Kelab Greenboc |
- Gaji Para Pegawai JPM Terlalu Tinggi, Rakyat Terus Hidup Sengsara
- [VIDEO] Beri Susu Luput Tarikh: Pemimpin UMNO Hina Orang Kampung
- [VIDEO] Isu Lebuhraya - Ust Hadi Libas Soalan Bodoh MP Lenggong
- Petronas Ke5 Tertinggi Dalam Ketelusan Antrabangsa: Fakta Atau Auta?
Gaji Para Pegawai JPM Terlalu Tinggi, Rakyat Terus Hidup Sengsara Posted: 30 Oct 2013 12:20 AM PDT Tidak wajar gaji terlalu tinggi dibayar kepada pegawai kanan termasuk berstatus kontrak di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam keadaan subsidi rakyat terbanyak dipotong, kata Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming. "Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus sama mengurangkan perbelanjaan tidak perlu jika beliau serius mahu membantu rakyat yang kini berdepan kos sara hidup tinggi ekoran tindakannya memotong subsidi gula, minyak masak dalam bajetnya baru-baru ini. "Najib harus ingat peruntukan jabatannya melonjak 13 peratus berbanding tahun lalu iaitu RM250 bilion kepada RM264 bilion," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini. Beliau mengulas gaji pegawai kanan JPM yang disifatkannya melampau kerana lebih tinggi berbanding gaji penjawat awam. Manakala pada pembentangan Bajet 26 Oktober lalu, Najib memotong subsidi rakyat sebanyak RM7.3 bilion. "Pada 1 Oktober lalu, saya diberitahu gaji tahunan, elaun dan bonus Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agensi Inovasi Malaysia RM830,500 (gaji bulanan kira-kira RM69,000). "CEO Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bergaji tahunan RM480,000 (sebulan RM40,000, elaun tahunan RM162,000, bonus RM60,000). "CEO TalentCorp bergaji bulanan RM30,000 tidak termasuk elaun kereta RM5,000 sebulan. "Gaji bulanan semua CEO ini lebih tinggi daripada penjawat awam seperti Ketua Setiausaha Negara bergaji sebulan hanya RM23,577," katanya. Beliau turut mendedahkan pegawai JPM berstatus kontrak yang dibayar gaji setaraf pegawai tinggi penjawat awam. "Contohnya, gaji Pengarah Pengurusan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (PEMANDU) setaraf dengan JUSA A/B penjawat awam bergaji maksimum RM49,000 sebulan, Pengarah Bersekutunya bersamaan JUSA C penjawat awam bergaji maksimum RM31,600 sebulan. "Jawatan Pengurus Kanan pula bersamaan penjawat awam Gred 54 bergaji maksimum RM21,000 sebulan," katanya. Ong turut mendesak Najib menjimatkan wang rakyat dengan menghentikan kewujudan agensi baru Yayasan Hijau kerana fungsinya bertindih dengan agensi sedia ada seperti Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA) serta Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MAGIC). -KD |
[VIDEO] Beri Susu Luput Tarikh: Pemimpin UMNO Hina Orang Kampung Posted: 29 Oct 2013 09:05 PM PDT Yan - Susu krimer manis yang disumbangkan oleh seorang pemimpin Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim didapati sudah tamat tempoh. Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara itu disedari oleh seorang petugas akhbar Harakah, Khairul Hafizi, 35, selepas sekumpulan rombongan Umno itu menyampaikan sumbangan tersebut di rumah ibunya dekat Sungai Dedap, pada jam 3.30 petang, semalam. Beliau berkata, pemberian sumbangan berserta gula, tepung dan beras itu tidak mempunyai masalah, tetapi yang menjadi persoalan adalah susu yang diberikan sudah tamat tempoh. "Sumbangan berserta dengan susu ini diberikan pada (28 Oktober) lalu, tetapi di bawah tin susu itu tertulis guna sebelum 26 Oktober 2013. Saya sudah berpesan kepadanya jangan benarkan ibunya minum susu itu khuatir berlaku keracunan makanan. "Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung," katanya lagi. Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu. "Tak kan lah punya sengket (kedekut) BN sampai nak beli susu pun kena cari yang sudah luput. Sekurang-kurangnya carilah yang tamat tempoh pada tahun hadapan ataupun lewat bulan Disember," katanya. Mahfuz berkata demikian pada sidang media di Markas Pas Induk Kawasan Jerai, di sini, hari ini. Pada masa sama, beliau turut menasihatkan kepada seluruh masyarakat di Dun Sungai Limau, terutama di kawasan Sungai Dedap supaya lebih berhati-hati dan melihat terlebih dahulu tarikh luput susu tersebut sebelum digunakan. "Saya minta pemimpin berkenaan meminta maaf kepada pengundi-pengundi di Sungai Dedap dan jangan kerana susu ini akan menyebabkan keracunan makanan," katanya. Menurutnya, penglibatan pemimpin berkenaan dalam perkara ini adalah berikutan terdapat gambar beliau pada beg plastik yang digunakan sewaktu menyampaikan sumbangan tersebut. "Sebab itu pemberian daripada pemimpin berkenaan berlegar dalam kawasan Sungai Dedap. Saya percaya, bukan sahaja dia yang beri susu tamat tempoh, tapi tempat-tempat lain juga diberikan oleh Umno Bahagian merupakan kemungkinan besar susu yang telah tamat tempoh. "Kalau ada orang yang bagi sumbangan, kita kena terima. Tapi perlu berhati-hati dan periksa dahulu tarikh luput dan sebagainya," katanya. Tambahan pula, susu tersebut juga diberikan dalam keadaan yang sudah rosak berikutan terdapat kesan kemek pada tin itu. Sementara itu, dalam cubaan untuk menepis kesalahan tersebut, penyumbang susu berkenaan, Datuk Azee berkata: "Susu pekat tersebut adalah untuk kegunaan jentera pilihan raya kecil yang berkampung di Rumah Baling. Saya tidak tahu bagaimana ia boleh terlepas." Jika benar kata-kata Azeez, begitu sekali para petugas UMNO/BN dilayan oleh pemimpin mereka ... di beri makanan yang sudah luput tarikh ... apakah para petugas UMNO/BN tidak rasa terhina? |
[VIDEO] Isu Lebuhraya - Ust Hadi Libas Soalan Bodoh MP Lenggong Posted: 29 Oct 2013 04:40 PM PDT MP Lenggong beri 'bola tanggung' KUALA LUMPUR: 'Bola tanggung' yang diberikan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sidang Dewan Rakyat semalam, 'dilibas' dengan baik oleh Ahli Parlimen Marang itu sehingga Dewan Rakyat digegarkan dengan tepukan sokongan ahli-ahli Dewan Rakyat daripada Pakatan Rakyat. Shamsul Anuar yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)mempersoalkan janji Kerajaan Negeri Kelantan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang menghubungkan Kota Bharu dengan Kuala Krai ketika mencelah ucapan Ustaz Abdul Hadi di Dewan Rakyat, semalam. "Ini bola tanggung yang kamu berikan kepada saya... Bukankah itu sebenarnya tanggung jawab Kerajaan Pusat. Kerajaan Pusat yang tidak menunaikan tanggung jawab ini," bidas Ustaz Abdul Hadi disambut tepukan meja dan sorakan sokongan anggota Dewan. Menjelaskan diskriminasi kerajaan BN pusat di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Ustaz Abdul Hadi memberi contoh projek pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) yang sepatutnya menghubungkan negeri Pahang, Terengganu sehingga ke Kelantan. "Selepas BN kalah (di Terengganu) pada tahun 1999, lebuh raya itu tidak dibuat maka Kerajaan PAS Negeri Terengganu ketika itu membuat inisiatif sendiri untuk membina lebuh raya daripada kewangan anak syarikat dan konsortium luar negara, namun ia tersekat kerana perlu melalui MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Bank Negara. "Berikan kebebasan kepada negeri. Berikan kembali royalti kepada Terengganu dan Kelantan. Dia suruh kita buat, tapi dia cekik kita!" tegas Ustaz Abdul Hadi. -HD |
Petronas Ke5 Tertinggi Dalam Ketelusan Antrabangsa: Fakta Atau Auta? Posted: 29 Oct 2013 03:40 AM PDT Petronas ke-5 dalam indeks ketelusan antarabangsa KUALA LUMPUR - Petronas berada di tempat kelima tertinggi dalam indeks keseluruhan bagi pelaporan korporat syarikat-syarikat pasaran sedang pesat membangun di dalam kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International), badan pengawasan rasuah global. Menurut kajian baru-baru ini bertajuk "Ketelusan di dalam Pelaporan Korporat: Menilai Multinasional Pasaran Sedang Pesat Membangun", Petronas mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik, kata Petronas dalam satu kenyataan. Seiring dengan dasar toleransi sifar ke atas rasuah dan sogokan, Petronas hari ini mengadakan forum separuh hari bagi membincangkan, mendapatkan pandangan dan berkongsi perspektif mengenai amalan terbaik di dalam integriti dengan pelbagai pemimpin industri, badan kerajaan dan agensi pencegah rasuah. Program Sokongan Integriti Korporat Petronas bertemakan "Designing Corruption out of the Business Eco-system", dianjurkan bersama-sama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Institut Integriti Malaysia. Forum itu diadakan bersempena Hari Integriti Nasional tahunan yang akan diadakan pada 5 November, 2013. Program itu dihadiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pengerusi Petronas Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas. - Bernama ULASAN GB Setelah negara dikejutkan bahawa akaun Petronas tidak diaudit semenjak 38 tahun ditubuhkan, tiba-tiba hari ini Petronas mendakwa kononnya Petronas berada di tempat ke5 tertinggi dalam indeks kajian Ketelusan Antarabangsa (Transparency International). Kita tak tahu Transparency International yang mana satu yang dimaksudkan oleh Petronas. Lebih-lebih meragukan (malah melucukan?)apabila Petronas mendabik dada menyatakan mereka "mencapai skor tertinggi untuk kategori Syarikat Tidak Tersenarai Terbaik". Kita cabar Petronas untuk membuktikan kewujudan kajian tersebut, malah badan pengawasan rasuah global itu. Nampaknya rakyat terus mahu diperbodohkan sekalipun kita kini berada di dunia ipad dan tablet... Mentaliti pengurusan Petronas saling tak tumpah mentaliti pemimpin UMNO yang sentiasa menganggap rakyat bodoh dan mudah diperbodohkan. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan