lebih mudah menawarkan imbuhan, bantuan atau pemberian projek kepada pemimpin daripada bahagian yang diketahui memberikan undi kepada mereka saja. Kalau pun ada bahagian yang sedia melawan arus, bilangannya tersangat kecil dan mungkin didorong oleh faktor-faktor yang lain yang lebih kuat. Read More / Baca Lagi >> |
Keputusan pemilihan sayap Umno tidak beri kelebihan pada PRU14 Posted: 13 Oct 2013 04:38 PM PDT Walaupun pemilihan Umno peringkat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri melalui proses pemilihan demokratik pada Sabtu, ia bukanlah jaminan untuk parti itu selesa menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti (PRU14), kata penganalisis. Mengambil perbandingan berdasarkan keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, penganalisis melihat kemenangan status quo Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak memberikan sebarang kelebihan kepada Umno dalam berdepan dengan Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya akan datang. "Bagi saya, keputusan kali ini bukan satu lonjakan besar kepada Umno untuk menghadapi PRU14, memandangkan pemimpin yang memimpin kali ini masih sama seperti PRU13. "Yang bergembira dengan keputusan ini adalah mereka di sebelah Pakatan Rakyat kerana sudah mengetahui kelemahan pesaing mereka... ini adalah lawan sama seperti PRU lalu," kata Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada The Malaysian Insider. Dalam PRU13 lalu, Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Razak gagal merampas kembali penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat dan mendapat keputusan lebih buruk daripada pilihan raya umum 2008 semasa di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Read More / Baca Lagi >> |
PR Perlu Belajar Cara Demokrasi Umno - Khairy Posted: 13 Oct 2013 04:30 PM PDT |
Kalah Pemilihan Pemuda Umno Kota Raja Sd Johari Kena Belasah ...!!! Posted: 13 Oct 2013 04:25 PM PDT |
BOLEH TAK KATA BODO - USTAZ AZHAR IDRUS Posted: 13 Oct 2013 09:13 AM PDT |
Tok Imam Rempit - Ustaz Azhar Idrus Posted: 13 Oct 2013 08:58 AM PDT |
'RASUAH' DOKTOR TAKUT MATI -USTAZ AZHAR IDRUS. Posted: 13 Oct 2013 08:53 AM PDT |
JKKK ugut POK MAT "LAWAK" - USTAZ AZHAR IDRUS Posted: 13 Oct 2013 08:45 AM PDT |
Ustaz Azhar Idrus : Penyakit Umat Sekarang Posted: 13 Oct 2013 08:43 AM PDT |
Ustaz Azhar Idrus - Seksa Alam Barzakh Posted: 13 Oct 2013 08:42 AM PDT |
Ustaz Azhar Idrus - Dendam Iblis Posted: 13 Oct 2013 08:38 AM PDT |
Seri : Keputusan Naib Ketua Pemuda Umno diumum lepas Aidiladha - Undi Popular..?? Posted: 13 Oct 2013 08:18 AM PDT Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno 2013, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, susulan itu pihaknya akan membuat kiraan dengan menggunakan kaedah undi popular untuk tentukan kedudukan dua calon tersebut. "Bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, calonnya Jamawi Jaafar dan Khairul Azwan Harun masing-masing mendapat 73 undi. "Jadi kaedah untuk tentukan kedudukan jawatan itu akan ditentukan dengan pengiraan semula jumlah undi berdasarlan undi popular yang diterima mereka," katanya ketika sidang media di bangunan Umno di sini, sebentar tadi. |
Pemuda Pas: Nik Abduh sah berundur Posted: 13 Oct 2013 08:14 AM PDT Pengunduran itu, katanya, bagi memberi ruang kepada pemimpin lebih muda, berkaliber dan berkelayakan mengisi kekosongan tempat ditinggalkan beliau kelak. "Tahun ini, genap 10 tahun penglibatan saya dalam Dewan Pemuda Pas. Dengan umur saya jauh melewati rakan-rakan lain dalam sayap parti yang gagah, saya fikir sudah tiba masanya untuk berundur. "Saya sudah maklumkan (pengunduran) ini menerusi Facebook saya dan dalam satu program Pemuda Pas di Johor baru-baru ini," katanya ketika diminta mengulas sama ada beliau bakal mempertahan jawatan disandangnya kini. Sebelum ini, beberapa blog hangat memperkatakan isu pengunduran Nik Abduh berdasarkan Facebook milik beliau. Nik Abduh, yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, beliau 'meninggalkan' Pemuda Pas dalam keadaan baik. |
Perjalanan rohani Pak Samad Said ... Posted: 13 Oct 2013 08:07 AM PDT BELIAU boleh dianggap Sasterawan Negara satu-satunya awal kurun ke-21 ini yang sanggup berdepan tembakan gas pemedih mata meny...ertai denyut nadi gerakan rakyat. Bermula demonstrasi membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2009, beliau tegar meraikan suara dan perjuangan rakyat. Ikuti Interbiu Eksklusif bersama Sasterawan Negara, DATO' A. SAMAD SAID, 81, tentang penglibatannya dalam kesusasteraan, aktivisme rakyat dan perjalanan kerohaniannya oleh wartawan Harakah, ARIF ATAN dan HAZAYANI ZAKARIA daripada Harakahdaily di Bangsar baru-baru ini. HARAKAH: Penglibatan awal dalam bidang sastera? DATO' A SAMAD SAID: Mula-mula masa muda dulu puisi cinta. Paling kurang ada 20 puisi tema cinta. Semua puisi itu memang benar berlaku bukan khayalan. Kalau ada orang tanya bila saya mahu tulis autobiografi. Saya jawab, semua yang saya tulis itu adalah autobiografi, kisah hidup saya. Baca saja karya saya untuk tahu cerita saya. Cerpen, novel, puisi saya dibangunkan daripada pengalaman dan kisah hidup saya. Cerpen saya yang paling awal, "Hari Ini Hari Gembira" contohnya. Itu kekasih saya yang kahwin, saya luka tapi judulnya sengaja dibuat gembira. Saya hadir perkahwinan bekas kekasih saya itu. Puisi Pak Samad mutakhir ini, macam mana? Sajak saya, "Senandung Rumah Pusaka" contohnya dalam buku, "Di Atas Padang Sejarah", halaman 53 itu tentang usaha menyelamatkan khazanah macam bangunan lama. Ramai kita tidak peduli. Kita robohkan saja. Kita mahukan pembangunan yang dianggap lebih moden. Kita lupa bangunan lama itu sejarah tetapi kita buang sejarah itu. Kita lebih berfikir tentang kebahagian segelintir orang pada masa kini. Jadi, kita kena memeliharanya sebagai bahan sejarah. Kita harus bangga dengan warisan itu. Kalau kita tidak menjadi contoh, orang lain akan ikut suka seperti apa berlaku pada Stadium Merdeka. Seolah-olah bangunan warisan itu bukan rakyat yang punya. Mahu bangunkan setinggi-tingginya dan hilangkan nilai sejarah yang ada. Kita tidak tolak pembangunan tetapi tempat yang ada nilai sejarah harus diperelok biar kekal. Kita mesti banggakan sejarah kerana sejarah itu sendiri sejauhmana kita telah berjaya berubah. Peranan kuasawan (pemerintah) dahulu dan sekarang... Ada dua jenis mereka ini. Kalau kuasawan campur niagawan, dia jadi ahli perniagaan. Kerjanya tukang sambut projek saja. Tapi kalau kuasawan yang mendampingi badan bukan kerajaan (NGO) perjuangkan lapangan hidup bagi kebahagiaan murbawan (rakyat biasa), mereka itu kuasawan yang berjuang. Rashid Maidin, Abdullah CD, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad, Chin Peng, Dr Burhanuddin al-Helmy pejuang kemerdekaan sebenar. Mereka semua ini berjuang untuk kemerdekaan sementara bangsawan penikmat kemerdekaan. Orang yang duduk di pejabat saja itu carma (cari makan). Saya namakan orang yang tidak berjuang tetapi mendapat hasil daripada perjuangan orang lain itu sebagai penikmat kemerdekaan. Golongan bangsawan misalnya penikmat kemerdekaan. Mereka tidak berjuang. Mereka menikmati hasil perjuangan orang lain. Penting sekali kuasawan mengutamakan nasib murbawan. Yang menyediakan kebahagiaan untuk murbawan tetapi jika kuasawan yang hanya untuk diri sendiri, bergabung dengan niagawan untuk menghitung keuntungan sendiri bukan untuk kebahagiaan untuk murbawan. Kadang-kadang dari niagawan masuk menjadi kuasawan juga ada asalnya kuasawan menjalar masuk menjadi niagawan. Bendera Sang Saka yang dihebohkan pemerintah sehingga Pak Samad turut terheret? Read More / Baca Lagi >> |
Kehangatan pemilihan beralih kepada PAS Posted: 13 Oct 2013 08:06 AM PDT Selepas pemilihan sayap Umno selesai semalam, kehangatan kempen kini mula membara dalam PAS, saingan utamanya dalam merebut undi Melayu. Di peringkat sayap Pemuda parti Islam itu, persaingan untuk jawatan nombor satu dewan itu semakin jelas apabila akar umbi mula melobi secara terbuka untuk calon pilihan masing-masing. Perkembangan ini amat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya apabila hasrat mereka tidak dinyatakan dengan jelas, atas kepercayaan tradisi dalam PAS bahawa "calon berkempen akan kalah". Jika tahun lepas Nasruddin Hassan menghadapi laluan mudah selepas 'mewarisi' kerusi itu daripada Salahuddin Ayub yang beralih ke peringkat naib presiden, kali ini kemungkinan besar permainannya tidak sama. Perkembangan terbaru menunjukkan sekurang-kurangnya bakal berlaku persaingan tiga penjuru antara tiga tokoh penting dalam dewan itu antara penyandang, Ketua Pemuda Johor Suhaizan Kaiat dan aktivis anti Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) Zulhazmi Shariff. Batu Pahat buka panggung Seperti mahu membuka panggung, PAS Batu Pahat tampil menjadi pihak pertama 'berkempen' untuk Suhaizan, pemimpin muda paling berpotensi mencabar kedudukan Nasrudin yang juga anggota Parlimen Temerloh. "Kami berpandangan, Suhaizan memiliki kewibawaan serta kemampuan untuk membawa Pemuda PAS ke pentas nasional dalam memperjuangkan pelbagai isu yang timbul hari ini. "Ini bukan cakap kosong...," katanya ketuanya Mohd Salleh Tamjis dalam kenyataan medianya yang memberikan pencalonan kawasannya kepada Suhaizan.Read More / Baca Lagi >> |
Kenapa Dato Husam tidak tegur kerajaan semasa menjadi Exco? Posted: 13 Oct 2013 07:56 AM PDT |
Forum Audit Negara 2012: Apa Hubungkait Ahli Politik Dan Pemodal? Posted: 13 Oct 2013 07:24 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan