Kelab Greenboc |
- Jika Berita Ini Benar... Mr Bean Dilaporkan Peluk Islam
- [MALAYSIA BOLEH] Aset Polis Pun Boleh Hilang!
- "Ayam Busuk" Dikenalpasti Punca Keracunan Makanan Yang Sebabkan 4 Maut
- Kaum Liberal Ikut Kudeta, Kerana Putus Asa Hadapi Parti Islam -updated
Jika Berita Ini Benar... Mr Bean Dilaporkan Peluk Islam Posted: 02 Oct 2013 01:15 AM PDT Mr Bean' masuk Islam? Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial. Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com. Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad. Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com. Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English. Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. -TMI
|
[MALAYSIA BOLEH] Aset Polis Pun Boleh Hilang! Posted: 02 Oct 2013 12:15 AM PDT PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta Laporan Ketua Audit Negara semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset melibatkan kerugian bernilai RM1.33 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012. Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit. Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit. Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset. Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset. Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad. Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali. Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah. "Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan. "Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen. Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja. ULASAN GB Menghairankan. Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri? Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan. Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat! |
"Ayam Busuk" Dikenalpasti Punca Keracunan Makanan Yang Sebabkan 4 Maut Posted: 01 Oct 2013 08:10 PM PDT Sungai Petani - Bakteria salmonela dikenal pasti terkandung dalam hidangan ayam goreng masak merah yang disediakan secara gotong-royong sehingga menyebabkan kematian, BERNAMA dipetik. Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Ismail Abu Taat berkata, sebahagian daripada 130 bekalan ayam yang dihantar untuk majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai Sabtu lalu juga didapati sudah busuk. Menurutnya, hasil laporan siasatan terperinci yang dilakukan mendapati ayam yang busuk diasingkan manakala sebahagian yang masih elok digunakan untuk memasak. Katanya berdasarkan keterangan tuan rumah, kira-kira 130 ekor ayam dibeli pada Jumaat dan digoreng sebelum disimpan di dalam sebuah bilik pada suhu biasa. "Ini menyebabkan ayam tersebut dicemari dan dijangkiti bakteria Salmonella. Ayam itu berbau bila hendak dimasak keesokan harinya, tetapi tuan rumah mahu memasak kerana bimbang makanan untuk tetamu tidak mencukupi," katanya. Beliau berkata mangsa yang makan makanan tercemar itu tidak mengalami simptom keracunan pada kadar segera sebaliknya bakteria Salmonella hanya meragam selepas lebih 12 jam sebelum menjadi keracunan, menyebabkan mangsa mengalami cirit-birit, loya, muntah, perut memulas dan kehilangan air dalam badan secara teruk. "Keadaan ini boleh menyebabkan mangsa kehilangan banyak air dalam badan dan lebih serius boleh menyebabkan kematian sekiranya lambat menerima rawatan," katanya. Beliau berkata, setakat ini lebih kurang 270 mangsa menerima rawatan di beberapa hospital di negeri ini dan dua daripadanya masih dirawat di unit rawatan rapi (ICU). Pada Isnin, tiga mangsa keracunan makanan meninggal dunia selepas menghadiri satu majlis kenduri kahwin itu manakala semalam (Selasa) seorang lagi meninggal dunia. Mereka ialah pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak, Nurshazana Mohd Rashid, 24, dari Kampung Tempoyak, Bedong, yang meninggal dunia kira-kira pukul 12.45 tengah hari semalam dan Mohammad Nor Rahmad Yusof, 11, dari Kampung Singkir Laut, Yan meninggal dunia kira-kira 1 petang. Seorang lagi mangsa Ibrahim Mohamad, 62, berasal dari Alor Jejawi, Kuala Besut, Terengganu, meninggal dunia di HSAH kira-kira pukul 6.30 petang kelmarin. Semalam, Wan Razali Yaakob, 56, dari Kampung Banggol Belau, Merbok disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke ICU HSAH pagi kelmarin. Menurutnya, di HSAH, seramai 127 pesakit mendapatkan rawatan di mana 38 dimasukkan ke wad manakala 89 sudah dibenarkan pulang. Sementara itu, katanya, di Hospital Daerah Yan, seramai 138 kes dirawat di mana 62 ditahan wad manakala 68 sudah dibenarkan pulang. Katanya, seramai 18 kes dirujuk di lain-lain hospital. Ismail bagaimanapun meminta orang ramai yang mengunjungi majlis kenduri terbabit supaya membuat pemeriksaan segera bagi memastikan tahap kesihatan mereka. |
Kaum Liberal Ikut Kudeta, Kerana Putus Asa Hadapi Parti Islam -updated Posted: 01 Oct 2013 05:10 PM PDT Pasca revolusi Januari 2011, kaum liberal selalu mengalami kekalahan menghadapi parti Islam dalam beberapa peristiwa demokrasi. Selain itu, kaum liberal juga tidak memberikan sesuatu yang nyata dan bermanfaat bagi rakyat Mesir. Karena itulah mereka melakukan kudeta dengan tujuan menjatuhkan parti Islam dari pemerintahan. Hal ini disampaikan Samiyah Khalil, pemerhati politik Mesir di lamanweb fj-p.com, Isnin (30/9/2013) semalam. Tambahnya, semua proses yang dilakukan pasca kudeta hanyalah langkah-langkah untuk mengokohkan status yang dipaksakan kepada rakyat Mesir ini. Motivasi tindakan-tindakan ini Islamphobia. Mereka berusaha kembali kepada kekuasaan dengan cara apapun. Pindaan Perlembagaan yang dilakukan akhir-akhir ini menampakkan paradoksi kekuatan awam dengan kondisi sebenar di lapangan. Pihak-pihak yang sekarang duduk di majlis pindaan perlemabgaan itu sebenarnya tidak mempunyai asas pendukung yang besar, dan juga tidak mempunyai akar sejarah yang kuat di masyarakat. Oleh karena itulah mereka memaksakan kehendak mereka kepada masyarakat. Mereka ingin menjadikan Mesir sebagai negara sekular. Di antara hal yang jelas menunjukkan hal tersebut, ditetapkannya idea pelarangan mendirikan parti dengan dasar keagamaan. Bahkan lebih parah lagi parti yang didukung kalangan keagamaan juga hendak dilarang. Dengan demikian, tidak hanya Ikhwan saja yang akan dipinggirkan dengan pindaan perlembagaan ini, tapi semua parti yang bakal didirikan untuk memperjuangkan agama Islam juga akan turut dilarang. Seperti Parti Wasath, An-Nur, dan sebagainya. Yang boleh hidup di Mesir hanyalah parti-parti dengan dasar sekular dan didukung kalangan sekular. ULASAN GB Begitulah juga keadaan kaum "liberal" di Malaysia ini. Mereka melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa sekalipun "majoriti" rakyat sudah menolak mereka. Mereka menggunakan SPR sebagai alat untuk memenangi pilihanraya melalui persempadanan pilihanraya dengan memenangi lebih banyak kerusi sedangkan undi popular tidak berpihak kepada mereka. Mereka tanpa segan silu cuba untuk meminda akta-akta dan memaksa rakyat menerimanya sekalipun tahu bahawa mereka adalah "kerajaan minoriti". Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Mereka bakal terhumban ke jurang paling dalam! |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan