Khamis, 24 Oktober 2013

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Kekalahan Mukhriz beri kelebihan pada PAS di PRK Sg Limau

Posted: 23 Oct 2013 08:54 PM PDT


JERAI: Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub melihat kekalahan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pada pemilihan Umno lalu memberi kelebihan kepada PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.

Katanya, peluang itui harus diambil oleh PAS untuk bekerja lebih keras dalam meningkatkan majoriti di sebalik kelemahan Mukhriz atas kekalahannya merebut jawatan Naib Presiden Umno.

Menurut beliau, Mukhriz pasti ingin mengembalikan kekuatan ekoran kekalahan itu pada PRK kali ini, namun usaha tersebut agak lewat kerana kebanyakan akar umbi telah menolaknya.

"Saya melihat pada PRK kali ini PAS perlu mengambil peluang atas kekalahan Menteri Besar Kedah pada pemilihan Umno yang lalu," ujarnya.


Salahuddin turut yakin dengan kepimpinan yang dimiliki Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar dalam menyusun strategi kempen yang pastinya akan memberi motivasi serta kekuatan kepada jentera parti.

"Dengan faktor-faktor sedemikian, di samping kita memang mempunyai kekuatan di sini dan juga peringkat negeri mahu pun induk kita pasti dapat mempertahankan kemenangan," katanya.

Salahuddin juga melihat cabaran yang cukup besar dihadapi oleh jentera PAS adalah ingin menguasai lima kubu kuat Umno.

Katanya, PAS akan memberi fokus dan tumpuan kepada strategi gerak kerja bagi mengekalkan sokongan sedia ada dan mendapatkan sokongan semaksimum mungkin di kawasan kubu kuat Umno

KJ (Khairy Jamaluddin) menjadi penjual ayam percik dalam Inspektor Mastura

Posted: 23 Oct 2013 02:12 AM PDT


Khairy Jamaluddin. - Foto Instagram milik Khairy.
PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempunyai bakat sebagai bintang filem selepas berjaya melakonkan watak sebagai penjual ayam percik menerusi filem pendek berjudul Inspektor Mastura.
Pengarahnya Elaine Daly berkata, dalam filem itu Khairy menjual ayam percik di pasar malam.
"Saya terjumpa Khairy di sebuah acara pada Oktober tahun lalu dan terus bertanya sama ada dia berminat untuk berlakon dalam filem pendek saya atau tidak kerana saya mahu watak penjual ayam percik lakonan seorang lelaki yang tiada kaitan dengan industri hiburan.
"Tak sangka pula beliau mahu menerima tawaran tersebut," katanya kepada mStar Online.
Filem pendek berkenaan dihasilkan sempena projek Ikal Mayang: Telling Women Storiescetusan idea daripada organisasi bukan kerajaan (NGO), Women: Girls.
Elaine Daly
Ia merupakan salah satu daripada 15 filem pendek yang dihasilkan oleh pengarah filem wanita dan bakal disiarkan menerusi saluran Astro First bermula 7 November depan.
Bagaimanapun hanya enam buah filem sahaja yang dipilih untuk ditayangkan menerusi saluran berkenaan termasuklah filem arahan Sofia Jane iaitu 1-800-Baby, Vanidah Imran(Pantang), Dira Abu Zahar (Jerat Suami), Aida Fitri Buyung (Nawar) dan Junaidah M. Nor(Odah).
Dalam pada itu Elaine berkata, ketika penggambaran, Khairy hadir dengan persiapan menghafal skrip dan berlatih bersama pelakon Sharifah Aleya.
Katanya, Khairy juga berjaya melakonkan wataknya dengan baik iaitu hanya dua kali 'take'.
Ditanya adakah Khairy bakal ditawarkan lagi untuk projek filem seterusnya, Elaine masih belum merancang mengenai perkara tersebut.
"Saya memang ada merancang untuk menghasilkan filem pada masa akan datang, tetapi saya tak rasa Khairy mempunyai masa untuk berlakon lagi. Maklumlah sekarang ini dia sibuk dengan pelbagai urusan berkaitan negara," tuturnya.
Inspektor Mastura lakonan Sharifah Aleya memaparkan dilema seorang wanita yang cuba menjauhkan hatinya terhadap perasaan cinta.
Pelakon Beto Kusyairy memegang watak Inspektor Tahir menyimpan perasaan terhadap rakan setugasnya, namun ia tidak berbalas.
Turut membintangi filem ini alah penyampai radio Suria FM, Adibah Noor.- mStar
  • Print this story

Tiada ulasan: