MIMPI SENJA |
- Minyak akan naik lagi
- ARTIS : Mizz Nina berhijab selepas bergelar Hajah
- Mahathir umpama singa cedera, Najib akan kena lebih teruk
- Akaun Facebook Ardi Hamza - Suspek pembunuhan pegawai AmBank
- Buat apa saya nak guling Khalid - DSAI
Posted: 28 Oct 2013 10:25 PM PDT Pakar ekonomi Bank Dunia Dr Frederico Gil Sander meramalkan kerajaan akan memotong subsidi minyak kali kedua tahun depan bagi menangani defisit fiskal yang dihadapi selama 15 tahun berturut-turut. September lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen, sekaligus menimbulkan kemarahan dan kritikan daripada orang ramai dan juga pembangkang Pakatan Rakyat (PR). "Kelihatannya mungkin ada satu lagi pusingan (rasionalisasi subsidi minyak)," kata Frederico semasa ditemui sebaik berakhir Dialog Pasca Bajet 2014 anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia di Bukit Kiara hari ini. Frederico yang bertugas di Jabatan Asia Timur dan Pasifik, Membasmi Kemiskinan dan Pengurusan Ekonomi, berkata berdasarkan pembentangan Bajet baru-baru ini adalah isyarat jelas Putrajaya akan mengambil langkah rasionalisasi tersebut pada tahun depan. Subsidi minyak merupakan jumlah terbesar yang dibelanjakan oleh kerajaan setiap tahun, dianggarkan berjumlah RM24.8 bilion atau 53% daripada keseluruhan RM47 bilion wang yang dibelanjakan untuk subsidi sahaja. "Jika dilihat pada peruntukan, untuk peruntukan minyak dijangka akan menurun secara signifikan tahun depan. "Di mana saya berpendapat ia adalah isyarat kemungkinan akan berlaku rasionalisasi subsidi minyak bagi memastikan sasaran dapat dicapai," kata beliau yang merujuk kepada sasaran kerajaan mengurangkan defisit fiskal pada paras 3% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada 2015 dan bajet berimbang pada 2020. Sementara itu, Frederico berpandangan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diumumkan baru-baru ini adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan bagi mengelak kebergantungan kepada hasil minyak semata-mata. Jumaat lepas, Najib mengumumkan melaksanakan cukai kontroversi GST bermula 1 April, 2015 pada kadar 6%. "GST sangat berguna, ia bagi mengelak terlalu bergantung kepada hasil minyak semata-mata," katanya lagi. Dalam pada itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang turut berada dalam dialog tersebut tidak menolak cukai tersebut mampu menjana pendapatan kepada negara tetapi menegaskannya bukan jaminan akan tidak boros serta melebihi bajet yang telah diperuntukan. "Apabila menjana hasil yang besar, kerajaan juga berbelanja besar menjangkaui peruntukan setiap tahun "Sejak beberapa tahun ini, kerajaan telah memohon bajet perbekalan tambahan kerana peruntukan yang diberikan tidak mencukupi," kata Pua. Awal bulan lalu sebelum pembentangan bajet, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) sebanyak RM14,125,580,900 kepada beberapa kementerian sebagai perbelanjaan mengurus. Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini juga mendedahkan beberapa ketirisan dan kebocoran melibatkan beberapa kementerian kerajaan yang mengakibatkan kerugian jutaan ringgit. Bagaimanapun, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyifatkan pembentangan bajet kali ini menunjukkan keseriusan kerajaan untuk menangani defisit fiskal terutamanya selepas laporan oleh agensi penarafan global Fitch Ratings yang meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif. "Kita perlu menghantar mesej bahawa kita serius untuk mengatasi defisit fiskal. "Tapi saya juga bersetuju supaya satu langkah yang tegas perlu diambil untuk mengatasi kebocoran dan ketirisan seperti didedahkan Ketua Audit baru-baru ini," kata Khairy. Najib membentangkan bajet 2014 bertemakan "Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji", merangkumi lima teras utama bajet iaitu merancak aktiviti ekonomi, mengukuh pengurusan fiskal, menggungul modal insan, mempergiat pembangunan bandar dan luar bandar, dan mensejahtera kehidupan rakyat. |
ARTIS : Mizz Nina berhijab selepas bergelar Hajah Posted: 28 Oct 2013 09:15 AM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Mizz Nina mengesahkan yang dia kini sudah pun berhijab selepas pulang daripada menunaikan Haji di Mekah pada Jumaat lalu bersama suaminya vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 29. Pengurus penyanyi wanita itu, Joe Saiful, berkata, Nina atau nama sebenarnya Syazrina Azman, 33, bagaimanapun memberitahu dia masih belum bersedia untuk bertemu atau menjawab sebarang persoalan media mengenai perubahan imejnya itu. "Buat masa ini Nina masih lagi belum bersedia bertemu media untuk bercakap tentang imej barunya itu. "Tetapi dia telah mengesahkan pada saya bahawa buat masa ini dia memang sudah pun bertudung," katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Isnin. Tambah Joe, Nina memerlukan sedikit masa untuk tampil kepada media serta khalayak dengan imej yang bersesuaian. "Nina seorang yang sangat peka dengan imejnya sebagai selebriti dan apabila sudah berhijab, Nina sedang mencari imej yang bersesuaian sebelum tampil di khalayak. "Dalam pada itu, banyak juga perubahan yang harus dilakukan dalam karier muziknya. Sebab itu dia perlukan masa. Diharap semua pihak dapat memahami situasinya," tutur Joe. Miz Nina juga merupakan anak kepada Pengerusi Kumpulan AmBank Malaysia, Tan Sri Azman Hashim, |
Mahathir umpama singa cedera, Najib akan kena lebih teruk Posted: 28 Oct 2013 07:01 AM PDT PAS yakin Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat perkara yang lebih besar lagi selepas menyerang secara terbuka kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub (gambar), berkata Dr Mahathir umpama singa yang cedera selepas kekalahan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir dalam pemilihan Umno lalu. "Saya jangka serangan Dr Mahathir terhadap Najib akan lebih teruk lagi berbanding serangannya ke atas Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Dr Mahathir hari ini menyifatkan pentadbiran Najib lemah disebabkan melayan kehendak ekstremis pembangkang serta semakin kurang mendapat sokongan. Bekas Perdana Menteri itu belum pernah mengkritik pentadbiran Najib sejak Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatannya pada April 2009 malah pernah memuji pemerintahan Najib lebih baik berbanding Abdullah. "Keadaan politik sekarang tidak stabil kerana wujud persepsi kerajaan lemah dan orang yang tidak betul memimpin negara. "Kita mempunyai kerajaan yang lemah kerana kurang sokongan rakyat selain memenuhi keperluan ekstremis dalam puak pembangkang. "Apa yang paling teruk adalah mereka membuat tuntutan melampau untuk meninggalkan kerajaan apabila permintaan tidak dipenuhi. Jika anda fikir mereka akan mengucapkan terima kasih dan memberi sokongan. Ia satu kesilapan," kata Dr Mahathir ketika berucap di Putrajaya dalam ucapannya bertajuk "Trend Politik Semasa serta Kesan kepada Hala tuju Ekonomi dan Sosial Malaysia." Dalam pemilihan Umno baru-baru ini, Mukhriz gagal untuk merebut salah satu kerusi Naib Presiden Umno apabila mendapat tempat keempat selepas Datuk Seri Hishamuddin Hussein. Ia menjadi luka yang besar kepada Dr Mahathir dan bakal menjadi dendam kepada Najib kerana perdana menteri itu disifatkan sebagai pihak yang berusaha memastikan penyandang jawatan naib presiden Umno itu kekal. Kekalahan Mukhriz kali ini mengulangi kekalahannya ketika merebut jawatan Ketua Pemuda Umno di tangan Khairy Jamaludin Abu Bakar. "Saya rasa Najib akan lebih teruk dilanyak Mahathir berbanding ketika beliau melanyak Pak Lah kerana dia dikatakan menyalahkan Najib atas kesalahan anaknya itu," kata Salahudin yang bakal mempertahankan jawatan naib presiden PAS dalam pemilihan kali ini. Ketika Abdullah menjadi perdana menteri sebelum ini, Dr Mahathir menyerangnya sehingga menyebabkan penggantinya itu meletakkan jawatan selepas gagal mempertahankan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum ke -12 (PRU12) lalu. Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009 selepas Abdullah mengosongkan jawatan itu. Tetapi pencapaian Najib lebih teruk daripada Abdullah dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu apabila kerusi yang dimenangi pembangkang lebih banyak walaupun berjaya merampas kembali Kedah. Kejayaan mendapat semula Kedah dianggap kejayaan peribadi Dr Mahathir dan anaknya dan bukan kejayaan Najib selaku perdana menteri. – 28 Oktober, 2013 - TMI |
Akaun Facebook Ardi Hamza - Suspek pembunuhan pegawai AmBank Posted: 28 Oct 2013 04:11 AM PDT PETALING JAYA: Pengguna internet telah terjumpa akaun Facebook kononnya milik seorang suspek dikehendaki kerana membunuh Pegawai Operasi Ambank Norazita Abu Talib dan merompak bank, minggu lepas. Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, polis percaya bahawa Facebook itu milik suspek dan mereka sedang memantaunya. Menurut maklumat yang dipaparkan pada halaman, lelaki itu tinggal di Petaling Jaya dan berasal dari Klang, Selangor, tetapi menunjukkan bahawa dia bekerja di sebuah syarikat kurier antarabangsa. Sejak penemuan itu, pengguna internet telah berkongsi pautan Facebook tersebut yang menunjukkan nama dan wajah adalah serupa dengan suspek, kerana jenayah yang dilakukannya. Sehingga pukul 2 petang, lebih 100 'shares' (perkongsian) telah dibuat untuk menghubungkan pengguna lain ke halaman peribadinya. "Ini adalah wajah pembunuh dan perompak itu... mari kita buru dia sampai dapat," kata pengguna. Berdasarkan album foto, ia memperlihatkan lelaki itu gemar berkunjung ke gym dan merupakan peminat bola sepak Indonesia. Beliau juga memuat naik gambar buku bank Ambank selepas membuka akaun di salah sebuah cawangan bank itu di Taipan , Subang Jaya. 'Timeline' di halaman tersebut menunjukkan lelaki ini sering mengemaskini status Facebooknya sehingga 21 Oktober, dua hari sebelum kejadian tembakan dan rompakan. Lelaki itu juga dilihat lebih cenderung menulis dalam bahasa Indonesia pada kebanyakan kemas kini status Facebook dan komen. Dia juga disyaki memegang kad pengenalan palsu Malaysia yang menyatakan bahawa dia adalah Ardi Hamza dari Tawau, Sabah. Pada hari Rabu, Norazita , 37, telah membuka pintu bilik kebal dengan rakan sekerjanya di bank di Jalan USJ Sentral 2 kira-kira pukul 6.18 petang. Dia ditembak oleh pengawal keselamatan bank itu yang melarikan diri dengan wang tunai. -mstar Online http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/10/28/mstar_berita/20131028142414&sec=mstar_berita |
Buat apa saya nak guling Khalid - DSAI Posted: 28 Oct 2013 12:21 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan adanya usaha untuk menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Anwar hari ini mengakui memang ada membuat teguran terhadap Abdul Khalid supaya hasil pendapatan negeri dapat ditumpukan kepada rakyat terutama di dalam bidang pendidikan dan infrastruktur, namun tidaklah sampai ke tahap mahu menggulingkan kerajaan negeri itu. "Memang teguran dibuat walaupun tidak dalam konteks yang benar, saya puji kerajaan Pulau Pinang dan Selangor kerana pengurusan ekonomi yang baik, saya gesa kerana lebihan itu, supaya dapat menumpu kepada rakyat terutama dalam bidang pendidikan dan terutamanya dalam bidang infrastruktur. "Itu sahaja yang saya tekankan, saya kata itu sahaja yang saya bagi contoh saya dapati Shah Alam, jalan setiap minggu saya dapat aduan, rosak dan sebagainya, jadi saya kata dekat Khalid ada pegawai bagi laporan baik (tentang keadaan jalan) tapi di jalan itu berlopak. "Sebab itu ada orang kata Anwar mahu gulingkan, buat apa saya mahu gulingkan," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini. Anwar juga berkata, desas-desus yang bertiup kencang kononnya Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu mengambil alih tampuk kerajaan negeri tidak ada dalam pengetahuannya. "Azmin, kalau dia nak ambil alih tak kan saya tak tahu, yang tahu Utusan dan Utusan yang paling prihatin tentang masalah ini," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Mimpi Senja To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan