Jumaat, 18 Oktober 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Simbol R4BIA Dari Jama'ah Haji Di Makkah

Posted: 18 Oct 2013 01:15 AM PDT


Ketika ini di alam siber, terutama jejaring sosial seperti FB banyak beredar foto jamaah haji yang membuat posing dengan menunjukkan simbol keteguhan R4BIA.

Pihak kerajaan sebenarnya melarang hal tersebut, tapi tidak dapat mencegahnya dan di antara jamaah tersebut terdapat jamaah haji dari Indonesia (dan GB pasti ada dari Malaysia juga).

Bahkan di antara jamaah haji Mesir ada yang membadalkan haji untuk Syahidah Asmaa' Beltagi.

Berikut foto tersebut yang dikutip dari dakwatuna, Rabu (16/10/2013) -islamedia

Ketiga-tiga Penyandang Naib Presiden UMNO Dikesan Amal Politik Wang

Posted: 18 Oct 2013 12:05 AM PDT

TI-M gesa SPRM siasat dakwaan penyandang Naib Presiden Umno amal politik wang

Transparency International Malaysia (TI-M) mendakwa tiga penyandang Naib Presiden mengamalkan politik wang menjelang pemilihan parti itu esok dan menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) campur tangan.

Presiden badan pemantau rasuah itu, Datuk Akhbar Satar, berkata pihaknya membuat dakwaan berkenaan selepas menerima beberapa maklum balas terhadap ketiga-tiga penyandang yang memegang jawatan menteri dalam Kabinet Datuk Seri Najib Razak.

"TI-M menerima banyak maklum balas mengenai terdapat sejumlah besar wang diedarkan tahun ini untuk membeli undi menjelang pemilihan Umno.

"Kami difahamkan penglibatan wang yang besar dan diedarkan pada program khas diadakan oleh penyandang Naib Presiden, yang juga memegang jawatan menteri kanan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, TI-M juga mempersoalkan peranan SPRM dalam menangani isu politik wang yang berlaku dalam Umno serta bukan hanya sekadar alasan masalah tersebut adalah masalah dalaman sesebuah parti.

"TI-M mahu tahu apakah tindakan SPRM dalam isu melibatkan politik wang ini.

"Walaupun Umno mengatakan ia adalah isu dalaman parti, SPRM harus menyiasat sama ada sumber wang tersebut diagihkan sepadan dengan kedudukan kewangan individu calon tersebut, dan jika ia didermakan kepada parti atau bahagian, sama ada ia dibayar atas tujuan membantu perniagaan," katanya.

Tiga penyandang naib presiden yang mempertahankan jawatan tersebut adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Mereka dicabar oleh Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad, bekas Ketua Menteri Melaka, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Akhbar berkata, isu politik wang tidak boleh lagi disembunyikan kerana ia melibatkan skandal wang yang besar dan penyalahgunaan jentera kerajaan untuk tujuan kelangsungan politiknya.

Selain itu, katanya, penggunaan politik wang dan salah guna jentera juga adalah sesuatu yang tidak adil kepada calon lain yang bertanding tetapi tidak mempunyai kemampuan dan aset sama seperti calon berkenaan.

"Bagaimana pula dengan nasib calon lain yang tidak mempunyai kapasiti sama," katanya.

Pemilihan Umno kali ini yang menggunakan sistem baru "electoral college" menyaksikan 146,500 perwakilan daripada 191 bahagian Umno akan mengundi serentak bagi memilih pimpinan baru terutama persaingan sengit untuk tiga jawatan Naib Presiden serta 25 kerusi Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.

Langkah tersebut diambil bagi memerangi politik wang dalam Umno yang berlaku setiap kali pemilihan diadakan, namun sistem baru ini tidak menghalang daripada politik wang dalam Umno terus berlaku. -TMI

Penghakiman "Kalimah ALLAH" Belum Muktamad, Masih Ada Mahkamah Persekutuan

Posted: 17 Oct 2013 08:25 PM PDT

Pengerusi DAP Karpal Singh menuntut agar Mahkamah Persekutuan segera bersidang untuk mendengar rayuan berhubung keputusan yang menghalang The Herald dari menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan bahasa Melayunya.

Karpal berkata keputusan Mahkamah Rayuan pada hari Isnin lalu menyebabkan timbul "kebimbangan dan ketegangan" antara orang Islam dan bukan Islam.

Oleh itu, peguam mewakili The Herald perlu memfailkan permohonan kepada Ketua Hakim Negara mengikut Peraturan 61 Mahkamah Persekutuan, untuk membolehkan rayuan itu didengar secepat mungkin.

Katanya, keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu terlalu meluas, dan menambah kitab pengikut Sikh, Guru Granth Sahib juga menyebut kalimah 'Allah' sebanyak 37 kali.

Tambahnya, perkara itu jelas bertentangan dengan perlembagaan kerana orang Sikh perlu diberi jaminan bahawa mereka tidak terjejas dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan itu.

Katanya lagi, kesemua 14 orang hakim Mahkamah Persekutuan perlu mendengar kes tersebut untuk memberi kepastian kepada orang Kristian, bahawa terdapat orang Islam dan orang bukan Islam yang mendengar kes tersebut, dan untuk memberi keputusan muktamad.

Tegasnya, isu berkenaan perlu diputuskan di mahkamah paling agung di negara ini dengan muktamad. -mk

[VIDEO] Reaksi Warga AS Melihat Pemuda Islam Solat di Tempat Awam

Posted: 17 Oct 2013 05:05 PM PDT


Dua orang pemuda Muslim Amerika, Adam Saleh dan Sheikh Akbar, yang tercatat sebagai mahasiswa di sebuah perguruan tinggi di New York, saling merAkam temannya yang melakukan solat sunnah dua rakaat di hadapan publik Amerika.

Dalam video yang mereka naikkan di laman Youtube dengan judul Praying In Public, disebutkan bahawa mereka membawa kompas untuk mengetahui arah Ka'bah. Setelah itu mereka berwudhu, lalu salah seorang di antara mereka melakukan solat sunnah 2 rakaat dan yang lain merakamnya dengan kamera.

Hal ini mereka lakukan untuk mengetahui reaksi publik Amerika ketika melihat mereka solat. Di samping itu, tujuan mereka adalah untuk menunjukkan kepada dunia bahawa umat Islam mencintai perdamaian melebihi dari apa yang mereka fikirkan.

Solat di hadapan publik di negara minoriti muslim memang sesuatu yang dianggap aneh. Dalam video itu terlihat beragam reaksi orang-orang Amerika melihat dua pemuda ini solat. Ada yang kehairanan, ada pula yang mengambail gambar, bahkan ada yang mengikuti gerakan solat kerana menyangka itu adalah senaman Yoga.

Berikut video tersebut yang diunggah ke Youtube dengan akun TrueStoryASA, seperti dikutip dari Fimadani, Rabu (16/10/2013) -islamedia


Rakyat Sabah & Sarawak Sahut Cabaran ISMA Untuk Keluar Dari Malaysia

Posted: 17 Oct 2013 07:31 AM PDT

Kuching: Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) telah menyeru masyarakat Kristian Malaysia untuk menerima keputusan Mahkamah Rayuan mengharamkan penggunaan perkataan 'Allah' oleh mingguan Katolik The Herald.

Katanya, mereka sentiasa boleh mempertimbangkan berhijrah jika tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.

Pelawaan Isma disambut baik oleh rata-rata penduduk Sabah dan Sarawak yang ingin menyatakan hasrat untuk keluar dari Persekutuan Malaysia yang diluahkan dalam Facebook mereka.

"Itu yang sebaiknya. Keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia. Suruh Isma buat kertas cadangan. Hantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Harry Nelson J. Seliang.

Daniel Aishiteru pula berkata,"Malaysia- bawah Thailand, atas Singapura manakala Sabah & Sarawak dalam pulau Borneo. Jauh panggang dari api bah….memang kita layak keluar. Jangan tunggu lagi…"

"Peluang sudah Isma bagi. Sabah Sarawak bantah isu kalimah Allah, keluar Malaysia. Kita tak payah sain sain surat tak susah payah gaduh mulut. Bagus lah idea Isma bagi nih," ujar Philip Harry Son.

Beberapa orang tidak merasakan, Malaysia tidak bermakna sudah bagi mereka.

"Saya di Borneo bukan di Malaya. Saya tidak mahu bah Malaya," ujar Collin Ontak.

Gafpelz Blizt Ridexz pula berkata, "Kita bantah perkauman… Mereka semua nak keluarkan kita jadi teruskan… Lebih cepat lebih bagus.. Tak payah nak peduli bah. .Tolong keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia….Kami sedia utk keluar!"

Eva Claude menambah, "Siapa tahu Tuhan sedang bagi jalan sama Sabah Sarawak keluar Malaysia,"

Presiden Isma Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, sebagai rakyat Malaysia, orang Kristian mesti menerima ketuanan Islam di negara ini.

"Mereka boleh memilih untuk bergerak ke mana-mana negara lain jika mereka tidak dapat menerima ketuanan Islam dan royalti yang melindungi ketuanan agama," ujar Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kelmarin.

Sebelum ini Najib telah menandatangani sepuluh perkara di mana membenarkan penduduk Kristian menggunakan kalimah 'Allah' dalam Alkitab (Bible) bahasa Indonesia, Malaysia serta bahasa pribumi Iban, Kadazan Dusun dan Lun Bawang. -FMT


ISMA seru kumpulan Kristian menjaga keharmonian hubungan kaum dan agama


BANGI, 14 Okt – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini menyeru kumpulan Kristian supaya menjaga keharmonian hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

Seruan itu disampaikan oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan kepada wartawan ISMA berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang melarang penerbitan gereja menggunakan kalimah Allah pagi tadi.

Ustaz Abdullah turut menyeru agar pihak Kristian meninggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

"Tinggalkan sebarang usaha yang akan menjejaskan keharmonian kaum kerana orang Islam di negara ini akan menentang sebarang niat jahat dari mana-mana pihak yang ingin mengancam masa depan mereka," kata beliau.

Tambahnya, sebagai warganegara mereka harus akur dengan kedaulatan Islam, ketinggian hukum dan syiar Islam di negara ini.

"Tindakan mencabar hakikat tersebut boleh menjejaskan kesetiaan mereka kepada raja dan negara.

"Mereka boleh buat pilihan lain untuk berpindah ke mana-mana negara kalau sudah tidak lagi boleh menerima kedaulatan Islam dan raja yang menjaga kedaulatan agama itu," katanya lagi.
-ismaweb


Buat Kenyataan Perkauman: Ali Rustam Disiasat Polis

Posted: 17 Oct 2013 04:31 AM PDT

Calon Naib Presiden Umno, Senator Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) disiasat polis kerana dituduh membuat kenyataan menghasut terhadap komuniti Cina dalam satu majlis di Kuala Lumpur.

Polis Kuala Lumpur sudah memulakan siasatan mereka selepas laporan polis dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Laksamana dari DAP, Lai Kuen Ban di Balai Polis Tengkera pada 9 Oktober.

Pada satu majlis anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) 8 Oktober lalu, Mohd Ali yang juga Pengerusi PUNB mengecam kaum Cina kerana terlibat dengan "perniagaan haram" di negara ini.

"Kita umat Islam tidak boleh membuka kasino, 4D, Toto, perjudian, rumah urut dan syarikat pinjaman wang haram. Ini semua haram. Kaum Cina sahaja yang terlibat dengan semua perniagaan haram ini," katanya pada majlis itu.

Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang menemani Lai untuk membuat laporan polis berkata, dalam laporan berkenaan, Lai mendakwa kenyataan Mohd Ali merupakan satu hasutan dan mahu polis menyiasat perkara itu.

Lai kini berada di luar negara.

"Polis merakamkan kenyataan Lai pada hari sama," kata Khoo.

Polis Brickfields menyiasat kes itu berikutan kenyataan Mohd Ali itu dibuat di sebuah hotel di ibu kota.

Ketua Polis Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah mengesahkan laporan sudah dibuat dan penyiasatan akan dilakukan tetapi enggan memberikan kenyataan lanjut.

Bagaimanapun, The Malaysian Insider difahamkan bahawa polis sudah mula merakamkan kenyataan beberapa orang yang berada di majlis itu termasuk wartawan.

Dalam majlis itu, Mohd Ali juga bercakap mengenai soal keperluan mengekalkan orang Melayu di agensi kerajaan, termasuk polis dan tentera.

Untuk memenangi undi golongan konservatif Umno, bekas Ketua Menteri Melaka itu turut berkata: "Kaum Cina mahukan segalanya. Orang Melayu telah layan mereka dengan baik.

"Apabila kaum Cina mahukan pertolongan membina sekolah dan biasiswa, kerajaan berikan kepada mereka. Tetapi pada hari pilihan raya, mereka lupa semua ini. Apa yang penting bagi mereka mengambil alih kuasa orang Melayu dan menjadikan mereka 'pendatang'," katanya.

Kenyataan Mohd Ali itu mengganggu emosi 100 hadirin di majlis itu sambil sesetengahnya menjerit, "suruh Cina balik kampung."

Mohd Ali adalah salah seorang daripada enam calon yang mahu mengisi tiga kekosongan jawatan naib presiden dalam pemilihan Umno Sabtu ini.

Calon lain ialah penyandang Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Shafie Apdal and Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selam Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menang tanpa dicabar oleh sesiapa.

Dalam pemilihan Umno 2009, Mohd Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden tetapi dibatalkan pencalonannya kerana didapati terlibat dengan politik wang. -TMI

ULASAN GB

Soalsiasat Ali?

Biasanya di dalam kes melibatkan pemimpin UMNO, tiada sebarang tindakan diambil berbanding dengan kes yang melibatkan pemimpin Pakatan.

Tiada ulasan: