Khamis, 24 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Dah Serik Kena Saman Berjuta, Sekarang Utusan Guna Taktik Mohon Maaf...

Posted: 24 Oct 2013 01:01 AM PDT


Utusan Malaysia mohon maaf kerana fitnah Syed Husin Ali

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini membuat permohonan maaf kepada Senator Syed Husin Ali sebagai sebahagian daripada syarat penyelesaian kes tuntutan saman yang dikenakan terhadap akhbar harian Melayu itu oleh bekas Timbalan Presiden PKR berkenaan.

Penghakiman persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Su Geok Yiam, hari ini.

Peguam, L Bani Prakash yang mewakili Syed Husin, berkata Utusan Malaysia menarik semula laporan mereka dan memohon maaf kepada anak guamnya.

"Sebagai sebahagian daripada penyelesaian itu, Utusan Malaysia juga mesti menyiarkan permohonan maaf itu dalam akhbarnya di muka surat 8 dalam tempoh 10 hari.

"Sejumlah pampasan yang tidak boleh didedahkan nilainya sudah dipersetujui antara kedua-dua pihak," katanya.

Pagi ini, Syed Husin menerusi akaun Twiternya @syedhusinali berkata:"Utusan memohon maaf kepada saya pagi ini di Mahkamah Sivil 7. Akan siar dan bayar pampasan. Zamil (Zamil Ibrahim, pemimpin Kita) akan berurusan secara berasingan. Mereka memfitnah saya".

Pada Mei 2010, Syed Husin menyaman Utusan Malaysia dan dua lagi defendan sebanyak RM10 juta atas tuduhan memfitnahnya menerusi artikel yang disiarkan akhbar itu pada 6 Mac tahun yang sama.

Beliau turut menamakan editor akhbar itu, Mohd Hassan Mohd Noor dan Zamil sebagai defendan kedua dan ketiga.

Syed Husin meminta RM10 juta sebagai ganti rugi, ganti rugi teladan dan memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah terhadapnya, serta kos dan relief yang mahkamah rasakan sesuai.

Dalam penyata tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Malaysia menyiarkan artikel bertajuk "RM500,000: Syed Husin dicabar lapor polis" yang berbentuk fitnah terhadapnya -TMI




Syed Husin Mahu Utusan Mohon Maaf Isu Pembubaran PRM


Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed husin Ali menghantar notis kepada Utusan Malaysia menuntut akhbar milik Umno-Barisan Nasional itu membuat permohonan maaf kepada beliau dan membayar ganti rugi RM10juta.

Notis yang dihantar semalam, melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh, diberikan kepada Pengarang dan Pengarang Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga seorang individu bernama Zamil Ibrahim.

Syed Husin dalam satu kenyataan medianya berkata, notis itu berhubung sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6hb Mac 2010 bertajuk "RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis".

Katanya dalam berita tersebut beliau dituduh kononnya menerima RM500,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Beliau berkata, Utusan diberi tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan untuk memberikan jawapan dan sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan diambil terhadap akhbar berkenaan.
-Kelab GB 26/3/2010


ULASAN GB

Lepas satu satu. Baru mohon maaf kepada Datuk Husam Musa kerana memfitnah, kini kepada Syed Husin Ali. Walaupun dah serik kena saman dan kini Utusan menggunakan cara "memohon maaf", namun akhbar berkenaan dilihat tak serik-serik terus memfitnah selagi terdaya dan terus menabur api perkauman di kalangan rakyat Malaysia.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Utusan, insyaAllah, pasti musnah di satu masa nanti.

[BERGAMBAR PENUH & VIDEO] Pegawai Bank Ditembak Kejam Oleh Pengawal Keselamatan

Posted: 23 Oct 2013 09:20 PM PDT


Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu.


Hubungi isteri sebelum ditembak


SUBANG JAYA: "Pak Cik Wan ada menghubungi isterinya beberapa minit sebelum kejadian," kata Mohd Fakri Azad M Azhar Syawal, 22, anak saudara kepada pegawai operasi sebuah bank, Norazita Abu Talib, 37, yang maut ditembak dalam kejadian rompakan di bank itu, di cawangan Jalan USJ Sentral 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 petang itu, mangsa maut di tempat kejadian selepas ditembak penjenayah berusia 37 tahun yang juga pengawal keselamatan bank berkenaan bersenjatakan pump gun di bahagian kepala kiri.

Menurutnya, bapa saudaranya itu menghubungi Norazita sebelum berpesan supaya berhati-hati ketika memandu pulang ke rumah kerana hujan.

"Bapa saudara saya bimbang kerana mak cik (Norazita) rabun dan sudah tentu sukar untuk memandu dalam keadaan hujan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Bercerita lanjut, Mohd Fakri berkata, Pak Cik Wan menghubungi Norazita sekali lagi namun panggilan kedua itu tidak dijawab.

"Tidak lama kemudiannya, Pak Cik Wan memberitahu saya bahawa dia dihubungi pihak bank namun pengurusan bank berkenaan tidak memaklumkan apa yang berlaku sebaliknya mengarahkannya segera ke bank berkenaan.

"Dia (Pak Cik Wan) bergegas ke bank itu namun tidak mengesyaki apa yang berlaku dan terkejut selepas dimaklumkan kejadian sebenar sebaik tiba di lokasi kejadian," katanya.

Tambahnya, mangsa meninggalkan sepasang cahaya mata iaitu seorang perempuan berusia 10 tahun dan lelaki berusia 7 tahun.

"Pak Cik Wan masih lagi dalam keadaan terkejut dan ibarat kehilangan separuh jiwa kerana amat menyayangi isterinya. Buat masa ini dua anaknya masih belum diberitahu tentang kejadian itu," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya sedang berusaha mengesan penjenayah terbabit.

"Suspek masih bersenjata dan kami harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek di lokasi kejadian kepada media.

Katanya, sehingga kini, pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK). Mayat mangsa juga dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat," katanya.
-HM


Norazita Abu Talib Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan.

Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah.

Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Namun suspek yang bersenjatakan 'pump gun' telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan. -informasi.my

Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)

Nama Penuh: Norazita Abu Talib

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pegawai Bank

Ardi bin Hamza (Suspek)

Nama Penuh: Ardi bin Hamza

Umur: 37 Tahun

Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank

Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah


Gambar Pegawai Bank Ditembak Mati Di Subang Jaya


Gambar Norazita Abu Talib Dan Rakan Setugas Ambank

Gambar Keluarga Norazita Abu Talib




Kalimah Allah Milik Seluruh Umat Manusia - Dr Yusuf Al-Qardhawi

Posted: 23 Oct 2013 05:40 PM PDT

Artikel ini diambil berdasarkan teks khutbah Jumaat Dr Yusuf Al-Qardhawi pada 22 Januari 2010 yang lalu di Masjid Umar bin Al-Khattab di Doha, ibu negara Qatar.

Anda boleh melihat kenyataan penuh beliau melalui laman web rasmi Dr Yusof Al-Qardhawi dan juga saya perolehi terjemahan beliau melalui laman web saudara Ridzuan Abdul Aziz. Syukran diatas perkongsian.

Ianya merupakan penjelasan yang ringkas dan padat dalam usaha untuk memahamkan orang Malaysia keseluruhannya berkaitan dengan keadaan dan situasi sebenar menurut kaca mata Islam berkenaan dengan isu penggunaan kalimah Allah.

Apa yang dinyatakan oleh beliau terdapat beberapa perkara yang boleh disimpulkan bagi menutup isu ini yang kian berlarutan di Malaysia.

Pertama, kenyataan yang dikeluarkan oleh ulama' yang diiktiraf oleh ulama'-ulama' seluruh dunia hendaklah dihormati dan diakui kerana ketinggian ilmu beliau jika dibandingkan dengan pendapat sesetengah 'ustaz' atau ulama' mahupun sesetengah golongan di Malaysia ini.

Kedua, kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam.

Ketiga, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mencetuskan rusuhan antara kaum dengan menyerang rumah-rumah ibadah antara Kristian dan juga umat Islam.

Islam sendiri melarang umatnya sendiri merosakkan tempat ibadah kaum kuffar hatta di dalam perperangan sekalipun.

Ini terbukti semasa Salahuddin Al-Ayubi sewaktu membebaskan Jerusalam (Baitul Maqdis) daripada cengkaman Kristian beliau tidak menyeksa tahanan perang dan memelihara gereja dan juga para pendeta kristian.

Yusuf Al-Qaradhawi Mengutuk Serangan terhadap orang Kristian di Malaysia.

Doha – Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari 'International Union for Muslim Scholars' mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam.

Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz 'Allah' yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

وفي خطبة الجمعة 22-1-2010 بمسجد عمر بن الخطاب بالعاصمة القطرية الدوحة قال القرضاوي إن: "الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول معظمها سببه الجهل، وليس تعصب المسلمين، فالمسلمون أمة متسامحة، القرآن علمهم التسامح لأن الله سبحانه وتعالى هو الذي خلق الناس متفاوتين".

وتابع قائلا: "ولو شاء الله أن يجمعهم على الهدى لجمعهم، ولكن كما قال تعالي: (هُوَ الَّذِي خَلَقَكُمْ فَمِنْكُمْ كَافِرٌ وَمِنْكُم مُّؤْمِنٌ)، (وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَجَعَلَ النَّاسَ أُمَّةً وَاحِدَةً وَلاَ يَزَالُونَ مُخْتَلِفِينَ * إِلاَّ مَن رَّحِمَ رَبُّكَ…)، فاختلاف الناس في الأديان بمشيئة الله ولا يستطيع أحد أن يعارض مشيئة الله ويجبر الناس أن يكونوا كلهم مسلمين".

وأوضح أن "اختلاف الناس في الأديان بين مؤمن بدين وكافر بدين لا نفصل نحن (المسلمين) فيه في الدنيا، إنما الذي يفصل فيه الله تعالي يوم القيامة، كما قال عز وجل: ( وَإِن جَادَلُوكَ فَقُلِ اللهُ أَعْلَمُ بِمَا تَعْمَلُونَ * اللهُ يَحْكُمُ بَيْنَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فِيمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ)، (اللهُ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ لاَ حُجَّةَ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمُ اللهُ يَجْمَعُ بَيْنَنَا وَإِلَيْهِ الْمَصِيرُ)".

وحول أحداث ماليزيا والهجمات التي تعرضت لها بعض الكنائس قال القرضاوي إن: "الاعتداءات التي وقعت على الكنائس في ماليزيا أمر لا يليق"، مستهجنا الأسباب التي أدت لوقوع تلك الأحداث، وهي استخدام النصارى لكلمة الله في ترجماتهم قائلا: "يا أخي الله رب العالمين جميعا، رب المسلمين والمسيحيين والعرب والعجم.. واللي بيفتح المصحف أول آية في القرآن بعد البسملة الحمد لله رب العالمين، وآخر سورة في القرآن قل أعوذ برب الناس ملك الناس، مش رب المسلمين، أو رب العرب، أو ملك العرب، إله العرب"، وتساءل مستفسرا: "لماذا إذن يزعل الماليزيين؟!".

وتعرض عدد من الكنائس في ماليزيا ذات الغالبية المسلمة لسلسلة من الهجمات التخريبية منذ أن قضت محكمة في ديسمبر الماضي بحق صحيفة كاثوليكية في استخدام كلمة "الله" للإشارة للرب في المسيحية في إصداراتها بلغة المالايو الذين يشكلون 60% من الشعب الماليزي، ويقول بعض المسلمين الماليزيين إن استخدام المسيحيين لكلمة ارتبطت بالمسلمين قد يكون وراءه محاولة لتحويلهم عن ديانتهم الدوحة- استنكر العلامة الدكتور يوسف القرضاوي رئيس الاتحاد العالمي لعلماء المسلمين الأحداث التي وقعت بين المسلمين والنصارى في عدد من الدول العربية والإسلامية، والاعتداءات التي نالت عددا من الكنائس، مؤكدا أن معظم تلك الأحداث سببها الجهل، وليس تعصب المسلمين، مشيرا إلى أن ما وقع في ماليزيا من اعتداءات على الكنائس بسبب استخدام النصارى للفظ الجلالة "الله" لا يليق؛ لأن الله رب العالمين وليس المسلمين فقط.

Dalam khutbah Jumaat 22.1.2010 di masjid Umar bin Al-Khattab di ibu kota Doha, Qatar, Dr yusuf Al-Qaradhawi berkata:

"Peristiwa-peristiwa yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara, sebahagian besarnya disebabkan oleh kejahilan dan sikap tidak bertoleransi seorang Muslim.

Hakikatnya umat Islam adalah umat yang bertoleransi. Al-Quran mengajarkan toleransi, kerana Allah Subhanahu Wa Taala yang menjadikan kesemua umat manusia itu adalah sama.

Beliau menambah: "Jika Allah kehendaki untuk mengumpul semua manusia di atas petunjuk-Nya, nescaya Dia akan berbuat demikian tetapi sebagaimana firman Allah Taala: (Dia-lah yang mencipta kamu semua dan dikalangan kamu ada yang kafir dan ada yang beriman), (Sekiranya Tuhan kamu menginginkan, nescaya Dia menjadikan semua manusia sebagai satu umat dan tidak ada perbezaan * kecuali mereka yang dikasihi oleh Tuhan kami …)

Justeru, perbezaan manusia menganut agama adalah kehendak dari Allah Taala dan tidak ada yang dapat menentang kehendak Allah dan memaksa semua orang untuk menjadi Muslim".

Beliau menjelaskan lagi bahawa "perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). "

Dan tentang Malaysia dan peristiwa serangan di beberapa buah gereja, Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: "Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat," mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan.

Beliau berkata: "Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman "Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia" bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, " justeru beliau tertanya-tanya:

"Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah 'Allah' oleh Kristian) ?!"..


Moga perkongsian ini beroleh manfaat dan menambah keimanan kita terhadap akidah Islam.

Ustazengineer

Menang Ketua Wanita UMNO, Keluarga Shahrizat Belum Bayar Satu Sen Pun Hutang NFC

Posted: 23 Oct 2013 04:35 AM PDT


Tiada syarikat akan ambil alih hutang NFC, kata Najib Tawaran pengambilalihan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) kini tertutup apabila rundingan antara kerajaan dengan syarikat Kirimotonas Agro Sdn Bhd (KASB) gagal dimuktamadkan, menurut jawapan bertulis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Najib yang juga Menteri Kewangan dalam jawapan bertulis berkenaan berkata, PASB, syarikat usahasama antara Otoshitos Sdn Bhd dan Hannan Food Group dipilih berdasarkan persetujuan untuk menyuntik sejumlah RM20 juta sebagai modal.

"Sehingga kini kedua-dua pihak tidak dapat mencapai persetujuan dan rundingan tersebut tamat,"
kata jawapan berkenaan.

KASB menawarkan untuk mengambil alih semua aset dan liabiliti NFC dalam usaha untuk memulihkan kembali NFC.

Pua dalam sidang medianya di Parlimen hari ini berkata, laporan berkenaan NFC yang disediakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah siap.

Bagaimanapun, oleh kerana mesyuarat jawatankuasa di bawah Parlimen, pendedahan berkenaan dilakukan selepas selesai sidang Dewan Rakyat.

"Sebenarnya siasatan dan laporan sudah selesai dan dimuktamadkan dalam PAC lalu. Tetapi laporan disiapkan dalam sesi terakhir Parlimen penggal lalu, jadi tidak dapat bawa ke dalam Parlimen.

"Sekarang ia akan dibentangkan semula kepada ahli PAC yang baru dan jika semua ahli bersetuju dengan laporan PAC sebelum ini, kita akan bentangkan dalam Parlimen," kata Pua, yang juga anggota PAC.

Beliau berkata, berdasarkan jawapan bertulis yang diterimanya berhubung dana RM250 juta projek yang diuruskan keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil itu, menunjukkan tiada syarikat bersedia mengambil alih liabiliti projek berkenaan.

"Tidak ada syarikat akan ambil alih projek NFC. Kita tidak terkejut kerana mana ada syarikat mahu membayar dan mengambil alih RM250 juta dan tambah pelaburan untuk uruskan NFC.

"Apa jadi tunggakan RM250 juta itu, NFC yang dimiliki keluarga Shahrizat yang baru menang besar sebagai Ketua Wanita Umno itu masih berhutang dengan kerajaan.

"Kenapa satu sen pun belum dipulangkan. Kenapa tiada tindakan undang-undang diambil untuk mendapatkan balik wang tersebut," katanya.

Pua dalam kenyataaannya sebelum itu menuntut Kementerian Kewangan menyatakan kedudukan pinjaman RM250 juta kepada NFC dan juga kedudukan terkini projek ternakan lembu fidlot berkenaan. -TMI


Tiada ulasan: