Kelab Greenboc |
- Program "Hadiah Anak Masuk Universiti" Selangor Terima Pujian Audit Negara
- Tragedi Kenduri Beracun: Pengantin Baru Trauma & Takkan Dapat Lupakannya
- Jawapan IGP Tidak Profesyenal Malah Melucukan
- [VIDEO] 38 Tahun Petronas Tak Diaudit?
- [KETERLALUAN] K-Pop: Rakyat Terus Ditipu Rejim UMNO BN
Program "Hadiah Anak Masuk Universiti" Selangor Terima Pujian Audit Negara Posted: 03 Oct 2013 12:45 AM PDT Program Hadiah Anak Masuk Universiti, yang merupakan salah-satu daripada Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dipuji dalam Laporan Audit Negara kerana mencapai sasaran pemberian bantuan secara keseluruhan. Siasatan Jabatan Audit Negara mendapati 87.8 peratus golongan sasar menerima manfaat daripada program MES itu. Paling menarik perhatian Audit adalah prestasi sangat baik yang dicatatkan pada 2010 (99.9% dari 7,699 pemohon), 2011 (93.1% dari 7,167 pemohon) dan 2012 (98.6% dari 7,887). Bilangan-penerima-wang "Semakan Audit mendapati prestasi Program adalah baik kerana bilangan penerima wang hadiah bagi bulan Julai 2008 hingga 2012 adalah tinggi iaitu 32,130 (87.8%) daripada 36,600 penerima yang disasarkan. "Analisis Audit selanjutnya juga mendapati prestasi Program bagi tahun 2010 hingga 2012 berada pada tahap sangat baik iaitu 93.1% hingga 99.9%," menurut laporan itu. Program Hadiah Anak Masuk Universiti telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri mulai 1 Julai 2008 dan bertujuan untuk meringankan beban pelajar bagi menampung yuran dan perbelanjaan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Dari Julai 2008 hingga 2012, sebanyak RM36.60 juta tela diperuntukkan dan RM32.13 juta telah dibelanjakan untuk menjayakan program ini. Penerima-pinjaman Dalam pada itu, Laporan Audit juga turut membuat beberapa syor bagi meningkatkan kejayaan program ini, termasuk meletakkan proses pengesahan dan perakuan yang ketat, serta memperkemaskan pemberian hadiah. -selangorku |
Tragedi Kenduri Beracun: Pengantin Baru Trauma & Takkan Dapat Lupakannya Posted: 02 Oct 2013 11:45 PM PDT Yan – Tragedi keracunan makanan di majlis kenduri perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai, yang meragut tiga nyawa kelmarin menjadi sejarah hitam buat pengantin baru berkenaan. Hasliyana Yusuf, 22, berkata, dia sedih dengan kejadian dan tidak menyangka majlis raja sehari bertukar menjadi tragedi hitam. Anak kedua daripada tiga beradik itu berkata, trauma dan kesal dengan apa yang berlaku pastinya tidak dapat dilupakan. "Kami sekeluarga begitu gembira dengan majlis yang diadakan memandangkan saya anak pertama yang melangsungkan perkahwinan. "Namun, kejadian ini berubah menjadi nasib malang buat kami," katanya ketika ditemui di Hospital Yan, semalam. Menurut bekas pelajar Politeknik Port Dickson itu, keluarganya sendiri turut mengalami keracunan sama. "Mak, kakak dan adik saya turut mengalami keracunan dan ditahan di wad. Manakala keluarga sebelah suami saya tidak ada yang menerima kesan keracunan itu," katanya. Bapa pengantin, Yusuf Ahmad, 55, berkata, masakan yang disediakan kepada tetamu jemputan sempena kenduri itu dimasak oleh kakaknya dengan bantuan saudara-mara lain. "Juadah yang kami sediakan ialah ayam masak merah, gulai ikan talang, kerabu pucuk paku dan sambal ikan bilis. "Manakala ayam yang dijadikan juadah ditempah daripada dua pembekal dan satunya membekalkan ayam yang sudah berbau," katanya. Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Mat Zain yang juga Adun Tanjong Dawai berkata, kerajaan negeri menghulurkan sumbangan RM1,000 kepada keluarga yang maut manakala RM200 kepada mangsa yang dirawat di hospital. Katanya, kerajaan negeri bersimpati dengan peristiwa ini yang merupakan satu tragedi yang tidak diduga sesiapa termasuk tuan rumah.," katanya ketika melawat 63 mangsa yang masih menerima rawatan di Hospital Yan, semalam. -SH
|
Jawapan IGP Tidak Profesyenal Malah Melucukan Posted: 02 Oct 2013 08:31 PM PDT Jawapan KPN senjata jatuh ke laut tidak disenangi Jawapan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar mengenai kemungkinan 44 laras senjata api yang hilang disebabkan jatuh ke dalam laut tidak disenangi pelbagai pihak. Ketua Propaganda, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, berkata rakyat menuntut jawapan yang sebenar bukannya andaian semata-mata. "Sebagai Ketua Polis Negara, tidak wajar sewenang-wenangnya memberi respon seperti melepaskan batuk di tangga dalam isu kehilangan senjata api itu," katanya. Katanya, kehilangan senjata api adalah satu perkara yang serius dan boleh mengurangkan keyakinan awam terhadap keselamatan dan keamanan negara. Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dalam laporannya berkata, berdasarkan statistik kehilangan aset yang dikeluarkan Bahagian Pengurusan Aset, Jabatan Logistik, PDRM daripada 2010 hingga 2013 mendapati aset yang paling banyak hilang adalah gari dengan sejumlah 156 unit, diikuti senjata api dan kenderaan dengan masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. Mengulas laporan itu, Khalid dipetik berkata, beliau yakin senjata api polis yang dilaporkan hilang itu tidak jatuh ke tangan penjenayah. "Kehilangan ini tidak semestinya jatuh kepada penjenayah, mungkin jatuh waktu atas bot dalam laut, atau jatuh dalam air dan tidak ada orang yang dapat," katanya. Edy berkata, kenyataan ketua polis itu sepatutnya disokong oleh statistik yang tepat. "Sepatutnya kenyataan tersebut disokong oleh statistik yang tepat, berapa kes pistol jatuh ke dalam laut? Berapa laras pula senapang automatik yang jatuh ke dalam sungai," katanya. SAMM menggesa Ketua Polis Negara dan PDRM mengambil pendekatan lebih bertanggungjawab dalam memberikan respon kepada umum. "Ini kerana rakyat ketika ini memerlukan lebih jaminan keselamatan kerana kes jenayah melibatkan senjata api sangat berleluasa," katanya. -TMI
ULASAN GB Jawapan dari IGP sungguh tidak profesyenal malah melucukan. Tidak ada statistik yang dikemukakan berapa banyak senjata yang jatuh ke dalam laut, dan tak dinyatakan laut mana dan operasi apa yang dijalankan oleh pihak keselamatan sehingga ada senjata jatuh ke dalam laut. Membodohkan rakyat namanya dengan memberikan andaian palsu sedemikian dan kenyataan IGP itu jelas sangat boleh diambil tindakan undang-undang supaya beliau boleh membuktikan kebenaran perkataannya di mahkamah. Semalam GB sudah ulas bab kehilangan aset polis ini. Petikan: Menghairankan. Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri? Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan. Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat! |
[VIDEO] 38 Tahun Petronas Tak Diaudit? Posted: 02 Oct 2013 05:20 PM PDT Pakatan gesa Petronas turut diaudit Pakatan Rakyat (PR) menggesa Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang turut mengaudit syarikat petroleum negara, Petronas kerana mendakwa syarikat berkenaan tidak pernah diaudit sejak 38 tahun lalu. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, syarikat yang ditubuhkan di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974 bukannya syarikat swasta dan seharusnya tidak terlepas daripada diaudit. "Pagi ini selepas memeriksa Akta Petroleum 1974, walaupun Petronas ditubuhkan sejak 38 tahun lalu, jelas tidak pernah ada satu pun Laporan Audit Negara ke atas laporan kewangan syarikat minyak nasional ini. "Laporan Audit Negara tidak dibenarkan untuk audit Petronas, daripada 1974 sehingga sekarang, kalau kita tahu, semua kementerian dan agensi kerajaan diaudit kecuali Petronas, kenapa Pertonas perlu dikecualikan," katanya. Nga turut menuntut supaya laporan Ketua Audit Negara 2012 yang diedarkan semalam dibentang untuk dibahaskan di Dewan Rakyat bagi melihat perbelanjaan Petronas. Sebanyak 40 peratus keuntungan Petronas adalah sumber kewangan negara. "Kita mengesyorkan Ketua Audit Negara yang dilantik Yang DiPertuan Agong, dibenarkan untuk audit dan laporan audit terhadap Petronas patut diserahkan kepada Dewan Rakyat untuk dibahas. "Tetapi Akta sekarang ini hanya membenarkan seorang sahaja iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri kabinet tidak dibenarkan untuk akses kepada akaun (Petronas). "Ini tidak lagi menepati keperluan kepentingan negara kita dan juga rakyat," katanya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulis berkata, Petronas membayar RM732 billion kepada kerajaan Malaysia di bawah empat kategori. Daripada jumlah itu, ia diperolehi daripada Dividen syarikat berjumlah RM278 billion, keuntungan petroleum RM24 billion, cukai pendapatan RM310 billion dan duti eksport RM20 billion. "Jumlahnya RM732 bilion, ini adalah lebih besar daripada hutang negara, dibayar kepada kerajaan, tetapi oleh kerana Akta Kemajuan Pertoleum 1974, rakyat sebagai pembayar cukai tidak dapat tahu bagaimana kerajaan menggunakan duit ini dan bagaimana keadaan kewangan sebenar syarikat petroleum negara ini. "Kami ingin mengesyorkan supaya kerajaan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 Seksyen 3 dan 5 supaya ia selaras dengan ketelusan," katanya. -TMI |
[KETERLALUAN] K-Pop: Rakyat Terus Ditipu Rejim UMNO BN Posted: 02 Oct 2013 07:35 AM PDT Bayaran RM1.6 juta kepada artis K-Pop oleh Kementerian Belia dan Sukan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 yang diadakan pada 23 hingga 27 Mei 2012 di Putrajaya tidak berhemat, harakahdaily dipetik. Perkara itu terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012 bagi Aktiviti Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2. Ia dimuatkan dalam Jadual 16.14 Perbelanjaan Hari Belia Negara 2012 Yang Tidak Dibuat Secara Berhemat. Pada bahagian catatan mengenai perbelajaan itu dinyatakan 'perbelanjaan tinggi, tidak selaras dengan peraturan perbelanjaan berhemat' Namun, yang amat dikesalkan ialah pembohongan dan penipuan yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia & Sukan (KBS), Datuk Mohid Mohamed yang sebelum ini menyatakan KBS tidak menggunakan wang kerajaan untuk membayar persembahan tiga kumpulan K-Pop dari Korea Selatan pada Himpunan Jutaan Belia 2012 dari 23 hingga 27 Mei lepas, di Putrajaya, sebaliknya berliau berkata kos membawa kumpulan itu oleh Stadium First Sdn Bhd (Stadium First) berjumlah RM900,000 (USD$300,000), dibayar menggunakan wang penajaan untuk konsert berkenaan. "Kos RM900,000 ini ditanggung oleh Stadium First selaku pembekal program kepada KBS dan kita akan menggunakan wang daripada tajaan pihak swasta untuk menyelesaikannya," katanya. Tiga kumpulan K-Pop yang membuat persembahan itu ialah U-Kiss, Teen Top dan Dal Shabet. Persembahan itu adalah antara 500 aktiviti yang dijalankan sepanjang lima hari Himpunan Jutaan Belia 2012. Kita melihat penipuan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan sebagai KETERLALUAN. Seorang penjawat awam yang dibayar gajinya dari wang rakyat melalukanj pembohongan dan penipuan kepada rakyat. Seharusnya satu laporan polis dibuat terhadap beliau dan tindakan mengeheret beliau ke muka pengadilan perlu dilakukan supaya tidak ada penjawat awam yang secara sesuka hati melalukan pembohongan dan penipuan di dalam mmusaha untuk menutup apa yang diistilahkan oleh Audit Negara sebagai perbelanjaan "tidak berhemah". TERKINI Malaysiakini melaporkan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui kementerian itu membayar RM1.6 juta untuk acara konsert K-Pop pada tahun 2012 seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012. Menurutnya, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat bayaran itu selepas syarikat yang menawarkan penajaan tidak meneruskan pembiayaan itu. "Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai - memang betul konsert ini dibiayai KBS. "Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. "Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012," katanya menerusi kenyataan pada laman Facebook beliau. Jawapan Menteri KBS berkenaan ternyata sebagai percubaan untuk menutup penipuan - lebih jelas: jawapan menteri berkenaan merupakan penipuan di atas penipuan. Jika benar syarikat swasta itu menarik diri dari menaja K-pop berkenaan, mengapa tiada pengumuman awal dilakukan? Mengapa baru sekarang? Jika tajaan itu tidak diberikan oleh syarikat berkenaan, apakah tidak ada tindakan undang-undang diambil keatasnya, sehingga konsekuennya, wang rakyat perlu dibazirkan untuk membayar aktiviti yang tidak mendatangkan menafaat, malah mendatangkan mudharat itu? |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan