Selasa, 22 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Ulama Mesir Kutuk Serangan Terhadap Mahasiswa Al Azhar

Posted: 22 Oct 2013 12:20 AM PDT


.Ikatan Ulama Anti-Kudeta Mesir mengutuk keras tindakan tentera Mesir yang membubarkan para demonstran dengan menembakkan gas pemedih mata yang mengakibatkan seorang mahasiswa meninggal dan puluhan lainnya terpaksa dikejarkan ke hospital.

Abdurahman El-Sayid, Mahasiswa Iskandariah, meninggal di hospital semalam, Ahad (20/10) malam setelah mendapatkan rawatan perubatan. 'Beliau dikatakan terlalu banyak menghidu gas pemedih mata sehingga mengalami radang paru-paru,'' demikian laporan koresponden Mi'raj News Agency (MINA) di Kaherah.

Pada Ahad (20/10) telah terjadi demo besar di Universiti Al-Azhar yang terletak di Nasr City, Kaherah, berdekatan dengan makam mantan Presiden Anwar Sadat.

Keadaan semakin tak terkawal, pihak keselematan Mesir menembakkan gas air mata ke arah demonstran yang sudah terdesak masuk ke dalam kawasan kampus.

Beberapa mahasiswa peserta demonstrasi ditangkap oleh pihak keselamatan. Ketika ini mereka masih mengepung para demonstran yang berada di kawasan kampus. Tindakan demonstrasi serupa juga berlangsung di universiti lainnya iaitu di Zagaziq dan Iskandariah. Kegiatan belajar di Universiti Al-Azhar terpaksa ditunda selama dua minggu dengan alasan untuk pentadbiran universiti yang belum selesai.

Tapi, sumber mahasiswa menyatakan bahwa langkah itu diambil kerana alasan keselamatan. Hal ini mengingat fakta bahwa sebagian besar mahasiswa adalah pendukung Ikhwanul Muslimin dan parti-parti Islam lainnya.

"Pejuang" Kalimah Terpaksa Tunduk, Kristian Sabah & Sarawak Dibenarkan Guna Kalimah "Allah"

Posted: 21 Oct 2013 08:30 PM PDT


Najib: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah Allah tidak melibatkan amalan penganut Kristian di Sabah dan Sarawak.

Najib berkata perkara yang terkandung dalam resolusi 10 perkara peringkat kabinet pusat itu akan dikekalkan di kedua-dua negeri.

"Baru-baru ini apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai kalimah Allah, ia tidak menyentuh sama sekali mengenai amalan Kristian di Sabah dan Sarawak, malah 10 points agreement masih dikekalkan," katanya.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berucap demikian semasa merasmikan Perhimpunan Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-28 di Hongkod Koisaan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Kota Kinabalu hari ini.

Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan bahawa Herald, penerbitan mingguan Katolik dilarang daripada menggunakan kalimah Allah pada 14 Oktober untuk membenarkan rayuan kerajaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Turut hadir pada majlis itu, isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Perdana menteri mengingatkan semua anggota masyarakat bahawa satu daripada prasyarat untuk menjalani kehidupan aman damai adalah menjaga hubungan antara kaum dan penganut agama di negara ini.

"Kepada rakyat Sabah, harap jangan ada sesiapa rasa tertekan kerana amalan setiap penganut agama akan kekal seperti mana sebelum ini.

"Jika kita hidup dalam aman, keharmonian kaum dan agama dapat kita kekalkan, dipupuk dan diperkukuhkan. Kita (kerajaan) juga ingin lihat bagaimana kita dapat membawa lebih pembangunan di Sabah terutama di kawasan desa dan luar bandar," katanya.

Beliau berkata sebelum gagasan 1Malaysia diperkenalkan, Sabah telah mengamalkannya dalam keserasian, keunikan kumpulan pelbagai bangsa dan etnik, selain cermin kepada konsep masyarakat 1Malaysia.

Sehubungan itu, Najib berkata semua pihak juga harus saling menjaga sensitiviti agama selaras usaha kerajaan memupuk perpaduan dalam kepelbagaian kaum di negara ini.

"...maka kita perlu uruskan segala yang berkait dengan hubungan etnik dan agama dengan saling memahami sensitiviti antara kaum.

"Pokoknya seperti yang saya katakan bahawa kalau kita ambil dua kumpulan besar dalam negara, maka rahsia yang boleh membawa keharmonian kepada penganut agama bukanlah terlalu sukar untuk dicapai... ia bukanlah 'roket science', ia berasaskan pertimbangan yang rasional dan waras," katanya.

Perdana menteri berkata pertimbangan itu mudah sahaja, iaitu orang Islam tidak seharusnya menyakiti hati bukan Islam dan orang bukan Islam juga tidak patut menyakiti hati orang Islam.

Jika semua rakyat berpegang kepada prinsip itu, selain sentiasa disemat dalam ingatan, maka negara akan aman dan harmoni seperti yang dilihat dalam perpaduan rakyat Sabah termasuk anggota PBS sehingga kini, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Setelah lebih seminggu keputusan Mahkamah Rayuan mengisytiharkan tentang larangan akhbar mingguan The Herald menggunakan kalimah ALLAH,dan setelah warga Sabah & Sarawak rata-rata menunjukkan riaksi negatif terhadap keputusan tersebut, Najib dan UMNO BN yang cukup rasa tertekan sehingga terpaksa membuat kenyataan terbaru: Kristian Sabah dan Sarawak boleh guna kalimah Allah.

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Sesiapa pun tudak boleh menyekatnya. Tiada dalil aqli dan naqli yang mengharamkan penggunaaan kalimah tersebut, malah seluruh dunia mentertawakan Malaysia kerana pengharaman tersebut.
,br>Bagaimana pula dengan fatwa Mohd Nooh Gadut? Katanya boleh jatuh murtad dan kafir jika benarkan Kristian gunakan kalimah Allah.

Ust Azam Samad, Calon PAS PRK Sungai Limau

Posted: 21 Oct 2013 06:05 PM PDT


Jerai: Ketua Pemuda PAS Jerai, Ustaz Azam Samad diumumkan sebagai calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.

Pengumuman dibuat Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kira-kira jam 10 malam ini di majlis pengumuman calon di sini.

Ustaz Azam yang juga bekas guru bakal berdepan calon BN Ahmad Sohaimi Lazim.

Ustaz Azam ketika memberikan ucapan sulung malam ini berkata, beliau akan memikul amanah yang diberikan ini sebaik mungkin.


Beliau menegaskan, azamnya untuk meneruskan agenda bekas Menteri Besar Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak sebelum ini.

Beliau juga berharap seluruh jentera Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk bekerja keras mengekalkan kemenangan di kerusi tersebut.

Ustaz Azam turut menyeru agar semua pihak menghadapi pilihan raya kecil kali ini dengan penuh harmoni.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Oktober ini sebagai hari penamaan calon, manakala 4 November depan sebagai hari mengundi.

Kerusi DUN Sungai Limau kosong ekoran kematian bekas menteri besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Razak kerana komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei lalu, Azizan mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau yang dimenanginya sejak 1995 untuk PAS, dengan menewaskan sepupu beliau Fazillah Mohd Ali yang mewakili BN dengan majoriti 2,774 undi. -HD


Siapa Azam Samad?




Azam Samad, 37, adalah Ketua Pemuda PAS Jerai dan merupakan seorang pendidik berkelulusan Universiti Al-Azhar, Mesir.

Beliau adalah anak didik politik Tan Sri Azizan Abdul Razak. Sekalipun tidak pernah bertanding (dalam pilihan raya), beliau mempunyai rekod baik dalam parti. Tidak ada musuh dalaman dan boleh memerangkap agenda BN.

Beliau mampu mematikan hujah mereka kerana mempunyai kelayakan akademik, latar belakang agama dan berperibadi mesra pengundi.

Azam yang baru dilantik memegang jawatan ketua Pemuda kawasan itu baru-baru ini, menjadi sebutan akar umbi dan penduduk, antaranya di Bukit Besar, Kampung Bukit Curaih, Kampung Tualang, Sungai Dedap, Permatang Buluh, dan Kampung Selengkoh.

Azam kini memegang jawatan exco Pemuda PAS Kedah, pengarah Jabatan PASTI Kedah dan merupakan guru penolong kanan hal ehwal murid sebuah sekolah agama bantuan kerajaan negeri di Bukit Besar, dalam parllimen itu.

Datuknya (Hamid Ibrahim) adalah antara pengasas PAS Kedah dan Ustaz Azam dibesarkan di pondok al-Nahdhoh.

Azam mampu memimpin bacaan tahlil dan berkhutbah seperti yang dikehendaki oleh penduduk setempat.

Datuk kepada Azam, juga pernah menjadi calon PAS di DUN Sala - kini Sungai Limau - dan bekas ketua Pemuda PAS sewaktu PAS ditubuhkan di negeri itu.

Sementara bapa Azam juga, aktif dalam PAS cawangan Bukit Besar sehingga meninggal dunia pada 2003.


Dulu Kalah Salahkan Cina, Sekarang Kalah Ali Rustam Nak Salahkan Siapa?

Posted: 21 Oct 2013 08:01 AM PDT

Keputusan pemilihan Umno tamparan buat Ali Rustam

Lima daripada enam bahagian di Melaka didapati menolak bekas ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai naib presiden pada pemilihan Umno di negeri itu Sabtu lalu.

Selain Masjid Tanah, Alor Gajah, Kota Melaka dan Jasin, bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron sendiri turut tidak memilih Mohd Ali, lapor Berita Harian hari ini.

Laporan itu menyebut, Mohd Ali – bekas pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka selama 13 tahun – mendapat tamparan hebat apabila bahagian Bukit Katil yang diketuainya, tidak memberikan sokongan mutlak.

Mohd Ali menjadi pilihan kedua dalam senarai calon naib presiden yang diputuskan oleh bahagian tersebut.

Laporan juga menyatakan perwakilan semua enam bahagian secara keseluruhannya sepakat meletakkan Datuk Seri Zahid Hamidi sebagai pilihan pertama dan Datuk Muhkriz Mahathir pula pilihan ketiga.

Manakala lima bahagian lagi mengundi Datuk Shafie Apdal sebagai pilihan kedua.

Laporan itu juga menyebut, bagi jawatan Majlis Tertinggi, semua bahagian – Masjid Tanah, Alor Gajah, Tangga Batu, Kota Melaka, Jasin dan Bukit Katil sepakat memberi undi tertinggi kepada Idris.

Ali dapat 7 undi

Dalam pemilihan untuk jawatan naib presiden tersebut, Mohd Ali hanya mendapat undi dari tujuh bahagian (15,294 undi perwakilan), sama banyak dengan bahagian yang menyokong Tan Sri Mohd Isa Samad (12,783 undi perwakilan).

Ahmad Zahid mendahului dengan sokongan 188 bahagian (94,562 undi perwakilan), diikuti Mohd Shafie Apdal dengan sokongan 177 bahagian (82,252 undi perwakilan).

Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula mendapat 101 undi (56,604 undi perwakilan) untuk mengatasi Datuk Mukhriz Mahathir yang menerima 93 undi (57,189 undi perwakilan).

Sementara itu, Utusan Malaysia hari ini melaporkan Ali berasa terkilan apabila hanya satu daripada enam bahagian Umno di negeri itu mengundinya untuk jawatan tersebut.

"Inilah dunia politik sebenarnya yang dapat saya rasakan. Apa salahnya saya diberi peluang mengisi satu daripada tiga tempat bagi jawatan naib presiden.

"Kalau nak pilih satu sahaja mungkin keadaan sebaliknya, namun di Melaka saya lebih berasa terkilan kerana tidak mendapat sokongan langsung.

"Inilah hakikat yang harus saya akui. Apabila saya tidak memegang sebarang jawatan di negeri atau Pusat, tiada siapa nak lihat saya, tetapi dulu ketika 13 tahun jadi ketua menteri, semua sokong saya,"
katanya seperti dilapor akhbar itu. -mk


Kaum Cina langsung tak hargai jasa kerajaan – Ali Rustam


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.

Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.

Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (DUN), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya".
– Bernama


ULASAN GB

Komain hebat Ali Rustam menyalahkan orang Cina kerana kekalahannya di dalam PRU13 yang lalu. Kini beliau kalah di dalam pemilihan UMNO untuk salah satu kerusi Naib Presiden. UMNO Melaka sendiri selain bahagiannya iaitu Bukit Katil, tidak memberikan undi kepadanya. Beliau nak salahkan siapa kali ini?

GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Jangan lupa bagaimana nasib yang menimpa seorang Ketua Menteri yang begitu boros dan zalim terhadap rakyat di negerinya... iaitu Mohd Ali Rustam. Tanpa ribut, tanpa taufan... beliau yang merasakan dirinya "paling agong" di negeri Melaka, terlibat pula di dalam usaha menghuru-harakan ceramah-ceramah PR di Melaka, akhirnya tersungkur lebur di tangan seorang yang tidak sehebat mana pun, hanya seorang Ketua Pemuda (AMK) PKR. Namun, itulah hukum kebenaran dan keadilan. Yang bersalah akan tetap menerima balasannya.

Dicabul Bapa Mertua

Posted: 21 Oct 2013 04:25 AM PDT

Pemimpin NGO cabul menantu

TAMPIN - Seorang pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini ditahan polis, minggu lalu kerana disyaki mencabul menantunya di sebuah rumah di Tanah Rancangan Jelai, Gemas, dekat sini pada 22 September lalu.

Menurut sumber, mangsa berusia 20-an itu baru saja berkahwin dengan anak pemimpin berusia 50-an itu dan suspek tinggal bersama di sebuah kediaman yang terletak di tanah rancangan berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi apabila mangsa yang berada di ruang tamu rumah dihampiri suspek yang secara tiba-tiba mengusap tangan kiri serta bahu mangsa.

"Suspek berbuat demikian kononnya untuk melihat kesan lebam dihadapi mangsa selepas terjatuh sehari sebelum kejadian berkenaan.

"Bagaimanapun, mangsa kemudian bangun dan menuju ke dapur, namun diekori suspek. Suspek kemudian bertindak lebih berani dengan memeluk mangsa dari belakang serta mencium leher mangsa beberapa kali," katanya.

Menurutnya, tidak selesa dengan kejadian itu, mangsa kemudian mengadu kejadian berkenaan kepada suaminya agar mencari jalan penyelesaian.

"Tapi, selepas lebih seminggu tiada kata putus diberikan suaminya menyebabkan mangsa nekad menghubungi adiknya.

"Adik mangsa kemudiannya datang menjemput mangsa 3 Oktober lalu dan selepas berbincang dengan keluarga, akhirnya satu laporan polis dibuat di Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, suspek ditahan 7 Oktober lalu serta direman selama empat hari.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan polis dan kita sedang menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan, suspek bakal berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua daripadanya.

Dalam perkembangan lain, Kooi Cheang berkata, pihaknya menangkap seorang lelaki berusia 23 tahun didakwa mencuri dua tandan pisang di Kampung Londah, Gemas, baru-baru ini.

"Lelaki berkenaan seorang penganggur baru sahaja sebulan keluar dari penjara atas kesalahan di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengugut.

"Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) dia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin untuk direman berhubung kes mencuri dua tandan pisang," katanya. -SH

Tiada ulasan: