Khamis, 3 Oktober 2013

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


bukan felda ajer buat bisnes sampai bangkrap tapi isa doraemon tak lepas peluang buat bisnes haram beli apartment di london...pun masih kata ada can jadi naib presiden parti melayu penyamun..kah kah kah!!!!

Posted: 03 Oct 2013 04:24 AM PDT

Isa Samad (gambar) hari ini menafikan isu pembelian kompleks apartmen mewah di London yang kini sedang di siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) akan menjejaskan peluangnya merebut jawatan naib presiden Umno dalam pemilihan Oktober ini.

Menurut Pengerusi Felda Holdings itu, pembelian apartmen mewah tersebut bukannya untuk keperluan sendiri tetapi dibeli oleh Felda Investment Corp (FIC).

"Mana ada jejas, tidak ada isu pun. Ini dinamakan perniagaan, bukan Felda saja beli hartanah di luar negara, KWSP, Tabung Haji termasuk Mara pun beli juga. Jadi apa masalahnya?

"Ini berkaitan urusan perniagaan. Tidak ada kena mengena dengan politik. Pemilihan itu cerita lain," katanya dalam satu sidang di Menara Felda, Kuala Lumpur hari ini.

Pembelian kompleks apartmen mewah Felda bernilai £98 juta (RM497 juta) itu sedang disiasat oleh SPRM dan dijangka menjejaskan peluang Isa dalam merebut jawatan naib presiden Umno.

Difahamkan terdapat ketidakpuasan hati di kalangan pemimpin Umno berhubung perbelanjaan besar Felda Investment Corp (FIC) UK Properties untuk Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London yang terkenal di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di ibu kota United Kingdom (UK) itu.

Malah beliau juga mempertahankan tindakan Felda membeli hartanah itu dengan menyifatkan ia kos yang berpatutan sekiranya dibandingkan dengan pulangan yang bakal diperolehi.

"Kompleks Grand Plaza di London, logiklah dengan lokasi yang kita dapat, tempat yang strategik. Kita jadikan ia sebagai satu halal kitchen ia bukan pelaburan sangat menguntungkan.

"Malah Grand Plaza juga amat popular dalam carian tertinggi internet google kerana itu kita jangka akan mendapat semula pulangan modal pada tahun depan," katanya lagi.

Beliau yang dilihat kurang senang apabila ditanya mengenai peluangnya dalam pemilihan Umno kelak mengatakan pembelian kompleks tersebut dibuat sebelum proses pemilihan.

"Tidak ada kena mengena pun pembelian dibuat sebelum pemilihan lagi, dan proses ini memakan masa bukan dibuat sehari dua tetapi lebih daripada itu.

"Kalau kata ia akan menjejaskan peluang dalam Umno sebab saya Pengerusi Felda, takkanlah hendak dibekukan semua aset syarikat untuk bertanding. Sebab itu saya kata perniagaan ialah perniagaan, politik ialah politik," kata Isa.

Ditanya adakah beliau yakin dapat merebut jawatan naib presiden Umno, Isa dengan ringkas menjawab beliau mewakili pemimpin lama.

"Pemilihan ini juga satu perkara yang serius untuk merebut jawatan Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan seperti pemilihan PAS, PKR.

"Hendak kata terlalu yakin, tidak. Namun, sebagai pemimpin lama saya tahu apa yang Umno inginkan. Saya juga tidak ada pakatan. Saya bersendirian dalam Umno dan ia terserah pada jawatankuasa" kata Isa.

Isa turut menafikan ada unsur rasuah dalam pembelian kompleks tersebut hingga menyebabkan ia disiasat oleh SPRM.

Isa merupakan salah seorang daripada tiga pencabar kepada tiga penyandang jawatan naib presiden Umno iaitu Menteri Dalam Negeri Datuk, Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

 

penyapu sial

 

isa doraemon teruskan lagenda kak ijat....dulu kak ijat beli kondo untuk ternak lembu...isa doraemon tak lepas peluang beli apartment untuk ternak biji benih kelapa sawit di london....kah kah kah

bertambah seekor lagi otak pembelit dan penipu geng geng otak cap ayam...jadi ke tak jadi naib presiden parti penyamun ada aku kisah...yang aku kisah duit rakyat termasuk peneroka felda habis di tarah untuk penuhi nafsu haramjadah penyamun doraemon dan talibarutnya..

selagi melayu melayu bangsat masih kekalkan parti haramjadah ini menerajui negara...ekonomi negara semakin parah di kerja kan geng geng doraemon penyanggak sebegini .

lawak bodoh menteri cap ayam UMNO....pistol di rembat di darat rupanya hilang di laut .....sewa kat lanun kot....kah kah kah.....!!!!

Posted: 03 Oct 2013 04:03 AM PDT

aku bersetuju dengan kata ketua penjilat najis ( KPN )....memang banyak pistol  jatuh ke laut...depa semua nak jadi lanun...ko orang peduli apa..!!!

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) hari ini bersetuju dengan kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa kehilangan pistol anggota polis seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara 2012 berkemungkinan kerana jatuh ke dalam laut.

Ahmad Zahid ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau percaya pistol yang dilaporkan hilang dalam audit berkenaan terjatuh ketika melakukan operasi.

"Saya setuju, dalam operasi kadang-kala (pistol) terjatuh dalam laut. Tapi saya percaya tiada penyelewengan," katanya kepada pemberita.

"Saya minta polis kuatkan SOP dan menjaga peralatan mereka, termasuk pistol supaya tak jatuh ke dalam laut lagi," katanya

 

 

penyapu sial

 

 

Berapa ramai polis laut kat malaysia ni? ...polis darat dah tak de kerja di darat...cari makan di laut kot ...kah kah kah

kapal selam pun boleh jatuh ke laut sedangkan pistol yang kecil itu...

Lain kali jatuh ke dalam jamban pulak..Nampak sangat  Malaysia di ketawakan oleh negara lain. Jadi Rakyat berasa malu dgn kelakuan kamu semua.

macam mana rakyat nak merasa bangga sebagai rakyat Malaysia setelah mempunyai menteri dalam kabinet kerajaan yang sedemikian rupa...cap ayam selamanya

Tiada ulasan: