Rabu, 30 Oktober 2013

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Saman fitnah Ramli Yusuff-Musa Hassan selesai luar mahkamah

Posted: 30 Oct 2013 06:00 AM PDT


Kes saman fitnah bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Ramli Yusuff terhadap bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, yang didakwa mengeluarkan kenyataan mencemar reputasi beliau dalam satu sidang media pada Disember tahun lepas diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Penyelesaian itu direkod Hakim Mahkamah Tinggi Dr Prasad Sandosham Abraham dalam kamar.

Peguam Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman, yang mewakili Musa, berkata ekoran penyelesaian itu, mahkamah membenarkan Ramli menarik balik saman berkenaan.

Musa, selaku defendan, turut diperintah membayar kos RM10,000 kepada Ramli, yang diwakili peguam Harvinderjit Singh.

Terma lain penyelesaian kes itu bagaimanapun tidak didedah kepada media.

Sejurus prosiding berakhir, Ramli dan Musa dilihat meninggalkan kawasan mahkamah secara berasingan.

Ramli memfailkan saman terhadap Musa pada 28 Februari lepas.

Bekas pengarah JSJK itu juga, antara lain, mendakwa kenyataan Musa menggambarkan bahawa beliau seorang yang tidak jujur, tidak amanah, telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara dan telah membuat pengisytiharan palsu berkaitan aset serta harta terkumpul miliknya.

Sehubungan itu, Ramli menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Beliau turut memohon satu perintah injunksi bagi menghalang Musa daripada terus mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah itu. - Bernama, 30 Oktober, 2013

4 November 2013, Kerajaan Keantan Isytihar Cuti Peristiwa

Posted: 30 Oct 2013 02:12 AM PDT



Bismillah, mesyuarat exco negeri Kelantan sebentar tadi telah membuat keputusan untuk mengisytiharkan cuti peristiwa pada hari Isnin, 4 November 2013 sebagai memberikan kemudahan kepada rakyat Kelantan khususnya peminat-peminat bolasepak untuk pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia di Shah Alam.

Ia juga sebagai memberikan kemudahan kepada penjawat-penjawat awam untuk merancang aktiviti bersama keluarga sempena cuti yang agak panjang. Kepada peminat-peminat TRW, diharapkan dapat memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan kesayangan rakyat Kelantan ini.

Jagalah adab-adab kesukanan dan jangan tinggalkan solat. Insya-Allah, Gomo Kelate Gomo.

MB Kelantan.

Najib Terlelap Dalam Forum Ekonomi Dunia Islamik?

Posted: 30 Oct 2013 12:08 AM PDT



kesian!

masih berbaik sangka yang mungkin najib terlalu letih dan penat.

akibat kurang ambil gula kot?

tapi uummmmppp tang tenaga batin.

hehehehe...

Tok Guru Haji Hadi Ketuai Bacaan Doa Dan Turun Bendang

Posted: 29 Oct 2013 06:39 PM PDT



Alhamdulillah, tok guru dah baru lepas memberi ucapan dan sekejap lagi membacakan doa awal musim padi.

Ayuh ramaikan majlis. Kami difahamkan ada makanan iaitu pulut dengan ikan kering.

Semoga mendapat sokongan dari anda semua.

Ustaz Azam Dah Ready Turun Bendang

Posted: 29 Oct 2013 05:54 PM PDT



Ustaz Azam dah bersedia nak turun bendang. Pakaian dah ready.

Kita masih menunggu kedatangan Tok Guru Haji Hadi.

Ayuh ramaikan kawasan ni, kita buat tabur benih padi dan berdoa kepada allah supaya allah murahkan rezeki kita.

Allahuakhbar!

Tiada ulasan: