Sabtu, 5 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Polis Dicekup Bersama Kekasih Di Hotel

Posted: 05 Oct 2013 12:40 AM PDT

Batu Pahat – Niat seorang anggota polis yang mahu meraikan pengesahan jawatannya bersama kekasihnya terbantut, apabila bilik hotel disewanya diserbu pihak berkuasa, kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Lelaki berkenaan yang bertugas sebagai anggota polis di Terengganu ditahan Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat kerana berkurung dengan kekasihnya sehingga menimbulkan syak.

Timbalan penguat kuasanya, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, pasangan berkenaan ditahan dalam operasi bersepadu Jaij Batu Pahat, Muar, Kluang dan Johor Bahru dalam membanteras maksiat sekitar Ayer Hitam.

Katanya, pihaknya beberapa kali mengetuk pintu bilik berkenaan, namun tiada jawapan. Setelah menunggu lama dan pihak penguat kuasa mahu memecah pintu barulah ia dibuka.

"Sebaik pintu berkenaan dibuka, pihak kami mendapati seorang lelaki yang lengkap berpakaian begitu juga pasangannya. Bagaimanapun, kedua-duanya berada dalam ketakutan ketika diambil keterangan.

"Pasangan lingkungn 20-an ini enggan membuka pintu pada mulanya, namun selepas beberapa kali pintu berkenaan diketuk dan beberapa pegawai penguat kuasa mendesak memecah pintu, barulah pintu dibuka.

"Pemeriksaan menyeluruh dilakukan mendapati, lelaki dan pasangannya yang berada di dalam bilik itu tidak mempunyai hubungan sah," katanya.

Saiful berkata, pasangan terbabit kini ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.

Katanya, pasangan terbabit juga akan dihadapkan ke mahkamah selepas siasatan berhubung kesalahan itu selesai.

Menurutnya lagi, operasi bersepadu ini bertujuan membendung kegiatan sumbang seperti judi dan maksiat yang semakin menular di kalangan umat Islam terutama anak muda sejak akhir-akhir ini.

"Selain itu, operasi seperti ini juga akan dilakukan lebih kerap dengan tertumpu pada aduan orang ramai, hotel bajet dan kawasan berpotensi kelakuan seperti ini," katanya.

Saiful berkata, dalam operasi itu, pihaknya turut menahan enam individu kerana melakukan kesalahan berjudi yang kemudiannya dibawa ke Balai Polis Ayer Hitam untuk proses dokumentasi sebelum dituntut waris masing-masing.

"Kesemua lelaki terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 kerana membeli atau berada dalam kedai judi.

"Jika sabit kesalahan mereka boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya. -SH

Pasca Kudeta: Ikhwanul Muslimin Bertambah Kukuh

Posted: 04 Oct 2013 09:40 PM PDT


Salah seorang pimpinan Partai Kebebasan dan Keadilan (FJP), Izzah Jaraf, menyatakan bahawa Ikhwanul Muslimin ketika ini lebih solid dari waktu-waktu sebelumnya.

"Begitulah Ikhwan, akan semakin kuat dalam memegang kebenaran di masa kesulitan. Berita-berita yang menyebutkan terjadinya perpecahan hanyalah isu yang disebarkan pihak intelijen kudeta," kata beliau lewat akaun facebooknya, dipetik dari dakwatuna.

Izzah Jaraf menambahkan bahwa Ikhwan sudah sering mengalami hal seperti ini, bahkan lebih dahsyat lagi, dan pada saat itu pasti akan tersebar berita-berita bahwa Ikhwan berpecah. Namun walaupun demikian, fikrah dan dakwah Ikhwan tetap jelas dan kuat dari dulu hingga sekarang.

"Alhamdulillah, tidak ada yang dapat memecah-belahkan kami. Ini membuktikan bahwa dakwah Ikhwan adalah dakwah rabbani yang diisi oleh orang-orang yang ikhlas." Ujarnya.

Lebih lanjut beliau menjelaskan bahwasannya ujian yang menimpa Ikhwan akan segera pergi, dan hanya akan menampakkan pahlawan-pahlawan baru di Mesir, membela dan mengorbankan segala yang dimilikinya untuk Mesir. Rakyat Mesir akan mengembalikan pemerintahan yang sah, yang akan menjadi contoh bagi negara-negara lain, terutama untuk kawasan Timur Tengah.

ULASAN GB

Demikianlah sunatullah, demikianlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apabila sesebuah pertubuhan itu ditekan dan dizalimi, ia bukan bertambah lemah tetapi akan menjadi bertambah kukuh dan padu. Bukankah emas dan permata yang ditenyeh dan digilap itu akan lebih bercahaya dan berkilau?

[VIDEO] Rancangan Jahat Al-Sisi Tekan & Tawan Media Massa Mesir Terbongkar

Posted: 04 Oct 2013 05:00 PM PDT


Sebuah rakaman video percakapan yang beredar di lamanweb jejaring sosial menunjukkan bagaimana ketua kudeta tentera Mesir berusaha untuk menekan pihak media massa dan kemudian menaklukinya.

Video tersebut diyakini telah dirakam sebelum usaha kudeta terhadap Presiden terpilih Muhammad Mursi pada 3 Julai lalu berlaku. Seperti disiarkan oleh RNN News, Juma'at (04/10/2013), inilah video dan kutipan percakapan Ketua Kudeta Mesir Abdel Fattah as Sisi untuk menekan media massa tersebut.

Pegawai tentera:

"Kita harus membuat kembali garis merah untuk media. Kita harus mendapatkan cara baru untuk menetralkan mereka. Media di Mesir hanya dikendalikan 20 atau 25 orang. Kita harus berhubungan dengan orang-orang ini secara individual dan langsung, (targetnya) mengganasi atau MENUNDUKKAN mereka."

Abdel Fattah as Sisi segera menyambut:

"Saya tahu bagaimana mengalahkan mereka, namun bagaimana cara mengganasi mereka seperti yang anda katakan. Saya beritahu bahawa kita ingin sekali mengendalikan media saat pertama kali tentera mengambil alih kekuasaan di 2011, namun kita kalah besar; kerana untuk mendapatkan apa yang anda inginkan anda memerlukan pengaruh. Ini tidak mencukupi hanya dengan mewujudkan satu jawatankuasa dengan satu gugusan tugas. Diperlukan waktu sangat lama sebelum anda dapat mempengaruhi dan mengendalikan media. Kita sedang melakukannya sekarang dan kita akan mendapatkan hasil yang lebih positif meskipun kita belum seperti apa yang kita inginkan."






sumber: islamedia

Calon PMR, Yang Perempuan Bersalin, Yang Lelaki Penjenayah

Posted: 04 Oct 2013 03:01 AM PDT

Dua Calon PMR Ditahan Kes Bunuh Pekerja Kilang Kayu

KUALA TERENGGANU: Polis yakin dapat menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang pekerja kilang kayu di Marang Selasa lepas apabila menahan lapan lelaki bagi membantu siasatan kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kesemua suspek berusia 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar Marang pada malam kejadian.

Beliau berkata polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu daripada seorang remaja berusia 15 tahun yang ditahan itu.

"Dengan tertangkapnya kesemua suspek dan penemuan senjata ini, kami percaya kes itu dapat diselesaikan tidak lama lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis juga membenarkan dua pelajar tingkatan tiga yang turut ditahan itu menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah di Ibu Pejabat Polis Daerah Marang.

Dalam kejadian 8.30 malam Selasa lepas, seorang lelaki berusia 20 tahun mati ditikam dalam pergaduhan di Kampung Bukit Parit Marang, dipercayai berpunca daripada masalah berebut teman wanita.

Manoharan berkata polis juga telah mengenal pasti wanita berkenaan dan akan memanggil wanita itu bagi membantu siasatan.

Dalam perkembangan lain, Manoharan berkata polis menemui beberapa petunjuk positif dalam kes pembunuhan pemilik kedai perabot di Kampung Padang Nenas di sini Sabtu lepas.

"Berdasarkan tikaman di badan mangsa, kami yakin kes itu bukan berunsur samun semata-mata," katanya sambil memberitahu bahawa gerakan memburu suspek giat dijalankan.

Sabtu lepas, seorang pemilik kedai perabot rakyat Pakistan ditemui mati dengan 17 tikaman di bahagian depan dan belakang badan, leher, kepala dan tangan selain terdapat 14 kesan kecederaan disebabkan senjata tajam. -Bernama


Calon PMR ambil periksa dalam wad selepas bersalin


KOTA BHARU - Seorang calon peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di sini, terpaksa menduduki peperiksaan terbabit di wad sebuah hospital...

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Nor,15, berkata, akibat hubungan terlarang bersama kekasihnya yang dikenali dua tahun lalu, dia disahkan mengandung setelah perutnya terus membesar.

Remaja terbabit yang bersalin secara normal Ahad lalu, masih dalam keadaan lemah namun tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan.

Menceritakan detik hitam itu, dia terpedaya dengan pujuk rayu lelaki itu, setelah kekasihnya berjanji akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjaga dirinya.

"Akibat termakan pujuk kerana kasihkan si dia, saya rela dan tidak sangka hubungan saya bersamanya menyebabkan saya semakin jauh terlanjur sehingga melahirkan anak.

"Ibu dan ayah begitu marah dengan perbuatan saya ini memandangkan saya masih bersekolah dan mereka dapat tahu selepas melihat keadaan perut saya yang semakin hari semakin membesar," katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, setakat ini kini kes berkenan mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Nor berkata, dia kini menyesal dengan perbuatannya itu dan mengharapkan keputusan peperiksaannya lebih baik daripada peperiksaan percubaan sebelum ini yang hanya memperolehi 2A.

"Saya nak berjaya dalam peperiksaan ini dan harap dapat sekurang-kurangnya 4A dalam enam mata pelajaran yang diambil supaya saya dapat buktikan bahawa saya masih mampu meneruskan pelajaran untuk ke tingkatan 4 nanti serta dapat menebus kesalahan lalu," katanya.

Nor berharap, selepas ini dia dapat meneruskan persekolahan dan menumpukan perhatian dalam pelajaran walaupun pernah terlanjur dan tidak mengulangi kesilapan lalu.
-SH


Tiada ulasan: