Kelab Greenboc |
- Mazlan Menang: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Malaysia Bayar RM370K
- [VIDEO & GAMBAR] SAH: Satu Lawan Satu Di Sungai Limau
- Tak Akui Rejim Kudeta Mesir, 122 Negara Keluar Sidang Menteri Luar
- Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia Jadi Bahan Tertawa Dunia -ULASAN GB
- Lukisan Ini Sebabkan Murid Dipanggil Oleh Pihak Sekolah?
Mazlan Menang: Mahkamah Perintah Polis & K'jaan Malaysia Bayar RM370K Posted: 23 Oct 2013 01:21 AM PDT Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini mengarahkan polis dan kerajaan Malaysia membayar RM370,000 kepada Pengerusi Anak Felda (Anak), Mazlan Aliman. Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang. Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000). Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu. Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya. Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud. -TMI
|
[VIDEO & GAMBAR] SAH: Satu Lawan Satu Di Sungai Limau Posted: 22 Oct 2013 10:31 PM PDT Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menyaksikan saingan dua penjuru apabila hanya wakil Barisan Nasional (BN) dan PAS menyerahkan borang pencalonan masing-masing sehingga proses penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi Rabu. Pengawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sungai Limau, Abd Rashid Othman mengumumkan Dr Ahmad Sohaimi Lazim daripada BN dan Mohd Azam Samat yang mewakili PAS disahkan layak bertanding. Pengumuman dibuat pada jam 10.15 pagi ini. Calon PAS Ustaz Azam Abd Samat menyerahkan borang pencalonan jam 9.05 minit pagi manakala calon BN Ahmad Sohaimi pada jam 9.04 pagi. Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis. Azizan memegang kerusi itu selama lima penggal sejak 1995. Beliau mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas dengan memperoleh 13,294 undi menewaskan sepupunya daripada Barisan Nasional (BN), Mohd Fazillah Mohd Ali dengan majoriti 2,774 undi. |
Tak Akui Rejim Kudeta Mesir, 122 Negara Keluar Sidang Menteri Luar Posted: 22 Oct 2013 07:20 PM PDT Suasana kosong ketika sambutan menteri-menteri luar rejim kudeta Mesir, Nabil Fahmi, di sidang Majlis Umum PBB pada 16 hingga 26 Oktober ini menjadi perbincangan ramai warga Mesir. Ketika Nabil menyampaikan ucapan aluannya, terlihat banyak sekali kerusi perwakilan negara yang kosong. Ada 122 perwakilan negara yang tidak mengikuti sidang tersebut. Oleh karenanya, Nabil hanya menyampaikan aluannya di hadapan beberapa kerat negara yang tersisa di ruangan sidang. Kebanyakan negara itu adalah negara-negara yang mendukung kudeta. Di antaranya Saudi, Iran, Israel, Emirat, Kuwait, Syria, Benin, Togo, Gambia, dan Croatia. Suasana ini jelas sangat berbeza ketika dalam kesempatan yang sama pada tahun 2012 lalu, Presiden Mursi yang juga mengetuai rombongan delegasi Mesir berpidato di Majelis Umum PBB yang dihadiri dari pelbagai negara. Beliau mendapat sambutan yang sangat hangat dari para perwakilan berbagai negara. Bahkan tercatat tidak ada satu pun negara yang tidak hadir dalam sidang pembacaan aluan Presiden Mursi saat itu, seperti terlihat dalam video dibawah ini. -islamedia |
Keputusan Mahkamah Rayuan Malaysia Jadi Bahan Tertawa Dunia -ULASAN GB Posted: 22 Oct 2013 05:15 PM PDT Allah bermaksud tuhan, semua jenis tuhan," kata intelektual Islam Amerika Intelektual Islam Amerika Syarikat terkemuka turut sepakat dalam kritikan terhadap larangan penggunaan kalimah Allah di Malaysia dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan minggu lalu merupakan satu keputusan politik. Dalam satu wawancara bersama radio BFM, Reza Aslan (gambar) menegaskan, penganut Kristian menggunakan kalimah Allah yang membawa maksud Tuhan dalam bahasa Arab dan ianya bukanlah satu ancaman kepada Islam. "Pengganas Taliban meletakkan bom bersama Al-Quran dan membawanya ke sebuah masjid di Pakistan pada Hari Raya Korban. Inilah ancaman kepada Islam," katanya. Minggu lalu, seorang Gabenor di Afghanistan terbunuh selepas sebutir bom yang diletakkan berhampiran Al-Quran meletup semasa beliau sedang menyampaikan ucapan Aidiladha. Reza yang menulis buku "No God But God: The Origins, Evolution, and Future of Islam" hairan dengan keputusan Mahkamah Rayuan di Malaysia kerana kalimah Allah merupakan istilah merujuk kepada Tuhan, "sebarang jenis Tuhan". "Allah daripada perkataan Al-Ilah. Itulah asal perkataannya. Al-Ilah bermaksud Tuhan. Allah bukan nama Tuhan. Sesiapa yang fikir Allah adalah nama Tuhan bukan sahaja silap tetapi bertentangan dengan Al-Quran itu sendiri. "Ini bukan satu interpretasi. Ia fakta sejarah," katanya. Minggu lalu, tiga panel Mahkamah Rayuan dalam penghakimannya menetapkan "kalimah itu bukan perkara asas dalam kepercayaan dan amalan Kristian serta penggunaannya akan mencetuskan kekeliruan di kalangan umat Islam". Keputusan itu mencetuskan perdebatan di antara sarjana sementara masyarakat Islam antarabangsa melahirkan rasa hairan atas kecelaruan yang terjadi. Reza turut tertawa kecil mengenangkan keputusan mahkamah sambil berkata, "bagaimana anda boleh membacanya dan tidak tertawa?" Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Reza dalam kiriman Twitter menulis, "Bagaimana Malaysia boleh menjadi bodoh? Di Malaysia melarang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, saya rasa Amerika telah melarang perkataan 'twerking' kepada mereka yang berumur 17 tahun". "Larangan itu bukan sathaja menyebabakan penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah itu tetapi turut memberi ancaman kepada Islam. "Rakyat Malaysia (orang Islam) sangat bodoh jika mereka mendengar penganut Kristian menggunakan kalimah Allah, mereka pula yang menjadi Kristian. Maksud saya kebodohan kenyataan itu terserlah," katanya dalam temubual itu. Reza mengulangi pendirian sarjana dan penulis Islam bahawa penganut Kristian dan Yahudi di Semenanjung Arab sebelum kedatangan Nabi Muhammad merujuk Tuhan mereka sebagai Allah. "Mengapa? Sebab mereka berbahasa Arab. Bukannya kerana kalimah Allah merujuk spesifik kepada Tuhan tetapi ia dalam bahasa Arab yang merujuk kepada Tuhan. Ia bukan satu pandangan. Ia fakta," katanya. "Jika ada Imam yang memberitahu Tuhan mempunyai nama. Mereka sesat. Allah bukanlah nama Tuhan. Umat Islam tidak memiliki kalimah itu." Reza yang merupakan Profesor sejarah Islam berkata keputusan Mahkamah Rayuan telah menjadikan Malaysia bahan tertawa serata dunia. "Ini melihatkan umat Islam di Malaysia perlu dilindungi oleh mahkamah kerana mereka tidak mampu berfikir sendiri. Kami mentertawakan anda. "Ia satu pencabulan kepada kemodenan, Perlembagaan dan demokrasi sebuah negara Islam seperti Malaysia," katanya. -TMI ULASAN GB Bukankah GB sudah utarakan sebelum ini bahawa pengharaman penggunaan kalimah ALLAH oleh masyarakat bukan-Islam hanya akan menjadi kita bahan tertawa masyareakat dunia. Kedua, apa yang dinyatakan oleh Reza Aslan di atas menyamai apa yang dinyatakan oleh Raghib Al-Isfani, seorang pakar bahasa Arab yang terkenal, iaitu kalimat ALLAH itu adalah perkembangan dari kalimat "AL-ILAH" dan kalau jamak, orang Arab menggunakan istilah "AL-ALIHAH". Jadi ALLAH itu merujuk kepada Zat Yang Maha Berkuasa yang mana kesemua fikiran murni tanpa mengira apa agamanya, akan sampai kepada kesimpulan bahawa dari tuhan-tuhan dan dewa-dewa yang mereka katakan banyak itu, hanya satu jua Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Tinggi, Yang Maha Esa dan Maha Mulia. (rujuk HAMKA, Tafsir AL-Azhar, Jilid 1 hal 69). Inilah yang difirmankan oleh Allah di dalam Al-Quran: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi, dan yang memudahkan matahari dan bulan?" Sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah". Maka bagaimana mereka tergamak dipalingkan (oleh hawa nafsunya daripada mengakui keesaan Allah dan mematuhi perintahNya)? Al-Ankabut:61 Ketiga, ramai umat Islam Malaysia beranggapan kalimat ALLAH itu adalah suci, justeru itu dipertahankan kalimat itu dan tidak dibenarkan orang lain menggunakannya. Sedangkan kita umat Islam tidak sepatutnya mensuci dan menyembah kalimat ALLAH kerana kita tidak menyembah perkataan "ALIF LAM LAM HA" itu (malah di dalam bangsa kita, ada yang menjadikan kalimat ALIF LAM LAM HA itu sebagai tangkal azimat). Sedangkan kita sepatutnya mensuci dan menyembah ZAT Yang Maha Berkuasa yang dipanggil ALLAH. Jika kita mensuci dan menyembah ALIF LAM LAM HA, itulah syirik namanya! Keempat, Islam yang sampai ke tanah air kita pun, melalui apa yang tertulis di atas Batu Bersurat yang ditemui di Terengganu, yang ditulis di dalam tulisan Jawi kira-kira tahun 1303 Masehi, orang Melayu ketita itu meneyebut ALLAH sebagai Dewata Mulia Raya. Kelima, sekalipun ada ulamak menyatakan kalimat ALLAH itu adalah lafaz Jalallah, iaitu lafaz yang amat tinggi yang tidak boleh ditafsir dengan sembarangan tafsiran, namun ia tetap tidak boleh menjadikan kalimat itu sebagai "bahan sembahan". Yang perlu dan wajib disembah ialah hanyalah Zat Yang Maha Berkuasa dan Maha Agong yang disebut ALLAH. Ramai yang terperangkap oleh syirik khafi (halus) di sini. Demikian, keterangan-keterangan yang dapat GB kemukakan buat ketika ini untuk memenuhi permintaan beberapa rakan berhubung polemik yang berlaku menyentuh kalimat ALLAH. |
Lukisan Ini Sebabkan Murid Dipanggil Oleh Pihak Sekolah? Posted: 22 Oct 2013 03:35 AM PDT Lukisan yang begitu mencuit hati dan menyusul kalbu dari seorang murid sekolah rendah ini, diberitakan ibu bapa/penjaganya di panggil oleh pihak sekolah berkenaan. Suatu lukisan yang menggambarkan betapa murid-murid sekolah sekarang bermula dari sekolah rendah lagi telah tahu apa itu ketelusan, kebenaran, kecekapan dan keadilan. Lihat saja apa yang cuba dilakarkan oleh murid sekolah rendah yang bijak berfikir dan menilai ini. Antara kata-kata keramat beliau ialah ...Lima tahun lagi kita tunggu tolak UMNO ... Selamatkan Malaysia tolak UMNO dn BN .... Pilihan Ku PKR PAS DAP. -omakkau |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan