Isnin, 7 Oktober 2013

GoMalaysian

GoMalaysian


Mr Bean peluk Islam hanya khabar angin

Posted: 07 Oct 2013 02:21 AM PDT

BERITA mengenai pelawak terkenal dunia, Rowan Atkinson yang popular dalam sitcom bersiri, Mr Bean dikatakan memeluk Islam sekadar khabar angin semata-mata.

Perkara itu disahkan jurucakapnya, Lucy Fairney dalam satu kenyataan bagi menjelaskan kedudukan sebenar dakwaan tersebut.

"Setahu saya, Rowan tidak memeluk Islam," kata Lucy ringkas dalam satu kenyataan e-mel.

Sebelum ini, sebuah portal berita yang dipetik dari Islampos.com dan laman web Sadalbadi.com melaporkan bahawa Rowan telah memeluk agama Islam, baru-baru ini.

Menurut laman web berkenaan, Rowan dipercayai terbuka hati untuk memeluk agama Islam selepas menonton filem kontroversi, Innocent of Muslim.

Melalui sebuah portal berita dari Indonesia pula, mereka memberitahu, "Mr Bean tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat."

Beberapa sumber portal media pula mendakwa tokoh agama dari Tunisia, Sheikh Rashid Ghannousyi, adalah salah seorang pembimbing Rowan.

Tiada ulasan: