Kelab Greenboc |
- Takkan 29 Kereta Polis Pun Jatuh Dalam Laut?
- Isu Caj Sarapan RM6,000: Peniaga Nafi Caj Mahal
- Dr.Mursi Tolak Untuk Dibicarakan & Tidak Akui Kesahihan Kehakiman
- Ajaib Anak 3 Tahun Yang Hafal 30 Juz Al-Quran
- [VIDEO] Kenyataan Zahid Hamidi Bukti Nyata Beliau Buta Undang-undang
Takkan 29 Kereta Polis Pun Jatuh Dalam Laut? Posted: 10 Oct 2013 01:07 AM PDT Selain menyentuh tentang kehilangan senjata, seorang pemimpin pembangkang dengan sinis turut membangkitkan tentang kehilangan kenderaan polis. Merujuk kepada kenyataan ketua polis negara bahawa senjata polis yang hilang mungkin jatuh ke laut, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tertanya-tanya sama ada kenderaan polis yang hilang pun jatuh ke laut. "Adakah 29 buah kenderaan polis itu juga turut ke laut perginya?" tanya Lim dalam satu kenyataan. Katanya, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang menegaskan bahawa beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada pihak polis mengenai peralatannya yang hilang. Laporan audit mendedahkan bahawa polis telah kehilangan 44 senjatapi, 29 kenderaan, 26 walkie talkie, 22 radio dan peralatan lain berjumlah RM1.3 juta. Lim berkata, menurut Ambrin, setakat ini, orang awam dimaklumkan oleh ketua polis negara dan menteri dalam negeri bahawa senjata api yang hilang itu berkemungkinan jatuh ke dalam laut. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini telah mendakwa bahawa beliau telah menjelaskan perkara itu kepada Jabatan Audit, tetapi ini tidak dimasukkan dalam laporan itu. Rakyat, dakwa Lim, lebih yakin bahawa ketua audit negara telah bercakap benar manakala Ahmad Zahid dan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak bercakap benar. Sehubungan itu, kata pemimpin DAP itu, kedua-dua menteri berkenaan patut meminta maaf. Beralih kepada Ahmad Shabery, Lim bertanya: "Bagaimana beliau sanggup berbohong bahawa ada pihak swasta yang menaja RM1.6 juta yang dibayar oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk membawa tiga kumpulan K-Pop untuk sambutan Hari Belia, sedangkan Tan Sri Ambrin memberitahu bahawa pegawai kementerian pun tidak menafikan bahawa wang tersebut datang daripada peruntukan kerajaan?" Ahmad Shabery mengetuai Kementerian Belia dan Sukan ketika itu dan kini merupakan menteri komunikasi dan multimedia. Menteri itu memberitahu Malaysiakini hari ini bahawa beliau bersedia memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) mengenai isu itu dan bersedia ia disiarkan secara langsung. Menurut Lim lagi, jika Ahmad Zahid dan Ahmad Shabery tidak memohon maaf, maka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mestilah bertindak "sekiranya beliau mahu mengekalkan sebarang sisa keyakinan awam terhadap kejujuran, kemahiran dan profesionalisme menteri-menterinya". -mk |
Isu Caj Sarapan RM6,000: Peniaga Nafi Caj Mahal Posted: 10 Oct 2013 12:15 AM PDT Kota Bharu - Peniaga restoran yang didakwa mengenakan caj bayaran mahal berjumlah RM6,000 kepada ahli rombongan VVIP ketika singgah bersarapan di kedai itu Sabtu lalu, menafikan laporan media kelmarin. Sebaliknya, pemilik restoran Selera Daun Pisang, Fauziah Awang Noh, berkata jumlah rombongan berkenaan yang dilaporkan media, dalam kuantiti 50 orang sebenarnya melebihi 100 dan pihak VVIP itu telah membuat pesanan sebelum singgah di kedai makan berkenaan kira-kira jam 8 pagi. "Saya amat kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan pihak berkenaan dalam laporan media cetak dan elektronik, dengan menuduh saya meletakkan harga yang mahal terhadap 100 rombongan VVIP dengan caj RM60 untuk seorang adalah tidak benar. "Harga sebenar ditetapkan RM17 untuk seorang, dengan hidangan nasi putih selain lauk pauk seperti gulai ayam, ayam kampung goreng, gulai itik serati, ikan kering goreng, sayur campur termasuk pelbagai jenis air untuk rombongan itu dan dipersetujui oleh wakil rombongan," katanya kepada pemberita. Fauziah berkata demikian dalam sidang media khas di restorannya, di sini, semalam. "Melalui pemerhatian saya pada hari kejadian, jumlah rombongan bertambah memandangkan mereka datang dalam kumpulan yang berasingan dan mungkin dalam kapisiti 200 hingga 400 orang kerana ada yang turut membungkus makanan dan minuman untuk dibawa pulang. "Semasa tiga wakil rombongan itu datang ke kedai untuk menjelaskan bil makanan dan minuman kira-kira jam 9.30 pagi, mereka terkejut kerana caj bil kesemuanya berjumlah RM6,000. "Dalam perbincangan melalui telefon, mereka mempersetujui sebarang caj bayaran yang dikenakan mengikut kuantiti rombongan berkenaan namun setelah melakukan perbincangan saya caj mereka dengan RM5,500," katanya. Fauziah berkata, akhirnya mereka bersetuju, namun tidak mengambil bil baru yang dicaj dengan RM 5,500 sebaliknya mengambil bil yang dicaj RM6,000. "Mungkin caj bil ini nampak mahal, tapi ia berdasarkan kuantiti makanan, minuman dan kapasiti pelanggan yang lebih 200 hingga 400 orang. "Apa yang saya harapkan dengan penjelasan yang saya lakukan ini dapat membersihkan nama saya dan perniagaan kedai makan ini dan tidak menjadi buah mulut orang selepas ini," katanya. Fauziah turut menegaskan, tidak ada langsung niat dari pihaknya untuk mengambil kesempatan terhadap rombongan VVIP terbabit memandangkan sebelum ini terdapat juga rombongan seumpama itu pernah singgah di restorannya. Dalam pada itu, Fauziah turut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu di samping mendapatkan nasihat guaman dan tindakan terbabit dilakukan bagi membersihkan semula nama restoran berkenaan yang menurutnya difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab. -SH ULASAN GB Menjadi pengajaran kepada peniaga supaya: perincian harga makanan & minumuan MESTI ditulis di dalam bil termasuk berapa orang. Semua permintaan untuk mengubah kandungan dan tatacara penulisan bil tidak boleh dilayan. Jika tidak, maka berlakulah hal kontroversi di atas. Kita hendaklah dilihat melakukan perniagaan secara telus, bersih dan tidak bersubahat dengan sebarang unsur yang tidak betul. p/s Datuk Mukhriz jamu perwakilan UMNO Kelantan untuk berkempen jawatan Naib Presiden UMNO ker kat Kelantan? Kantoi nampaknya... |
Dr.Mursi Tolak Untuk Dibicarakan & Tidak Akui Kesahihan Kehakiman Posted: 09 Oct 2013 08:10 PM PDT Anak lelaki Presiden Mesir Muhammad Mursi yang digulingkan kudeta tentera mengecam pengumuman yang dibuat oleh pihak kehakiman Kaherah yang menetapkan 4 November sebagai tarikh perbicaraan terhadap Mursi. Dia menyatakan ayahnya menolak untuk dibicarakan dan tidak memperakui kesahihan kehakiman. "Presiden menolak perbicaraan ini dan tidak memperakuinya," kata anak lelaki Mursi, Usamah kepada pejabat berita Anadolu, semalam Rabu (9/10/2013). "Dan kami pihak keluarga tidak memperakui perbicaraan yang melanggar legitimasi demokrasi dan siasatan berdasarkan pelanggaran perlembagaan dan undang-undang," tambahnya. Sumber kehakiman menyatakan kepada Anadolu bahawa perbicaraan terhadap Mursi akan bermula bulan depan. Pemimpin terguling itu menghadapi tuduhan, yang para pendukungnya katakan tuduhan itu bermotif politik dan sengaja diada-adakan iaitu membunuh para demonstran di luar istana presiden Ittihadiya akhir tahun lalu. Ini akan menjadi penampilan perbicaraan pertama Mursi sejak digulingkan pada 3 Julai lalu. Usamah menyatakan bahwa keluarganya tidak peduli tentang laporan perbicaraan yang akan berlansung, yang gambarkan sebagai "tidak sah." "Dalam hal bentuk, perbicaraan tidak sah dan cacat dari sudut perlembagaan," tegasnya. "Dan dalam hal substansi, saya tidak mengenali perbicaraan itu atau dasarnya." |
Ajaib Anak 3 Tahun Yang Hafal 30 Juz Al-Quran Posted: 09 Oct 2013 05:15 PM PDT Seorang anak perempuan berusia tiga tahun telah membuat takjub warga Nigeria setelah dirinya berhasil menghafal Al-Qur'an secara keseluruhan, dan menjadi salah satu Muslim termuda di dunia yang boleh menghafal Al-Quran 30 juz. "Jujur, saya tidak dapat mengytakan apa-apa tapi saya sangat bersyukur kepada Allah atas hal ini," kata Sayyada Maimunatu Syaikh Dahiru, ibu gadis itu, kepada surat kabar Sunday Tribune pada (10/2/2013). "Ini memang berkat dari Allah. Saya bersyukur kepada Allah atas hal ini." Puterinya, Rukkayatu Fatahu Umar, telah selesai menghafal 30 juz Alquran pada usia tiga tahun lapan bulan. Kanak-kanak perempuan Muslim ini mulai menghafal Al-Quran di sebuah sekolah Islam yang didirikan oleh seorang ulama bernama Syaikh Dahiru Usman Bauchi. "Kami menggunakan ruang tamu besar, yang dibagi ke dalam beberapa kelas untuk belajar Al-Qur'an," kata Maimunatu, yang mengajar di sekolah tersebut. "Saat itu, saya selalu menggendongnya di punggung saat saya mengajar. Dari sana, ia mulai membaca bersama dengan siswa lain dan tak lama, ia mulai dapat menghafal beberapa ayat. "Dan itulah awal bagaimana dia mulai menghadiri kelas menghafal. Saat ini, ia telah menyelesaikan menghafal Al-Qur'an secara keseluruhan," kata ibunya dengan bangga. Pergi ke sekolah antara pukul 6 atau 7 pagi setiap hari, gadis muda Rukkayatu Fatahu Umar hanya memiliki sedikit waktu untuk bermain dengan teman-temannya. "Bukan berarti dia tidak bermain dengan teman-temannya sama sekali. Dia tetap melakukannya, terutama dengan mereka yang menghafal Al-Qur'an sepertinya," kata Maimunatu. "Hal ini membuat lebih mudah bagi mereka, pada saat fokus dan perhatian diarahkan untuk mencapai tujuan yang sama, iaitu menghafal Al-Qur'an." Rukkayatu Fatahu Umar sendiri tidak percaya dia telah menyelesaikan hafalan Al-Qur'an karena usianya masih sangat muda. "Saya bersyukur kepada Allah," ujarnya. Rukkayatu saat ini sedang mempersiapkan diri untuk segera masuk ke sekolah, melanggar tradisi keluarga yang hanya boleh menyekolahkan anak perempuan untuk belajar pada usia sepuluh tahun. "Suami saya bagaimanapun, mengatakan bahwa dunia sudah berubah sekarang, dan ada peradaban baru di seluruh tempat," kata sang ibu, yang dirinya hafal Qur'an secara keseluruhan pada usia 12 tahun.
|
[VIDEO] Kenyataan Zahid Hamidi Bukti Nyata Beliau Buta Undang-undang Posted: 09 Oct 2013 07:45 AM PDT P'Bagaimana dengan hak polis dan mangsa jenayah?' Selepas menjadi sasaran kecaman berhubung kenyataannya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempersoalkan mengapa pengkritik beliau tidak mempertahankan hak mereka yang menjadi mangsa penjenayah. "Mana hak asasi untuk polis dan mangsa rompak, tembak dan bunuh. Kenapa pejuang hak asasi tidakpun membela? Hak asasi hanya untuk penjenayah?" tanya Zahid dalam tweetnya. Tweet tersebut nampaknya tidak merujuk kepada apa-apa yang khusus, tetapi dibuat ekoran kecaman hebat terhadapnya selepas laporan Malaysiakini yang berdasarkan rakaman ucapannya yang bocor. Zahid berdiam diri sejak laporan-laporan tersebut disiarkan pada pada hari Isnin. Beliau didedahkan sebagai membiarkan amalan menembak penjenayah yang disyaki, daripada menangkap mereka. Antara mereka yang ditembak mati dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuklah remaja 14 tahun Aminulrasyid Amzah. Semuanya dituduh menyerang polis sebelum ditembak mati. Kemudian ketua polis Selangor yang kini menjadi Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendakwa Aminulrasyid cuba merempuh polis dan dibawa sebilah parang dalam kereta yang dipandunya. Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang turut berada di majlis ketika Zahid membuat ucapan kontroversi itu, berkata adalah "tidak beretika" untuk melaporkan berkaitan satu majlis tertutup. -mk
ULASAN GB Dipandang dari sudut mana pun kenyataan Ahmad Zahid Hamidi "tembak dulu" itu adalah tetap salah. Prinsip asas kebenaran dan keadilan bahawa "one is considered innocent until proven guilty" sepatutnya terpakai dan bukannya "pistol polis" yang menjadi keputusannya. Jika "pistol polis" itu menjadi penentu keadilan, maka apa ertinya kita mempunyai mahkamah dan institusi kehakiman? Ternyata sangat Zahid Hamidi buta undang-undang dan beliau perlu sangat ditahan dan didakwa. |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan