Sabtu, 19 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


RM1.08 bilion Duit Petronas Lebur Untuk Selamatkan Prince Court

Posted: 19 Oct 2013 01:02 AM PDT

Sebanyak RM1.08 bilion wang syarikat milik negara Petronas digunakan untuk menampung kerugian sebuah hospital mewah swasta, Prince Court Medical Centre (PCMC) sejak penubuhannya pada tahun 2008.

Lebih mendukacitakan, pembinaan hospital bernilai RM544 juta yang juga turut ditanggung Petronas tidak pernah mengalami keuntungan dan yang menyukarkan keadaan, tidak ada seorang pun Ahli Parlimen boleh mendapat akses kepada status kewangan menyeluruh Petronas melainkan Perdana Menteri kerana tertakluk pada Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum.

Menurut Ahli Parlimen DAP Bukit Benhdera Zairil Khir Johari, pada tahun 2008 PCMC mengalami kerugian RM111 juta, RM192 juta kerugian pada tahun 2009 dan RM450 juta kerugian pula pada tahun 2010.

"Hingga tahun berakhir 31 Disember 2011, jumlah kerugian yang dicatatkan hospital mewah swasta yang ditanggung Petronas itu ialah RM1.08 bilion.


"Adakah wajar wang negara, wang rakyat digunakan untuk menampung kerugian syarikat swasta?" soalnya.

Menimbulkan persoalan, Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu menyatakan prestasi yang ditunjukkan PCMC jauh berbeza dengan hospital-hospital swasta yang lain.

"Mengikut Laporan Kewangan IHH Healthcare 2012, Parkway Pantai yang mempunyai rangkaian hospital swasta di malaysia dan Singapura mencatat perolehan RM4.75 bilion dalam tahun 2012 manakala RM818 juta keuntungan," dedah Zairil.

Dalam hal ini tegasnya, Petronas tidak sepatutnya terlibat dalam aktiviti perniagaan di luar bidang seperti hartanah dan kesihatan dan sepatutnya memberi tumpuan kepada industri petroleum dan gas sepertimana yang dipraktikkan oleh syarikat-syarikat petroleum yang lain.

"Apa yang berlaku ini mewujudkan satu keperluan mendesak agar hal ehwal kewangan Petronas diawasi memandangkan ia merupakan syarikat pengeluar minyak negara," jelas Zairil. – Roketkini

Kongsi Gelap: Anggota Polis Antara 4 Diberkas

Posted: 19 Oct 2013 12:01 AM PDT


Temerloh: Seorang anggota polis dan seorang wanita adalah antara empat yang diberkas bersama sejumlah dadah dan pelbagai senjata berbahaya dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bahagia Indah, di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata dalam serbuan Ops Cantas Khas dan Ops Tapis pada pukul 8.50 malam itu, polis turut merampas sepucuk pistol, gari dan lapan butir peluru hidup daripada anggota polis berkenaan.

Polis turut menemui pelbagai jenis dadah selain lapan pedang samurai, sepucuk senapang angin dan lima pistol mainan, hasil pemeriksaan di rumah berkenaan, katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan mereka yang ditahan anggota kumpulan kongsi gelap.

"Polis masih menyiasat sama ada kumpulan ini juga geng yang melakukan aktiviti samun dan pecah rumah berdasarkan penemuan barangan seperti tujuh jam tangan dan 19 telefon bimbit," katanya.

Menurutnya semua suspek yang berusia antara 21 dan 27 tahun terbabit tidak mempunyai rekod lampau, namun kesemua mereka positif dadah.

Beliau berkata kes disiasat mengikut beberapa seksyen Akta Senjata 1960 selain Akta Dadah Berbahaya.

"Anggota polis yang ditahan turut akan disiasat mengikut Akta Polis 1967," katanya. -Bernama

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.

Terdedah satu demi satu anggota plis yang durjana yang diibaratkan harapkan pagara, pagar makan padi.

Maka sebab itu tak hairan mengapa begitu banyak senjata api milik PDRM dilaporkan hilang seperti yang didedahkan oleh Audit Negara.

Ia tidak jatuh ke dalam laut, tapi oleh kerana berita di atas tentang penglibatan anggota polis dengan kongai gelap, semakin jelas kemana senjata itu semua pergi...

ISMA Dah Terbelit Dituduhnya Orang Lain Putarbelit

Posted: 18 Oct 2013 08:50 PM PDT

Bangi: Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah menyangkal laporan portal berita FMT kelmarin berjudul "Keluar dari Malaysia: pelawaan Isma disambut baik".

Menurut Presiden ISMA, Abdullah Zaik Abd Rahman (gambar), FMT memutarbelit kenyataannya untuk menyatakan sesuatu yang hakikatnya adalah agenda yang mereka perjuangkan.

"Saya sama sekali tidak menyentuh hubungan semenanjung dengan Sabah dan Sarawak dalam kenyataan sebelum ini.

"Bahkan saya langsung tidak menyeru Sabah dan Sarawak berpisah dengan Semenanjung.

"Jadi saya fikir ini adalah agenda dan strategi mereka. Tujuan mereka hanya mahu menanamkan kebencian antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta mengambil kesempatan daripada suasana keruh ini untuk kepentingan mereka," jelasnya.

Pada 14 Oktober lalu, Abdullah Zaik dalam www.ismaweb.net menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Tambahnya, sebagai warganegara, mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini. "Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada Raja dan negara," katanya.

"Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedaulatan agama itu," katanya lagi. Kenyataan beliau supaya orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain mendapat reaksi dari rakyat Sabah dan

Sarawak yang disiarkan dalam FMT. Mereka bersetuju supaya Sabah dan Sarawak dikeluarkan dari Malaysia dan bukannya mereka berhijrah ke negara lain.

Oleh itu tidak timbul FMT memutarbelitkan kenyataan Abdullah kerana memang benar beliau suruh orang Kristian berpindah ke mana-mana negara lain kalau sudah tidak boleh menerima kedaulatan Islam dan Raja yang menjaga kedauatan agama itu.

Malah FMT tidak pernah menulis bahawa ISMA menyeru supaya Sabah dan Sarawak dipisahkan dari Malaysia.

Untuk berlaku adil, FMT menyiarkan kenyataan penuh ISMA di bawah ini untuk membuktikan sama ada FMT memutarbelit kenyataannya atau tidak. -FMT

Laporan sebelum ini
klik untuk baca

Bekas Penerbit Filem Anti-Islam Mengalirkan Air Matanya Sewaktu Menunaikan Haji

Posted: 18 Oct 2013 06:05 PM PDT

Arnoud Van Doorn, produser filem "Fitna" berasal Belanda yang telah memeluk Islam, kini sedang menunaikan ibadah haji. Van Doorn menyatakan, ia tak sanggup menahan air mata sejak kedatangannya di Mekkah. Ia merasakan bahawa haji adalah saat paling indah dalam hidupnya.

Dalam wawancaranya dengan surat kabar Saudi Ukaz, bekas wakil Ketua Parti Kebebasan (PVV) ini mengaku bahawa di dalam Islam beliau memperolehi apa yang dicarinya selama ini. Ibadah haji, tambahnya, dimanfaatkannya untuk memohon ampun atas kesalahannya selama ini.

Seperti diketahui, Van Doorn dahulunya adalah salah seorang produser filem "Fitna". Bersama Geert Wilders, ia membuat filem yang menghina Rasulullah solallahu 'alaihi wasallam itu pada 2008.

Tetapi kerana filem itu dan juga sikap partinya yang selalu memusuhi Islam telah mengusik hati kecilnya.

Rasa ingin tahu Van Doorn terhadap Islam semakin tak terbendung, hingga beliau mempelajari apa itu Islam yang sebenarnya.

"Saya benar-benar mulai memperdalami pengetahuan saya tentang Islam kerana ingin tahu," kata Van Doorn mengenang saat awal hidayah Islam menghampirinya.

Rasa ingin tahu itu membuat Van Doorn mencari terjemahan Al-Qur'an, hadith, dan buku-buku rujukan Islam. Hari demi hari berikutnya ia lalui dengan membaca dan mengkaji buku-buku itu satu per satu, tanpa meninggalkan aktivitinya yang lain. Selama ini Van Doorn hanya tahu Islam dari mulut orang-orang yang membencinya.

Orang-orang yang dekat dengan Van Doorn sebenarnya tahu bahawa Van Doorn membaca rujukan Islam, tetapi agaknya mereka tidak sampai berfikir bahawa itu akan menjadi jalan hidayah bagi Van Doorn. Kerana lazim dalam dunia mereka, mengkaji sebuah pemikiran atau suatu faham tanpa harus mempercayai dan mengikutinya. Bahkan, tidak sedikit orang yang mempelajari Islam untuk kemudian menyerangnya.

Van Doorn menghabiskan waktu hampir setahun untuk mengkaji Qur'an, Sunnah dan sejumlah rujukan Islam tersebut. Ia juga sempat berdialog dengan penganut Islam untuk mengetahui lebih jauh tentang agama yang menarik hatinya tersebut.

"Orang-orang di sekitar saya tahu bahawa saya telah aktif meneliti Qur'an, sunnah dan tulisan-tulisan lain selama hampir setahun ini. Selain itu, saya juga telah banyak melakukan percakapan dengan Muslimin tentang agama," ujar Van Doorn kepada television Al-Jazirah, Mac lalu.

Semakin lama mempelajari Islam, Van Doorn semakin tertarik. Ia mulai merasakan Islam sebagai sesuatu yang istimewa. Meskipun sebelumnya ia juga memiliki asas Kristian sebagai agamanya, Van Doorn merasakan Islam itu istimewa.

Apa yang selama ini ada dalam kepalanya bahawa Islam itu fanatik, menindas wanita, tidak toleran, membabi buta memusuhi Barat, perlahan hilang dari benak fikirannya. Van Doorn menemukan Islam sebagai sesuatu yang sama sekali berbeza dari apa yang pernah ia sangka.


Van Doorn juga menemukan, Islam adalah agama yang cinta damai. Tidak seperti tuduhan media Barat yang selama ini mengisahkan Islam sebagai teroris.

"99 persen kaum muslimin adalah kuat bekerja dan pecinta damai. Jika lebih banyak orang mempelajari Islam yang benar, semakin banyak orang yang akan melihat keindahan itu," kata Van Doorn.

Jalan hidayah bagi Van Doorn semakin terbuka lebar ketika bertemu dengan seorang Muslim bernama Abu Khoulani, seorang rakannya yang bekerja di Dewan Kota Den Haag. Selain menjelaskan Islam lebih jauh, ia juga menghubungkan Van Doorn dengan Masjid As-Sunnah.

Kini, sebagai penebus atas kesalahannya membuat filem Fitna, Van Doorn menyatakan akan membuat karya besar untuk mengangkat Islam.

"Saya berdoa semoga air mata saya ini mampu menghapus segala dosa yang telah saya lakukan di masa lalu, dan saya akan bekerja untuk menghasilkan karya besar guna mengangkat Islam dan kaum Muslimin setelah kembali dari ibadah haji," katanya seperti dikutip Ukaz.


Penerbit filem hina Rasulullah, tunai haji selepas masuk Islam


Seorang penerbit filem Belanda yang memeluk Islam setelah mencetuskan kontroversi apabila menerbitkan filem yang menghina Nabi Muhammad S.A.W. berasa tenang dapat mengerjakan ibadat haji ketika ini.

Arnold Fandor dalam wawancara dengan akhbar Okaz Arab Saudi menceritakan bagaimana beliau mendapat ketenangan jiwa setelah memeluk Islam kira-kira setahun lalu, menyebabkan beliau bertaubat di atas segala dosanya.

Fandor yang bersedia untuk melontar di Jamrah bagi melengkapkan rukun hajinya, semasa diwawancara berkata beliau merasakan hatinya menjerit kegembiraan ketika menunaikan haji.

"Di dalam hati saya kini merasai ketenangan. Setiap kali saya berdoa saya akan mengelap air mata apabila mengenangkan dosa-dosa saya yang lalu dan bertaubat.

"Kini saya akan berkhidmat dan berusaha di dalam menghasilkan filem dan produk yang dapat menaikkan Islam serta yang mencerminkan kehebatan pencipta dan keperibadian akhlak mulia Rasulullah S.A.W. selepas pulang daripada haji," beliau dipetik sebagai berkata dalam akhbar itu semalam.

Sambil tersenyum, Fandor menyatakan beliau merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan ketika menjejakkan kaki ke tanah suci.

Air matanya tidak henti-henti mengalir, menurut akhbar itu.

"Pada mulanya, terdapat kesulitan yang dihadapi oleh saya pada peringkat awal saya memeluk Islam kerana saya bukan datang daripada keluarga Islam dan membesar di persekitaran Islam.

"Bagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat saya untuk belajar dengan lebih mendalam berkenaan agama yang agung ini.

"Saya berasa teruja untuk mendalami dan mengetahui tentang Islam. Lalu saya membaca banyak tentang Islam sehinggalah ia meresap ke dalam hati saya dan fikiran saya mengatakan bahawa agama Islam membawa satu mesej yang besar dan mulia.

"Kemudian perasaan tersebut semakin kuat sehingga hati saya terbuka lalu saya membuat keputusan untuk memeluk Islam. Sekarang saya bersyukur dan berasa amat bahagia serta memiliki ketenangan jiwa.

"Sebelum memeluk Islam, saya hanya membayangkan bahawa hidup ini hanya untuk menyedut udara sahaja.

"Saya dapati tidak ada ketenangan yang sempurna sehinggalah saya menziarahi makam Rasulullah S.A.W. dan ketika itulah saya berhasrat untuk menerbitkan filem berkenaan keperibadian baginda yang mulia," katanya.

Fandor berkata ini kali pertama beliau mengerjakan haji dan kali kedua menjejakkan kaki ke tanah suci selepas melakukan umrah pada Februari lepas.

Katanya selepas selesai menyempurnakan urusan haji, beliau bercadang meluangkan masa beberapa hari di Madinah al-Munawwarah kerana beliau berasa amat selesa dan aman untuk membaca al-Quran dan kitab-kitab agama di Masjid Nabawi.
– Bernama


Sketsa Renungan Untuk "Pembela" Kalimat ALLAH

Posted: 18 Oct 2013 07:40 AM PDT


Sketsa di atas GB kutib dari lamanweb sosial. Ia mudah difahami.

Jika orang bukan Islam dihalang dari menggunakan perkataan Allah, bererti, kita semacam mengiyakan ada tuhan lain selain Allah iaitu tuhan tokong dan sebagainya tempat manusia memohon seperti yang dicatatkan di dalam sketsa tersebut.

Tiada ulasan: